Autumn to the Heart : Itinerary before flying to Busan

Autumn to the Heart : Itinerary before flying to Busan

Salam Readers..
Annyeong Haseyo..


Hai dah kembali untuk menceritakan pengalaman seterusnya..

Bermula aktiviti mengumpul itinerary untuk ke South Korea..

sebelum bermula terlepas entry sebelum ni klik sini :

dah baca okey jom mula ^_^

Okey selepas sahaja Air Asia hantar confirmation bermulalah misi
untuk mengumpul segala maklumat sebelum kami bertiga ke sana.

Benda pertama yang kami perlu fikir

1. Guesthouse - dah settle sahaja baru boleh mulakan planning.
2. Research The best place untuk lawati
3. Susun Itinerary - Plan apa nak buat sepanjang disana
4. Passport
5. Money Changer

Okey for Guesthouse we choosed

Busan - MrEgg Original

mregghostel

Seoul - Boa Guesthouse

BOA GUEST HOUSE LOGO

Klik gambar untuk ke Website Guesthouse tersebut.

reason kami pilih penginapan ini akan diceritakan di Entry Khas untuk Guesthouse
berserta review Guesthouse tersebut. Okey no1 dalam List dah selesai.
Bulan 4 lagi kami dah selesai bab penginapan.

Sekarang Guesthouse dah settle So senang nak mulakan planning
Itinerary ni dah diedit hampir berpuluh kali
sampai dah tak ingat berapa kali edit
Bermulanya dari bulan 3 haritu sampailah 3 hari sebelum pergi
ada je yg tak kena nak tambah itu ..
nak tambah ini hahaha macam2x ...
Hah berkat saya dengan kawan ke Matta Fair yang diadakan sebelum kami
ke korea memang sangat membantu
kami ambil segala Map..buku pelancongan
Hari - Hari bila ada free je tatap Map diorang
Segala Map Subway hari ni tengok ingat dah boleh hafal.
Tidak mungkin akan ingat esok dah lupa.
Bayangkan Subway diorang berbelit2x pening nak tengok.
Sampailah dapat printed Map dekat Booth KTO di Matta Fair
Ia memang sangat membantu .

Hah KTO ni apa bagi sesiapa yang  dah tahu tak lah pusing kepala memikir bagi yang tak tahu meh sini nak citer sikit.

KTO = Korea Tourism Organization

KTO KL office dan diwujudkan semenjak November 2008
Korea Plaza ni adalah satunya Korea Tourism and cultural kat Malaysia 
KTO ni berfungsi untuk mempromosikan pelancongan korea 
kepada orang Malaysia.
Jadi sesiapa yang nak melawat South Korea sebelum itu
haruslah pergi ke KTO office yang dulu
pelbagai maklumat , Kupon diskaun , Map , tempat yang wajib dilawati
semua maklumat tersebut boleh didapati disitu 
mereka pun selalu mengadakan Event dengan hadiah yang menarik
dan juga selalu ada kelas memasak korean food (Bagi yang berminat belajar korean food)
dan juga ada kelas tarian KPOP .

FB KTO
Website KTO
How to go there :Situated strategically at the ground floor of Menara Hap Seng, in the Golden Triangle of Kuala Lumpur, Korea Plaza is easily accessed by public transport such as Putra LRT (Dang Wangi Station or KLCC Station) and KL monorail (Bukit Nanas Station or Raja Chulan Station)

Operation Hours
Monday-Friday : 10:00am to 7:00pm

Every second & fourth Saturday : 10:00am to 3:00pm

Closed : Sunday



Okey jom sambung cerita bab Itinerary ni
Blogger - blogger yang dah pergi memang banyak membantu
sebab memang banyak refer pada blog entry 
sebab ada jumpa blog yang sangat detail sampai rasa
nak print je entry dia senang tak payah fikir - fikir dah 
nak je rasa follow setiap tempat diorang ni pergi 
Haha alih- alih buat juga itinerary sendiri
sebab kita tak sama ..suasana kita pergi mungkin berbeza kan
just boleh jadi sumber rujukan sahaja sebab 
ada satu rujukan tempat blogger tu pergi macam dah tak wujud dah tempat tu
tak tahulah waktu pergi tu tutup ke memang tak pasti hehe
nanti cerita bila tiba masa ^_^
apapun nak credit memang dah tak ingat dah siapa sebab dah lama sangat itinerary ni buat
dah copy apa yang patut terus tak ingat nak bookmark semua

okey no2 dalam list pun dah selesai tiba masa untuk menyusun Itinerary ^_^


Okey jom ke senarai yang ketiga dan terakhir.
Iaitu Itinerary,untuk makluman Itinerary ni yang dah diedit selepas balik dari South korea untuk tidak memeningkan kepala hehe

DAY TIME  ITINERARY
Jumaat 1.15 am Fly to Busan by Air Asia X
10/10/2014 8.15 To Mr Egg Hostel 
10.00am Check - in Mr Egg Hostel
1.00pm Yongdusan Park/Busan Tower
3.00pm #Miss Napoli Restaurant & café
* Nak rasa Bibim Bingsu
4.00pm Biff Square
4.30pm Gukje Market
6.30pm Jagalchi Market
Sabtu 7.00am Gamcheon Village
11/10/2014 2.00pm Taejongdae Beach
6.00pm Busan Mosque
8.30pm Cappodacia
Ahad 6.00am Depart to KTX station
12/10/2014 Take KTX station to Seoul Station
10.00am To Boa Guest House
10.15am Hello Kitty Café
11.15am Trick Eye Museum
1.30pm Ice Museum
3.00pm Hongdae Hope Market - Ahad
4.00pm Check in Boa Guest House
5.00pm Dongdaemun 
9.00pm Cheongyeochon Stream
Isnin 6.30am Bergerak ke Nami Island
13/10/2014 10.30am Nami Island
3.30pm Petite France
8.30pm Mabokrim Halmeoni Ddeokbukki
Sindang (YongSeo Couple)
Selasa 7.30am Buckhon Hanok Village
14/10/2014 10.30am National Folk Museum
11.00am Gyeongbokgung Palace
12.00pm Gwanghwamun Square
1.00pm Gwanghwamun Hanbok
2.30pm Namsan Tower
7.00pm Seoul Mosque
8.30pm Murree Restaurant
Rabu 7.30am KBS station
15/10/2014 11.00am Gwangjang Market
1.30pm Namdaemun Market
Khamis 9.00am Checkout Boa
16/10/2014 10.30am Myeongdong
3.00pm Namdaemun Market
5.25pm Depart Back to busan
8.30pm Take taxi to guesthouse
Jumaat 10.00am Bye Bye Korea
17/10/2014

4. Passport

Pastikan Passport kena hidup lebih dari 6bulan itu syaratnya sebelum untuk ke luar negara..
saya rasa ramai sahaja yang tahu bab ni kan.
 ini terjadi kepada salah seorang dari kami time nak check in online baru perasan passport dia tinggal 5bulan sahaja.kami bernasib baik sebab UTC ada untuk membantu kami siapkan Passport dalam masa sehari. Pagi-Pagi lagi kami dah sampai di UTC ipoh untuk mendapatkan nombor bagi mengelakkan menunggu lama. Sungguh bernasib baik dalam masa 1 Jam passport dah siap memang cepat dan efficient kerja mereka. Siap Encik kat Imigresen tu minta tukar kad pengenalan disebabkan muka di IC terlampau Baby Face hahaha...okey Encik Imigresen kami pergi tukar ye ^_^
Semua siap dalam masa sehari nasiblah Khamis malam nak Fly dah nasib semua selesai. Settle je terus Check In hehe

Credit : Google.com
How to go to UTC ipoh

Pejabat UTC Perak
Address :Aras 3, Bangunan UTC Perak Off Jalan Dato’ Onn Jaafar 30300 Ipoh Perak
Telephone:05-249 4960 (UTC Information Counter)
Office Hours: Monday – Friday : 08.00 am – 10.00 pm
Saturday – Sunday : 08.00 am – 6.00 pm

5. Money Changer

Bab ni kena berterima kasih kepada member BBM (Backpackers Buddies Malaysia)
kawan-kawan disini memang amat membantu
bila saya lost dan blur bila memikirkan 
kat mana nak buat tukaran wang yang paling murah
dan berbaloi..memang banyak suggestion yang diberi
setiap dari mereka memberi pendapat dari segi pengalaman
masing - masing dan saya salute mereka sebab memang banyak membantu
dan tak lokek ilmu untuk tolong orang yang baru berjinak - jinak dalam
bidang travel ni.
^_^

okey tapi cadangan yang terbaik saya dapat ialah di MONEY MASTER mid valley
memang termurah saya dapat setakat ni 
masa tu saya dapat tukaran 1000Won = RM3.15 itu termurah saya boleh dapat time tu ...
and saya tukar 2 minggu sebelum ke sana. ^_^
dan yang terbaiknya hari khamis saya nak pegi tu terus tukaran dia jatuh lagi
1000won = RM3.12 Alahai...tapi okeylah 3 sen nasib tak banyak hehe
okey nantikan next entry Day 1 ^_^

Autumn to the Heart : Preparation to Fly

Autumn to the Heart : Preparation to Fly

Salam Readers..
Annyeong Haseyo..

Firstly this is an Past tense story because is already happens.

Haha dah rancang holiday ni hampir 8 Bulan . Bulan 2 dah mula rancang 
Hari- Hari masuk Web Air Asia sebab nak tunggu Promo .
At first travelling Partner cuma tanya kat seorang sahaja kawan semenjak 
dari Diploma Unikl BMI lagi hehe Hari - hari berangan nak pergi Korea.
dan beberapa hari kemudian terfikirkan cousin yang selalu bercerita bab korea
ajak dia dan dia kata Okey...Maka nya
Bulan 3 Haritu mula misi kami untuk dapatkan tiket Murah ..

dan akhirnya Misi berjaya tepat dalam 20hb kami berjaya mendapatkan tiket pergi 
balik yang pada kami agak murah RM775.00 (Actually boleh dpt lagi murah)
Harga tu include :- 
1.Luggage pergi 10kg(Kami amik 30kg kongsi 10kg seorang)
2. Luggaged Balik - 20kg
3. Insurans - Wajib amik ye untuk International Flight
4. Makan untuk pergi dan balik - Better booking online sebab lagi murah

Okey bermulalah Persiapan Kami untuk ke Korea

Hoyeahhhh naik AirAsia X ke Busan ^_^



So first sekali selepas Confirmation tiket

Siapkan senarai yang wajib bawa ke South Korea
Anda dipersilakan untuk copy paste checklist ni jika mahu hehe ^_^
kalau nak Soft Copy saya pun boleh
PM fb Areumdaun Closet
@
PM di Fanpage Lollista

Checklist barang-barang yang perlu dibawa –trip busan seoul


1. Toiletries (shampoo, Sabun mandi, pencuci muka, pelembap, toner, Pelembap bibir, lotion, tuala wanita, berus gigi, ubat gigi, pisau cukur, bedak muka, tisu kering dan basah, minyak wangi, bedak talcum, deodorant, sikat, pemotong kuku, hand sanitizer)


2. Ubat-ubatan, aspirin (panadol, minyak gamat, koyok, ubat sakit perut/cirit birit, vick, salonplas,plaster minyak panas, minyak cap kapak)
 - Amat berguna sebab kaki dan badan memang akan sakit kalau kita tidak biasa untuk sentiasa berjalan dan bila demam dan sakit perut


3. Botol kosong
-Sangat berguna bila nak ke toilet ^_^


4. Charger phone, charger camera, universal traveller adapter, camera,monopod,power bank
 - refer gambar di bawah


5. raincoat/payung lipat
 - Bawak Salah satu sahaja (Check weather dan temperature before keluar supaya sentiasa bersedia)


6. calculator/app currency converter
- Guna handphone nye currency converter


7. warm clothing (mafla, handsock, stocking, sweater, baju sejuk, pocket warmer, kasut sukan, sliper, mini telekung, mini sejadah, kain batik,pin tudung,pakaian dalam,tuala,long john,tudung,seluar panjang, t-shirt lengan panjang) 
- Long John Baju dan Seluar sangat membantu sebab saya pergi musim Luruh (Autumn) bila di Busan totally kena pakai sebab bila Angin meniup kena badan sangat sejuk tapi bila ke seoul waktu siang dia tak sentiasa sejuk bila ditiup angin memang terasa juga (di Busan walaupun dah pakai Long John still pakai sweater sebab mungkin dekat laut)


8. stok makanan & junk food (maggi, roti gardenia,biskut,  tuna,  gula2 atau chocolate, instant food –brahim,air 3 in 1, kari dalam tin)
 (Bagi saya jangan bawa banyak sangat sebab from experience pergi haritu cuma makan sekali je selebihnya makan luar sebab kami hanya makan sekali sehari sebab seronok berjalan bila malam baru perut menagih kelaparan bawa banyak nanti beratkan beg sahaja tapi kalau jenis tak tahan lapar bawalah biskut untuk lapik perut and kalau jenis pergi travel lama okey kut saya just travel 8 hari je) ^_^


9. peta seoul dan busan, peta subway, app/buku alih bahasa, app arah kiblat
(ini wajib tapi sebenarnya information center mereka sangat membantu terutama Red Angel (Information for tourist) mereka dah prepared segala tanya sahaja tempat yang kita nak cari dan mereka akan berusaha membantu)


10. beg plastic kosong untuk baju kotor


11. passport, tiket flight, kad bank/kad kredit/duit (penginapan,pengangkutan,beli barang,makanan, barang, emergency, bayaran masuk)
 - Kena Asingkan Emergency money sebab incased duit tak cukup ia amat berguna Alhamdulillah duit kecemasan saya tidak berusik pun.


12. Buku nota dan pen
- Haha ini amat berguna sebab bila malam saya akan tulis setiap expensed saya sepanjang hari ia berguna untuk mengawal perbelanjaan supaya tidak terlebih belanja ^_^



Selesaikan Segala Barang yang Harus dibawa

Harap Maaf tiada gambar yang ditangkap semuanya jasa En.Google 
sebab barang semua beli peringkat demi peringkat dan 
Excited punya pasal langsung tiada gambar barang preparation
cuma checklist tu je kawan yang buatkan hehe
Universal travel Adapter
Sangat - sangat diperlukan sebab Plug di South korea menggunakan
Jenis 2 pin yang bulat.
kalau nak beli disana pun boleh tapi bagi saya sangat mahal bila saya tengok di GS25
harganya macam triple harga di Malaysia.
Credit : Google

Example of Toiletries.
Credit : Google
Cari wet tissue yang non chemical
For me amat berguna di sana since susah nak cari paip air
but that's why bawa botol kosong isi air dan bawa masuk dalam
tapi setakat ni masuk toilet dia 1/3 toilet dia ada yang guna Bidet
cuma 2/3 tu yg jadi masalah hehe

Credit : Google