Novel :Kirana Aqila- Chapter 5 : Here I come Korea Part2

Novel :Kirana Aqila- Chapter 5 : Here I come Korea Part2




Chapter 5 : Here I come Korea Part2


                Setelah kejadian tempoh hari Eka amat sensitif bila kirana tiada dalam pandangannya kerana dia berfikir kirana ialah tanggungjawab dia, kerana dia yang memujuk kirana untuk ke korea.
~~Jurnal Kirana

Jeju island credit : Google.com

Hari Kedua : Eka ajak berjalan di Namdaemun best sangat rasa tak puas pulak berjalan tapi kejadian yang tidak disangka berlaku .Aku dan eka telah terpisah , semasa sibuk bershopping. Memang takut sangat ingat kan nak cari jalan balik tapi sesat entah kat mana sampai duit untuk nek train pun habis . Nasib dia datang…ye Adam Hafiz tak jangka langsung dia akan datang cari sebab aku memang dah sesat jauh sangat tak taw kemana.Eyyy malunya napa lak boleh nangis bila nampak dia memang dah rasa nak give up time tu. Adam bawa aku jalan- jalan dia langsung tak sombong time tu aku rasa mesra dan dekat sangat dengan dia time tu .Dia bawa ak beli Handphone percuma .
Hari Ketiga : Hari ni kami berempat telah ke jeju island ,Eka suruh bawa baju sehelai dua mungkin tidur sana katanya..hmm memang betul pun kami tidur sana. Aku cuba hendak berterima kasih pada Adam dengan membelikan dia sepasang sarung tangan tapi dia macam cuba menjauhkan diri entahlah kenapa ye.

Seoul tower credit : Google.com
Hari Keempat hingga Keenam: Kami telah pulang ke seoul dan kami telah ke seoul tower dan macam-macam tempat lagi
Hari Ketujuh@Akhir : Hari ni hari last, nampaknya sampai sekarang ak masih tak berani nak beri sarung tangan tu

“Hari ni last Day” kira berkata sambil mengeluh. Eka masuk ke bilik tanpa Kirana sedari “Ko bagi je lah Kira dah berapa hari dah aku nampak ko teragak – agak”, Kirana terkejut dan tidak sempat untuk menyorok sarung tangan yang ingin diberi pada Adam Hafiz. “hmm camna ko tahu ”, Eka telah beri semangat pada kirana untuk beri kan sarung tangan tu.Di Airport sebelum mereka berpecah untuk kembali ke kampong halaman masing – masing . “Adam ..boleh tunggu kejap ..”, “ Hmm ye kenapa..” dengan gaya Adam Hafiz berbicara sahaja telah membuatkan Kirana terpesona. “ Kau ni dah kenapa..cakaplah”.

Di Rumah Puan Alina ,Malaysia.

Kamarul menyergah ibunya yang termenung sewaktu menonton berita jam 8. “ Argh…” , “Eh arul terkejut mak” Puan Alina jadi lemah semangat dengan sergahan anak teruna dia yang seorang ini. “ Mak kenapa mak termenung Malam ni kan malam akhir kita puasa,sepatutnya mak gembira kan dah nak raya esok…mesti pasal along kan”.
Puan Alina mengeluh kesah “ Hmm ye lah arul esok nak raya along ko tak sampai-sampai lagi,she supposed to be arrive one weeks ago”, Kata Puan Alina yang nyata kecewa anaknya Kirana lebih memilih untuk pergi bercuti dari menghabiskan masa berada dirumah.

“Assalamualaikum..”, Seseorang telah member salam diluar rumah. “ Waalaikummussalam..”, “ Ye ada apa cik..”, Seorang wanita dalam lingkungan umur 20an memberi salam.


Minted Milk


Alahai tasty road ko buat aku selalu kempunan kan ...
kali ni tidak lagi haha berjaya gak cuba one of the simplest menu..
mint mil haha menjadi juga walaupun kaler dia fail...
haha ok ..

weh warna fail pun rasa dia tak fail sedap and refreshing ..

ok...ok..taw kaler dia tak cantik ok supposed dia mcm ni ..

ok ni lah kaler yang sepatutnyer
ok sesiapa yang ingin mencuba resepi ni :

Bahan Bahan : 

1 cawan Susu Dutch Lady
2 sudu serbuk perasa mint

Langkah : 

^ Letak dua sudu serbuk perasa mint
^campurkan 1 cawan susu dutch lady
^kacau sehingga sebati dan minum


Ha senang je kan hehe kalo try bagi tahu ok nak gak tahu respond semua org hehe

ok ^_-

Selamat Mencuba

Drama : Gu Family Book


Gu Family Book


Hai first review after a lot of edit my blog hoho..fuhh i'm tired just for editing my blog but it's kinda fun to do and i wish to help maybe a newbie to Edit your blog and i will do that for a cheap price and can be negotiate...fuh sempat beriklan hahaha ok back to review

handsome kan Gu Wol Ryung

Gu Family book menceritakan percintaan Gu Wol Ryung (an mythical creature) dan Seo Hwa (Lady of an Good Family) Wolyung telah menyelamatkan Seo hwa dari dijadikan Pelacur dan mereka telah jatuh cinta tanpa diketahui seo Hwa bahawa Wol yung yelah penjaga kepada Gunung yang didiami dia. Untuk menjadi manusia Wol ryung harus menahan diri dari melakukan apa sahaja pembunuhan dan juga dari memakan daging tetapi setelah tinggal sahaja lagi 10 Hari ada kejadian telah berlaku seo Hwa telah membelot Wol ryung ...Apa Yang berlaku..kenapa Seo Hwa belot Wol ryung ...ok saje je nak suspend kan semua orang walaupun ramai dah tahu apa yang berlaku tapi tak nak lah jadi spoiler kepada yang belum menonton hehe....

Seo Hwa dengan Gu WolRyung
Yang Penting pelakon utama ialah Lee Seung Gi dan Suzy(Miss A)
 
My Love is a Hurt - Lee Sang Goon ost Gu Family Book



Novel :Kirana Aqila- Chapter 4 : Here I come Korea Part1





Chapter 4 : Here I come Korea Part1
   
ikhsan cik google : Incheon International Airport
Ikhsan cik google : Namdaemun market

    Setibanya Kirana dan Eka di Incheon international Airport , mereka menantikan sepupu Eka yang telah sampai dahulu dengan sahabatnya. Setelah Sejam menunggu barulah nampak batang hidung mereka berdua, Eka memperkenalkan sepupunya Johan dan kawan baik dia Adam Hafiz. Senyuman yang diukirkan oleh Adam hafiz telah menambat hati kirana.Johan telah survey jalan di korea dan telah menyewa sebuah kereta dan juga menyewa sebuah Guest House, semuanya ditanggung oleh johan.Bermulalah Jurnal Kirana di korea .
Ikhsan cik google : Traditional Guest House

ikhsan  cik google : Train at Seoul

Hari Pertama : Johan telah membawa kami ke sebuah rumah yang cantik. jalan dikorea ni berbukit nasib sepupu eka sewa sebuah kereta kalau tidak jenuh juga nak panjat bukit bukau ni. Aku dan Eka berkongsi sebuah bilik manakala Johan dan kawannya berkongsi sebuah bilik. Tuan rumah ini sangat peramah nasib baik kawan si Johan ni pandai bercakap korea jadi senanglah kami. Hmm Adam Hafiz Seorang lelaki yang boleh dikatakan dia agak sombong dan penyenyap tapi sungguh tampan kerana dari susuk mukanya dan gayanya seolah dia memang orang korea, rupanya jangkaan aku tepat dia ni mix Korean ngan melayu sebab ibunya Korean manakala bapanya Melayu. Tinggal dirumah ini memang membuatkan aku feeling Korean sekejap hehe.

    Semasa kira sedang menulis jurnalnya Eka datang menyergah dari belakang. “Ha tulis apa tu, are you writing a love letter, for who, did for someone I know”,Eka menyergah dan bertanyakan soalan bertubi-tubi seolah telah menembak kira dengan berpelurukan soalan seperti machine gun . “Taklah is not a love letter just my journal, for my record only”. Eka mengajak Kira untuk berjalan menggunakan pengangkutan awam di korea sebab sepupunya johan hilang entah kemana. Mereka berdua telah membuat keputusan untuk ke Namdaemun dimana disitu ialah syurga untuk sesapa yang gemar untuk bershopping.Sebaik sahaja sampai disana mereka terlampau leka bershopping sehingga lah mereka tidak sedar yang mereka telah terpisah jauh. Eka telah panic dan mula mencari Kira bagaikan orang gila segala barang yang dibeli tadi telah ditinggalkan kerana Eka lebih risaukan kehilangan kawannya dari barang tersebut. Kira yang sedar dirinya telah sesat telah berusaha mencari jalan untuk kembali ke rumah tumpangan yang disewa johan tapi kirana tidak ingatkan alamat,kira Cuma ingatkan keadaan sekeliling kawasan tersebut.Eka telah menghubungi johan dan johan telah memarahi kira kerana bertindak tanpa pengetahuan dia. Johan dan Adam Hafiz telah berpecah untuk mencari kirana. Adam Hafiz dari seorang yang sombong dan tidak mengendahkan kirana juga mula gelabah dan risau dan mencari kirana dengan kelam kabut.

       Setelah bagai nak gila Adam mencari kirana akhirnya dia terjumpa kirana yang sedang duduk ditepi jalan di subway, setelah adam tenang melihat kirana berada didepan mata, Adam menghampiri kirana dan menegurnya .Apabila kirana melihat adam yang berada didepannya dia mula menangis tak henti –henti sampai adam mula naik risau . Pada  mulanya adam nak bawa dia balik , tapi setelah dia melihat kirana macam hilang semangat dia bawa kirana berjalan untuk menenangkan dirinya.Adam mula tertarik dengan kirana setelah menghabiskan masa  selama sehari , Adam membawa kirana ke kedai Handphone terpakai, apabila sampai kirana agak terpegun banyak handphone yang dijual dengan nilai yang murah sampai ada yangdiberi percuma semuanya masih lagi elok dipakai.Korea sebuah Negara yang maju setiap masa pasti ada sahaja teknologi yang baru dikeluarkan jadi tidak hairan bila ada kedai sedemikian diwujudkan.Kirana hanya perlu berikan Passport sahaja untuk membeli handphone terpakai sekali dengan talian .Setelah seharian Adam membawa kirana berjalan akhirnya mereka kembali ke rumah tumpangan yang disewa mereka. Sesampai sahaja dirumah tersebut Kirana melihat Eka yang tidur berada dalam keadaan kepenatan setelah penat seharian mencari dia. Eka tersedar dan mula memeluk kirana dan menangis dia berjanji tidak akan meninggalkan kirana dan leka lagi.
ikhsan  cik google : Cheap phone outlet

Bibimbap


Salam Readers...


Hmm hari ini bosan betul...
+ perut yang tengah lapar sangat ni...

Haha akibat semalam lah ni terbuka laman web ni
namanya MY ILGI ...

on that blog dia bagi resepi untuk buat bibimbap versi melayu..
ok for those yang tak tahu apa itu bibimbap ..
bibimbap ialah Mixed Rice..
kalau bagi peminat setia drama korea mesti tahukan..
selalu tengok dalam full house atau drama lain...
dimana mereka akan gaulkan nasi putih ngan lauk mereka macam nasi goreng...

Kredit for Resepi : MY ILGI

hehe ha mesti ada punya lah kan...

Resepi Gochujang/Red pepper paste :

 1 tbs tauchu 
2 ts serbuk cili ( kepedasan ikut selera anda)
1 ts gula

 Resepi Bibimbap/Mixed Rice: - untuk bibimbap saya ubah sikit sebab malas nak cari bahan hehe
2tbs Gochujang
1/2 ts Gula
1/2 cup nasi putih
1/4 Kobis cina - ubah suai ikut apa yang ada dalam peti ais hehe 
1/4 kuchai - ubah suai ikut apa yang ada dalam peti ais hehe 
Ayam - seketul yang dicarik hehe sebab takda daging ubah lagi
1 biji telur yang telah didadarkan dan dipotong memanjang

 Method untuk Gochujang:
1. Lumatkan tauchu dan tapis untuk mendapatkan tekstur yang halus.
2. Masukkan serbuk cili dan gula.
3. Gaul sehingga sebati. Kalau masin sangat tambah gula.
4. Tambah air sedikit untuk dapatkan rupa macam sos.

 Method untuk Bibimbap:
1. Masak telur atas kuali leper dah masak potong memanjang..
2.Potong Kobis cina dan kuchai dan rebuskan - note saya rebuskan sebab ia lebih selesa dengan tekak saya
3.susunkan atas nasi yang telah diletakkan dalam mangkuk kecil
4.Letak sos gochujang yang telah disiapkan
5.Gaulkan kesemuanya.
6.Siap dan makan..Hehe

Yang telah siap digaulkan hehe siap untuk makan..

Novel :Kirana Aqila- Chapter 3 : Bermulalah kehidupan yang baru



Chapter 3 : Bermulalah kehidupan yang baru

Ikhsan cik Google

 *Di Airport London 
Setibanya kira di Lapangan terbang London dia memerhatikan samaada Puan Syakila sudah menantinya. Kira Nampak kertas yang tertulis namanya dan sudah pastilah itulah Puan Syakila dari wakil Mara di London. “ Hai , nama akak syakila panggil sahaja kak kila semua student yang akak dah tolong semua panggil kak kila..hehe” , “Ye kak kila terima kasih tolong saya ye”, “Ish ini memang kerja akak ok lepas ni akak bawa kamu ke asrama student then kamu bolehlah rehat esok akak bawa kamu pergi daftar dan akak uruskan semua termasuk kemasukan elaun semua yer”, “ Baik kak Kila terima kasih” .

Sesampai sahaja di asrama kira perhatikan asramanya sangat lawa siap ada tempak memasak. “Kira buat hari ni kira duduk rumah akak yer maaf  sebab asrama kuncinya pada abang Faisal dia dan bini dia pergi bercuti pulak.lagipun bahaya lah tiada siapa kat asrama”, “ La ini rumah akak ker mati-mati saya ingat asrama lawa sangat” , “ Haha lawaklah kira ni maaf akak lupa nak bagitahu esok akak bawak kira jumpa sorang student dia memang nak cari housemate pun lagi satu sewa dia pun boleh tahan murah dan senang nak ke university dekat” , “ Yes Ma’am hehe baik kak” . 

Esoknya selepas pendaftaran kira telah dibawah kak kila untuk bertemu dengan seorang student tahun Akhir lagi sebulan dia akan menamatkan pengajiannya iaitu Nur Asyikin dia begitu petah bercakap dengan loghat kelantannya yang pekat dan masih segar dengan percakapannya, dia begitu ramah dan mesra sekali. Dia meminta untuk dipanggil Kak Ekin jer, memang bernasib baik dapat bertemu dengan orang yang mesra memang tidak kekok dan senang untuk dibawa berbual. “ Molek lah mu dok sini dok lama lagi deh kak tinggal sini ha laghi tigo oghe ado kelah nun satgi balik loh, mu dok pehe deh kak ghoyak gapo ke mu ok maaf ye kak ghoyak baso KL deh”.Kira dengar dengan muka blur “Sebenarnya bukan lah tak paham sangat, disebabkan kak cakap begitu laju jadi take time saya nak paham maaf ye kak”. “ Haha takpa akak paham akak pun tinggal sebulan je sekarang pun dah takda kelas dah sekarang tinggal nak kemas barang je nak balik”.

 Selepas penerangan yang panjang lebar dari kak Ekin dari mula tandas sampai lah ke dapur semuanya ditunjukkan oleh kak Ekin akhir Sekali sampai jua dibilik, biliknya memang lawa dari segi hiasannya menunjukkan bahawa roommate ku ini pengemas orangnya.Malam tu akhirnya ak berkenalan dengan roommateku namanya Siti Zulaikha lebih mesra dipanggil Eka ,Eka tua setahun dari aku dia sangat peramah dan satu yang ak suka dengan dirinya ialah dia sentiasa tersenyum dan mesra sekali seorang pelajar jurusan Awam bakal menjadi seorang Arkitek dia sekarang berada di tahun kedua pengajiannya. Rumah ini diduduki seramai 7 orang dimana ada 3 buah bilik dua bilik akan diduduki 2 orang persatu bilik dan lagi satu bilik akan diduduki 3 orang kerana ia adalah Masterbedroom.Oleh Kerana 4 orang dari mereka akan menamatkan pengajian jadi sekarang rumah itu perlukan 4 orang lagi untuk menampung sewa dan bil. Norul Elena seorang lagi penyewa di rumah ini seorang student jurusan Bisnes ambil MBA dan berada di tahun 1 semester 2 seorang yang pendiam tapi sekali dia berkata – kata ia adalah satu arahan bagi semua yang mendengar.

 3 bulan sudah berlalu macam tidak percaya sekarang rumah itu telah berpenghuni penuh dengan jasa baik Elena dan Eka yang begitu ringan mulut bertanya kepada Student Melayu yang lain. Akhirnya kini lengkap aku tidak perlu membayar sewa yang tinggi lagi kerana sekarang pembahagian sewa telah berkurang dengan adanya 4 orang lagi. Bilik Pertama iaitu Master bedroom akan diduduki oleh Zaidatul Zakiah lebih mesra dipanggil Zack,Ayu lisa-lisa dan Laila Karmila – Mila Mereka bertiga sama jurusan iaitu Fesyen mereka bertiga mereka baju dan berada di tahun pertama dan yang akan berkongsi bilik dengan Elena ialah liana maria lebih selesa dipanggil Mari seorang pelajar jurusan Peguam di tahun kedua Pengajian.Sekarang aku sudah biasa dengan kehidupan sebagai seorang student di bandar metropolitan london ini.

*Rumah Kira di Malaysia

Suasana dirumah kecoh sekali dengan kenduri yang sedang berlangsung Puan Alina sibuk menguruskan majlis menyambut puasa kerana dalam 2 hari lagi akan tiba bulan ramadhan sedar tidak sedar sudah 7 bulan Kira berada diperantauan, dalam kekecohan majlis Puan Alina tersenyum sebentar mengenangkan Anak gadis kesayangannya yang Kini berada diperantauan terfikir juga Puan Alina bagaimanalah agaknya keadaannya disana adakah makan dan minum anak gadisnya itu terjaga. 
“Mak kenapa termenung je ni”, tegur khai yang sudah biasa membahasakan Puan Alina sebagai Mak.
“Ehm khai, takde pape Cuma terkenangkan kira sekarang”, Muka Puan Alina agak sugul.
“Mak jangan risau kirakan kuat makan mana tahu kurus dia sekarang”, khai berkata dalam nada bergurau

“Khai kamu nilah “, Puan Alina kembali tersenyum.

Anak lelaki Puan Alina kamarul datang membawa khabar gembira kepada puan Alina bahawa Kirana akan kembali untuk beraya dikampung kerana hari raya jatuh pada musim cuti jadi dia berpeluang untuk beraya dikampung, mendengar berita tersebut seluruh ahli keluarga mengirim pelbagai souvenir untuk dibawa pulang .
*Asrama kira di London

Kira termenung mengenangkan usaha kerasa dia Selama 9 bulan, kira telah merancang dietnya dengan baik sekali dan disebabkan Ekalah misi dia menguruskan badan telah berjaya memang dia berbeza sekali dengan kira yang pertama kali datang ke london setiap pagi Eka mengajaknya berjogging , dan Eka telah membantu pengawalan makanan kira, apa yang kira ada sekarang semua jasa baik Eka . Roomate Kira telah datang untuk memberitahu perihal percutian dia ke korea dan ingin mengajak kira sekali untuk bercuti di Korea Seminggu sebelum kembali beraya. “ Kira jomlah ikut aku kita pegi seminggu then terus balik malaysia dari korea nak tak”, “ aku memang nak ,teringin sangat nak ke sana ..tapi ak tak mampulah nak beli tiket pergi balik lagi ..maaf ye Eka”. “ Lah jangan risau semuanya ditanggung”. Kira tercengang mendengar ayat Eka kerana dia langsung tidak faham maksud teman sebiliknya itu. Eka menerangkan bahawa sebenarnya percutian itu dirancang oleh Eka dan sepupunya tapi sepupunya itu membawa teman jadi hendak mengelakkan kejanggalan sepupunya itu memberi idea yang bernas untuk mengajak seorang lagi ,jadi kira lah orangnya yang akan menemani mereka.

Hakcipta terpelihara by FASHAM 

Novel :Kirana Aqila- Chapter 2 : Persiapan dimulai

Novel :Kirana Aqila- Chapter 2 : Persiapan dimulai
Chapter 2 : Persiapan dimulai

Setelah sambutan majlis yang dibuat oleh Mila, adila dan ani malam itu , kira telah memulakan aktiviti persiapan untuk ke London.Perkara pertama yang harus kira buat adalah pergi ke pejabat Mara di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan segala yang diperlu .Kira dan Maknya tidak mahu menempuh kesesakan lalulintas yang teruk di Kuala Lumpur jadi mereka mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di LRT putra gombak dan menaiki LRT sahaja untuk ke pejabat Mara. Untuk Ke pejabat Mara mereka perlu mengambil dua train iaitu menaiki LRT putra dari Gombak dan membuat penukaran ke Tren STAR dan turun di stesyen Bandaraya. Mereka akan melalui SOGO.Akhirnya setelah sampai mereka telah meninggalkan MyCard sebagai jaminan sebelum menaiki lif ke pejabat Mara. Mereka perlu pergi ke tingkat 8 untuk bahagian penawaran biasiswa.Disini mereka harus bertemu dengan Puan Haleena yang bertanggungjawab menguruskan student yang akan belajar ke luar Negara.Setelah Kira telah menanda tangan segala perjanjian yang disediakan ,Puan Haleena seorang yang begitu mesra dan baik melayan Kami berdua telah menyediakan senarai barang dan perkara yang harus ada sebelum fly 2 minggu lagi. Barang – barang yang harus kami beli ialah Baju Sejuk , membuka akaun Maybank untuk menerima elaun bulanan dari pihak MARA dan barang – barang asas kerana puan Haleena memberitahu barang disana sangat mahal jadi kami harus sediakan apa yang patut.
Situasi di rumah begitu kelam kabut dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat untuk mengucapkan tahniah .Setelah saudara mara mulai bersurai setiap hadiah satu persatu dibuka .Begitu banyak barang keperluan yang harus kubeli telah diberi sebagai Hadiah.Secara tiba-tiba aku mendapat sergahan yang memang membuat aku sakit jantung. “Arhh…weh khai pe hal ni ko ni kan sama je ngan adik aku suka buat ak lemah jantung”,khai ni ialah sahabat karibku dari kecil dia bersahabat baik dengan ku semenjak kami masih lagi di Sekolah menengah.Perangai dia memang gila-gila tapi sebab perangai dia yang gila-gila tu yang membuatkan kami bersahabat karib sampai sekarang.Khai ni nama penuhnya Khairul Shaari tapi panggil lebih mesra dipanggil khai .Dia ni memang selalu membuat hati aku berdebar-debar walaupun kami bersahabat baik tapi permulaan kami bersahabat ialah kerana waktu dia masuk sekolah aku dahulu dia ni memang diminati ramai pelajar perempuan kerana mukanya yang handsome dan perangai dia yang cool, tapi disebalik perangai dia yang cool tersembunyi sifat yang buat aku sakit hati sangat ye dia memang cool tapi cool yang menyakitkan hati. Aku ingat lagi first dia masuk kelas aku iaitu Tingkatan 1 Cempaka dia memperkenalkan diri seperti dialah yang terhebat sekali bila teringatkan balik ia memang lawak.Tapi ada satu kejadian yang menjadikan kami sahabat yang karib sampai sekarang.Masa  kejadian tersebut berlaku aku dalam perjalanan pulang dari sekolah,tiba-tiba aku terdengar suara lelaki yang sedang bergaduh, aku mengikuti suara tersebut sehinggalah sampai ke tempat suara tersebut dan aku lihat Khai teruk dibelasah oleh budak-budak nakal.
Teruk juga aku melihat dia kena belasah jadi aku pun memanggil cikgu untuk mengelakkan kejadian yang lebih teruk, sampai je cikgu kesemuanya budak – budak yang pukul khai terus kenakan tindakan disiplin. Khai pula dibawa ke Hospital untuk rawatan . Keesokan harinya aku dapat tahu yang khai telah dimasukkan ke wad akibat kecederaan yang teruk. Oleh sebab risaukan keadaan khai aku pun pergi melawat dia tapi rupanya dia sihat sahaja. Ibu dia yang terlalu risaukan dia yang menyampaikan keadaan tersebut . Aku cuma mahu melihat dari jauh tak sangka kehadiran aku telah diketahui. Dia mengejutkan aku 
“Woit apa kau buat kat sini”.Terkejut aku dibuatnya ,
“Weh apa kes kau ni main sergah belakang pula,” 
“Apa kau buat kat sini mesti kau risaukan aku kan”, “Eh tak kuasalah nak risau kau sapa.”
“Weh ..terima kasih pasal semalam kalau kau tak..”.”Kalau aku apa..”
“Kalau ko tak panggil cikgu mesti teruk aku kena”.”Mana kau tahu aku panggil cikgu”
“Cikgu yang cerita semalam..terima kasih yer..Can I’ll be your friends”.
“Sure... friends..but firstly boleh tak buang perangai ko yang annoying tu..Annoy gila tau”
“Okey kawan.”.. “Friends..” 
Kejadian itulah yang merapatkan kami sampai semua orang mengatakan kami ni pasangan bercinta tapi disebabkan kami dah berjanji untuk bersahabat dan tidak akan memasukkan maksud lain dalam persahabatan kami jadi aku pendamkan perasaan itu. Sampai sekarang aku masih tidak tahu apa sebabnya khai kena pukul bila ditanya dia kata budak jangan sibuk. “Along jauh mengelamun”lamunanku terhenti setelah ditegur oleh mak.”Eh mak taklah ..khai mana mak.”. “Dah lama dia balik dia tengok along busy jadi dia malas nak kacau katanya”. 
Sedar tidak sedar 2 minggu telah berlalu hari untuk bertolak ke London telah tiba. Sebelum bertolak ke lapangan terbang kira amat berharap teman baiknya Khai akan datang untuk menghantarnya.
“Mak  ...khai datang tak”,
“hmm katanya tak ikut dia kata takut dia nangis tengok kamu pergi nanti…
  hilang macho katanya..”.

“hmm ok”. Kira kecewa mendengar jawapan dari ibunya

*di lapangan terbang Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLIA- Kuala Lumpur International Airport

“Along dah check ye passport tak de barang yang tinggalkan”. Puan Alina hendak memastikan tiada yang tertinggal ,jika ada susah lah nanti . “dah mak passport, ic  semua pun ada”. Kira masih ternantikan kehadiran teman baiknya itu, waktu untuk bertolak telah tiba panggilan penumpang untuk pesawat MAS kuala lumpur to London telah pun dipanggil . “Along ada apa telefon mak terus…sampai sana terus cari Puan Syakila ye tunggu sampai dia datang dan pastikan barang semua ada duduk tempat ramai orang”, begitulah kerisauan seorang ibu untuk menghantar satu – satunya anak gadisnye ke perantauan kegusaran hati masih terasa. “ ye mak along tahu jangan risau..mak..along sayang mak”, “jaga diri ye along”.Sebelum kira melepasi pintu masuk rupanya khai sudah menanti disitu dengan sejambak bunga mawar merah yang segar. 

“Khai ,ko ada sini aku ingat ko tak nak hantar aku”,

 “Ehmm ak dah lama kat sini Cuma tunggu ko jer lambat sangat masuk maaf 
   bukan ak tak nak jumpa kat sana Cuma ak rasa sini lebih privasi”

“Ada apa , kenapa muka ko Nampak serius ni”, sebelum sempat khai mengungkapkan
Kata – katanya seorang Pramugari telah meminta kira untuk cepat kerana sudah sampai
Masa untuk bertolak “Khai maaf nanti kita chat kat fb bila ak dah ada talian internet ok”

“Kira sebelum ko pergi ni untuk ko”. Sejambak bunga mawar merah diserahkan kepada kira. Begitulah nasib khai sampai sekarang dia masih belum berani mengungkapkan kata cintanya kepada Kirana Aqila yang sudah hampir Sembilan tahun disimpanya didalam hati kerana janji bodoh yang dibuatnya semasa saat perkenalan dia dengan kira. Mereka telah membesar bersama dia telah melihat perubahan kira yang positif dari gadis selekeh dengan perangainya yang selamba dan sentiasa positif kepada gadis yang masih lagi berbadan gempal Cuma dia sudah pandai untuk berhias dan berpenampilan menarik dia sentiasa tertarik dengan kira walaupun dengan berbadan gempal dia sentiasa positif dalam hidupnya dan ceria, sikap itu yang menarik perhatiannya untuk mula menyukai kira.




Novel :Kirana Aqila- Chapter 1 : Pekhabaran Gembira

Novel :Kirana Aqila- Chapter 1 : Pekhabaran Gembira
Salam and Annyeong Haseyo This is my first try Hope All of u can give an advice to improve it...

Watak utama: Kirana Aqila

Mak : Puan Alina

Adik kirana : Kamarul Arifin

Teman Rapat :mila,adila dan ani

Chapter 1 : Pekhabaran Gembira

“Mak along dapat dah mak” jerit Kirana Aqila atau lebih manja di panggil along oleh keluarganya. “Apa yang kamu dah dapat nye along”,Tanya ibunya Puan Alina, Ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata iaitu Kirana Aqila dan Kamarul Arifin. “Mak, along dapat tawaran untuk further study kat London mak, Universiti of Sheffield in Degree Electronic”, Puan Alina megalirkan air mata gembira bila mendengarnya dan kemudian air mukanya juga berubah. “Tapi long mana mak nak cari duit untuk tampung kos pelajaran kamu disana”,kata Ibunya,“hidup disana sangat mahal,apatah lagi sekarang adik kamu sudah memasuk university mak tak mampu nak tanggung kedua sekali”Keluh Puan alina lagi. Bukan niat hatinya ingin mematahkan impian satunya anak perempuannya,tapi bila difikirkan lagi beliau tidak mampu menanggung beban untuk berhutang apatah lagi beliau seorang ibu tunggal yang hanya berkerja sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital kerajaan berapa sangatlah gaji yang dapat setiap bulan di campur pula dengan elaun kerja lebih masa yang dibuat baru lah mencapai angka seribu tambahan beliau akan besara lagi 2 tahun.”Mak cuba mak baca surat along ni sampai barisan ni”.

Bila dibacanya bahagian surat tersebut yang menyatakan “You are getting Full Scholarship and it base on your result in first semester”, alangkah terkejutnya Puan Alina bila membaca bahawa anaknya mendapat biasiswa penuh tajaan penuh dari MARA iaitu Majlis Amanah Rakyat kerana anaknya mempunyai keputusan yang cemerlang semasa Diploma.”Tahniah long mak doakan kejayaan anak mak” kata puan Alina.”Jadi mak restulah pemergian along ke London ni ye”,”bukan sahaja restu tapi doa juga mak iringkan untuk kamu long,jadi bila kamu akan kesana”.”Hm dalam hujung bulan ni mak”kata Kira.Secara tiba-tiba Kirana Aqila merasakan ada orang yang sedang memerhatikannya dari belakang dan bila ditolehnya,”Arghhh”sergah Kamarul Arifin anak kedua Puan Alina dan merupakan                    satu – satunya adik lelaki kepada Kirana Aqila.” Hoi ko ni kan kalo aku ada sakit jantung tadi mati kat sini ko nak wat camne” marah kira kepada adiknya yang memang kuat menyakat kakaknya itu.”Ahh tak mati pun kan …eleh itu pun nak marah macam tak bese lak kan”kata kamarul arifin yang lebih selesa dipanggil adik didalam keluarganya.

Malamnya sesudah solat jemaah maghrib dan isya’ Puan Alina sekeluarga makan malam sudah menjadi kebiasaan mereka untuk solat berjemaah sekeluarga diimamkan oleh anak lelakinya.Seusai solat dan makan Kira telah membuka facebook dilaptopnya untuk mengkhabarkan perkhabaran gembira itu kepada teman –teman rapat seperjuangannya iaitu mila,adila dan ani,mereka ialah teman rapat seperjuangan semasa belajar diploma diuniversiti dahulu walaupun mereka berlainan kursus tetapi disebabkan mereka satu kelas yang sama telah menjadikan mereka begitu rapat sekali bagaikan keluarga.Setelah memuat naik status yang bahawa dia telah mendapat tawaran tersebut dan menyatakan yang dia akan terbang ke landan dalam dua minggu hampir beratus komen ucapan tahniah yang diterima tetapi satu pun tiada ucapan dari teman rapatnya yang bertiga itu.Kira berfikiran positif dengan berfikir mungkin mereka tak online malam itu,lalu laptop ditutup dan bergerak ke ruang tamu untuk membantu ibunya membungkus kerepek.Itu lah pendapatan sampingan keluarganya dengan duit kerepek itulah yang membantu hidup mereka lebih baik.

Keesokan harinya, Kira mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenalinya yang menyatakan.
Mesej1:“Jumpa di MCD pukul 10 malam ini kalau ko rasa nak rahsia ko selamat di tangan aku”.

Mesej itu nyata mengejutkan kerana ia berbaur ugutan,terfikir juga kira adakah dia ada menyimpan rahsia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Malam itu sesudah solat untuk menyelesaikan segala kekeliruan ini kira telah ke MCD dengan ditemani adiknya kamarul tapi tidak diceritakan pula kisah mesej yang dia dapat pagi tadi ke adiknya.Sampainya dia ke MCD dia tengok ramainya orang dan sekali lagi mesej telah sampai dari nombor yang sama.

Mesej2:“Aku dah Nampak ko,teruskan bergerak ke ruang bilik yang berada di bahagian tepi MCD aku berada disitu”.

Dengan tanpa berfikir panjang dia telah kesana dan meminta adiknya tunggu didalam kereta , bila kira membuka pintu dan secara tiba-tiba,”Surpriseee” kira disergah oleh teman – temannya seuniversiti.Parti itu telah dirancang baik oleh Mila,Adila dan Ani dan juga mesej yang diterimanya itu adalah umpan untuk kira ke Parti tersebut.“Mila,dila,ani korang ada kat sini korang tau tak sedih taw aku korang je yang tak wish tahniah kat aku”kata kira,”Ala siannya kan kami dah buat parti ni saja je kami tak nak wish dulu kami nak buat surprise ko ingat senang nak kumpul bebudak ni balik dah la kami terpaksa private messege supaya ko tak tahu”kata adila dengan nada serius.”by the way thanks girl,I love it thank you so much,kawan – kawan terima kasih kerana datang jauh just untuk wish me, thanks a lot.”


nukilan : fasham