Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 6

Mengikut ittinarary , hari ni kami akan ke Gwanghamun square,  Gyungbukgong Palace, Bukchon Hanok Village, Masjid Itaewon dan Eid restaurant.


First kami ke Bukchon Hanok Village. Ini kali kedua kami ke sini. Tak banyak perubahan dengan dua tahun lepas.

Cara ke Bukchon Hanok Village:


Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2. Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village.


Bukchon Hanok Village

Kalau ada kat kawasan Village ni diingatkan kena senyap je.Jangan nak gembira ketawa kuat-kuat sebab sini kawasan rumah orang. Kalau datang pagi-pagi boleh lihat penduduk sini keluar bekerja. Ada sukarelawan yang jaga sini jika tersesat . Mereka akan tunjukkan jalan dan mereka juga ada suruh kita senyap jika terlampau bising.

Hotteok

Sambil jalan tu ada banyak cafe, kedai-kedai tak lupa juga kedai jual barangan kpop dekat depan sekolah. Boleh singgah kalau nak membeli. Nak makan Hotteok yang sedap ni pun ada jual area situ.
Selepas dah puas berjalan di Bukchon Hanok Village , kami pun bergerak terus ke Gyeongbukgong Palace.
Nak pergi Gyeongbukgong Palace jalan kaki je dari Bukchon Hanok Village.

Ataupun kalau nak terus ke Gyeongbukgong palace boleh ikut direction ini.

Cara ke Gyeongbukgong Palace:


Gyeongbokgung Station, Line 3, Exit 5

Nak masuk Palace ni kena bayar 3000 won. Tujuan pergi sini sebab nk tengok upacara pertukaran pegawal istana. Kami bernasib baik sebab sempat tengok.

 
Upacara pertukaran pengawal istana.

Upacara pertukaran pengawal istana ni ada waktu dia. Jadi jika datang pada waktunya memang bernasib baik.  Perlu diingat Palace ini tutup pada hari Selasa. Harap Maklum. Sila rancang perjalanan anda.

Pintu masu istana.


Cara ke Gwanghamun Square :


Gwanghamun Station, Line 5, Exit 2

(Depan Gyengbokgung Palace)

 Dekat Gwanghamun Square ni terdapat dua tugu yang besar iaitu tugu King Sejong (yang mencipta tulisan hangul) dan juga admiral Yi Sun Shin. Sewaktu kami datang terdapat persembahan di tengah-tengah Gwanghamun Square.

Persembahan di Gwanghamun Square
 Di bahagian belakang tugu King sejong terdapat The Story of King Sejong Exhibition hall. Dekat sini ada kisah pasal tulisan Hangul. Masuk free je. Kat sini juga ada satu section untuk kita tulis sendiri nama kita dalam tulisan Hangul. Ada staff yang akan translate kan nama kita dalam hangul. Museum ni tutup hari Isnin. Jangan ada yang datang hari Isnin. Rugi je .hahhaha.

The story of King Sejong
Pengalaman menulis nama sendiri dalam Hangul

Dekat Gwanghamun Square ni juga kita boleh cuba pengalaman memakai Hanbok secara PERCUMA.

Petangnya pula kami ada temujanji dengan kawan kami dari Korea, Amy. Kami cadang nak jumpa di EID restoran. Yelah nak jumpa dekat restoran lain macam susah pulak kan. Kebetulan Eid dekat Itaewon je. Sebelum tu kami singgah di Masjid Itaewon untuk menunaikan solat. Alhamdulillah ini kali kedua kami menjejakkan kaki ke Masjid Itaewon.

Masjid Itaewon

Cara ke Masjid Itaewon:

Itaewon Station, Line 6, Exit 3

Selepas selesai menunaikan solat dan menunggu kawan kami Amy, kami pun bergerak ke Eid restaurant, restaurant halal milik Korean Muslim. 

 
Bersama kawan kami Amy di hadapan Eid restaurant.



Cara ke Eid restaurant :


Dari station Itaewon, jalan terus sampai jumpa pintu gerbang masjid. Masuk simpang kanan dan terus jalan.

Makanan yang kami order di Eid.

Walaupun menu di Eid ni tak banyak tapi serius masakan dia sedap cuma lauk ayam yang kami minta tu pedas..hehehe. Apa pun thank you Amy belanja kami makan. Nanti kami datang Korea kita jumpa lagi ye :)




Itinerary hari ketujuh di Seoul:

Gwanghamun Square

Gyeongbukgong Palace

Bukchon Hanok Village

Masjid Itaewon
Eid Restaurant


Budget hari ketujuh di Seoul (per head) :
Gyeongbukgong Palace : 3 000 won\
Eid : kawan belanja.
* naik bas dan subway guna cashbee