Novel : Pewaris Bab9



Credit : Google

“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 9 – Ia sentiasa gelap sebelum subuh

Azalea tersedar. Ternampak Hakim yang tertidur dengan meletakkan kepalanya dikatil, hatinya sayu. Tangannya cuba digerak untuk menyentuh kepala Hakim.

“Lea..awak dah sedar!!doktor..doktor” Hakim tersedar dan kelam kabut memanggil doktor. Azalea menggapai tangan Hakim. Suasana menjadi sunyi mata mereka bertatapan.

Selepas Doktor pergi, Azalea gagahkan diri untuk bersuara tapi dia masih lemah. 
“Awak. dah sebulan awak koma. Awak tahu tak awak dah buat saya risau” Hakim bernada kerisauan.
Azalea membisu, hanya air mata yang mampu mengalir untuk menyatakan betapa bersyukurnya dia terselamat dari kemalangan tersebut.

“Ne..nenek??” , Azalea cuba menanyakan Datuk Mariam.

“Nenek dalam perjalanan ke sini …nenek kepenatan saya suruh nenek balik semalam” Hakim bernada lembut cuba menenangkan Azalea yang mencari neneknya.
“ Zall..cucu nenek kamu dah sedar” Datuk Mariam yang baru tiba telah memeluk cucunya dan menitiskan air mata kegembiraan.

“ Tia..nenek Tia tu” Azalea ternampak kelibat Aina di sebalik pintu bilik hospital.

“Tia..??” masing- masing kebingungan dengan Azalea.

“Sayang Tia kan masih di Korea. Masih tak cukup 6 bulan lagi” Hakim cuba menenangkan Azalea
“ Ye Zall.. kalau Tia dah balik awal tentu nenek dah kahwinkan dia dengan pilihan nenek” Datuk Mariam pula menambah.

“tak nek.Zall memang pasti Zall nampak Tia tadi”. Azalea masih menegaskan pendiriannya. Setelah puas dipujuk Hakim dan Datuk Mariam akhirnya Azalea kembali tenang dan tidur.
***
“Awak dah.dah lah tu termenungnya” Fayyadh Iman menegur Aina yang termenung menjauh. “ dah sebulan awak balik Malaysia awak tak nak ke balik jumpa family awak. Tak kan nak tengok dari jauh je”. Fayyadh menambahkan.
“ Bukan saya tak nak balik Iman. Saya masih tak jumpa Waiz selagi saya tak jumpa dia tak mungkin saya akan balik saya nak bawa dia balik bersama saya” Aina menegaskan pendiriannya.
“Awak betul sayangkan dia kan tu sebabnya awak tak hantar saya kat Airport haritukan” Iman cuba mendapatkan penjelasan, “ by the way jom makan laparlah..awak saya L.A.P.A.R lapar” Iman cuba mengubah topik perbualan dengan melawak bila mendapati Aina diam seribu bahasa terhadap semua persoalan darinya.

***

“Aina..ko dah fikir habis-habis ke keputusan kau ni” , Azimah cuba mendapatkan kepastian.
“dah and I made up my mind”, Aina cuba meyakinkan dirinya. “ Aku bukan apa ko tahu kan aku tak kisah ko nak duduk rumah aku berapa lama pun tapi tulah sampai bila ko nak sembunyi kat sini tak nak jumpa nenek ko”.

“Imah bukan aku tak nak balik lagipun ko tahukan nenek aku macam mana ko dah keje dengan nenek aku dah hampir 4 bulan”, Aina masih mencari ruang untuk membuat alasan.

“Ye aku tahu, tapi ko tak kesiankan Datuk ke. Ko tahu kan yang Cik Azalea koma sebulan. Datuk kena ambil alih pengurusan semula kesian dia” Azimah masih mempertahankan Datuk Mariam. Suasana menjadi sunyi sepi, Aina hanya membatukan diri untuk mengelakkan dari perbincangan dengan Azimah menjadi panjang berjela. 

“Ikut ko lah Aina” Azimah akhirnye menyerah dengan kebisuan Aina.

****

“Perlu ke semua ni nenek”, terliur Azalea melihat meja yang penuh dengan makanan.
“ Zall, kamu dah seminggu keluar Hospital tapi baru sekarang nenek dapat buat Doa selamat”, Datuk Mariam bernada kesal. “It’s ok nek”.

“Maaf Setiausaha Datuk ada diluar nak jumpa”, “ Mak Nah tolong suruh dia tunggu sekejap”, riak wajah Datuk Mariam berubah bila mendapat perkhabaran dari Mak Nah.

“Azimah macam mana”, Datuk Mariam muncul dengan berwajah kerisauan. “Datuk saya dah cuba pujuk Cik Aina supaya kembali ke rumah tetapi dia masih berkeras untuk mencari Encik Waiz baru dia balik” Azimah berwajah kerisauan, risau berita yang dibawa tidak disukai Datuk Mariam.

“Hmm. Macam mana. dah dapat cari orang yang bernama Waiz tu”, Datuk Mariam beriak wajah kesal tetapi cuba mengawal nada suara supaya tidak didengari oleh orang lain.

“Tak. Datuk. Orang saya dah puas cari saya tak rasa Encik Waiz ada di Malaysia tetapi Cik Aina masih bertegas yang dia berada di Malaysia”, Azimah menerangkan dalam keadaan lega sebab Datuk Mariam menerima berita tersebut dalam keadaan tenang.

“Tak apa. Kamu teruskan usaha. saya nak dia kembali sebelum raya” Sebelum sempat Datuk Mariam dan Azimah menghabiskan perbualan mereka Azalea datang memanggil.

Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

rajinnya buat novel...msti best...

Balas
avatar

as salam. nanti terbitkan novel ya, dik? tahniah! abe kie dtg singgah n follow..no 314.

Balas
avatar

tak adalah suka2x je ni hehe

Balas
avatar

http://leestrawberry.blogspot.com/2014/09/liebster-award4-by-kak-yana.html jemput dtg...anda di tag..

Balas
avatar

Salam kenal, saya singgah sini dan follow #315.
Jemput ke blog saya juga.

www.norazua10.blogspot.com

Balas
avatar

salam... nice novel. Sebenarnya saya nak bgtau awak..saya nak nominate nama awak dalam liebstar award. nanti click sini ya..

http://scrapbookyong.blogspot.com/2014/09/bertuahnya-seorang-muslimah.html?showComment=1410941943048#c1694167490762042870

Balas
avatar

Terima kasih datang berkunjung silakan baca ^_^

Balas

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^