Showing posts with label Pewaris. Show all posts
Showing posts with label Pewaris. Show all posts

Novel : Pewaris Bab10

Novel : Pewaris Bab10

Credit : Google.com
“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 10 – Suka dalam Duka

“Thank you so much Madam Lee, I am appreciate so much”.
“Its ok Waiz, I am the one supposed to be greatful that you are here to save my precious motel. Lagipun kamu kan asyik ganggu saya hari-hari untuk paksa saya jual motel ini pada kamu bukan” Madam Lee menanda tangani surat pertukaran Hak milik Motelnya kepada Waiz Akmal.
“Aiz, tahniah dan sila ambil saya bekerja disini okay.”.Kamilia Akmal atau lebih mesra dengan panggilan Alia menuntut janji yang dijanjikan oleh Waiz didalam usahanya memujuk Madam Lee untuk membeli Motel tersebut.
“Hai tak kan lah Kakak Aiz yang ada Master ni nak kerja dengan Aiz”, Waiz cuba mendapatkan kepastian dari Kakaknya. 
“ Aiz. Kakak ni ikut Aiz dari Seoul bukanya percuma okeyh haruslah berbayar. So bayarannya kerja ni lah” Alia cuba meyakinkan Adiknya yang dia memang perlukan kerja tersebut. Ialah apa guna ada Master dalam bidang perniagaan tapi tidak digunakan untuk membantu perniagaan keluarga sendiri.
“Okey. Tapi jawatannya ialah”. “ Ha jawatannya?” Alia membuat muka comel ala-ala Gwiyomi untuk mendengar jawapan dari Adiknya.
“ Jawatannya. Ialah Kuli” Kelam kelibut Waiz lari dari situ. Alia yang kebingungan mula menyedari dipermainkan oleh adiknya.
“ Kuang Hasam punya adik” habis seluruh taman permainan tersebut dikejarnya Waiz.
“Relaxlah sayang Aiz gurau je” Waiz berhenti berlari dan memeluk kakaknya. Alia tersenyum melihat Adiknya gembira dah lama dia tidak bergurau senda semenjak hatinya kecewa dengan Aina.

****
“ Terima kasih Encik saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh”.
 Aina mengucap terima kasih dengan menunduk hormat 90 Darjah sampai Pengurus Syarikat tersebut kehairanan. Itulah tabiat yang susah untuk Aina tinggalkan semenjak hampir 5 bulan dia tinggal di Korea. Sebab dia merasakan itu adalah cara yang bagus untuk mengucapkan terima kasih selain dari bersalaman.
Akhirnya dia dapat kerja di Wishlist Design and Corporation, sebuah Syarikat hiasan dalaman yang sedang meningkat nama dalam bidang hiasan. Sudah lama dia meminati bidang tersebut hanya sekarang dia dapat menunaikan Impiannya atas hasil dorongan Waiz sebelum ini.
“Macam mana. Awak dapat tak Job tu?” Iman kelihatan begitu setia menanti jawapan dari Aina. Iman menanti Aina di kedai makan berdekatan dari mula temuduga sehingga selesai, setia menunggu.
“ Haruslah. Tengoklah sapa. Ni Aina Fathiyyah lah” Aina agak memuji dirinya hari ini. Iman tersenyum lebar melihat Aina gembira dan sudah boleh bergurau senda.
Azimah yang datang dari belakang terpinga-pinga melihat Aina ketawa dengan gembira. “Wah gembiranya apa yang dah berlaku tadi awak dapat tak job tu”. Aina hanya bersilang kaki sambil tersenyum dengan tidak perlukan penjelasan lagi Azimah sudah memahami maksud Aina.
“Jom saya belanja awak makan bagi meraikan awak dapat kerja” Azimah mencadangkan tempat makan yang sedap.
****
“Aiz setiap bilik dah siap dah cat dan for sure you don’t want to use wallpaper sebab akak rasa dinding ni akan kosong”, “ tak apa sayang . nanti Aiz settlekan Aiz ada idea untuk setiap bilik.” Waiz hendak menggunakan Idea yang dia ingat semasa bersembang dengan Aina di tepi pantai semasa mereka ke Masan dulu.
“Aiz nak ke KL ye kak esok nak pergi settlekan hal perabot.” Alia hanya mengangguk tanda memahami. Kerana Waiz memang berniat untuk menghias sendiri setiap bilik, supaya setiap bilik mempunyai kelainan dan ciri tersendiri
Satu Alunan lagu yang agak jarang atau tak mungkin didengari dari Malaysia berbunyi lagu Arirang mengalunkan lagunya. Masing masing terpinga.
“Akak handphone akak ke?”, “ Eh tak lah walaupun akak membesar di Korea tapi taklah sampai begitu”. Waiz terkejut apabila melihat handphonenya yang mengeluarkan lagu tersebut, Alia tersenyum sinis tanda puas dapat mengenakan adiknya. Waiz yang masih lagi macam tidak mempercayai yang handphonenye mendendangkan lagu Arirang agak terkejut melihat pemanggilnya adalah Ibu Saudaranya.
Setelah menjawab panggilan tersebut, Waiz kelihatan agak terganggu. Hatinya berbelah bagi samada haruskah dia pulang ke Korea.Akhirnya dia telah membuat keputusan untuk kembali ke Korea.

**** 
Hujan diluar membuatkan Kopi yang dihirup oleh Azalea terasa segar.Azalea kelihatan lebih sihat berbanding dari hari pertama dia keluar hospital.
“Sayang..”, “Eh abang. bila sampai hujan kan luar” Azalea terpinga-pinga melihat Hakim yang basah dek hujan diluar membuat kekasih hatinya itu kelihatan agak tampan waktu tersebut walaupun dengan rambut yang agak basah.
“Demi kekasih hati Abang, haruslah ditempuhkan walau ribut badai melanda” Azalea mengukir senyuman disaat mendengar alasan Hakim yang kembali menjadi romantik semula selepas kejadian hari itu.
“Abang dapat apa-apa berita tak pasal Tia” Azalea membuka cerita tentang Aina. 
---
“Hakim. Nenek berharap sangat kamu rahsiakan yang kita dah jumpa Tia. Nenek beritahu ni supaya kamu dapat haling Lea dari mencari Aina”. Datuk Mariam bernada sayu seakan sedang merayu terhadap Hakim. 
“Tapi nenek. Lea pasti akan marah kalau dia tahu kita rahsiakan”, Hakim seakan kerisauan dia sudah merasa cukup terseksa dengan kes Azalea cedera disebabkan dia dan tidak mahu menipu pula menjadi penyebab mereka bergaduh.
“It’s ok . Itu biar nenek yang tanggung nanti”.
---
“Abang. Abang. Kan sayang Tanya pasal Tia” Azalea semakin pelik melihat Hakim yang jauh termenung sejak beberapa hari ini.
“Hmm sayang. Abang lapar lah. Sayang dah order tak untuk abang”, Hakim cuba mengalihkan perhatian. “Oh, sudah sayang suruh mereka tunggu abang sampai baru hidangkan”, “Waiter” Hakim memanggil dan meminta makanan mereka dihidangkan. Azalea memandang muka Hakim dengan penuh persoalan, hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang Hakim cuba sembunyikan tapi kepercayaan mengatasi lalu di positifkan akal fikirannya.

Novel : Pewaris Bab9

Novel : Pewaris Bab9


Credit : Google

“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 9 – Ia sentiasa gelap sebelum subuh

Azalea tersedar. Ternampak Hakim yang tertidur dengan meletakkan kepalanya dikatil, hatinya sayu. Tangannya cuba digerak untuk menyentuh kepala Hakim.

“Lea..awak dah sedar!!doktor..doktor” Hakim tersedar dan kelam kabut memanggil doktor. Azalea menggapai tangan Hakim. Suasana menjadi sunyi mata mereka bertatapan.

Selepas Doktor pergi, Azalea gagahkan diri untuk bersuara tapi dia masih lemah. 
“Awak. dah sebulan awak koma. Awak tahu tak awak dah buat saya risau” Hakim bernada kerisauan.
Azalea membisu, hanya air mata yang mampu mengalir untuk menyatakan betapa bersyukurnya dia terselamat dari kemalangan tersebut.

“Ne..nenek??” , Azalea cuba menanyakan Datuk Mariam.

“Nenek dalam perjalanan ke sini …nenek kepenatan saya suruh nenek balik semalam” Hakim bernada lembut cuba menenangkan Azalea yang mencari neneknya.
“ Zall..cucu nenek kamu dah sedar” Datuk Mariam yang baru tiba telah memeluk cucunya dan menitiskan air mata kegembiraan.

“ Tia..nenek Tia tu” Azalea ternampak kelibat Aina di sebalik pintu bilik hospital.

“Tia..??” masing- masing kebingungan dengan Azalea.

“Sayang Tia kan masih di Korea. Masih tak cukup 6 bulan lagi” Hakim cuba menenangkan Azalea
“ Ye Zall.. kalau Tia dah balik awal tentu nenek dah kahwinkan dia dengan pilihan nenek” Datuk Mariam pula menambah.

“tak nek.Zall memang pasti Zall nampak Tia tadi”. Azalea masih menegaskan pendiriannya. Setelah puas dipujuk Hakim dan Datuk Mariam akhirnya Azalea kembali tenang dan tidur.
***
“Awak dah.dah lah tu termenungnya” Fayyadh Iman menegur Aina yang termenung menjauh. “ dah sebulan awak balik Malaysia awak tak nak ke balik jumpa family awak. Tak kan nak tengok dari jauh je”. Fayyadh menambahkan.
“ Bukan saya tak nak balik Iman. Saya masih tak jumpa Waiz selagi saya tak jumpa dia tak mungkin saya akan balik saya nak bawa dia balik bersama saya” Aina menegaskan pendiriannya.
“Awak betul sayangkan dia kan tu sebabnya awak tak hantar saya kat Airport haritukan” Iman cuba mendapatkan penjelasan, “ by the way jom makan laparlah..awak saya L.A.P.A.R lapar” Iman cuba mengubah topik perbualan dengan melawak bila mendapati Aina diam seribu bahasa terhadap semua persoalan darinya.

***

“Aina..ko dah fikir habis-habis ke keputusan kau ni” , Azimah cuba mendapatkan kepastian.
“dah and I made up my mind”, Aina cuba meyakinkan dirinya. “ Aku bukan apa ko tahu kan aku tak kisah ko nak duduk rumah aku berapa lama pun tapi tulah sampai bila ko nak sembunyi kat sini tak nak jumpa nenek ko”.

“Imah bukan aku tak nak balik lagipun ko tahukan nenek aku macam mana ko dah keje dengan nenek aku dah hampir 4 bulan”, Aina masih mencari ruang untuk membuat alasan.

“Ye aku tahu, tapi ko tak kesiankan Datuk ke. Ko tahu kan yang Cik Azalea koma sebulan. Datuk kena ambil alih pengurusan semula kesian dia” Azimah masih mempertahankan Datuk Mariam. Suasana menjadi sunyi sepi, Aina hanya membatukan diri untuk mengelakkan dari perbincangan dengan Azimah menjadi panjang berjela. 

“Ikut ko lah Aina” Azimah akhirnye menyerah dengan kebisuan Aina.

****

“Perlu ke semua ni nenek”, terliur Azalea melihat meja yang penuh dengan makanan.
“ Zall, kamu dah seminggu keluar Hospital tapi baru sekarang nenek dapat buat Doa selamat”, Datuk Mariam bernada kesal. “It’s ok nek”.

“Maaf Setiausaha Datuk ada diluar nak jumpa”, “ Mak Nah tolong suruh dia tunggu sekejap”, riak wajah Datuk Mariam berubah bila mendapat perkhabaran dari Mak Nah.

“Azimah macam mana”, Datuk Mariam muncul dengan berwajah kerisauan. “Datuk saya dah cuba pujuk Cik Aina supaya kembali ke rumah tetapi dia masih berkeras untuk mencari Encik Waiz baru dia balik” Azimah berwajah kerisauan, risau berita yang dibawa tidak disukai Datuk Mariam.

“Hmm. Macam mana. dah dapat cari orang yang bernama Waiz tu”, Datuk Mariam beriak wajah kesal tetapi cuba mengawal nada suara supaya tidak didengari oleh orang lain.

“Tak. Datuk. Orang saya dah puas cari saya tak rasa Encik Waiz ada di Malaysia tetapi Cik Aina masih bertegas yang dia berada di Malaysia”, Azimah menerangkan dalam keadaan lega sebab Datuk Mariam menerima berita tersebut dalam keadaan tenang.

“Tak apa. Kamu teruskan usaha. saya nak dia kembali sebelum raya” Sebelum sempat Datuk Mariam dan Azimah menghabiskan perbualan mereka Azalea datang memanggil.

Novel : Pewaris Bab8


Credit : Google


“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 8 – Ku rela lepaskan kamu pergi walau hati ku terluka!

“Hari ini kita akan Scuba diving. Jadi semua pastikan peralatan menyelam cukup” Chief kumpulan bersuara lantang.
Bab-bab keselamatan jangan dibuat main.

“Saya nak follow sekali” Sarah bersuara dari belakang Hakim.
“Boleh saya tahu awak ada sijil menyelam tak?” Chief bertanya. Sarah hanya menggelengkan kepala.
“Sarah kalau tak ada lessen menyelam sebaiknya awak jangan ikut. bahaya”.Hakim memujuk.

“Ala boleh lah !... kalau bahaya abangkan ada”. Sarah mula merengek macam budak kecil. Eishh rimas sungguh desis hati Azalea.

“Maaf ye cik kami tak boleh benarkan, kami tak nak tanggung apa jadi nanti”.Apa pun chief tetap menghalang. “Yes..yes” Azalea berbisik gembira.
Tingkah laku Azalea diperhatikan oleh Hakim.

“Okey saya bahagi satu group 2 orang ye nanti makesure take care you own team mate”, dalam pembahagian kumpulan Hakim dan Azalea berada di kumpulan berbeza. Hakim rasa lega.

“Sebelum kita mulakan menyelam sila periksa kelengkapan masing masing” ketua untuk menyelam bersuara.
Semasa Azalea memeriksa kelengkapannya tanpa disedari partner Azalea  bergerak telah tertolak gas oksigen dan  Azalea telah jatuh ke dalam laut dan diikuti tong gas tersebut telah jatuh ke arah Azalea. Jatuh dan darah mengalir keatas permukaan laut.

“Tolong…tolong Lea jatuh …ada darah!” Partner Azalea menjerit bila azalea jatuh dan bila ada darah dia terus pengsan. Lembik sungguh dia ni.

Hakim yang terdengar telah terjun dengan bergaya Ala Juara renang dan menyelamatkan Azalea.
Azalea dikejarkan ke Hospital.

***

Aina cuba perlahan – lahan keluar dari guesthouse. Hatinya tekad apa yang berlakupun dia harus ke Airport untuk menghantar Fayyadh Iman.

Sebelum sempat Aina berlari jauh.Kereta Sport berwarna merah berhenti disebelahnya. Setelah puas diperhatikan bila tingkap dibuka baru dia perasan yang Waiz yang memandu.
“Eh awak..kereta baru nampak!!” Aina cuba mengubah topik sebelum sempat Waiz bercakap.
“Awak nak kemana??” Waiz Akmal mengabaikan soalan Aina.
“Eh betul lah kereta baru saya tak pernah nampak” Aina masih mengelak. “Wah cantiknya dah lama berangan nak naik”.

“Dah jangan nak ubah topik naik cepat” Waiz bernada tegas.
Aina teragak-agak untuk naik kereta tersebut. Hatinya kerisauan sebab takut terlepas Flight Fayyadh Iman. Aina dengan berat hati naik juga selepas mendapat jelingan maut dari Waiz.
“Awak nak bawa saya kemana” Aina berdebar-debar sebab Waiz bawa dalam kadar kelajuan perlumbaan, celah sana celah sini dan akhirnya bila berhenti. Aina keluar dari kereta dan muntah.
Bila diperhatikan rupanya tempat dia berhenti ialah Airport. Aina memandang Waiz dengan muka yang penuh persoalan.

“Apa motif awak bawa saya ke sini?”, tiada jawapan dari Waiz.
“Awak jangan pergi, please I’m begging. I love you So much. Since the first day we met you know. I start to love you, tak ada satu perkara tentang awak yang buat saya membenci awak” Waiz meluahkan perasaan yang selama ini dipendam.

“Jangan pusing. Please .jika awak pusing saya tak ada kekuatan untuk meluahkan apa yang saya rasa selama ini“, Aina terpaku hatinya berdebar saat Waiz mulai mendekatinya dari belakang.
Semakin Waiz mendekati, semakin Aina bergerak ke hadapan.Waiz kecewa saat Aina menolak tangannya.“Awak saya tak boleh paksa awak untuk sukakan saya.” Waiz cuba mengawal emosi saat dia berbicara Aina memulakan langkah untuk masuk ke dalam.
“Pergi je lah jumpa lelaki kesayangan awak”. Waiz berkata perlahan sambil memerhatikan Aina pergi.  Langkah Aina terhenti.
Aina keliru, hatinya berbelah bagi.
“Awak tolonglah saya nak masuk sekejap je…awak tunggu saya ye”,Aina berkata tanpa menyedari Waiz sudah masuk kedalam kereta.
Aina berlari memasuki balai berlepas dan mencari cari Fayyadh Iman. Tapi sayang Flight ke Malaysia dah berlepas 5 minit yang lalu. Aina senyum, hatinya tenang
Aina keluar dari Incheon Airport dengan tersenyum. Aina mencari Waiz.

Dia cuba hubungi Waiz tetapi talian telefon dimatikan. Aina mula mengeluarkan air mata tanpa disedari. Aina menaiki teksi untuk kembali ke Guesthouse.

“Ji Soo Shii awak tahu mana Oppa?” Aina bertanya dalam keadaan mengah kerana dia berlari.
“No, I’m not, Mike did you see Waiz Shii?” Ji Soo bertanyakan Mike yang melalui kaunter pertanyaan.
“Oh hyung said that he want to go back hometown, he miss home”,
“Mike tell me . kampong Oppa kat mana”. Aina seakan terdesak untuk mencari Waiz.

“I do not know, Maafkan saya tapi dia minta saya serahkan surat ini pada awak.”, Aina mengambil surat tersebut dia membaca.

To Aina -


“ Aina jika awak baca surat ni, ini bermakna saya tidak dapat meluahkan perasaan saya pada awak. Awak tahu tak kali pertama kita berjumpa, bukan di kedai kopi tu. Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Kali pertama saya jumpa awak semasa awak tolong seorang nenek yang jatuh selepas berebut Susu Pisang di Pasaraya.. Tentu awak tak ingatkan. Hati saya dah jatuh cinta saat itu. Hati saya tertawan dengan awak. Saya mengekori awak ke kedai awak bekerja saya jadi pelanggan awak banyak kali. Saya terdengar awak bercerita tentang lelaki idaman awak. Saya berubah saya cuba jadi seperti lelaki yang awak suka.. Tapi sayang awak masih lagi tidak perasankan saya. Saya dah kecewa tetapi ia terubat saat awak memohon bekerja di guesthouse saya. Saya buat keputusan untuk mengambil langkah dahulu bila Ji Soo kata yang awak sukakan saya. Hati saya gembira sangat saat awak menerima saya. Maafkan saya atas semua yang berlaku. Semenjak kita berjanji untuk menjadi sahabat yang baik saya dah tekad untuk menawan hati awak tapi semuanya gagal. Saya menyerah , saya tahu cinta tidak boleh dipaksa. Saya doakan awak bahagia dengan lelaki pilihan hati awak.



Selamat Tinggal Aina


Aina terduduk pasrah, hatinya memberontak menyalahkan diri. Aina menyesal mengejar Fayyadh Iman. Segala memori yang dicipta bersama Waiz muncul kembali, dia sudah tidak dapat menahan air mata. Ji Soo cuba menenangkan Aina tetapi semakin kuat dia menangis bila dipeluk Ji Soo.

Novel : Pewaris Bab7



Credit : Google.com



“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 7 – kenapa dia begini ?

Dah dua hari Azalea berada di Camp tersebut tetapi tidak pernah dapat peluang hendak berbicara empat mata dengan Hakim.

Azalea membuat keputusan untuk mecari Hakim dan berbincang supaya dapat menyelesaikan masalah yang melanda.

Tetapi,
tetapi Azalea terserempak Hakim sedang duduk berduan dengan Sarah.
“Wah hebatnye, Mabul ke abang. Saya pun teringin nak diving kat Mabul, it was a beautiful place to diving.” Sarah menunjukkan kekaguman dia kepada Hakim.

Hakim dapat merasakan ada mata yang sedang memandang dia dari jauh.
“Haar, memang cantik. Mabul tempat idaman abang dan kekasih hati abang!”,
“Abang dah ada kekasih?”. Kekecewaan mula ternampak di muka Sarah
“Dulu, itu dulu sekarang tak dah!” Hakim bernada perlahan,Sarah senyum.
Azalea yang mendengar dari jauh mula merasa sebak dan kecewa. 

Sarah ternampak Azalea.
“Kakak, marilah sini kita boleh berkenalan”, Sarah ternampak Azalea dan memanggilnya tetapi Azalea cuba melarikan diri tetapi gagal selepas ditarik Sarah ke unggun api tersebut.

Azalea cuba menggagahkan diri untuk bersua muka dengan Hakim. Hakim merasa kurang selesa dan bangun.
“Sarah, abang ada kerja dekat based camp, abang pergi dulu”.
“oh… okay bye” Sarah mengucapkan selamat tinggal.
 Azalea memandang Hakim pergi.Hati dia rasa sayu.
 Azalea dah tetapkan pendirian dia. 
Apapun terjadi sebelum seminggu berakhir dia akan cuba menawan hati Hakim semula.

***

“Aina kamu nak kemana?”,
 Ji Soo menangkap Aina yang sedang perlahan – lahan keluar dari Guesthouse.

“Ehmm.Sa.. ya. Saya nak keluar kejap”. Aina gagap bila menjawab pertanyaan Ji Soo.
“ Kamu nak kemana, kenapa semenjak dari hari tu lagi saya perasan kamu kerap hilang” Ji Soo mula mempersoalkan kehilangan Aina.

Ye semenjak perkenalan dengan Fayyadh Iman, Aina menjadi kerap ke Dongdaemun. 
Dia menjadi selesa bersembang dengan Fayyadh Iman mengikut  dia berjalan sekitar Seoul, malah Namsan tower tempat Mangga Cinta yang dia elakkan semasa diajak Waiz pun dia pergi. Semuanya sebab Fayyadh Iman yang ajak.

“Sebenarnya saya berkenalan dengan student Malaysia dan saya mengikut mereka berjalan”, Aina cuba menerangkan keadaan sebenar tetapi masih berselindung perkara sebenar.

“ Daebak.. jeongmallo.. baguslah begitu”. Ji Soo gembira mendengar yang Aina berkenalan dengan orang senegaranya. Di fikirannya mungkin Aina rindukan kampung halaman jadi dia gembira mereka dapat berjumpa.

“tak apalah kamu pergi saya cover untuk kamu, tapi pastikan kamu balik sebelum pukul 6 sebab mereka akan balik” Ji Soo memberi kebenaran tetapi menegaskan waktu yang harus Aina tepati untuk pulang. 

Aina tersenyum
“Jeongmallo Kamsahamida, Saranghae Ji Soo Shi” Aina kegembiraan telah memeluk dan mencium pipi Ji Soo sebelum pergi.

***

“Kenapa awak lambat sangat.”, Fayyadh Iman mula bertanya.
“Ala sorry Iman saya terlambat sebab saya kena lepas Polis trafik tadi. Jom”. Aina bercakap dalam nada bergurau dan mengajak Iman naik Cable Car untuk ke Namsan tower.

Mereka berdua kagum dengan keindahan pemandangan dari Cable Car tersebut.
“Wah, awak nampak tak tu Love padlock tu jom buat” Aina menjadi teruja. Perkara yang dielak semasa dengan Waiz dilakukan bersama Iman. 

Agaknya Waiz akan terasa hati tak? Ah lantaklah, desis hati Aina,
Mereka berdua berseronok, bergambar bermesraan di I-phone Iman, Almaklum kameranya cantik. 
Memasang Mangga cinta, minum kopi sambil berbual sampai Aina tidak sedar masa berlalu. Begitulah Aina seringkali lupa akan waktu setiap kali berbual dengan Iman. 

Apa yang disembangkan dia sendiri tidak pasti ada sahaja topik untuk mereka meneruskan perbualan.
Mereka berbual sehingga sampai didepan Guesthouse. Iman mengucapkan selamat tinggal. Dia nak balik Malaysia esok. Aina sedih, tetapi dia gembira dan membuat keputusan untuk menghantar Iman di Airport esoknya.

Aina masuk ke Guesthouse dengan perasaan berbunga, tanpa menyedari Api kemarahan sedang menyala di dalam Guesthouse.

“Aina kemana kamu pergi saya kan dah suruh kamu pulang sebelum mereka balik”, Ji Soo bercakap dalam nada keresahan.Semua memandang Aina.

“Aina Fathiyyah please come to my office”, Waiz bersuara.
“Aina awak kemana, mana tanggungjawab yang saya serahkan pada awak sebelum saya pergi” Waiz mula menyoalkan kewibawaan Aina.

 Dia mula geram lebih lagi bila dia perhatikan CCTV Cuma Ji Soo yang melakukan kerja dan dia sering hilang.

“Saya. Saya. Saya ke..” Aina ketakutan kali pertama dia nampak Waiz dalam kemarahan macam tu
“ kemana?”, Sebelum sempat Aina menghabiskan Ayat,  Waiz menjadi marah dan menghempaskan tangan ke meja dan menjerit.

Aina tidak salahkan Waiz dirinya sendiri yang melanggar janjinya sendiri.

Novel : Pewaris Bab6



“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 6 – Cinta atau tarikan ?

Sarah memandang kehairanan.

“Hai. Saya Sarah. Awak Cik Pipi Merah ye?”, Sarah memulakan bicara.
Pandangan Azalea dan Hakim Faiz terhenti disebabkan Sarah.

 “ Ye Saya..!”, “ Jom Jalan..”. 

Hakim Faiz hanya keras membatu sedangkan dalam hati dia sangat ingin pergi ke Azalea dan memeluk dia untuk melepaskan rindu.

“Jom Cik Pipi Merah..hehe”, Sarah senyum dan menarik tangan Azalea ke arah Jeep.

Sepanjang perjalanan ke Camp hanya Sarah yang bercakap manakala mereka berdua hanya senyap tanpa bicara.

*** 

“Ji Soo saya nak ke Dongdaemun.”, “ ne, al-ass-eoyo..”
Aina serik menggunakan kereta di Seoul, lalu dia membuat keputusan untuk menaiki kenderaan awam.

Jaket berwarna kuning kehijauan disarungkan. Earphone di letakkan ditelinga.Playlist MP4 dilihat satu persatu. Lagu Jaclyn Victor, Ikut rentakku dipasang.

Aina berjalan menuju ke arah Subway Hongik University. Sesampai di Dongdaemun Aina ternampak orang ramai berkumpul dan terlihat orang sedang demo alat pencuci lantai. Di sebalik orang ramai Aina ternampak lelaki yang dilanggarnya semalam. Aina mengekori lelaki tersebut.
Sesampai di hadapan kedai pakaian terlihat lelaki tersebut mengalihkan sekarung guni pakaian dari troli ke kedai tersebut.

 Aina mengekori lelaki tersebut sampai kehilangan jejak lelaki tersebut. Aina mencari cari kelibat lelaki tersebut tetapi kecewa lelaki tersebut hilang. Aina mengalah dan masuk ke lif . Tiba-tiba lelaki tersebut muncul dan Aina terkejut dan lelaki tersebut merapati Aina sehingga tersandar ke dinding lif. 

Mereka terlampau dekat sehingga boleh mendengar nafas masing – masing.

“Why are you following me?”, Aina terkejut dan nafasnya menjadi kencang hatinya berdebar-debar, adakah ini perasaan jatuh cinta pandang pertama?

“I’m asking again why are you following me”, Aina tersedar dan menolak lelaki tersebut.

“No I’m not”,
“ Oh …okay”. 

“Don’t you remember me …I mean yesterday I almost hit you”, Aina cuba mendapatkan perhatian lelaki tersebut.

“Oh that girl, yeah I remember so why are you following me”,
“Is just that.ehmm can you follow me”, lelaki tersebut kehairanan dengan perangai Aina. Pintu lif terbuka dia mengekori Aina.

***  

“Actually I just want to say sorry for yesterday” ,

 “ Agasshi nan gwaenchanh-ayo”.

Lelaki tersebut tersenyum dan pandangan mereka saling bertaut.

“by the way , nae ileum-eun Aina Ibnida”, Aina menghulurkan tangan tanda perkenalan. 

“ Nama saya Fayyadh Iman” Aina terkejut dia memperkenalkan diri dalam bahasa Melayu.

“Awak melayu ke..” , “ Ye lah tak kan lah awak tak boleh bezakan saya dengan lelaki korea yang lain saya kan kulit sawo matang” Fayyadh tergelak.

“haha sumpah saya mati-mati ingat awak orang korea dan awak memang duduk sini ke”.” Haha awak ni lawak lah. taklah sebelum ni saya belajar di jepun now saya travel di korea before balik Malaysia cari kerja”.

“Ha. traveller ?habis napa saya nampak macam awak kerja dekat dongdaemun tu”.
“ saja nak feeling jadi orang seoul. Awak pulak apa cerita”, Fayyadh cuba mengalihkan cerita.

“Hmm saya ni panjang ceritanya , sehari semalam tak cukup nak cerita”.

Mereka terus bersembang sehingga tidak sedar masa berlalu.

***

Ji Soo nampak agak cemas.
Panggilan bertalu-talu dari Waiz menambahkan lagi rasa takut Ji Soo.

Akhirnya Ji Soo membuat keputusan untuk menjawab panggilan dari Waiz.

“ Ji Soo shii, Naya!”, Waiz membalas dengan nada yang agak tinggi almaklum telefon banyak kali ini baru diangkatnya.Sebelum sempat menjawab pertanyaan Waiz, Aina tiba dan mengambil telefon dari Ji Soo.

“Oppa, Naya Aina!, kenapa ye call ?”. 
“ tak ada apa oppa saje nak beritahu kami dah sampai tapi seorang pun tak jawab panggilan kami. Risaulah kami kat sini”. Aina telah diberi ceramah percuma dari dalam telefon iaitu kepentingan menjawab panggilan dengan cepat dan efisien.

“Fuh we’re save thank god”, Aina melepaskan rasa lega.

“ Wait..Where are you going?, you’re gone about 6 hour you know!”. Ji Soo mula menukar nada dari risau kepada marah.

“Mian haeyo!chingu ya”, Aina memohon maaf dengan nada manja dan comel. Ji Soo terlalu mudah cair dan terus memaafkan Aina dan sekaligus Aina berhasil memintas soalan yang bakal ditanya Ji Soo.

Aina sendiri rasa bersalah atas kealpaan dia leka bersembang dengan kawan yang baru dikenalinya Fayyadh Iman. 
Ye Fayyadh Iman, Aina sendiri tertanya kenapa dia boleh jadi semesra ini dengan Fayyadh Iman, lelaki yang baru dikenali.


Novel : Pewaris Bab5


Kredit : Google


“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 5 – Kehilangan kamu satu keperitan!

~ ~ You’re the Only one…only one ~ ~
Aina kelihatan tenang sambil menghirup Latte yang di belinya sambil menikmati keindahan alam dan melayan Lagu Boa, You’re the only one yang didengarinya sayup sayup di Coffe shop tersebut sementara menantikan minuman yang dipesan disiapkan.
“ Agassi, i keopi ibnida”, Coffee yang ditempah dah siap dan Aina bergegas ke kereta yang dipinjam dari Ji Soo, sewaktu melalui kawasan Dongdaemoon Aina telah melanggar seorang lelaki. Aina bergegas keluar dari kereta kearah lelaki tersebut
“ Awak tak apa-apa..maafkan saya”, Aina berbahasa melayu tanpa disedariya dan lelaki tersebut nampak seperti kebingungan dan Aina yang dah boleh berbahasa korea sikit telah mula meminta maaf.
“Gwaenchanh-a…jeongmal nan gwaenchanh-a” lelaki tersebut cuba meyakinkan aina yang seakan dalam ketakutan dan secara tiba-tiba lelaki tersebut telah memeluk Aina dan dia terdiam. Lelaki tersebut cuba untuk menenangkan Aina.
“Are you okay … I mean did you hurt, bleeding or anything” Aina yang tadinya terdiam mula gementar semula.Dia didakapan lelaki asing yang tidak dikenalinya.
“Oh you are not Korean I’m sorry ..I’m okay it’s fine”, lelaki tersebut berbisik ditelinga Aina dan berlalu pergi dan Aina berdiri di tengah jalan kebingungan memerhati lelaki tersebut pergi dengan membawa troli.

***
Ji Soo yang berjalan ke ruang meletak kenderaan ternampak Aina yang masih lagi didalam kereta dan nampak kebingungan . 
“Aina” tiada reaksi dari Aina dan Ji Soo mulai risau. “Aina are you okay ..awak tidak apa-apa kah”, Ji Soo mengetuk cermin kereta .Ji Soo cuba menyedarkan Aina yang masih lagi mengelamun.
“ Ji Soo shii dangsin-uii keopi” Aina yang baru tersedar dari lamunan secara tiba-tiba menawarkan kopi yang baru dibelinya.
 Ji Soo kehairanan dan Aina senyum mereka berdua tertawa .
***
Waiz berjalan kearah staff Guesthouse yang sedang berkumpul.
“Yeoleobun-ui haengbog?” waiz bertanya kehairanan mereka nampak begitu gembira
“Hyung ..Our Agassi pay for all of this” Mike menyatakan dengan gembira sambil tangannya berada di bahu Aina. Reaksi wajah waiz terus berubah dan cuba duduk diantara Aina dan Mike . “ Yaaa.. Hyung wae?” Mike terus meninggi kan nada kerana Waiz duduk diatas tangannya”.
 “Mian hae..” Waiz meminta maaf tanpa ada rasa bersalah dia berasa puas, “padan muka sesuka hati ko sahaja peluk perempuan aku kan” Waiz berkata-kata dengan gembiranya di dalam hati sambil tersenyum. Mike memandang pelik Waiz yang tersengih.
Aina terus bangun sebab merasa rimas “ Aina nak pergi mana” , “ tak ke mana Cuma nak ke kaunter ada orang datang” Aina cuba mengelak sebab dia merasakan Waiz seperti kebudak budakan.
Waiz dapat perasan perubahan air muka Aina dan dapat idea untuk merapatkan semula hubungan mereka “ I have an announcement to make. all of us will go holiday!”
 “Holiday?” semua bertanya secara serentak. “ Yah Holiday!.. all of us will go to Busan”, “ tapi siapa nak jaga guesthouse” semua tertanyakan soalan yang sama.
“Mike and Ji Soo will stay for this time.. because they just got back from their holiday at Masan. Right!”, “ saya pun baru balik dengan mereka. So saya boleh tinggal dengan mereka!”
***
“ No you will come with us ..”, Waiz agak meninggikan suara kerana Aina tidak mahu pergi bersama. Tujuan percutian ini adalah peluang dia untuk merapatkan dirinya bersama Aina semula.
“ but it’s unfair to others kalau saya pergi”, Aina cuba untuk tidak meninggikan suara tetapi semakin lama berbicara mereka mula meninggikan suara sesama mereka. Perbalahan mereka didengari oleh staff yang lain kerana mereka mencuri dengar dari luar bilik.
Aina keluar dari bilik Waiz. Suasana Senyap. Suasana Rainbow Guesthouse agak suram selepas kejadian tersebut. Walau apa pun mereka cuba memberi layanan yang terbaik kepada semua penumpang di guesthouse tersebut.
Tiba masa hari yang dijanjikan.
“ Hyung. eotteohge?. Aina shii still don’t want to go”, “ Fine. It’s okay Mike you came with us too” Waiz cuba mengelakkan dari Mike tinggal bersama aina. apa pun yang dilakukan Aina tetap tidak akan berganjak dari keputusannya.
 “Keras kepala” itu yang difikirkan oleh Waiz dan tinggallah Aina dan Ji Soo menjaga guesthouse tersebut berdua.
***
Hari semakin senja. Hakim Faiz termenung memerhatikan matahari terbenam, salah satu keindahan alam yang tidak mampu dipertikaikan.
“lepaskan…lepaskanlah bodoh. sakitlah..” Hakim terdengar suara perempuan menjerit. Hakim mencari dari mana suara tersebut datang dan ternampak seorang perempuan dipaksa masuk ke sebuah van putih.
“nak masuk campur ke tak?” Hatinya berbelah bahagi untuk membantu tapi akhir membuat keputusan untuk membantu.Setelah bersusah payah sampai dia tercedera di kepala semasa membantu perempuan yang tidak dikenali tersebut akhirnya mereka berjaya melarikan diri.
Mereka berlari bersama walaupun tidak saling mengenali perempuan tersebut mengikuti dia juga.
“awak okey tak?”. “okay terima kasih… eh awak cedera”.
Perempuan tersebut risau dan cuba untuk membantu Hakim faiz. Hakim faiz cuba menolak pertolongan tersebut, tetapi perempua tersebut berkeras dan mereka duduk di gerai makan berdekatan.
“awak tunggu sini kejap?”, Hakim  pelik kemana perempuan tersebut hendak pergi. Tidak sampai 5min dia kembali dengan bungkusan ditangannya.
“awak okay tak”, selesai membuat first aid dikepala Hakim dia mula memperkenalkan diri. “ By the way …my name Sarah and yours?”.
“Hakim Faiz. And actually what’s going on dengan awak tadi?” , “ Oh tak ada apa orang gila je tu. By the way sekali lagi terima kasih ye!”. Sarah mula bangun dia hulurkan tangan untuk bersalam dan pergi. “ Perempuan ni pelik!” itu yang terdetik di hati Hakim ketika itu. 
***
“Cik Azalea rundingan tersebut mungkin akan gagal kalau cik masih berdegil”,
“Saya dah tegaskan saya tidak akan benarkan apa sahaja jenis alkohol dihidangkan. Tak kan awak tak tahu itu polisi hotel kita. Kekal sebagai hotel terkemuka berteraskan hukum islam”. Azalea menegaskan pendirian dia, Aina bersusah payah untuk mengekalkan polisi hotel tak akan dia senang – senang nak ubah semata demi keuntungan hotel.
“So macam mana sekarang Cik”,
“Tak apa saya sendiri akan fly ke Sabah untuk terangkan keadaan sebenar”. Azalea kelihatan sugul selepas Pengurus hotel cawangan sabah itu keluar
Terimbas semula kejadian seminggu lalu.

“Ibu, Abang ada kenapa Lea call banyak kali tapi tiada jawapan”.Azalea ke rumah Hakim Faiz untuk berjumpa.
“Lea maafkan ibu, Hakim dah pergi dari sini”, Azalea kelihatan terkejut. Dia merasakan pemergian Hakim adalah kesalahan dia yang telah abaikan hubungan mereka yang dibina selama 8 tahun itu.
“Lea. Nangis lah , ibu tahu Lea sedih…. Nangis sepuasnya” Azalea menangis di dakapan Datin Hanum tanpa dapat dibendung perasaannya yang selama ini dirahsiakan.
“Zall. Boleh nenek masuk sekejap”,  lamunan Azalea terhenti.
“Ye nek boleh, silakan”. Semenjak kehilangan Hakim Faiz seminggu lalu Azalea sudah kurang bercakap. “Zall betul ke tak mahu cari Hakim”.
“Nek kita dah cakapkan perkara ni, biarkan dia cari ketenangan yang dia cari, Zall tak boleh paksa dia”. Azalea seolah telah pasrah, yang membuat hati Puan Mariam jadi marah sebab Azalea tidak memberi sebarang reaksi, malahan usaha mencari pun tiada.
“Baiklah nenek tak boleh cakap apa-apa,semua terserah pada Zall, nenek tak pernah halang hubungan Zall dan Hakim, nenek Cuma nak beri pengajaran pada Aina” Azalea tidak memberi sebarang respond dan meneruskan kerjanya seperti biasa.Puan Mariam bangun dan keluar dari bilik pejabat Azalea dengan perasan hampa.
“Nek … Zall nak ke Hotel kita di Sabah esok ye”. Sebelum sempat Puan Mariam melangkah pergi Azalea bersuara.
“Berapa lama, ambiklah cuti sekali, pergi tenangkan minda dan perasaan Zall kat sana” Puan Mariam mengeluarkan cadangan.
“tapi macam mana dengan hotel”, 
“tak apa amik cuti seminggu hal hotel biar nenek uruskan ”,  Puan Mariam kasihankan cucunya yang telah banyak berkorban untuk selamatkan legasi hotel yang selama ini dipertahankannya.

***
“Awak…awak masih berhutang dengan saya”. Sarah bertindak mengejar Hakim Faiz yang tidak melayani dia dan tidak bercakap sepatah pun sepanjang mereka berjumpa hari ini.
“Awak.Awak tak penat ke bercakap sepanjang hari”, Akhirnya Cold Prince bersuara kata Sarah didalam hatinya.Hakim sibuk membantu mengedarkan barang bantuan makanan kepada yang memerlukan.
“Awak akhirnya bercakap juga kan .kenapa awak sombong sangat hari ni”.
“bukan sombong kan awak tengok saya kan sibuk dari pagi lagi tapi awak tak berhenti bercakap, dari saya layan awak baik saya buat kerja dan saya biarkan awak bercakap”, Hakim Faiz tergelak manja melihat reaksi sarah yang tidak puas hati dengan jawapannya.

 “Hakim..boleh awak tolong saya jemput sukarelawan kita di Airport ?”,
“ Oh boleh chief..tapi macam mana saya nak kenal dia.” .
“Oh awak just bawa signboard ni ada nama dia”, Hakim membaca nama di signboard. Dia rasa pelik macam pernah dengar.
“Cik Pipi Merah, peliknya nama dia” Sarah menyampuk sewaktu Hakim cuba memikirkan makna disebalik nama tersebut tetapi mengambil keputusan mengabaikan selapas asyik diganggu oleh sarah.
“Nak ikut..”,sarah bersuara manja
“Nak ikut boleh tapi please STOP TALKING” Hakim memberi kata dua dan Sarah menunjukkan bahasa isyarat mengunci mulut dan mengekori Hakim.

Selepas menyelesaikan segala hal hotel di Kota Kinabalu Azalea membuat keputusan untuk mengikuti badan kebajikan yang didaftarnya sebelum ini. Setelah menghubungi dia mendapat jawapan yang dia harus ke keningau.

Setibanya Azalea di Lapangan terbang keningau, Azalea mencari orang yang seharusnya menjemput dia ke tempat sukarelawan berada. Suasana di Lapangan terbang Keningau yang hanya kawasan lapang memudahkan dia melihat orang berkumpul dan dia nampak signboard namanya.
Dalam sekilas pandangan mata Azalea dan Hakim Faiz bertaut.
Suasana sunyi sepi.

Novel : Pewaris Bab4






“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 4 – Tempoh perkenalan???

“Tahniah Zall…” Azalea tersenyum girang, seluruh keluarga mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapatkan kontrak dari kerajaan yang mampu menyelamatkan Hotel Mariam dari jatuh Bangkrap. “Tahniah sayang, abang bangga kertas projek sayang diterima” Hakim Faiz datang mengucapkan tahniah dengan nada yang agak menjauh, hatinya mula rasa Azalea semakin jauh darinya seolah-olah Azalea yang dia kenal sekarang bukan azalea yang dulu. 

Azalea yang dulu seorang yang ceria, gembira, selalu tersenyum dan selalu khabarkan berita gembira kepada dia dahulu. Tetapi apa yang dia dapat lihat sekarang hanya Azalea yang gila bekerja, tegas, senyum hanya bila perlu dan berita gembira macam ni datangnya dari mulut seorang ‘bellboy’ yang dijumpai semasa melalui pintu utama hotel.
“Terima kasih abang, kalau tak kerana jasa dan kerjasama dari abang dan yang lain kita tak mungkin akan menang tender tu”, Azalea cuba memujuk hati Hakim Faiz apabila mulai perasan perubahan pada mimik muka Hakim faiz yang tampak berubah semasa dia mula memasuki bilik tersebut.

------
“Apa yang awak lakukan ni”, “Maafkan saya itu tindakan reflect saya kalau saya rasa terancam”, Waiz Nampak terkejut dengan tindakan Aina dan mula rasa yang perempuan ni agak menarik dan mereka tergelak tika saat itu. 

“terancam…?? Awak ni lahkan. Tapi maafkan saya sebab buat macam tu tadi dan saya janji perkara tadi tidak akan berlaku lagi, can you give us a shot for once”, Waiz cuba untuk memenangi hati Aina semula dan belum sempat Aina membalas secara tiba tiba.

“ Pokpo hae…pokpo hae”, Pekerja lain mula menyuruh mereka untuk bercium dan disebabkan untuk tidak menghampakan Waiz akmal Pergi ke pasu bunga yang berdekatan dan memetik sekuntum bunga, manakala Aina dan yang lain kehairanan dengan tindakan Waiz. 

“Sudikah awak untuk menjadi kekasih hati saya” Waiz melamar Aina sebagai pasangan kekasih sambil melutut. Aina keliru dan serba salah dengan apa yang berlaku tapi tanpa disedari hati Aina mula jadi cair dan terus mengangguk tanda setuju.
---------------------
“Aina shii did you really fall in love with our manager oppa, because you know that he really have a bad experience with love so I hope you were not toying him” Ji Soo seolah cuba memberi amaran supaya Aina tidak mempermainkan Waiz , Aina kehairanan kerana dia yang sepatutnya merasa begitu kerana dia yang dilamar bukannya dia yang melamar dan dia mula merasa dirinya dipertikaikan.

“Maafkan saya Ji Soo, kenapa tiba-tiba awak berubah seolah awak tak suka saya dan waiz bersama” Ji Soo kebingungan dan merasakan yang Aina sedang marah kerana Aina bernada agak tinggi dan menggunakan bahasa melayu. “ I’m sorry just forget it” Aina sudah kehabisan kata – kata untuk membela diri tapi dia sendiri meragui dirinya kerana terlalu cepat menerima cinta waiz adakah benar apa yang berlaku tadi, dia sendiri masih lagi tertanya – tanya dan rasa dirinya terkapai-kapai di awangan.

“Mianhae chingooya, just that I don’t even know myself that…. do I love oppa or what..even myself is also confused” Aina menggenggam rambutnya dan mengeluh. Ji Soo merasakan Aina sendiri masih dalam kebingungan dan telah memeluk Aina dan cuba menenangkan dia yang mula termenung.
Waiz Akmal yang sedari tadi telah mencuri dengar perbualan Aina dan Ji Soo cuba mengubah suasana dengan memaksa Aina pergi belanja barang dapur bersamanya.
“Aina tolong saya shopping barang dapur dah nak habis dah”, “ saya..?? tapi saya…Arasso” Aina cuba mengelak tapi dengan satu jelingan dia terus bersetuju. 
Semasa dalam perjalanan ke Shopping Mart , Aina kehairanan waiz berlagak seolah tiada apa-apa yang berlaku selepas kejadian di bumbung malam semalam. Aina cuba mengelak dari berjumpa dia sepanjang hari.
“ Awak… boleh saya tanya sesuatu”, Waiz mula bersuara selepas hampir 10 minit mereka berjalan.
“ Hmm boleh.. ada apa …”, “ Adakah awak sebenarnya..” Aina merasakan yang waiz dah boleh menganggak apa yang berada difikirannya dan mula berjalan ke hadapan waiz dan bercakap secara bersemuka.
“ Awak sebenarnya biar saya berterus- terang saya sebenarnya main-main je waktu dibumbung saja nak memanaskan lagi keadaan nak biarkan JiSoo berpuas hati”, belum sempat Aina berkata waiz dulu memberi penjelasan yang panjang lebar, walau apa pun Aina gembira waiz buat keputusan macam tu sebab mereka masih lagi diperingkat untuk mengenali satu sama lain.


“ Awak betul ke apa yang awak cakapkan ni”, Aina menyoal semula apa yang dikatakan oleh waiz . “ Dan awak berapa umur awak ..awak 25 kan dan saya ni lagi tua dari awak panggil saya OPPA… arassooo” waiz cuba mengelakkan situasi yang kelihatan janggal 

“ Arasso ne.. Manager Oppa” Aina menjawab sambil menekankan perkataan Abang tersebut dengan nada yang comel dan waiz seakan malu malu dan berjalan ke hadapan tanpa menoleh dan Aina mula mengejar. 
“ Oppa ..wait for me” Aina mula mengejar waiz dan mereka dah boleh bergurau senda dan mereka menjadi rapat semenjak itu.

“ Aina saya tahu awak ketakutan walau apa pun yang terjadi saya akan cuba untuk memikat hati awak perlahan-lahan dan saya tidak akan benarkan sesiapa pun melukakan hati awak” Waiz memandang Aina yang sedang gembira sambil otaknya memahatkan janji yang bakal mengikat perhubungan dia dan Aina.

-------    
Hakim inginkan Azalea kembali seperti dahulu dan cuba merapatkan dirinya semula pada dia tetapi Azalea seakan cuba menjauhkan dirinya dari Hakim.

“ Lea …abang nak ajak Lea pergi ke satu tempat jom temankan abang”, Hakim ingin buat kejutan untuk memberitahu berita gembira yang baru dia terima. “Abang can’t you see that I’m busy”, Azalea menengking Hakim. Hakim terkedu dengan tengkingan dari Azalea kerana dia semakin rimas dengan kelakuan Hakim seolah dia tidak memahami apa yang Azalea ingin lakukan

“ Maafkan saya abang , saya tak sengaja” Azalea mula tenang selepas menarik nafas dalam dan dia sendiri terkejut apa yang baru dia lakukan.

“ Abang nak kemana..jomlah saya ikut”, Azalea cuba untuk memujuk kekasih hatinya yang terdiam seketika bila ditengking oleh dirinya. Azalea hanya perlu tunjukan senyuman manja dan membuat muka comel sahaja telah berjaya memujuk rajuk hati Hakim. “ Jom abang nak bawa sayang pergi ke suatu tempat dan beritahu sesuatu”, Hakim sediakan suatu kejutan yang bakal Azalea tidak akan lupakan

--------------------------
Azalea sampai ke satu destinasi yang sangat indah dan matanya telah ditutup supaya menjadi suatu misteri. Hakim memegang tangan Azalea dan memimpin dia ke tempat kejutan dan bila sampai sahaja , Kain matanya dibuka dan dia terpesona dengan tempat tersebut , tepi pantai yang telah di hiasi lilin yang membentukkan bentuk cinta dan sebuah meja yang mempunyai makanan yang enak. 

Azalea merasa tenang sahaja. 
“ Sayang macam mana rasa tenang tak, abang memang sahaja bawa sayang ke sini untuk sayang berehat dari kerja”, Azalea tersenyum sampai ke telinga terasa tenang dijiwa dan terasa lapang minda seketika dapat lari dari segala hal di hotel.
“ Abang, sayang berterima kasih sangat”, Azalea rasa dihargai tangan Hakim digenggam.
“ Sayang abang nak bagitahu sesuatu”, Hakim cuba mencari peluang untuk menceritakan kejutan tersebut”
“Abang ..biar saya cakap dulu”, sebelum sempat Hakim berbicara Azalea terlebih dahulu memotong percakapannya. “Saya nak ke London seminggu”, “ Untuk apa”, Hakim terkejut dan tidak jadi menceritakan kejutan tersebut. “Untuk projek usaha sama cawangan Hotel kita disana dengan pelajar Malaysia disana and I’m looking forward for this project” Azalea gembira menceritakan tentang projek tersebut manakala fikiran Hakim telah jauh melayang melayan kekecewaan yang baru diterima.
-----------------------------
“Betul ke keputusan Akim ni” Datin Syarifah Hanum menyoalkan keputusan Hakim yang membuat keputusan untuk membawa diri ke Sabah untuk melakukan benda yang diminatinya iaitu melakukan aktiviti kebajikan dan menenangkan dirinya.
Hakim dapat perkhabaran mengikut Aktiviti kebajikan itu pada hari yang sama Azalea mendapatkan tender kerajaan, sepatutnya ia menjadi berita gembira bagi diri dia dan Azalea kerana itu ialah keputusan mereka untuk pergi bersama dan sedari dari hari Azalea membuat keputusan untuk ke London Hakim membuat keputusan untuk pergi bersendirian dan meminta Ibunya merahsiakan pemergian dia.

“ Mami ni yang terbaik Akim boleh berikan kepada Lea iaitu berikan kebebasan yang dia inginkan, biarlah kami berpisah seketika Maybe …this is the best for us right now!.” Hakim cuba memujuk Ibunya dari menghalang apa yang dia ingin lakukan.
“ Mami harap Akim tak buat keputusan yang salah dan mami dan daddy akan doakan Akim selamat pergi dan selamat kembali ke sini, Please take care yourself”, “Baik Mami, Akim akan pastikan bila berkesempatan akim akan hubungi mami… Please take care of Lea and Hotel while I’m gone and please rahsiakan dari semua orang kemana akim pergi ye even to nenek and specially Lea”, “ I will sayang..” Hakim memeluk ibunya dan mencium dahi ibunya sebelum berangkat.

Novel : Pewaris Bab3




“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 3 – Saranghae..? Cepatnya..

“Ibu perlu ke kita teruskan perkara ni macam dah semakin merumitkan”, terdapat keresahan terlahir dari kata-kata Puan Marlia Ibu kepada Aina Fathiyyah.

“Lia jangan masuk campur biarkan ini keputusan yang dia sendiri pilih, ibu tak pernah paksa pun” Puan Mariam mula meninggikan suara kerana merasakan tindakan dia dipertikaikan. 

Kehadiran Azalea telah menyebabkan suasana bilik pejabat Puan Mariam menjadi sunyi sepi , Puan Marlia mengundurkan diri untuk tidak mengganggu urusan dua beranak tersebut. “Ada apa Zall”, “Hmm zall tidak menganggu urusan nenek dengan ibu kan”,Puan Mariam hanya mendiamkan diri .“hmm macam ni Zall ada idea bagaimana kita boleh selamatkan Hotel kita tanpa perlukan Kontrak dari Syarikat Perdana Enterprise”.
“ Nenek setuju dengan cadangan kamu, proceed dan nenek luluskan. Kalau ini berjaya nenek akan pastikan kamu kekal dalam pengurusan hotel ini”, terus Puan Mariam berlalu pergi dengan hati yang senang. Azalea tampak runsing setelah mengingatkan kembali apa yang dikatakan nenek, 

“Ehm, tak pe Zall you do your best and after tia came back you will go from here just forget what nenek said”, pujuk hati Azalea.

“Apa yang awak cakap sensorang ni, macam mana keputusan nenek”, Kemunculan 
Hakim Faiz telah mematikan lamunan Azalea yang sedari tadi cuba memujuk hatinya untuk melakukan semua ini, 

sementara Hakim Faiz bertanya Azalea sempat berfikir , “Setelah kepulangan Aina Aku harus meninggalkan abang Akim walaupun dia ialah lelaki yang amat aku cintai apa terjadi walaupun tia berjaya atau tidak”, Hati Azalea sedih dan Pilu tetapi bibirnya mengukirkan senyuman untuk Hakim Faiz supaya ia hanya menjadi rahsia hatinya.

--------------

“Aina shii you want I bring you a tour…at here”, terpinga seketika Aina apabila Ji Soo masuk saat dia sedang sibuk mengemas setelah mengambil seluruh barang dari rumah sewanya. “ Ye, why not Ji Soo Shii”, Aina gembira tatkala mendapat ajakan dari Ji Soo

Ji Soo membawa Aina pusing seluruh Guesthouse dan menerangkan tugas yang harus Aina lakukan, Aina terpegun dan kagum dengan Guesthouse tersebut dimana ia sangat Muslim Friendly.Ada barangan dapur yang khas untuk kegunaan Muslim,  Bilik Sembahyang bahkan setiap bilik ada menunjukkan arah kiblat. Ji Soo memperkenalkan Aina pada 4 orang lagi pekerja disitu Andy dan Misty mengambil alih tugas mengemas setiap bilik, Allen pula memastikan kebersihan setiap tempat terjaga dan mencapai standard yang ditetapkan, Ji soo dan Hye na pula sebagai penyambut tetamu dan mereka semua berkebolehan dan juga ‘efficient’ dalam setiap tugas mereka.

“Oh let me tell you there Mike and he only work at night so when he came I will introduce you to him”, Aina telah menjadi pendengar yang setia sepanjang Ji Soo menerangkan semua itu dan dia sangat tertarik dengan Guesthouse dan pengurusannya.

Sudah seminggu Aina memulakan kerjanya di Guesthouse tersebut dan tidak pernah dia merasakan segembira ini melakukan kerja walaupun selama ini dia memegang jawatan yang penting di hotel keluarganya. “mungkin ini bezanya melakukan kerja tanpa paksa dengan kerja yang dipaksa” hati Aina terdetik tatkala dia memandang Waiz yang sedang leka bersembang dengan pelancong yang baru datang dari Indonesia.

Ji Soo yang menangkap renungan Aina menarik minatnya, “Aina Shi..yaa Aina shii ..nae saranghaneun chingu ya.. naneun sarang eppajyeoss eoyo”. Aina terkejut tatkala dikejutkan dengan goncangan lembut dibahu oleh Ji Soo , “ I am sorry , what are you saying”, Ji soo memohon maaf apabila Aina terpinga dengan apa yang dicakapkan seketika tadi .

 “Mianhae Chingu.. I am sorry I mean you are in love with Waiz am I right”, Aina terkejut tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Ji Soo dan kelam kabut mengambil air dan minum. “ Aina ..am I right you fall in love with waiz shii..” Aina tersemburkan air yang sedang diteguk olehnya

“Anyi…why are you saying that”, Aina mengelap mukanya yang terkena semburan air tadi dan berpura- pura sibuk dan Ji Soo hanya memberi jelingan tajam dari belakang dan tersenyum kerana sudah menangkap makna reaksi yang ditunjuk oleh Aina bila dia mengatakan tidak .

 Ji Soo berlalu pergi dengan senyuman sampai ke telinga . Aina melepaskan rasa lega bila Ji Soo hanya pergi tanpa mengatakan apa-apa.

“Waiz there something I want to tell you”, Ji Soo sahaja meninggikan sedikit suara supaya Aina dengar dan Kelam kelibut Aina berlari apabila dapat tahu yang Ji Soo hendak ceritakan pada waiz dan menekup mulut Ji Soo bila dia mula bercakap.

“Ji Soo shii… Gumawo Chingu ya” Secara tiba-tiba waiz mengucapkan terima kasih dan menarik tangan Aina dan bawa dia ke atas bumbung dan memandang Aina dengan renungan yang sama semasa Aina mula jumpa dan jatuh cinta.

“Aina.. Saya sukakan awak dan saya nak awak jadi kekasih saya.. Saranghae” ucap Waiz sambil melutut dihadapan Aina. Aina terkejut dan menekup mulutnya kerana terkejut dengan ungkapan cinta yang baginya terlalu cepat untuk diungkapkan keluar dari mulut Waiz.

 “ Awak kenapa..awak bangunlah jangan buat macam ni” sambil memegang bahu waiz dan memaksa waiz bangun. Apabila Waiz bangun dia terus  memegang tangan Aina,
 “ Saya tak pasti samada apa yang saya rasakan ini adalah cinta atau tarikan semata mata dan saya juga tidak pasti samada rasa ini akan berkekalan tetapi buat masa ni apa yang saya tahu hati saya berdebar tatkala saya memandang  awak” tanpa kata apa-apa bibir waiz dan Aina semakin hampir bertaut dan sesaat itu juga satu penampar hinggap dimuka Waiz.

Novel : Pewaris Bab2


Credit : Google

Jom kita layan Bab ke 2 Haha  Maaf lambat sikit tak de idea nak menulis ni haha


“PEWARIS”
-FASHAM -

Bab 2 – Adakah ini takdir?

“Mak cik asal ko termenung lagi”, “ hmm tak ada apa imah Cuma terfikir kalaulah saya dapat buka café macam ni kan best”, “ Ha jangan nak berangan lah duduk kat seoul ni perlukan banyak duit lagi- lagi kita bukan rakyat sini bukan senang nak buka kedai lagipun saya nak balik Malaysia dah 2 minggu lagi” suasana menjadi sunyi sepi selepas azimah menyatakan hasrat dia. Kedai yang ditenung semenjak tadi dialihkan ke Azimah.
“Awak nak balik Malaysia , habis saya macam mana,study awak macam mana, kerja awak macam mana”, kelam kabut Aina saat mendengar kata kata Azimah.
“Relaks lah awak,saya balik seminggu je ada hal kat kampung, lagipun nanti saya datang balik untuk convocation saya lepas itu baru saya balik for good”, “Awak dah habis study ke, kenapa saya tak tahu..hmm walau apa pun saya ucapkan tahniah dan saya terima kasih sangat kat awak kalau tak sebab awak yang tolong saya dulu macam manalah saya sekarang”, Aina bernada kecewa walau apa pun Azimah lah tempat dia mengadu tempat dia berteduh dan sebagainya. Azimah menerangkan kedudukan sebenar yang dia sudah mendapatkan pekerjaan di Malaysia dan lagipun dia telah tamatkan pengajian dia 2 bulan yang lepas Cuma menantikan kerja sahaja baru dia pulang.
----------
2 minggu telah berlalu Azimah sudah kembali ke Malaysia selepas Majlis konvokesyen dia. Kini tinggal Aina Fathiyyah beseorangan di rumah sewa itu dan dia telah diberhentikan kerja kerana selalu terlewat. “Ya Allah masih ada 4 bulan lagi macam mana nak survive ni”, bentak hati Aina, lalu dia membuat keputusan untuk mencari pekerjaan yang lain, Semasa berjalan di Hongdae Aina ternampak risalah untuk jawatan kosong di GuestHouse yang bernama Rainbow GuestHouse “hmm boleh lah cuba nasib”, gumam Aina. “Annyeonghaseyo , is that the position still available”, penat Aina memikirkan ayat dalam bahasa korea yang sesuai kerana bahasa korea ada banyak terma yang perlu diperhatikan semasa bercakap jadi dia mengambil keputusan untuk berbahasa Inggeris sahaja. “Ye, wait I will call my manager”, “ Ye, Kamsahamida”.
Selepas seketika Aina dipanggil masuk ke bilik Pengurus GuestHouse tersebut . “Annyeonghaseyo, nae ileum-eun aina Fathiyyah ibnida”, Aina Fathiyyah mengenalkan diri dalam bahasa Korea. “ Yes , you may sit down”, Alangkah terkejutnya Aina yang lelaki dihadapannya adalah lelaki yang sama dia pernah terjumpa beberapa minggu yang lalu , dia memperkenalkan dirinya Waiz Akmal, Ye.. dialah lelaki yang berjaya membuat hati Aina cair dengan tenungan sahaja.
“Eh…awak, apa yang awak buat disini” , terpinga pinga dia dibuatnya. “ Saya kerja disinilah” setelah sesi kejut mengejut dilakukan dia memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus di GuestHouse tersebut  “ Hai , nama saya waiz”.
Aina menjadi cemerkap secara tiba tiba disebabkan apa yang baru berlaku, semasa sesi temuduga dilakukan pun Aina agak gementar untuk menjawab, manakala waiz hanya menanyakan soalan sambil sekali sekala mencuri pandang kearah Aina kerana dia rasakan gadis dihadapannya ini seorang yang mempunyai personaliti menarik.
Dah kenapalah mamat ni dari tadi asyik tanya soalan pelik pelik je ni bila nak habis ni okey fine kau memang kacak Okay fine,
Oh my I’m so melting.
Waiz membuat keputusan untuk menerima Aina, dia bangun dan hulurkan tangan    
“ Welcome Aboard”, Aina terpinga pinga dan dia mula faham yang dia dah dapat job tu dan menyambut salam Waiz dengan meloncat loncat 
“ Are you really…thank you so much..Kamsahamidaa..”
Aina gembira sangat sampai hampir nak peluk waiz .
hai kalau kau perempuan lama dah aku peluk , desis hati Aina
Waiz nampak Aina terlalu gembira dan bertanya"Are you really that happy" 
Aina mengangguk sambil tersenyum
"By the way Aina..saya panggil awak aina ye ". teragak agak dia bertanya .
--------
“Puan Mariam, bukan kami tak nak teruskan Cuma kami mahukan cucu puan yang uruskan kami dah deal dengan dia”. Pengurus dari syarikat Perdana Enterprise bersuara, kebimbangan Puan Mariam telah terjawab, setelah hampir 2 jam mereka berbahas akhirnya mereka telah capai kata sepakat . Puan Mariam akan ikut apa sahaja yang telah cucu dia setuju sewaktu perbincangan mereka melalui kontrak yang telah disediakan.
“Zall uruskan semua..”, “Baik Nenek”. Berat kaki Azalea melangkah pergi dari bilik Puan Mariam dia sedar ini semua kesilapan yang dia buat.
“Nek perlu ke kita setuju..entah ye entahkan tidak je Tia yang setuju semua tu sebabnya Tia never signed the agreement and Tia never mention about it to us, something fishy going on here Nek.” Puan Mariam hanya senyap dan terus berfikir.
--------
“ Aina kenalkan ini Ji soo dan dia akan jadi roommate awak and do not to worry she can speak English” , mereka bersalaman dan  “ Hai my name Aina fathiyyah you can call me ..” ,  “ Aina shii..can I call u Aina shii”, mereka berdua tergelak saat Ji soo memeluk Aina tanda persahabatan mereka mula terjalin dan Waiz hanya terpinga – pinga melihat tindak tanduk mereka berdua.

“ Aina this is our room and if you want to pray we had a room special for muslim to pray at our top roof and also laundry” , Aina hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh Ji Soo. Mungkin sebab pengurus dia melayu kut sampai Guesthouse ni ada Bilik Solat, Fikir aina sambil tersengih bila memikirkan Waiz yang baru dikenalinya. 

Hakmilik : Blog Lollista - Fasham

Novel : Pewaris Bab1



Credit to Google


Menulis mengikut Mood walaupun bahasa agak ke Laut dan penceritaan agak lemah Kita layan je okey 

“PEWARIS”

-FASHAM -


Bab 1 – Keputusan yang dikesalkan
“Latte 6000 won, gamsahabnida tto oseyo” Lembut dan bersopan santun tutur bicara diatur. “apa yang kau dah buat ni Aina Fathiyyah ” desis Aina dalam hati kalau tak kerana dia terima pertaruhan yang dibuat dengan neneknya sebulan yang lalu tak mungkin dia anak kepada taikun perhotelan yang Berjaya di Malaysia nak jejakkan kaki ke kedai kopi macam ni di Seoul,South Korea siap kena mengemop lantai dan buat kerja berat.
Terduduk seketika sambil mengimbas kembali kejadian sebulan yang lalu.
---------------
“Nenek sayang si Zall lebih  dari Tia, sampai hati nenek kahwinkan Azalea dengan Abang Akim, tolonglah nenek Tia sayangkan abang akim, Tia sanggup buat apa sahaja.”, marah benar dia waktu itu sampai dia tidak sedar yang dia dah bersikap biadap dengan neneknya sendiri.Puan Mariam tidak menyangkal agak melebihkan Azalea ini kerana disebabkan kecuaian Ibu dan Bapa Aina Fathiyyah semasa memandu yang menyebabkan kematian Keluarga Azalea, Ibu dan Bapa Azalea telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital manakala Abang Azalea telah hangus terbakar dalam kemalangan tersebut. “Baiklah nenek akan tangguhkan dulu, tapi dengan satu syarat, nenek cabar tia hidup tanpa menggunakan duit nenek selama 6 bulan if you can do it , then I will let you married to Akim”, Azalea dan seluruh keluarga terkejut dengan kata kata yang tak pernah dibayang akan keluar dari mulut neneknya.
 “ I am telling you right now Zall, if i can win this battle, I want you give me back abang akim to me, Baiklah Tia terima cabaran nenek” dengan tersekat sekat nada Aina dan kemudian bertukar menjadi bersemangat.
 “aku yang mulakan kenapalah mulut aku gatal sangat”, marah Aina pada dirinya sambil kedua dua tangannya menggenggam rambut dikepalanya sampai terasa kesakitan.  Semua sebab ego,  nenek lagi sayang pada azalea dia rasa tercabar dia tidak suka pun pada Hakim dia cuma ingin merampas apa sahaja yang menjadi hak azalea. Sudah lumrah begitu semenjak kecil .
“Tapi…” tetiba nenek bersuara, “Jika tia gagal dan balik kerumah lebih awal, tia  harus terima apa sahaja permintaan nenek, Faham”. Sambil melabuhkan diri ke Sofa yang dikhaskan untuk Puan Mariam.
Hati risau jika gagal apa hukuman bakal diterima tapi ego telah mengalahkan semua dengan mengatakan.“Okay Fine…”, Kata kata yang tidak seharus aku lafazkan. Kerana kata kata itulah aku terperangkap kat bumi seoul ni.
-----------------------------------------
“Eh sedapnye ko duduk rehat kan pergi angkat guni kat belakang tu” arah Azimah  sambil mencekak pinggang dan menjuihkan mulutnya kearah pintu belakang.
“ye lah mak cik” malas malas Aina berjalan kearah pintu belakang. Sakit hati pun tak guna kerana dia selalu berpegang pada kata kata neneknya “ Pemimpin yang hebat ialah seorang yang boleh memimpin dan boleh dipimpin” jadi dia tidak pernah bongkak dengan jawatan yang dia ada dan selalu disenangi oleh orang bawahannya
Azimah pelajar Malaysia yang dah 6 tahun belajar di bumi seoul ni. Hati dia terdetik untuk bertanya dah 6 tahun tak kan tak habis belajar lagi kut, dengan cepat otak memintas supaya jangan mempeduli hal orang lain. Sekurangnya ada geng nak cakap melayu kat sini dan disebabkan dialah Aina boleh dapat kerja di Sarang Café ni dan boleh menjalani kehidupan di seoul yang mempunyai Kos taraf hidup yang tinggi.
“Mak cik ada orang kat kaunter cepat sikit” sedikit tinggi intonasi azimah sambil sibuk mengemop lantai.
Ah sudah dia ni kalau tak menjerit tak boleh ke runsing betul, berkumat kamit mulu Aina. “Annyeonghaseyo , May I take your order”, Sekali bila pandang ke kaunter dengan mata sedikit kuyu sebab tidak cukup tidur menjadi segar bugar apabila terpandang seorang lelaki berkot hitam bermafela ditengkuk yang cukup menarik perhatian Aina memang sesuai dirinya yang berkulit putih , hidung mancung , tinggi , rambut pula diwarnakan warna hitam shining maroon ala serba serbi cukuplah nak kata ala KPOP star.
“ Awak ni Melayu” secara tiba tiba dia bersuara,
“Eh melayu juga ke??”, terkejut tatkala dia boleh berbahasa melayu. “Ya, saya melayu tapi dah lama bermastautin di south korea” oh mamat ni dah migrate ke sini.
“Ye nak order apa”, “Bagi saya Caramel Machhiato satu”.
Hati Aina Fathiyyah jadi berdebar tatkala rasa diri dia diperhatikan sepanjang dia menyiapkan order.
“Semuanya 5000 Won” , “Ok terima kasih” dia pergi , secara tiba tiba Azimah sergah Aina dari belakang “Arghh..Ko ni dah kenapa lama ko tenung pintu tu”

-------------
Situasi di Hotel Mariam milik legasi Puan Mariam agak kecoh disebabkan tindakan Aina Fathiyyah menerima cabaran Puan Mariam, Aina Fathiyyah yang menguruskan pentadbiran hotel itu, disebabkan tindakan dia telah menyebabkan banyak kerja tertangguh, projek yang diambil telah terbatal disebabkan Pembekal dan Penganjur hanya mahu Aina fathiyyah yang menguruskan dan segala menjadi kucar kacir dan Azalea yang mengambil alih tunjang utama pimpinan perhotelan itu juga tidak mampu menguruskannya. Puan Mariam mengaku Aina fathiyyah telah melakukan kerja di hotel tersebut dengan baik, jadi Puan Mariam sendiri turun padang untuk menguruskan Hotel Mariam tersebut setelah 4 tahun dia melepaskan tampuk pimpinan hotel tersebut kepada Aina Fathiyyah dan Hakim Faiz.
“ Nenek, Zall dah cuba sehabis baik nek pelanggan masih mahukan Tia, tiada peluang untuk Zall mencuba langsung”, Utara Azalea sambil mengeluh dia telah muncuba yabg terbaik dalam tempoh sebulan dia mengambil alih.
Azalea merupakan Pemegang Degree dalam Jurusan Medical Elektronik dari Universiti Kuala Lumpur memang dia pernah pelajar pengurusan tetapi untuk menguruskan Hotel perlukan pengalaman yang amat banyak.
“ No it’s okay Zall , nenek faham Tia pun perlukan setahun untuk memahirkan diri baru nenek berani lepaskan pada dia untuk uruskan legasi keluarga kita”, berusaha Puan Mariam menenangkan cucu dia yang kelihatan tidak keruan kerana Azalea tidak pernah masuk campur dalam urusan hotel ini.
“Akim please help me to contact all the supplier biar nenek uruskan “.” Yes Ma’am”, Ringkas dan padat Hakim membalas.
Setelah Puan Mariam beredar dari bilik tersebut Azalea mula menyalahkan diri sendiri atas semua yang berlaku

“Ini semua salah Zall kenapalah Zall boleh terima pinangan abang, Sepatutnya zall dah tahu Tia sukakan abang, Maafkan Zall”, Intonasi suara Azalea mula bergetar, “Zall don’t be like this you know that we never meant to hurt her, I never know that Tia like me and is different between like and love” , “ No you don’t understand Tia is hard to be pleased , is hard enough for zall nak rapat dengan dia now jadi macam ni , macam mana zall nak berbaik dengan dia, you know that I sayang dia lebih dari nyawa I sendiri, abang tak akan faham apa yang Zall rasa sekarang”, hati Hakim berbelah bagi setelah mendengar apa yang diucap kekasih hatinya itu selama 8 tahun mereka bersama langsung dia tidak pernah menyangka bahawa Tia menyukai dirinya kerana selama ini dia melayan Tia macam adik sendiri.

Hakmilik : Blog Lollista - Fasham