Salam Readers...
Annyeong Haseyo...
Langsung tak dijangka perjalanan yang dijanjikan 2hari 1malam menjadi 3hari 2malam
sungguh langsung tak dijangka...memang sakan habis..hehe
ok pada mulanya hanya untuk ke kenduri kahwin anak kawan serumah mak masa muda
di Sg Dua pulau Pinang dan nak berjalan di penang ...alang-alang dah sampaikan hehe..
Jom mulakan Perjalanan...
Mulakan Perjalanan di awal pagi seawal jam 9Pagi(awal ke) ye lah penang jauhkan..
Haha kali ni perjalanan memandu didominasi oleh Satu satu adik kesayangan ku hehe
Goodjob Relax sungguh haih...!!!
Untuk trip 3 hari ni harus berterima kasih pada Waze App yang banyak berjasa...
Sepanjang tempoh perjalanan ini...
Sungguh terima kasih walaupun entah mana jalan yang dibawa segala ceruk kampung perumahan
awam dia bawa lalu sampai nak hilang keyakinan ingat dah sesat..grrr sabar je lah kan...
hehe ok alhamdulillah keluar je tol sg Dua..ikut je map yang dibagi dikad senang je jumpa..
ok sampai pukul 11 lebih dekat 2 jam gak kat situ almaklum...
kawan lama berjumpa banyak cerita lebih lagi pernah sebilik...
ok seterusnya...kami bergerak dalam pukul2..
sampai je penang tak tahu nak kemana...ok berterima kasih pada google..
search kat google tempat wajib datang di penang...
sumpah nak pergi semua...apakan daya..kita hanya merancang Allah yang menentukan..
aktiviti berubah disebabkan badan mengalami kepenatan yang amat kerana...
sehari suntuk dalam kereta...
#DestinasiPertama...Masjid Terapung di tanjung Bunga..
#DestinasiPertama...Masjid Terapung di tanjung Bunga..
disebabkan jam sudah menunjukkan pukul 3 jadi ambil keputusan untuk solat dahulu
di masjid terapung kerana itu tempat wajib pergi jika ke Penang.. cantik betul ...
Keinginan saya untuk meunaikan solat di Masjid yangmenjadi kebanggan rakyat penang
ni tercapai..Alhamdulillah.. Mengikut hasil yang dicari menggunakan search engine Google.com .
Masjid ini bernilai RM15 juta. Menemukan reka bentuk gabungan pengaruh rekaan tempatan dan timur tengah. Ia juga dikenali sebagai Mutiara Timur, Ini kerana rupa bentuk kelihatan seperti Mutiara. Masjid ini juga boleh menampung sekitar 1500 jemaah . Ia juga terletak dalam laluan ke batu Feringgi. - Reference by : Google.com
Cara ke sana :
Bas : Naik Bas Rapid Pulau Pinang No 101 atau 102.
okeyh dh lewat pagi dah ni nanti de masa sambung lagi journey okey...^_^