Showing posts with label Busan Tower. Show all posts
Showing posts with label Busan Tower. Show all posts

Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 3



Hari ketiga kami di Busan,  untuk mengisi kekosongan masa sebelum kami bergerak ke Airport Busan untuk ke Jeju kami telah singgah ke Busan Tower untuk cuci-cuci mata.Ini kali kedua kami ke sini.Nak ke domestic Airport ni senang je samada naik train yang perlukan kami bertukar train banyak kali atau naik Bas Airport  dengan kadar yang lagi murah selesa dan sampai depan pintu Airport . Airport International Busan dan Airport Domestic Busan adaah bersebelahan jadi sama sahaja . Kami memilih untuk menaiki bas ini kerana luggaged kami yang berat sangat melambatkan perjalanan kami untuk menukar train. tapi satu sahaja kalau naik bas kena banyak bersabar sebab dia ada traffic light dan kemungkinan sesak . Alhamdulillah kami sampai ke Airport Domestic awal walaupun pada mulanya berlaku kekeliruan kerana waktu yang kami dapat di Hostel tidak sama dengan waktu yang berada di papan kenyataan tempat menunggu bas nasib kami menunggu dalam 10minit sahaja tapi dalam hati berdebar tuhan je tahu sepanjang perjalanan sebab kami dah terlewat dari waktu sepatutnya kami check in luggaged.

tepat pukul 4.50pm--- kami telah berlepas ke jeju dengan membawa sejuta harapan dan impian untuk melihat jeju dengan pandangan mat kami sendiri selama ini hanya melihat gambar kawan - kawan backpackers sahaja yang ada sekarang " Here I COme JEJU "

Bestnya naik Jeju air ni sebab dapat air oren free.


Sampai sahaja di Airport Jeju kami pun terus mencari-cari map yang perlu. Serius kami cakap, kami memang pergi Jeju ni tanpa direction. Memang tak prepare apa-apa dengan tanpa tour guide nya, tanpa map nya, yang ada hanyalah booking hostel je. Di Jeju, kami menginap di Lyndon Hostel and Guesthouse. Bestnya Lyndon Hostel ni sebab Muslim Friendly. Ada alatan memasak untuk Muslim. So kalau susah nak cari makan kat Jeju ni boleh masak je.


Direction to Lyndon Hostel and Guesthouse (By Bus):
- Ambil bas no 100. dekat gate no.2 di tingkat 1 Jeju airport.
-Turun di Tamnawelfare Centre.
Lyndon hostel ni terletak di 6th floor.


 Di Lyndon Hostel ni kami duduk dorm untuk 6 orang. Yang bestnya toilet kat dalam dorm jadi senang lah sikit. Selesa duduk Lyndon Hostel ni.Malam ni memang kami tak pergi mana jadi berehat je di hostel.

Pemandangan dari Lyndon Hostel.


Esok paginya awal-awal pagi lagi kami dah breakfast. Perangcangan hari ni kami bercadang untuk ke Teddy Bear Museum dan Jusangjeolli cliff dan Hello Kitty Museum.


Direction from Lyndon Hostel to Teddy Bear museum:
-Naik bas ke Jeju Intercity terminal.
-Di Jeju Intercity terminal naik bas ke Jeju Jungmun resort (no. bas tak ingat. Boleh tanya di information centre)

Di Jeju Jungmun resort ni terdapat banyak kawasan tourist attraction seperti Ripley believe it or not museum, Play kpop, Jusangjeolli cliff dan bermacam-macam lagi museum. So turun dekat sini dan boleh pergi muzium di kawasan sekitarnya.

Sebelum sampai ke kawasan di Jungmun resort tu, boleh juga singgah di Hello Kitty Museum. Tepi jalan je Hello Kitty Museum ni.

Hello Kitty Museum & cafe

Sepanjang jalan boleh nampak pemandangan macam ini.Banyak kereta berhenti untuk ambil gambar di sini.







Sebenarnya kami tak terfikir pun nak pergi Hello Kitty Museum ni. Tapi sebab tersalah turun dari bas. Pergi jugalah cuma tak masuk ke dalam je sebab nanti bajet lari. hehehe.Bila nak ambil bas dari Hello Kitty Museum tu agak susah jugak sebab bas jarang-jarang ada. Jadi kami pun mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Jungmun Resort. Perjalanan dari Jungmun Resort dariHello Kitty Museum tu tak jauh pun kalau naik teksi. Teksi tu betul-betul hantar kami di depan Teddy Bear Museum. Akhirnya sampai juga.


Nampak ni maknanya sampai dahlah Teddy Bear Museum tu.

Pintu masuk Teddy Bear Musem.
Antara yang dipamerkan di dalam Teddy Bear Museum.
Antara yang paling popular di Teddy Bear Museum tentulah Princess hour.

The Beatles pun ada

Kalau minat Kpop boleh pergi muzium sebelah ni. Sebelah Teddy Bear Museum.
Play Kpop.

Waktu kami lalu depan Play Kpop ni ada ramai budak sekolah nak masuk. Kami tak masuk pun dalam museum ni. Dengar cerita ada konsert hologram dalam ni . Ye ke?Ahh menyesal pulak rasa tak masuk. hahaha. Dah lalu depan ni kami pun ke muzium sebelah pulak. Ada lagi muzium kan. Cuba teka muzium apa???

Chocolate Museum. Jeju memang terkenal dengan chocolate.

Nak pergi museum lagi boleh pergi museum Ripley believe it or not.Depan je dengan teddy bear museum.

Dah penat dah tengok semua museum di sekeliling, kami pun menuju ke Jusangjeolli cliff. Walaupun dalam kawasan Jungmun resort, nak jalan kaki memang jauh jadi better naik teksi. Cakap je dekat ahjussi nak ke Jusangjeolli cliff.

Jusangjeolli cliff

Dekat kawasan Jusangjeolli cliff ni terdapat banyak gerai-gerai menjual cendera hati dan hallabong (limau jeju). Jadi kami pun beli la satu bakul kecil hallabong ni nak rasa.

Hallabong.Sedap.Manis-manis.

 Dah paus berjalan disini. Kami pun pulang ke Jeju city tempat kami tinggal. Sebelum tu kami singgah di Dongmun market.Macam-macam jual kat Dongmun market ni.

Kat sini banyak jual coklat.

Running man pernah datang kedai ni.Jangan tanya kedai apa.
Itinerary hari ketiga dan keempat di Jeju:
Busan Tower
Check in Lyndon Hostel and Guesthouse
Hello Kitty Museum
Teddy Bear Museum
Play Kpop Chocolate Museum
Jusangjeolli Cliff
Dongmun Market


Budget hari ketiga dan keempat di Jeju (per head) : 
Teddy Bear Museum 8 500 won
Jusangjeolli cliff 2 000 won
Hallabong 3500 won (shared)
Lyndon Hostel 57 000 won (3 nights)
Jeju air (Busan-Jeju) 21 000 won
* naik bas dan subway guna cashbee

Autumn to the Heart : Day 1(Busan Part 2) ~ Busan Tower, Biff and...



Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..

Yeayy Jom sambung cerita kekoreakekita Day 1 Part2
Busan Tower, Yongdungsan Park, Biff Square, Gukje Market,Jagalchi Market

boleh percaya tak yang kami ni jalan sahaja dah jumpa
semua tempat tu sangat menjimatkan duit cashbee yihaa ^_^

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
PREPARATION & ITINERARY & ARRIVAL & CASHBEE


Tapi apa pun kami harus ke Busan station untuk beli tiket KTX station untuk ke Seoul. Pada mulanya nak ke Seoul dengan KTX sebab nak sampai cepat kan dan balik dengan mugunghwa malam so sampai pagi tapi disebabkan kami tidak berani amik risiko ketinggalan flight jadi kami amik keputusan untuk balik dengan KTX juga dan bermalam semalaman lagi untuk tidak berisiko dan amik teksi pagi - pagi untuk ke Gimhae Airport yang tu nanti cerita. Sekarang kami pun ke Busan Station

http://lollista.blogspot.com/
Cari Exit 10 naik ke atas then mesti nampak Busan station untuk KTX dekat sangat.

Harga KTX return - 110,600 won (ni yang paling mahal antara semua)
Sebab kami beli On the Spot kalau sesiapa yang ada Credit Card 
boleh beli online saya dengar lagi murah ^_^

Busan station ni tak jauh pun cuma satu station sahaja dari tempat yang kami stay di Busan jadi memang tidak menjadi masalah. Selesai Sahaja beli tiket dan hati dah senang duit pengangkutan dan selesai dan boleh guna duit yg selebih untuk entrance, shopping, makan dan lain- lain.

Jadi Jom mulakan perjalanan kita yeayy. Kami naik Subway semula dan turun di Nampo dong station sebab kami nak ke Yongdusan Park dan Busan tower. Sesuatu yang tak disangka berlaku, kami memang tidak tahu langsung yang tempat- tempat ni berdekatan sahaja.

1. Yongdusan Park & Busan Tower & Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street


Directions
Yongdusan park : Busan Tower : 9:00 am - 10:00 pm (Oct-Mar) 
1. Subway 
Busan station(On Busan Subway Line no. 1), get off at Nampo-dong Station. (5 min ride) Go out Exit 1 of Nampo-dong Station, walk 10 minutes.
Nampo Station (Busan Subway Line 1) Exit 7. Go 350m
on Gwangbok-ro street towards the Yongdusan Park escalator on the right.
2. Bus 
Express Bus Terminal : Take a bus at Nopo-dong Station and get off at Nampo-dong Station. (50 min ride) Go out No. 1 of Nampo-dong Station, walk 10 minutes.
Gimhae international Airport : Take bus #310 and get off at Gumi Cultural Center in Daecheong-dong, walk 10 minutes. (1-hour ride).

Kami melalui Exit 1, bila keluar sahaja seberang jalan ada Lotte Mall Gwangbok kami jalan melintasi
Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street (광복로문화패션거리) Sepanjang jalan memang tak payah ceritalah banyak sangat baju yang dijual, kedai Nature Republic, faceshop dan pelbagai lagi. Kami masing-masing menahan diri sahaja dari beli sebab fikir yang kami akan ke myeondong alih- alih kami tewas juga di nature republic rembat face mask yang superb murah hanya 5000Won untuk 6 keping facemask. Haha okey teruskan penceritaan, semasa nak sampai ke Escalator untuk naik ke Busan Tower/Yongdusan Park sempatlah tengok live performance mungki mereka ni bakal jadi artis yang terkenal haha dah lah suara penyanyi wanita tu memang best.

http://lollista.blogspot.com/
Nampak tak yang bulat tu..itulah escalator nak naik ker Yongdusan Park, nak naik dah tapi hati tertarik nak tengok persembahan dari mereka berdua. Jom tengok persembahan mereka di video bawah ni ^_^
A video posted by @fasham87 on
Sampai sahaja atas tu memang cantik sangat, dengan environment yang tenang, angin menghembus udara sejuk dan mata yang sejuk memandang permandangan yang cantik. Niat dihati memang nak naik observation tapi tak jadi bila mengenangkan kami nak naik di Namsan nanti tapi kat bawah sahaja dah cukup cantik untuk kami bergambar.

http://lollista.blogspot.com/
Mengikut apa yang dibaca kat internet gong tu hanya dibunyikan bila ada event tertentu
Admiral Lee , Busan Tower entrance dan Love Padlock

http://lollista.blogspot.com/
Sebelum kami turun ada beberapa Ahjushi yang sedang menyanyikan Folk song

2. Biff Square, Gukje Market,Jagalchi Market

https://lollista.blogspot.com
Is not far from Gwangbok-ro street from Escalator turn right walk along until you find information center turn left and walk along until you find Samsung shop then you arrive Biff Square ^_^
Directions Biff Square
Jagalchi Station, Line 1, Exit 7, 
5min walk from the station (Walk straight and turn left)

Directions Gukje Market
450m from Exit #7 of Jagalchi Station, Subway Line 1 (7-minute walk)

Directions Jagalchi Market
Jagalchi Station (Busan subway line 1), Exit 10.
Turn right onto Jagalchi 3(sam)-gil Street.
Walk for 5min, then turn left to arrive at Jagalchi Market.

disebabkan kami turun dari yongdusan park ke Gwangbok-ro street dari situ kami hanya pusing ke kanan jalan sahaja melalui kedai - kedai baju yang ditengah jalan sampai di information center pusing ke kiri dan teruskan sahaja berjalan ke arah Kedai samsung dan toleh ke kiri anda dah sampai di Biff Square. kan dekat sahaja jimat duit Cashbee hehe.

https://lollista.blogspot.com
Just walk along this road then you will find samsung shop.
A video posted by @fasham87 on

disebabkan semasa kami melalui jalan ini, sedang ada orang yang membuat persembahan dihadapan pintu masuk Gukje market dan Biff Square jadi kami membuat keputusan untuk melihat-lihat sahaja, almaklum yang buat persembahan tu nyanyi lagu Touch my body by Sistar siap menari lagi so Abam-abam tentera apa lagi mereka sahaja dah penuh dataran tu. Kami pun meneruskan perjalanan ke Jagalchi Market sebab Biff Square sangat penuh masa persembahan rasanya siap masuk television, kalau tak silap sebab nampak kamera KBS sedang merakam dari atas.

https://lollista.blogspot.com
Jalan straight je dari Biff Square. Lintas jalan dan nampak dah bangunan ni itu lah Bangunan Jagalchi Market.
https://lollista.blogspot.com
Fresh Crab ni satu longgok kami tanya baru 10000Won@ RM30 murah nya. Ini betul-betul depan jagalchi market.

https://lollista.blogspot.com
View Jagalchi market dari depan.
https://lollista.blogspot.com
melihat matahari terbenam dari Jagalchi memang terbaik. Subhanallah cantik sangat. Maaf gambar matahari terbenam lupa ambil sebab terlampau asyik melihat.^_^
Dibahagian belakang bangunan Jagalchi market ni ada satu view yang Ya Allah sangat cantik memang terpegun seketika kami melihat matahari terbenam. Hari Pertama di Busan berakhir dengan gembira kami semua berpuas hati dengan hari ini hehe. Selepas selesai melihat matahari terbenam kami berpusing sekita Jagalchi Market kerana waktu tersebut ada Jagalchi Festival banyaklah khemah-khemah yang menjual ikan bakar yang dibakar waktu itu juga niat dihati nak beli tapi kesuntukan masa sebab kami nak balik ke hostel untuk berehat. Masing- masing sudah kepenatan, penat turun flight tak hilang kami dah redah Nampo-dong haha

A video posted by @fasham87 on

Total Habis : 239,700W @ RM755.05 (In one day)
(Kadar tukaran 1000W = RM 3.15)
Banana Uyu - 2 x 1300W = 2600W
Cashbee - 2500W 
Reload - 50000W
Face Mask - 5000W
KTX - 110,600W - return
Guesthouse - 69000W - 3 malam

Nantikan Entry seterusnya... Day 2 pulak ^_^...
Gamcheon Cultural Village, Taejongdae & Busan Mosque.