Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih
RM50 Cash x 10 pemenang
Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015
Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015
JJCM IPOH : Restoran New Hollywood
Salam Readers...
Annyeong Haseyo...
Kali ni nak cerita pasal Restoran New Hollywood .
Sabtu yang lepas hantar mak pergi kursus Umrah kat Ipoh.
lepastu tak tahu nak buat apa . tengok jam baru pukul 8.30pagi.
tetiba dapat panggilan dari kawan lama dia cakap nak ajak breakfast dekat
Restoran New Hollywood . Sekali sampai Penuh wei..
nak tunggu meja kosong dekat 10minit baru merasa duduk
Pertama kali datang sini..amazed jugalah sebab ada
peniaga Melayu..cina dan
customer pun berbilang bangsan Melayu , cina dan india .
pelancong pun ramai rare gila.
tak tahu apa yang popular serah sepenuhnya pada kawan pilih apa yang popular dan sedap.
sementara tu perhati juga gerai yang paling popular ialah
gerai Chee Cheong Fun wah sampai tak menang tangan tokey dia masak
so dari tadi perhatikan makanan orang tak pasal-pasal dengar satu suara
yang kawan kita cakap suara hasutan so abaikan
Gadis A: Hee lonelynya dia makan sesorang
Gadis B : Haar dah lah sorang bangun jelah orang lain nak duduk juga
haha dalam hati dah mendidih ni tapi tetiba my knight of shining armor datang
haha thanks babe nasib ko cepat kalau tak dah kena dah budak pompuan belakang ni
terus tak dengar dah suara-suara sumbang tu dan kami makan dengan aman ...
![]() |
| Roti Telur goyang omak aii terangkat kenyang habaq hang |
![]() |
| Yang char kuey tiaw ni tak tahu sedap ke tak sebab ni kawan punya tapi dia kata bolehlah haha |
![]() |
| Kopi Ais dia boleh tahan kaw kopi dia sedap tak manis lebih rasa pada kopi .. |
Ingat lepas makan Roti telur goyang nak makan chee cheong fun tapi tak jadi sebab serius perut jadi kenyang dengan hanya roti telur goyang dengan kopi ais ..
![]() |
| From My Instagram ^_^ |
Okey untuk yang ingin mencuba meh kita kasi direction
Waze : Restaurant New Hollywood
Alamat : 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
![]() |
| Google maps ke sana |
okeylah..tatatititutu see you kat post seterusnya ^_^
Homestay 360 Universiti Serdang South
Salam Reader...
Annyeong Haseyo...
Kisah ni berlaku dalam satu minggu yang lalu ...akibat kekangan masa sebab dipanggil interview di dua Company yang berdekatan, langsung tak sempat nak survey motel bajet untuk tidur. Almaklum hari ni Company A hari esok Company B , so tak kan nak balik kut Sg Long ngan Bangi kut ...so settle interview Sg Long redah je pergi kajang nak cari Motel tapi tak ada satu pun tempat yang kena dengan keadaan ada motel murah tapi parking pula tak selamat Parking di kawasan lain motel kawasan lain pulak tu ditingkat 3 motelnya .. so dengan hati yang tabah Call semua kawan yang masih ingat perah stay area tu semua kasi cadangan Seri kembangan sebab dekat dengan bangi...tapi nasib baik sangat one of my friend Eazza cakap kawan mak dia ada homestay area Serdang south dan sgt dekat nak ke Company B then sementara tunggu jawapan kawan Mak Eazza kami pun apa lagi redah ke Kelana Jaya ...pergi cari makan ..dengan lapar semua lengkap lah ...
Well jangan jealous saya dapat stay kat sini dengan Harga pembukaan kami orang pertama sewa Homestay ni dapat Harga RM50 well kami berpuas hati lah siap guna facilities kat 360 mandi kolam ..sauna.. Haha macam lari pulak tujuan nak ke situ .
![]() |
| Safety kat sini sangat ketat even dapat lepas guard kat depan pintu pun masuk lif pun lif tak kan bergerak ke mana sebab korang kena ada Access Card untuk pergi level korang stay. |
Well seriously sangat berpuas hati dengan sistem disini ..Safety terjaga , facilites terbaik..Homestay ni macam Studio dia tak ada bilik..hanya ada ruang tamu sahaja A studio house style.
![]() |
| View dari Bilik - Jerebu telah memalapkan pemandangan |
![]() |
| View dari bilik - Tengok haiyaa tak nampak sangat |
![]() |
| View ke bilik air |
![]() |
| View Pintu Masuk - Masih dalam renovate untuk dapur |
![]() |
| View level tempat kami stay |
![]() |
| View salah satu facilities di 360 Universiti |
![]() |
| View Parking for Visitor |
Bagi sesiapa nak sewa Homestay 360 universiti ni area Serdang South berdekatan sangat dengan UPM ..senang je bukak waze then search 360universiti memang jumpa dont worry .
sampai disini sahaja ..nanti ada masa kita sambung lagi untuk entry yang lain pula ^_^
Jalan-jalan Kuantan, Pahang.
Assalamualaikum semua. Sihat ke? Sebelum tu ada pemberitahuan la sikit yang blog Lollista.blogspot.com telah pun bertukar nama ke kimchidanramyun.blogspot.com.
Kali ini aku nak ceritalah pulak pengembaraan three stooges kami ini. Kali ini trip 3 hari 2 malam bersama Ana dan Tiha (pemilik blog) ini. Ala bukan trip apa pun sebenarnya , trip ke rumah member sesama BMI kahwin. Itu pun last minit punya rancangan. Tapi ok la sebab aku pun jarang pergi jalan-jalan kat area Pantai Timur. Kali terakhir aku pergi waktu 2 tahun lepas waktu kerja kat Sime Darby. Nak lagi lama aku pergi aku rasa waktu kecik-kecik dulu.hahahahah.
Hari Jumaat tanggal 18/9/2015 bermulalah perjalanan aku menuju ke KL Sentral sebab aku dengan Tiha bercadang untuk berkumpul di KL Sentral dulu sebelum menuju ke Batu Tiga untuk berjumpa Ana. Tepat pukul 12 tengah hari aku dan Fatiha pun menuju ke Batu Tiga menaiki KTM Komuter.
Lepas semua dah berkumpul moh la kita weh bergerak ke Kuantan Pahang. Perjalanan ke Pahang dari KL lebih kurang 4 jam. Waktu perjalanan tu kami harap dapat la sampai sebelum pukul 8.30pm sebab kami nak pergi ke rumah pengantin untuk upacara akad nikah.
Lebih kurang pukul 7.30pm, kami pun tiba di Kuantan. Mata pun mulalah melilau nak cari hotel bajet tapi cantik. Tak nak lah tidur hotel yang jauh dari bandar kan. Tetiba kami ternampaklah satu hotel ni.Keduduakn memang startegik la aku cakap. Dari luar memang not bad. Nama hotel tu V hotel. Landmark hotel ni senang je nak cari sebab betul-betul depan Balai Polis. Hotel ni terletak bahagian bucu kedai. Memang nampak la tulisan V Hotel besar-besar tu. Harga hotel ni not bad. Kami ambil yang triple room. Harga dalam RM 122 without breakfast. Kami ambil room yang without breakfast sebab kami nak makan kat area Kuantan ni. Nak makan nasi kerabu pagi-pagi.Nak info lebih lanjut boleh tengok di website www.thevhotel.com.my
Dah siap semua kami menuju la ke rumah pengantin. Balik je dari rumah pengantin, kami pun terus menuju ke Teluk Cempedak. Serius ramainya orang. Ye la malam minggu katakan.Nak balik je dari Teluk Cempedak, ada road block pulak. polis tu siap minta lesen bagai. Mungkin muka driver kami terlampau jambu sangat sampai polis kawan kami memandu tanpa lesen. Alhamduliilah kami tak ditahan.
Esok paginya, sebelum ke rumah pengantin kami ke Pekan dulu sebab Tiha nak ke Pekan untuk mengimbas kenangan belajar di IKM Pekan. Sempat la breakfast dulu nasi lemak kat Pekan tu. Selepas tu kami pun pusing-pusing la bandar Pekan ,Pahang. Ini first time aku sampai di Pekan. Menarik. Selepas jalan-jalan Pekan kami pun ke rumah pengantin. Jimat makan tengah hari.Tadi aku cerita kami bertiga je kan.Balik dari rumah pengantin kami tambah lagi seorang member kami yang dah seminggu duduk rumah pengantin.
Lepas rehat semua, petang tu kami gerak ke Kula cakes. Aku confirm korang pernah dengar tentang Kula cakes kan.Kula Cakes ni memang popular terutamanya Mango cheesecake cafe ni. Aku kurang sikit makan kek yang ada perasa buah-buahan ni. Jadi aku memilih kek Peanut butter. Bagi aku sedap sebab ni memang selera aku. Pavlova pun not bad ada Pavlova biasa dan pavlova Nutella. Dua-dua sedap. Kula cakes ni dibuka setiap hari kecuali Isnin. Nak tau waktu cafe ni buka boleh rujuk FB atau Instagram Kula cakes.
Malamnya pulak kami dinner di Ana Ikan bakar Petai di Tanjung Lumpur. Orang jangan cerita la memang ramai. Kami memilih untuk order ikan siakap masak 3 rasa dan sotong goreng tepung.Sebenarnya menu aku ni.Aku yang pilih diaorang ikut je. Nak tahu mana Ana ikan bakar petai ni korang boleh tengok FB Ana ikan bakar petai. hahahha.Lepas dah kenyang semua kami pun jalan-jalan di padang area masjid Kuantan tu kebetulan ada bazar sempena Aidiladha.
Esoknya hari terakhir kami di Kuantan, sebelum pulang ke KL mestilah beli buah tangan sikit kan. Tapi sebelum beli keropok sebagai buah tangan kami isi perut dulu di satu restoran mak cik ni tepi jalan di Tg.Lumpur .Memang sedap dan berbaloi.Pagi-pagi dah makan nasi minyak dan nasi kerabu. Lepas makan kami pun ke satu pasar ni untuk membeli Keropok sira. Aku tak beli banyak pun. Aku cuma beli dalam 4 bungkus je. Sebelum nak hantar kawan kami ke airport kami sempat la singgah ke Esplanade dan Kula Cakes lagi makan kek untuk kali ke 2. Ana siap bungkus Mango cheesecake lagi untuk di bawa pulang ke KL. Jadi siapa nak bawak balik KL tu jangan risau.Kek anda boleh tahan elok sampai KL.
Oklah, dah tak tahu nak tulis apa lagi.So, aku rasa percutian ni walaupun singkat tapi tetap seronok.
Kali ini aku nak ceritalah pulak pengembaraan three stooges kami ini. Kali ini trip 3 hari 2 malam bersama Ana dan Tiha (pemilik blog) ini. Ala bukan trip apa pun sebenarnya , trip ke rumah member sesama BMI kahwin. Itu pun last minit punya rancangan. Tapi ok la sebab aku pun jarang pergi jalan-jalan kat area Pantai Timur. Kali terakhir aku pergi waktu 2 tahun lepas waktu kerja kat Sime Darby. Nak lagi lama aku pergi aku rasa waktu kecik-kecik dulu.hahahahah.
Hari Jumaat tanggal 18/9/2015 bermulalah perjalanan aku menuju ke KL Sentral sebab aku dengan Tiha bercadang untuk berkumpul di KL Sentral dulu sebelum menuju ke Batu Tiga untuk berjumpa Ana. Tepat pukul 12 tengah hari aku dan Fatiha pun menuju ke Batu Tiga menaiki KTM Komuter.
Muka kelaparan masing-masing tengah tunggu train.
Lebih kurang pukul 7.30pm, kami pun tiba di Kuantan. Mata pun mulalah melilau nak cari hotel bajet tapi cantik. Tak nak lah tidur hotel yang jauh dari bandar kan. Tetiba kami ternampaklah satu hotel ni.Keduduakn memang startegik la aku cakap. Dari luar memang not bad. Nama hotel tu V hotel. Landmark hotel ni senang je nak cari sebab betul-betul depan Balai Polis. Hotel ni terletak bahagian bucu kedai. Memang nampak la tulisan V Hotel besar-besar tu. Harga hotel ni not bad. Kami ambil yang triple room. Harga dalam RM 122 without breakfast. Kami ambil room yang without breakfast sebab kami nak makan kat area Kuantan ni. Nak makan nasi kerabu pagi-pagi.Nak info lebih lanjut boleh tengok di website www.thevhotel.com.my
The V hotel. Pic Credit to website V hotel.
Dah siap semua kami menuju la ke rumah pengantin. Balik je dari rumah pengantin, kami pun terus menuju ke Teluk Cempedak. Serius ramainya orang. Ye la malam minggu katakan.Nak balik je dari Teluk Cempedak, ada road block pulak. polis tu siap minta lesen bagai. Mungkin muka driver kami terlampau jambu sangat sampai polis kawan kami memandu tanpa lesen. Alhamduliilah kami tak ditahan.
Pergi Teluk Cempedak berbaju kurung tu.Dah penat tapi gagah jugak nak berjalan.
Esok paginya, sebelum ke rumah pengantin kami ke Pekan dulu sebab Tiha nak ke Pekan untuk mengimbas kenangan belajar di IKM Pekan. Sempat la breakfast dulu nasi lemak kat Pekan tu. Selepas tu kami pun pusing-pusing la bandar Pekan ,Pahang. Ini first time aku sampai di Pekan. Menarik. Selepas jalan-jalan Pekan kami pun ke rumah pengantin. Jimat makan tengah hari.Tadi aku cerita kami bertiga je kan.Balik dari rumah pengantin kami tambah lagi seorang member kami yang dah seminggu duduk rumah pengantin.
Bergambar bersama pengantin.
Lepas rehat semua, petang tu kami gerak ke Kula cakes. Aku confirm korang pernah dengar tentang Kula cakes kan.Kula Cakes ni memang popular terutamanya Mango cheesecake cafe ni. Aku kurang sikit makan kek yang ada perasa buah-buahan ni. Jadi aku memilih kek Peanut butter. Bagi aku sedap sebab ni memang selera aku. Pavlova pun not bad ada Pavlova biasa dan pavlova Nutella. Dua-dua sedap. Kula cakes ni dibuka setiap hari kecuali Isnin. Nak tau waktu cafe ni buka boleh rujuk FB atau Instagram Kula cakes.
Nampak sedap kan.
Pavlova ni sedap weh. Nora kasi 5 bintang.
Ni pun sedap jugak.
Masjid
Esplanade/ Benteng
Oklah, dah tak tahu nak tulis apa lagi.So, aku rasa percutian ni walaupun singkat tapi tetap seronok.
Bajet Sepanjang 8 hari di Busan dan Seoul
Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..
Mari kita sambung cerita kekoreakekita : Bajet
Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Tiket flight (Air Asia X) return – RM 775
*include meal, luggage and insurance
GUESTHOUSE
Guesthouse Mr Egg Original, Busan (3 nights) – RM 217.35 per head
*dorm
Guesthouse Boa Guesthouse, Seoul (4 nights) – RM 840.00
*room for 3 persons (RM
280.00 per head)
TRANSPORTATION
Cashbee – 2500 won
Topup Cashbee – 50,000
won
*used -33,000 won
*boleh refund
Taxi
*Guesthouse ke Busan Station – 3000won
*Guesthouse ke Gamcheon Cultural Village – 4000 won
*Guesthouse ke Gimhae airport – 20,000 won
KTX
Busan-Seoul (return) – 110,600
won
ENTRANCE FEE
Gamcheon Cultural Village
Map – 3000 won
Taejongdae Park
Danubi train – 2000 won
Trickeye Museum -12,000
won (used coupon)
Nami Island & petite France
Transport (Course Tour) – 5000 won
Nami Entrance – 8000 won
Petite France Entrance – 6000 won
Namsan Tower
Cable car – 8500 won
OTHERS
Meals
*bergantung kepada individu
*banyak makan Maggie
*Guesthouse includes breakfast. Makan sampai kenyang.
Shopping
*bergantung kepada individu
TOTAL ROUGHLY: RM 1887.35 INCLUDE FLIGHT TICKET, PUBLIC TRANSPORTATION
(TAXI, KTX, CASHBEE), ENTRANCE FEE, GUESTHOUSE
Ini first time kami ke Korea Selatan jadi ini je yang kami
mampu jimat.Mungkin lepas ni kami boleh jimat lagi sebab dah ada experience: P. Mungkin ada hidden-hidden cost yang saya lupa nak masukkan. Jadi maafkan saya sebab dah banyak yang lupa dan lupa nak catatkan la pulak.
Autumn to the heart :Day 7(Seoul-Busan) Check out Guesthouse, ..
Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..
Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 5 Part2
Check out Guesthouse, Myeongdong and back to Busan
Check out Guesthouse, Myeongdong and back to Busan
Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Kita sambung balik cerita kita hari terakhir kitadi Seoul.
Macam biasalah rutin kami setiap hari, lepas je breakfast dalam pukul 8.00am
terus gerak pergi subway (Macam dah berapa kali aku repeat kan) Ikut ittenirary
hari ni kami akan kembali ke Busan. KTX ke Busan bertolak pukul 6 petang dari
Seoul.
Jadi kami mengambil keputusan untuk check out pagi dari
guesthouse. Selepas check out kami pun menuju ke Seoul Station dan meletak
kesemua luggage kami dekat locker di Lotte Mall secara PERCUMA.
Disebabkan semalam tak habis shooping lagi , jadi hari
terakhir dekat Seoul ni kami pun buat checklist la barang apa yang tak beli
lagi.
#Myeongdong
Myeongdong
First kami menuju ke Myeongdong. Kat sini macam-macam produk
penjagaan kulit ada dari Nature Republic, The Body Shop, Etude House dan
macam-macam lagi la. Rugi pergi sini kalau tak borong Mask muka banyak –banyak.
Setiap kali masuk kedai selalunya kita akan dapat free gift. Aku ada dapat tisu
muka gambar L infinite tu dan mask muka
yang snail tu (takut aku nak pakai).
Kalau perasan semua yang aku beli dari Nature republic sebab
nature republic punya spoke person kan EXO..ahhaha..Aku ada cakap tak yang aku
ni peminat EXO??Lepas ni korang akan percaya yang aku ni peminat EXO.
Aku dan Luhan punya patung.
Tadaaaa!!! Sekarang percaya tak aku peminat EXO. Aku minat
kat Luhan .Tapi waktu ni ada berita tak best sebab Luhan keluar dari EXO. Malu
jugak nak amik gambar sebab ramai orang lalu lalang tapi aku je yang beria nak
bergambar dengan Luhan. Tak dapat bergambar dengan Luhan sebenar,patung pun
jadi lah.
Sebelum kami bergerak ke Nandaemun Market untuk kali kedua ,
kami sempat la singgah membeli album kpop.Kata Negara Kpop mesti la beli album
artis diaorang. Kalau aku korang mesti dah tahu kan aku beli album apa. Fatiha
beli album Infinite , Wani pulak beli album T-ara dan B1a4.
Sebenarnya ada je album yang latest Overdose tapi aku prefer
beli yang Growl sebab lagu lagi banyak.ahahhaa.
Harga album : 16 500 won
Sudah pukul 6 petang, sampailah masanya kami berangkat ke
Busan. Kenapa kami berpatah balik ke Busan?? Sebab tiket flight kami balik ke
Malaysia dari Busan.
Kami sampai ke Busan dalam pukul 9 malam. Kami pun teruslah
menuju ke Mr.Egg Guesthouse. Kali ni dapat dorm yang lagi cantik.Toilet ada kat
dalam dorm. Sebelum tidur kemas-kemas luggage dulu sebab kami datang sini
dengan satu je luggage tapi tetiba nak balik banyak pulak jadinya.Nasib ada beg
spare yang boleh lipat tu.
Esok paginya kami ke Gimhae International Airport. Kat
airport ni pun ada kisahnya jugak. Kisah nya bermula apabila Fatiha dan Wani
nak refund balik cashbee maksudnya nak ambil balik la duit dalam cashbee tu
sebab dah tak guna tapi berlaku la sedikit salah faham dengan Akak 7E tu. Nasib
superwoman ada datang membantu (Aku lah tu)..ahhaahha…Nasib baik time aku
mintak dapat balik duit tu. Kat airport borong la susu pisang tu banyak-banyak
untuk bagi family.
Masa untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.Selamat
tinggal Korea. Kami pasti akan kembali lagi….Anneyong..
Now everyone can fly.Alhamdulillah
aku berjaya menjejakkan kaki ke Korea dan aku selamat pulang ke Malaysia.
Autumn to the Heart :Day 6 (Seoul ) ~ KBS Station,..
Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..
Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 6
KBS Station, Gwangjang market, Nandaemun market.
KBS Station, Gwangjang market, Nandaemun market.
Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
#KBS Station
KBS Station
Sebut je KBS station mesti korang semua pernah tengok channel KBS world kan??Channel yang popular dengan rancangan The Superman returns, GAG concert, Immortal Song, 2 days 1 night dan music bank.
Poster di depan pintu KBS station.
Inilah tangga yang popular selalu dalam cerita 2 days 1 night.
Pintu hujung sekali tu adalah pintu museum. Belakang patung kuning.
Subway Station: National Assembly station (Line 9)
PERINGATAN: Ada dua jenis train. Ada yang lalu national ssembly station dan ada yang tak lalu.Pastikan naik yang lalu National Assembly station.Macam mana nak tau?? Kat situ ada tulis sebenarnya train mana yang sampai kat station tu. Kami tersesat sebab naik train yang tak lalu terpaksa patah balik.National Assembly ni ramai orang bekerja je sebab sini semua kawasan ofis.
Distance from Subway Station : 496 metres. (exit 4)
Untungnya pergi KBS station ni ialah sebab kat sini ada KBS museum.Boleh masuk, ambil gambar, dan tonton channel 3D. Nak masuk museum ni PERCUMA. Sape-sape yang minat reality show 2 days 1 night boleh datang sini sebab boleh bergambar dengan patung ahli-ahli 2 days 1night. Sebelum balik kami tak lepaskan peluang untuk bergambar dekat tangga yang selalu 2 days 1 night shooting tu.Fefeling rasa macam ahli baru.hahaha. Belanja la sikit gambar-gambar dalam muzium KBS.
Kat sini ditayangkan rancangan-rancangan KBS. Dekat lantai tu.
Ingat tak cerita ni?? Dulu popluarkan.
Cartoon Dubbing Experience corner.
News 9 presenter experience. Sesiapa nak merasa jadi pembaca berita bolehlah cuba.
Boleh bergambar dengan MCs 2 days 1 night. Cha Taehyun, saya minat anda.hahaha.(Tapi aku bergambar sebelah joohyuk)
Sebenanrnya macam-macam lagi ada.Kalau nak detail bolehlah ambil pamphlet kat abang dan akak cun kat kaunter masuk.
#Gwangjang Market
Selepas je pergi KBS Station, kami pergi pula ke Gwangjang market. Kat Gwangjang market ni macam-macam ada dari makanan sampai lah benda-benda lain contohnya pakaian, cadar, selipar dan semualah. Semua murah-murah kat sini. Banyak juga foreigner yang melawat kat sini ambil-ambil gambar semua.
Subway Station : Jongno 5(Ga) Station (Line 1) Exit 8.
Jalan sikit lepas tu sampai la nampak signboard Gwangjang Market.
Gwangjang Market
Dekat Gwangjang market ni ada jual macam-macam benda macam kain-kain, makanan seperti sundae , bibimbap, kimbap dan teoppoki. Yang jual semua mak cik-mak cik. Mak cik-mak cik kat sini memang paramah. Semua dok ajak duduk makan tapi korang janganlah makan benda yang tak boleh di makan pulak.Tolak je pelawaan mak cik tu dengan senyuman yang paling manis korang ada.hahaha.
Keadaan di dalam Gwangjang Market.
Mak cik jual kuih..Apa nama kuih ni aku tak ingat.
Pak cik ni sporting je bila kami nak ambil gambar. Terbaiklah Pak cik!!
Tapi yang paling best la kan kat sini kami jumpa Kim Heechul dan Jeong Jungha Infinity Challenge.Sape tengok tau la kan siapa Jungha tu.Mula-mula kami tengah jalan tak perasan la kan tetiba ada krew suruh kami ke tepi.kami ingatkan apa rupanya Heechul tengah shooting.Ok heechul senyum kat kami, cair sekejap.hahah.Sempat la ambik gambar kandid lepas tu kami pun meneruskan perjalanan. Jerit nampak Kpop Idol??? Kami tak tahu kenapa kami tak jerit ,yang kami mampu hanyalah mengangakan mulut sampai lalat masuk .hahahah..no reaction just sempat keluar handphone ambik gambar je.
#Nandaemun Market
Dah habis pusing satu Gwangjang market , kami pun bergeraklah pula ke Nandaemun Market.Nandaemun ni memang terkenallah. Tak sah pergi Korea tak pergi sini. Kat sini jangan terkejut ada sesetengah peniaga boleh cakap bahasa Malaysia.Lalu je sini mesti peniaga-peniaga tu tanya “Dari Malaysia ke”?? diaorang nak pancing korang semua singgah kedai diaorang la tu.hahahah.
Subway Station : Turun
Hoehyeon Station ,Subway Line 4 , Exit 5.
Dekat sini ada macam-macam jualan dari baju, topi, barangan
kulit macam tali pinggang, beg tangan dan dompet/purse, stoking, barangan kpop,
brooch, casing handphone (Samsung dan iphone terutamanya)dan lain-lain lagi.
Kalau nak beli souvenier nak bagi kawan-kawan sebab boleh
beli banyak dengan harga murah. Kami kat sini adalah beli baju korea, scarf,
beg, stoking gambar kpop dan topi Leesang(terpengaruh dengan Gary).Sesiapa
yang minat topi macam Song Ji Hyo kat
sini pun ada jual.
Kalau nak beli baju korea aku suggestkan korang beli kat
bahagian luar.Kat dalam bangunan ada jugak jual Cuma mahal sedikit. Waktu
jalan-jalan sini ramai juga kami jumpa rakyat Malaysia.senang cerita ini memang
tempat utama la rakyat Malaysia membeli belah.
Kawasan Nandaemun
Market.
Market ni memang
sentiasa penuh.
Antara Souvenier yang dibeli nak bawak balik Malaysia:
Cawan ni koleksi yang paling aku sayang. Mula-mula teragak
juga nak beli tapi lukisan tu cantik sebab menggambarkan masyarakat Korea.
Yang ini wajib la beli kan untuk bagi sanak saudara, sahabat-handai.
Murah je kalau beli banyak .Ini bukan key holder. Ini yang untuk gantung dekat
handphone tu.
Sudu garpu ni wajib beli kat sana. Aku beli 2 kotak. 1 kotak
sudu 1 kotak garpu.Dalam satu kotak tu ada dalam 5 sudu dan 5 garpu. Kalau siapa
pandai guna chopstick boleh beli ada jugak jual kat sini.Aku tak beli sebab tak
tau guna.hahahha.
Dah penat dah jalan, perjalanan kami di Nandaemun Market pun
berakhir di sini.Esok hari terakhir kami di Seoul ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)














































