Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 5

Hari terakhir di Jeju. Awal-awal pagi lagi kami dah bersiap sedia ke Jeju airport sebab penerbangan kami menaiki Jeju Air ke Seoul pada awal pagi. Dalam pukul 9.30am pagi kami pun tiba di Gimpo International Airport. Di Seoul kami menginap di SP@Itaewon Guesthouse. Apa yang best tentang SP@Itaewon guesthouse ialah sebab gh ni dekat dengan Station Itaewon, harga bilik murah lepas tu dekat dengan restoran halal dan masjid. Yang tak bestnya pasal gh ni toilet kat luar weh. huhuhuhu. Lepas tu berbukit pulak tu.Bawak beg berat memang naya la cakap. Dekat SP@Itaewon gh ni kami ambil bilik untuk 3 orang untuk 4 malam.

Cara untuk ke SP@Itaewon GH :
-Dari Gimpo Airport , take AREX dan turun dekat Gondeok Station.
-Dari Gondeok Station , naik Subway line 6 dan turun di station Itaewon, Exit1.

Map to SP@Itaewon Guesthouse

Pic Credit and website: http://www.hostelseoulkoreaguesthouseitaewon.com/
Waktu kami nak ke guesthouse, kami ternampak ada orang shooting di kawasan guesthouse tu tapi tak nampak pulak pelakon dia siapa. Nampak dari jauh je tengah berehat. Yang pasti kami kena halau sebab kami lalu di laluan diaorang nak shooting.Manalah tau waktu tu kan. Kami bernasib baik sampai je dah boleh terus check-in. Letak bag rehat-rehat, solat semua. Petang tu kami keluar balik nak cari makanan. Kami ambil laluan ke Myeongdong sebab kat sana terkenal dengan street food.

Cara untuk ke Myeongdong dari Itaewon :
-Dari Itaewon , turun ke Station Samgakji.
-Dari Station Samgakji, tukar subway line 4 dan turun di Myeongdong station.

Sampai di Myeongdong kami ternampak restoran yang terkenal dengan nasi goreng seafood, jadi kami pun nak try la jugak sedap ke tak nasi goreng kat  restoran Yoogane ni. Ingat order nasi goreng seafood je.

Seafood fried rice



Lepas kenyang perut jalan-jalanlah kan apa lagi.Cuba untuk menahan diri dari membeli belah hari first di Seoul ni tapi tak boleh sebab dah ternampak exo kat packaging hand cream. Yeah, aku telah membeli barang yang pertama. Thank you exo sebab mempengaruhi aku.hahahaha.. Sepanjang jalan nampak exo, tak tenteram hidup weh. Sambil berjalan survey barang-barang tu , kami cuba la juga street food yang terdapat sepanjang jalan di Myeongdong ni.

Roti berbentuk Ikan


Gerai menjual nutella banana crepe.


Banana Crepe.

Dekat Myeongdong juga selain kedai skincare seperti Nature Republic, The Face Shop, Hollika Hollika, Missha dan lain-lain terdapat juga kedai souvenier macam Line Concept store dan Artbox. serius dalam kedai ni banyak sangat barang-barang comel , rambang mata tengok.Artbox store ni selain di Myeongdong terdapat juga di Hongdae.

Line Concept store



Artbox store

Dah puas pusing-pusing Myeongdong kami pun balik ke hostel sebab dah malam. Tapi sebelum balik tu sempat survey-survey barang dan harga dulu sebab nanti senang nak bajet nak beli apa.

Itinerary hari keenam di Seoul:
Check in SP @guesthouse
Myeongdong


Budget hari keenam di Seoul (per head) :
SP@guesthouse  73 000 won (4 nights)
Yoogane Seafood fried rice  5500 won (shared)
Banana Crepe 1300 won (shared)
Sotong goreng 1700 won (shared)
Baked Cheese 1000 won (shared)
Roti bentuk ikan  1000 won (shared)
Jeju Air ( Jeju-Seoul) 42 000 won
* naik bas dan subway guna cashbee

Total : 83 500 won


Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 4

Assalamualaikum..anneyeonghaseyo.


entry kali ni nak cerita pengalaman  hari ke tiga kami  di Jeju Island. Pagi ni hujan dengan lebatnya. Selepas sarapan pagi di Lyndon Hostel, kami pun bercadang ke Seongsan Illchubong seperi yang kami rancang dalam ittinerary. Walaupun kami 'lost' sebenarnya, tak tahu macam mana nak pergi ke Seongsan Illchubong dengan tak de kereta sewanya, tak de guide nya.  Ini memang trip redah betullah. Selepas puas bertanya kat receptionist hostel ni. Kami pun bergerak la ke bus stop terdekat.

Cara ke Seongsan Illchubong : 

Naik bus No.700 dan turun di Illchubong bus stop.
Perjalanan mengambil masa 90 minit by bus.

Entrance ke Seongsan Illchubong
Waktu kami sampai ni hujan turun dengan lebatnya. So better bawa baju hujan spare.Manalah tahu hujan turun tetiba. Kalau tak bawa pun tak pe sebab dekat sini ada kedai cendera hati yang jual baju hujan.

Bayaran untuk masuk ke Seongsan Illchubong ni 2 000 won per head. Tahukah anda nama lain Seongsan Illchubong ini adalah sunrise peak. Seongsan Illchubong diiktiraf UNESCO world Heritage sejak tahun 2007. Kalau nak tengok matahari terbit sila datang awal-awal pagi.
Pemandangan Seongsan Illchubong dari pintu masuk.

Dekat sini memang ramai pelancong dari dalam atau luar Korea walaupun kami pergi hari biasa. Waktu kami pergi ni angin bertiup kuat. Memang sejuk.

Rajin?? Sila naik atas lagi.

Boleh nampak laut dari sini.
Descending trail
Muka gembira kami.
Untuk pengetahuan semua, kami tak naik sampai ke puncak pun.Sebab macam dah tak larat dengan hujan lebatnya.Tak pe lah dekat bawah pun dah bersyukur sebab jejakkan kaki kami dekat sini - One of the UNESCO World Heritage.

Dan kepada yang suka beli cendera hati kat sini ada kedai menjual cendera hati dan juga coklat.Sempatlah  kami membeli t-shirt jeju untuk kenangan.

Selepas dah puas melawat Seongsan Illchubong, perut pun dah berbunyi. Apa lagi cari makan lah. Kat sini di celah-celah lorong ke Seongsan Illchubong ni terdapat banyak restoran seafood. Sesungguhnya Jeju juga terkenal dengan seafood. Sehari sebelum kami ke sini , kami bersembang dengan tour guide yang kami jumpa di guesthouse. Rupa-rupanya tour guide ni adik kepada Kina Omar. Adik ni cakap boleh makan di mana-mana restoran seafood asalkan restoran tu tak jual daging b*bi.
Grilled fish di salah satu restoran di Jeju.





Kedai yang kami pergi ni terletak berhadapan dengan lorong ke seongsan Illchubong. Tak ingat nama kedai ni. Kedai ni macam ada banyak la jugak gambar orang terkenal pernah makan kat sini. Tengah hujan makan grilled fish dengan nasi panas memang sedap. Tapi tak boleh move on la dengan kimchi sotong dia. Perghh sedap siap mintak refill banyak kali. Dekat sini jugak ada free minuman panas macam coffee, koko. So berbaloi la pergi kedai ni. Unnie kat kedai ni pun baik je layan kami semua.


Sebenarnya kami keluar agak lewat dari Seongsan ni. Jadi kami cuba jugak untuk pergi ke tempat terakhir ni iaitu Manjanggul Cave.

Cara ke Manjanggul cave:

Tunggu di bus stop di Seongsan Illchubong dan naik bas No.700. Bas yang sama. Sebab bas ni memang akan lalu di Manjanggul cave dulu sebelum sampai di Seongsan Illchubong. So macam kita patah balik la.

Manjanggul cave entrance

Yang tak bestnya pergi manjanggul cave ni naik bas ialah sebab bas ni akan turunkan penumpang dekat luar je.Bas takkan masuk ke dalam. Berita buruk nya ialah nak jalan ke dalam sampai manjanggul cave ni punyalah jauh bagi kami la lebih kurang dalam setengah jam jugak la berjalan kaki.Sepanjang perjalanan ini banyak juga kami jumpa tourist spot antaranya Kimnyong Maze Park.

Dah penat berjalan, akhirnya sampai juga. Tapi disebabkan dah penat sangat kami hanya jalan-jalan di luar sahaja memandangkan cave hampir tutup. Entrance fee dalam 2000 won per head.

Tak dapat masuk pun boleh baca info-info dekat bahagian luar.

Manjanggul cave juga diiktiraf sebagai salah satu UNESCO World Heritage. Operating hour adalah dari 9am hingga 6pm. Masalah muncul bila kami nak keluar dari kawasan tu. Hari dah hampir gelap. Nak jalan jauh tapi nasib baik kami ternampak ada teksi ni jadi kami pun minta budi bicara pak cik ni untuk hantar kami ke bus stop di seberang jalan. Nasib kami baik sebaik sampai di bus stop , bas dah ada tunggu. Fuh selamat tak perlu tunggu lama.


Itinerary hari kelima di Jeju:
Seongsan Illchubong
Grilled fish restaurant
Manjanggul Cave



Budget hari kelima di Jeju (per head) :
Grilled mackarel : 15 000 won
Seongsan Illchubong : 2 000 won
T-shirt Jeju : 10 000 won
* naik bas dan subway guna cashbee

Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 3



Hari ketiga kami di Busan,  untuk mengisi kekosongan masa sebelum kami bergerak ke Airport Busan untuk ke Jeju kami telah singgah ke Busan Tower untuk cuci-cuci mata.Ini kali kedua kami ke sini.Nak ke domestic Airport ni senang je samada naik train yang perlukan kami bertukar train banyak kali atau naik Bas Airport  dengan kadar yang lagi murah selesa dan sampai depan pintu Airport . Airport International Busan dan Airport Domestic Busan adaah bersebelahan jadi sama sahaja . Kami memilih untuk menaiki bas ini kerana luggaged kami yang berat sangat melambatkan perjalanan kami untuk menukar train. tapi satu sahaja kalau naik bas kena banyak bersabar sebab dia ada traffic light dan kemungkinan sesak . Alhamdulillah kami sampai ke Airport Domestic awal walaupun pada mulanya berlaku kekeliruan kerana waktu yang kami dapat di Hostel tidak sama dengan waktu yang berada di papan kenyataan tempat menunggu bas nasib kami menunggu dalam 10minit sahaja tapi dalam hati berdebar tuhan je tahu sepanjang perjalanan sebab kami dah terlewat dari waktu sepatutnya kami check in luggaged.

tepat pukul 4.50pm--- kami telah berlepas ke jeju dengan membawa sejuta harapan dan impian untuk melihat jeju dengan pandangan mat kami sendiri selama ini hanya melihat gambar kawan - kawan backpackers sahaja yang ada sekarang " Here I COme JEJU "

Bestnya naik Jeju air ni sebab dapat air oren free.


Sampai sahaja di Airport Jeju kami pun terus mencari-cari map yang perlu. Serius kami cakap, kami memang pergi Jeju ni tanpa direction. Memang tak prepare apa-apa dengan tanpa tour guide nya, tanpa map nya, yang ada hanyalah booking hostel je. Di Jeju, kami menginap di Lyndon Hostel and Guesthouse. Bestnya Lyndon Hostel ni sebab Muslim Friendly. Ada alatan memasak untuk Muslim. So kalau susah nak cari makan kat Jeju ni boleh masak je.


Direction to Lyndon Hostel and Guesthouse (By Bus):
- Ambil bas no 100. dekat gate no.2 di tingkat 1 Jeju airport.
-Turun di Tamnawelfare Centre.
Lyndon hostel ni terletak di 6th floor.


 Di Lyndon Hostel ni kami duduk dorm untuk 6 orang. Yang bestnya toilet kat dalam dorm jadi senang lah sikit. Selesa duduk Lyndon Hostel ni.Malam ni memang kami tak pergi mana jadi berehat je di hostel.

Pemandangan dari Lyndon Hostel.


Esok paginya awal-awal pagi lagi kami dah breakfast. Perangcangan hari ni kami bercadang untuk ke Teddy Bear Museum dan Jusangjeolli cliff dan Hello Kitty Museum.


Direction from Lyndon Hostel to Teddy Bear museum:
-Naik bas ke Jeju Intercity terminal.
-Di Jeju Intercity terminal naik bas ke Jeju Jungmun resort (no. bas tak ingat. Boleh tanya di information centre)

Di Jeju Jungmun resort ni terdapat banyak kawasan tourist attraction seperti Ripley believe it or not museum, Play kpop, Jusangjeolli cliff dan bermacam-macam lagi museum. So turun dekat sini dan boleh pergi muzium di kawasan sekitarnya.

Sebelum sampai ke kawasan di Jungmun resort tu, boleh juga singgah di Hello Kitty Museum. Tepi jalan je Hello Kitty Museum ni.

Hello Kitty Museum & cafe

Sepanjang jalan boleh nampak pemandangan macam ini.Banyak kereta berhenti untuk ambil gambar di sini.







Sebenarnya kami tak terfikir pun nak pergi Hello Kitty Museum ni. Tapi sebab tersalah turun dari bas. Pergi jugalah cuma tak masuk ke dalam je sebab nanti bajet lari. hehehe.Bila nak ambil bas dari Hello Kitty Museum tu agak susah jugak sebab bas jarang-jarang ada. Jadi kami pun mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Jungmun Resort. Perjalanan dari Jungmun Resort dariHello Kitty Museum tu tak jauh pun kalau naik teksi. Teksi tu betul-betul hantar kami di depan Teddy Bear Museum. Akhirnya sampai juga.


Nampak ni maknanya sampai dahlah Teddy Bear Museum tu.

Pintu masuk Teddy Bear Musem.
Antara yang dipamerkan di dalam Teddy Bear Museum.
Antara yang paling popular di Teddy Bear Museum tentulah Princess hour.

The Beatles pun ada

Kalau minat Kpop boleh pergi muzium sebelah ni. Sebelah Teddy Bear Museum.
Play Kpop.

Waktu kami lalu depan Play Kpop ni ada ramai budak sekolah nak masuk. Kami tak masuk pun dalam museum ni. Dengar cerita ada konsert hologram dalam ni . Ye ke?Ahh menyesal pulak rasa tak masuk. hahaha. Dah lalu depan ni kami pun ke muzium sebelah pulak. Ada lagi muzium kan. Cuba teka muzium apa???

Chocolate Museum. Jeju memang terkenal dengan chocolate.

Nak pergi museum lagi boleh pergi museum Ripley believe it or not.Depan je dengan teddy bear museum.

Dah penat dah tengok semua museum di sekeliling, kami pun menuju ke Jusangjeolli cliff. Walaupun dalam kawasan Jungmun resort, nak jalan kaki memang jauh jadi better naik teksi. Cakap je dekat ahjussi nak ke Jusangjeolli cliff.

Jusangjeolli cliff

Dekat kawasan Jusangjeolli cliff ni terdapat banyak gerai-gerai menjual cendera hati dan hallabong (limau jeju). Jadi kami pun beli la satu bakul kecil hallabong ni nak rasa.

Hallabong.Sedap.Manis-manis.

 Dah paus berjalan disini. Kami pun pulang ke Jeju city tempat kami tinggal. Sebelum tu kami singgah di Dongmun market.Macam-macam jual kat Dongmun market ni.

Kat sini banyak jual coklat.

Running man pernah datang kedai ni.Jangan tanya kedai apa.
Itinerary hari ketiga dan keempat di Jeju:
Busan Tower
Check in Lyndon Hostel and Guesthouse
Hello Kitty Museum
Teddy Bear Museum
Play Kpop Chocolate Museum
Jusangjeolli Cliff
Dongmun Market


Budget hari ketiga dan keempat di Jeju (per head) : 
Teddy Bear Museum 8 500 won
Jusangjeolli cliff 2 000 won
Hallabong 3500 won (shared)
Lyndon Hostel 57 000 won (3 nights)
Jeju air (Busan-Jeju) 21 000 won
* naik bas dan subway guna cashbee

Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 2


Hari kedua kami di Busan. Pukul 7am kami breakfast dulu.Macam biasa guesthouse kat Korea ni akan sediakan susu, roti, jam, toaster. dan kuali untuk goreng telur.Pagi ni kami akan ke Gamcheon Culture Village. Ini kali kedua kami ke sini. Cara-cara nak ke Gamcheon Culture Village ni boleh rujuk sini
http://kimchidanramyun.blogspot.my/2014/11/autumn-to-heart-day-2busan-part-1.html. Kami konon nak naik train la, jadi tanya la pak guard dekat station subway tu. Pak guard tu confident cakap Korea dengan kami. Kami pun beria-ia dengar dan mentafsir segala maklumat yang Pak guard tu cuba sampaikan. Nasib kami baik sebab kami berjaya mentafsir maklumat Pak guard tu. Pak Guard tu cakap kalau tiga orang naik teksi la senang dan cepat. Tambah boleh kongsi tiga orang boleh jimat. Lagipun dekat je dari sini.So kami ambil keputusan untuk naik teksi. Tmabang teksi dari hostel kami ke Gamcheon culture village dalam 1300 won seorang.

Sebelum masuk boleh beli map dulu dengan harga 2000 won. Kami beli tiga map seorang satu. Senang tak de berebut nak cop semua. Sebab satu map  boleh dapat satu poskad je.

Little museum.





 Gambar atas ni adalah muzium apasal sejarah kampung ni. Adalah pak cik kat sini memang peramah. Siap suruh kami masuk dalam ni. Walaupun sebenarnya kami nak jalan je terus sebab museum ni belum buka. Last-last tunggu jugaklah museum ni bukak Tapi berbaloi at least kat boleh belajar sejarah pagi-pagi ni segar sikit mata.

Kucing kat sini gemuk-gemuk.


Ni lagi satu kucing gemuk.

Sebenarnya tak banyak sangat nak cerita part ni sebab ni kali kedua kami di sini. Jadi kami belanja gambar je lah.Tapi satu je nak cerita kat sini kalau pagi-pagi semua pak cik dan makcik akan berkumpul sesama mereka untuk mendengar briefing so macam seronok je tengok kehidupan mereka yelah sekurang-kurangnya kenal jiran kan.Sebenarnya perjumpaan tu untuk briefing tugas-tugas menjaga kebersihan kampung dan menjadi volunteer untuk tourist. Jadi sesiapa yang pergi sana tolonglah jangan buang sampah merata-rata.Dan lagi satu pandai-pandailah cari tempat yang ada cop tu. Jangan jadi macam kami setiap kali pergi ada je terlepas cop.

Aku panggil kampung lego sebab colorful macam lego.

Antara bangunan yang menarik.Cantik color dia.
Pamandangan dari atas.

Selain Running man, 2 days 1 night pun pernah shooting kat sini.

Fish in alleys.
Kat sini pun ada love lock.

Banyaknya jam.


Nostalgia

Our village Gamcheon.

 Dalam tengah hari kami bergerak ke Oryukdo skywalk. Kami pun ambil bas untuk ke sana. Sebelum terlupa kamni balik ke hostel kami dengan menaiki bas bukannya teksi. Mana nak amik bas, dari community centre naik tangga yang tinggi ke atas lepas tu akan ada bas-bas tunggu di situ. Lepas tu tanya la nak ke mana.Kalau tak tahu nak cakap turun mana cakap je nak ke Busan train station. Sebab kebanyakkan bas memang akan berhenti di Busan train station.

Cara-cara untuk ke Oryukdo skywalk:

From Busan Station (Busan Subway Line 1), Exit 10
-  Take bus 27 near Exit 10.
- Get off at Oryukdo SK View Humun (Backgate) Bus Stop. (25 stops)
- Walk ahead about 275 m to reach the destination.

Bila dalam bas tu kena sentiasa alert sebab tulisan semuanya dalam hangul. So prepare la korang.hahaha. Nasib baik time kami ada ahjumma ni ternampak kami terpinga-pinga sambil pegang kertas bertulis oryukdo skywalk dalam hangul jadi ahjumma pun tegur dia nak turun tempat yang sama. nasib kami baik. Tak payah nak panjang-panjangkan kepala tengok kat bus stop tu ni stop yang mana.

Oryukdo skywalk ni di buka dari jam 9am hingga 6pm. Tak besar pun oryukdo skywalk ni dalam 5 minit je jalan sekeliling tu.Masuk adalah percuma. Angin kat sini jangan ceritalah kuat sangat. Bukan sepoi-sepoi bahasa dah.
Pamandangan dari Oryukdo skywalk

Pemandangan dari Oryukdo skywalk.

Bawah tu laut. kena pakai sarung kasut ni.Mungkin takut cermin tu calar.
Photo zone. Boleh nampak Haeparang trail dari sini.
Haeparang trail.


Sebelah petangnya kami ke akan ke Heundae Beach. Tak sah kan kalau ke Busan kalau tak ke Heundae Beach. Heundae Beach ni memang popular di kalangan orang korea time summer.

Cara-cara nak ke Heundae Beach :

Haeundae Station (Busan Subway Line 2), Exit 5.
- Walk straight for about 500m.

Senang je nak ke Heundae beach jalan je terus lepas exit 5. Sebab memang laut dah kat hujung tu. Kami sampai dah malam. Tak nampak apa dah sangat . Tapi ramai juga orang lepak-lepak kat situ.

Exit 5
Jalan terus sampai jumpa laut.Dah rasa angin laut dah sampai la tu.
Yang lampu-lampu tu hotel.  Laut memang tak nampak dah malam.
 Lepas kecewa tak nampak laut, kami pun membawa diri ke Gwanggali beach. Salah satu beach yang popular juga dekat Busan ni. Nak tengok bridge yang berlampu malam-malam ni.

Cara-cara nak ke Gwanggali Beach :

 Gwangan Station (Busan Subway Line 2) and exit 3 or 5.
 Walk for about 5-minutes to arrive at the beach.

Kat sini nak sampai beach nya tetiba rasa jauh. Kata 5 minit. Rupanya kami dah sesat. Pusing punya pusing akhirnya sampai jugak Dah lah cuak sebab dah malam. Lapar lagi. Untuk mengelakkan sesat lepas exit tu tanya sesiapa yang ada kat situ.


Gwanggali bridge / Busan Gwangandaegyo bridge
Gwanggali bridge.

Nak pergi laut-laut ni seeloknya pergi waktu siang. Nak lagi best pergi time summer baru meriah tak delah sejuk sangat.


Itinerary hari kedua di Busan:
Gamcheon Culture Village
Oryukdo skywalk
Heundae Beach
Gwanggali Beach


Budget hari kedua di Busan (per head) :
Map Gamcheon : 2 000won
Taxi ke Gamcheon :1 300 won
Instant rice (lunch) :1 550won
Instant rice (dinner) :1 300won
* naik bas dan subway guna cashbee

Total : 6 150 won