Aku Isterinya - Slot Akasia TV3



Ikhsan Google

Tayangan : Slot Akasia - TV3
Pelakon : Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Elizad Sharifuddin,Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi dan ramai lagi

MULAI: 02 April 2014

HARI: Isnin hingga Khamis

MASA: 7 Malam

ADAPTASI : Novel "Aku Bukan Mistress" karya Acik Lana

JUMLAH EPISOD : 1-2? TBA

Sinopsis Aku Isterinya - Slot Akasia - Ikhsan Google.com

kisah suka duka Mya dan Mikhail . Perjalanan hidup Mya bergelumang dengan dosa bukanlah kerelaan hatinya. Menumpang kasih bersama Opahnya sejak kematian kedua orang tuanya. Hidupnya tak seindah mana kerana terpaksa berdepan dengan suami makcikya yang sentiasa mahu merogolnya. Namun Mya yang terpaksa lari dari kampung kerana tak sanggup lagi dicemoh oleh makcik dan orang kampung. Bak kata orang lagi dari mulut buaya masuk dalam mulut naga itulah berlaku pada Mya. dia terpaksa berkerja di kelab malam disini titik pertemuan Mya dan Mikail. Mikail membeli Mya dengan harga 50 ribu pada tokey kelab malam itu. Selama dua tahun Mya berteman dosa disangkar emas ciptaan Mikail. Kehadiran Adam yang cemburu pada Mikail Kerana memiliki Mya. Tanpa sedar mengundang peristiwa hitam semasa Mikail dalam keadaan mabuk . Hidayah menghampiri Mya, Mya nekad untuk meninggalkan segala perbuatannya yang dilalui selama 2 tahun bersama Mikail. Rahsia yang disimpan selama 2 tahun terbongkar bila Datin Adiba mama Mikail datang secara mengejut kondo anak bujangnya. Keadaan bertambah huru hara bila kehadiran Suzanne yang meraih cinta dari Mikail tapi tidak berbalas. Bekas kekasih Mya , Syamil datang menagih janji  lama membuatkan Mikail nekad untuk menikahi Mya. Adam dan Suzanne bersepakat untuk menghancurkan kehidupan Mya dan Mikail. Mikail terdengar rancangan buruk mereka dan Mikail tidak menyangka rakan baiknya sanggup menikamnya dari belakang. Kehadiran Mya dalam keluarga Mikail juga merubah keluarganya bersatu kembali setelah papa Mikail berkahwin baru dengan bekas kekasih Mikail dulu. Datin Adiba juga menerima kehadiran madunya.

Novel Aku bukan Mistress...ikhsan Penulisan2u.com


okey nota kaki : Novel ini bukan saya punya..saya link kan sahaja ke blog Penulisan2u dan selepas Bab 25 boleh baca di novel yang boleh didapati dipasaran hehu..




Watch Online Ariana Rose - The Wedding Breaker


ikhsan : Kepala Bergetar
Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^