Jalan-jalan : Alive 3D Art Gallery, Port Dickson

Assalamualaikum.

Sekarang ni musim cuti sekolah, kepada parents yang tak tahu nak bawa anak jalan kemana-mana bolehlah ke Port Dickson. Banyak tarikan menarik yang terdapat di sini antaranya muzium tentera , muzium Lukut, rumah terbalik, Alive 3D art gallery dan lain-lain.

Sebut pasal 3D art gallery ni aku teringat dulu memang teruja la 3D ni..First time aku jumpa lukisan 3D ni dekat Seoul , trick eyes museum. Waktu tu bila tengok gambar rasa teruja pelik semua ada..Macam mana gambar boleh jadi macam ni, macam mana nak posing ni.hahahha.Tapi sekarang kat Malaysia pun dah ada. Contoh dekat Langkawi ada, dekat Port Dickson ada, dekat Ipoh ada, dekat Penang pun ada tau.

Pintu depan Alive 3D Art Gallery

Alive 3D Art Gallery ni terdiri daripada 3 buah kedai 3 tingkat semuanya. Ada dalam 50 buah lukisan. Jadi semput la korang nak mengambil gambar.hahahaha. Dalam ni juga ada kedai cenderahati dan kafe. 


Magic Room.

Dekat magic room ni boleh nampak besar kecik la..itu effect dia yang aku tahu. 


Madagascar in the house.

Kat sini kalau tak tahu nak posing boleh rujuk contoh gambar la.Kalau tak tahu nak snap gambar dari mana pun jangan risau sebab ada guide ' shooting point'.


Dinosaur pun ada.

 
Feeling2 Avatar.

Menara Pisa kan ni..Konpius sekejap.hahaha.


Aku bukan pervet ok.hahaha.


 Buffalo merempuh dinding.

Dekat sini ada lah bahagian-bahagian dia. ada satu bahagian tu pasal filem je. Ada Avatar, Kungfu Panda, Alice in wonderland, transformer dan lain-lain. Ada sesetengah bahagian tu ada gambar dalam laut je, ada gambar ikan dan sotong. Dan bahagian glow in the dark pun ada. Macam contoh kat bawah ni. Seeloknya gunakan flash la dalam kawasan glow in the dark ni.

 
Contoh gambar 3D glow in the dark. 

Oklah aku dah tunjuk sikit-sikit dalam 3D tu.Sebenarnya ada banyak gambar lagi. Bayaran masuk kat sini untuk pengguna mykad :

Dewasa: Rm 20
Kanak-kanak(bawah 12 tahun): Rm 15
Senior citizen: Rm 15
Kanak-kanak bawah 90cm: Free
Locker untuk letak kasut : Rm 2 (Satu locker boleh masuk banyak kasut selagi muat)

Lokasi Alive 3D Art Gallery:

No38-40, Jalan 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.

(Depan Giant Lukut.Sebelah Cat Cafe.)


Kira gambar-gambar 3D kat sini oklah, ada ciri-ciri kemelayuan tu berbanding trick eyes museum di Korea yang ada gambar tak sepatutnya. hahahhahaha.
 Pakaian tradisi.


Teh tarik satu!!

P/s: Lupa nak cakap.Gambar ni waktu aku pergi waktu mula-mula buka dulu. Tu sebab gambar ni semuanya berkasut. Tapi sekarang dah tak boleh pakai kasut.Kena berkaki ayam. So kasut letaklah dalam locker ok.Bayaran locker aku dah bagitau  kat atas.