JJCM IPOH : Restoran New Hollywood



Salam Readers...
Annyeong Haseyo...



Kali ni nak cerita pasal Restoran New Hollywood .
Sabtu yang lepas hantar mak pergi kursus Umrah kat Ipoh.
lepastu tak tahu nak buat apa . tengok jam baru pukul 8.30pagi.
tetiba dapat panggilan dari kawan lama dia cakap nak ajak breakfast dekat 
Restoran New Hollywood . Sekali sampai Penuh wei..
nak tunggu meja kosong dekat 10minit baru merasa duduk



Pertama kali datang sini..amazed jugalah sebab ada 
peniaga Melayu..cina dan
customer pun berbilang bangsan Melayu , cina dan india .
pelancong pun ramai rare gila.

tak tahu apa yang popular serah sepenuhnya pada kawan pilih apa yang popular dan sedap.

sementara tu perhati juga gerai yang paling popular ialah 
gerai Chee Cheong Fun wah sampai tak menang tangan tokey dia masak 





so dari tadi perhatikan makanan orang tak pasal-pasal dengar satu suara
yang kawan kita cakap suara hasutan so abaikan 

Gadis A: Hee lonelynya dia makan sesorang 

Gadis B : Haar dah lah sorang bangun jelah orang lain nak duduk juga

haha dalam hati dah mendidih ni tapi tetiba my knight of shining armor datang 

haha thanks babe nasib ko cepat kalau tak dah kena dah budak pompuan belakang ni 

terus tak dengar dah suara-suara sumbang tu dan kami makan dengan aman ...

Roti Telur goyang omak aii terangkat kenyang habaq hang

Yang char kuey tiaw ni tak tahu sedap ke tak sebab ni kawan punya  tapi dia kata bolehlah haha

Kopi Ais dia boleh tahan kaw kopi dia sedap tak manis lebih rasa pada kopi ..

Ingat lepas makan Roti telur goyang nak makan chee cheong fun tapi tak jadi sebab serius perut jadi kenyang dengan hanya roti telur goyang dengan kopi ais ..

From My Instagram ^_^
Okey untuk yang ingin mencuba meh kita kasi direction

Waze : Restaurant New Hollywood
Alamat : 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Google maps ke sana
okeylah..tatatititutu see you kat post seterusnya ^_^

Homestay 360 Universiti Serdang South


Salam Reader...
Annyeong Haseyo...


Kisah ni berlaku dalam satu minggu yang lalu ...akibat kekangan masa sebab dipanggil interview di dua Company yang berdekatan, langsung tak sempat nak survey motel bajet untuk tidur. Almaklum hari ni Company A hari esok Company B , so tak kan nak balik kut Sg Long ngan Bangi kut ...so settle interview Sg Long redah je pergi kajang nak cari Motel tapi tak ada satu pun tempat yang kena dengan keadaan ada motel murah tapi parking pula tak selamat Parking di kawasan lain motel kawasan lain pulak tu ditingkat 3 motelnya .. so dengan hati yang tabah Call semua kawan yang masih ingat perah stay area tu semua kasi cadangan Seri kembangan sebab dekat dengan bangi...tapi nasib baik sangat one of my friend Eazza cakap kawan mak dia ada homestay area Serdang south dan sgt dekat nak ke Company B then sementara tunggu jawapan kawan Mak Eazza kami pun apa lagi redah ke Kelana Jaya ...pergi cari makan ..dengan lapar semua lengkap lah ...

tepat pkl 3.30 kami Check In Homestay 360 Universiti 

Well jangan jealous saya dapat stay kat sini dengan Harga pembukaan kami orang pertama sewa Homestay ni dapat Harga RM50 well kami berpuas hati lah siap guna facilities kat 360 mandi kolam ..sauna.. Haha macam lari pulak tujuan nak ke situ .


Safety kat sini sangat ketat even dapat lepas guard kat depan pintu pun masuk lif pun lif tak kan bergerak ke mana sebab korang kena ada Access Card untuk pergi level korang stay.


Well seriously sangat berpuas hati dengan sistem disini ..Safety terjaga , facilites terbaik..Homestay ni macam Studio dia tak ada bilik..hanya ada ruang tamu sahaja A studio house style.




View dari Bilik - Jerebu telah memalapkan pemandangan

View dari bilik - Tengok haiyaa tak nampak sangat

View ke bilik air

View Pintu Masuk - Masih dalam renovate untuk dapur

View level tempat kami stay
View salah satu facilities di 360 Universiti




View Parking for Visitor


Bagi sesiapa nak sewa Homestay 360 universiti ni area Serdang South berdekatan sangat dengan UPM ..senang je bukak waze then search 360universiti memang jumpa dont worry .


sampai disini sahaja ..nanti ada masa kita sambung lagi untuk entry yang lain pula ^_^



Jalan-jalan Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum semua. Sihat ke? Sebelum tu ada pemberitahuan la sikit yang blog Lollista.blogspot.com telah pun bertukar nama ke kimchidanramyun.blogspot.com.

Kali ini aku nak ceritalah pulak pengembaraan three stooges kami  ini. Kali ini trip 3 hari 2 malam bersama Ana dan Tiha (pemilik blog) ini. Ala bukan trip apa pun sebenarnya , trip ke rumah member sesama BMI kahwin. Itu pun last minit punya rancangan. Tapi ok la sebab aku pun jarang pergi jalan-jalan kat area Pantai Timur. Kali terakhir aku pergi waktu 2 tahun lepas waktu kerja kat Sime Darby. Nak lagi lama aku pergi aku rasa waktu kecik-kecik dulu.hahahahah.

Hari Jumaat tanggal 18/9/2015 bermulalah perjalanan aku menuju ke KL Sentral sebab aku dengan Tiha bercadang untuk berkumpul di KL Sentral dulu sebelum menuju ke Batu Tiga untuk berjumpa Ana. Tepat pukul 12 tengah hari aku dan Fatiha pun menuju ke Batu Tiga menaiki KTM Komuter.


 Muka kelaparan masing-masing tengah tunggu train.

Lepas semua dah berkumpul moh la kita weh bergerak ke Kuantan Pahang. Perjalanan ke Pahang dari KL lebih kurang 4 jam. Waktu perjalanan tu kami harap dapat la sampai sebelum pukul 8.30pm sebab kami nak pergi ke rumah pengantin untuk upacara akad nikah.





Lebih kurang pukul 7.30pm, kami pun tiba di Kuantan. Mata pun mulalah melilau nak cari  hotel bajet tapi cantik. Tak nak lah tidur hotel yang jauh dari bandar kan. Tetiba kami ternampaklah satu hotel ni.Keduduakn memang startegik la aku cakap. Dari luar memang not bad. Nama hotel tu V hotel. Landmark hotel ni senang je nak cari sebab betul-betul depan Balai Polis. Hotel ni terletak bahagian bucu kedai. Memang nampak la tulisan V Hotel besar-besar tu. Harga hotel ni not bad. Kami ambil yang triple room. Harga dalam RM 122 without breakfast. Kami ambil room yang without breakfast sebab kami nak makan kat area Kuantan ni. Nak makan nasi kerabu pagi-pagi.Nak info lebih lanjut boleh tengok di website www.thevhotel.com.my


  The V hotel. Pic Credit to website V hotel.

Dah siap semua kami menuju la ke rumah pengantin. Balik je dari rumah pengantin, kami pun terus menuju ke Teluk Cempedak. Serius ramainya orang. Ye la malam minggu katakan.Nak balik je dari Teluk Cempedak, ada road block pulak. polis tu siap minta lesen bagai. Mungkin muka driver kami terlampau jambu sangat sampai polis kawan kami memandu tanpa lesen. Alhamduliilah kami tak ditahan.

 Pergi Teluk Cempedak berbaju kurung tu.Dah penat tapi gagah jugak nak berjalan.

Esok paginya, sebelum ke rumah pengantin kami ke Pekan dulu sebab Tiha nak ke Pekan untuk mengimbas kenangan belajar di IKM Pekan. Sempat la breakfast dulu nasi lemak kat Pekan tu. Selepas tu kami pun pusing-pusing la bandar Pekan ,Pahang. Ini first time aku sampai di Pekan. Menarik. Selepas jalan-jalan Pekan kami pun ke rumah pengantin. Jimat makan tengah hari.Tadi  aku cerita kami bertiga je kan.Balik dari rumah pengantin kami tambah lagi seorang member kami yang dah seminggu duduk rumah pengantin.

Bergambar bersama pengantin.

Lepas rehat semua, petang tu kami gerak ke Kula cakes. Aku confirm korang pernah dengar tentang Kula cakes kan.Kula Cakes ni memang popular terutamanya Mango cheesecake cafe ni. Aku kurang sikit makan kek yang ada perasa buah-buahan ni. Jadi aku memilih kek Peanut butter. Bagi aku sedap sebab ni memang selera aku. Pavlova pun not bad ada Pavlova biasa dan pavlova Nutella. Dua-dua sedap. Kula cakes ni dibuka setiap hari kecuali Isnin. Nak tau waktu cafe ni buka boleh rujuk FB atau Instagram Kula cakes.



  Nampak sedap kan.

Pavlova ni sedap weh. Nora kasi 5 bintang.

Ni pun sedap jugak.



Malamnya pulak kami dinner di Ana Ikan bakar Petai di Tanjung Lumpur. Orang jangan cerita la memang ramai. Kami memilih untuk order ikan siakap masak 3 rasa dan sotong goreng tepung.Sebenarnya menu aku ni.Aku yang pilih diaorang ikut je. Nak tahu mana Ana ikan bakar petai ni korang boleh tengok FB Ana ikan bakar petai. hahahha.Lepas dah kenyang semua kami pun jalan-jalan di padang area masjid Kuantan tu kebetulan ada bazar sempena Aidiladha.

Masjid

Esoknya hari terakhir kami di Kuantan, sebelum pulang ke KL mestilah beli buah tangan sikit kan. Tapi sebelum beli keropok sebagai buah tangan kami isi perut dulu di satu restoran mak cik ni tepi jalan di Tg.Lumpur .Memang sedap dan berbaloi.Pagi-pagi dah makan nasi minyak dan nasi kerabu. Lepas makan kami pun ke satu pasar ni untuk membeli Keropok sira. Aku tak beli banyak pun. Aku cuma beli dalam 4 bungkus je. Sebelum nak hantar kawan kami ke airport kami sempat la singgah ke Esplanade dan Kula Cakes lagi makan kek untuk kali ke 2. Ana siap bungkus Mango cheesecake lagi untuk di bawa pulang ke KL. Jadi siapa nak bawak balik KL tu jangan risau.Kek anda boleh tahan elok sampai KL.

 Esplanade/ Benteng


Oklah, dah tak tahu nak tulis apa lagi.So, aku rasa percutian ni walaupun singkat tapi tetap seronok.