Jalan-jalan : PENANG


Salam Readers..
Annyeonghaseyo..

Wah setiap kali taip entry baru kena tiup blog ni berhabuk. Nampak sangat setiap entry jauh - jauh tempohnya. Okay kali ni nak cerita trip penang saya dengan Cik Ramyun(kecik) Haha trip yang hampir jadi tak jadi..Kali ni trip more to redah style. Hehe as usual trip ni bermula di KL sentral.

Hari Pertama : Jalan - jalan Penang.

9.30 Pagi : Trip bermula ke Penang ke kita. Naik ETS straight turun Butterworth dalam pukul 1.30 sampai disana.Serius Feri Port dengan stesen KTM sangat dekat cuma kena mendaki sikitlah haha nasib bawa beg sandang je ..tak jadi berangan nak bawa beg tarik.

 Dalam train ETS.Tv tu dari mula gerak sampai Butterworth pasang cerita Mr.Bean je.Layan je la Labu.

1.50pm: Menaiki Feri ke Pulau Pinang. Wah baru tahu yang naik feri ni pergi je bayar (jakun disitu) balik free je naik haha - asal teruk betul aku ni haha

Feri ke Penang

Tu dia..Nampak dah Komtar

2.10pm : Yeay sampai dan dapat jejak kaki di Pulau Pinang officially Traveller ( i am not suited call backpakcers style , i am more to traveller . I thought so) . Wonder around, ternampak pulak kaunter pertanyaan di stesen bas dekat feri port yang kami sampai tu. Tanya punya tanya dia bagi 1 guesthouse ni di Little India. Okey one thing that i love about Penang, they have tourist bus and for your information is for FREE.. Yeayy free. Is kind of Like Hop on Hop off style. Bas ni akan pusing tempat hentian yang popular sekitar mula dari pengkalan Weld dan berakhir disitu juga ada ada 19 hentian semuanya .Nama Bas ni CAT ( Central Area transit).


 Inilah terminal B tempat ambil bas CAT. Sebelah terminal feri je.

Semua bas kat Penang macam ni.Tapi nak membezakan dia iala ada tulis CAT.So pandai-pandailah cari. Senang je.

Orang kaunter suruh turun di Little India punyalah penuh Bas tu sampai tak perasan langsung sampai lah di Lebuh Muntri Baru perasan. Pusing Lebuh muntri kut ada Guesthouse ... Omak aii Mahal lari bajet kiki. Tak apa kita teruskan pencarian . Search internet jumpa satu guesthouse ni di Chowrasta, percaya tak kami jalan kaki dari Lebuh muntri ke Chowrasta. Serius jalan kaki dekat je tak perasan tengok street art and wire art di sekeliling jalan sungguh tak percaya terpesona sangat dah sampai Chowrasta .

3.00pm : Sampai di Chowrasta lalu Nasi kandar Line Clear (okey masa ni dah nak berbunyi perut nampak orang makan tapi nekad ni nak settlekan dulu tempat tinggal. Bila sampai..... ni Pengakuan Jujur dari K&R kami tak nak tinggal situ sangat creepy, sunyi, agak tersembunyi tapi baca review dalam internet they got best review so far as cheapest accomodation. Setelah berfikir panjang saya dengan kecik memang tak berani nak ketuk pintu pun. Kami masuk jalan Chowrasta semula dan tanya a few of local people, ada yang mencadangkan Motel Jalan Kedah. Serius bagus sangat dekat dengan balai polis , kedai makan pastu ada tempat parking untuk pelanggan yang bawa kereta so kami ni sebagai traveller mana ada bawa kereta kan so tiada hal bagi kami ^_^

3.30pm : Yeayy official Check in to HP Hotel at Jalan Kedah. Masa untuk berehat dan take a nap sebab seharian perjalanan hari ni.
Pemandangan dari bilik kami di HP hotel.

5.00pm : Bermulalah perjalanan Tour kami, tapi bila teringat perut yang kelaparan kami pun makan Nasi Kandar Line Clear lagipun itu yang paling dekat dengan kami . Kami amik Nasi putih , Ayam goreng (Besar puas makan ) dan sayur , harga dia termasuk Air sirap limau ialah RM10.30 - (say what!!! mahal benau - ok lah memula memang terkejut tapi kawan cakap harga tu adalah normal dan dia cakap makan dulu baru tahu worth it or not) , Okay dah makan memang berbaloi sampai rasa mengantuk nak teruskan berjalan sebab perut dah rasa nak cecah lantai sebab kekenyangan haha.

Kalau nampak papan tanda ni jangan ragu-ragu lagi.Inilah tempatnya di celah lorong-lorong antara kedai.

Inilah nasi kandar dan air Rm 10.30 tu.Tak pe sekali sekala.

6.00pm : tak tahu nak kemana sebab kata redah , baca dan lihat MAP dapat dari tourist center tadi so kami buat keputusan untuk pusing - pusing lihat keadaan dengan Bas CAT (Almaklum free gunakan jelah ) dua kali pusing buat keputusan nak ke Fort Cornwallis so kami turun di Bank Negara sebab nak jalan - jalan di tepi laut hehe.

 Fort Cornwallis. kami tak bernasib baik nak masuk sebab dah tutup.

Serius seronok lihat kanak-kanak main roller blade dan jalan punya jalan nampak esplanade. Kecik cakap dia pernah baca Mee goreng Sotong sangat recommendation dari para blogger so disebabkan kami kekenyangan kami amik keputusan nak share je alang-alang dah sampai so it must try food okay sangat recommend . Sesiapa yang datang should try Mee Goreng Sotong diorang di Esplanade letak bersebelahan dengan Fort Cornwallis.


Mee Goreng Sotong.Gambar gegar sebab lapar.
7.30pm : So situ jelah sampai cerita hari pertama sebab kami terlampau kepenatan.

Total expense day 1 : Tiket KTM (KL sentral - Butterworth)(Butterworth - Ipoh) + Feri + Hotel HP (2malam) + Nasi Goreng + Nasi Kandar Line Clear + Mineral (4botol) + Jeruk Madu Pak Ali + Fridge Magnet + Mee Sotong + Coklat Bar = RM237.60

Hari Kedua : Jalan - jalan Penang.

7.00am : disebabkan hari ni kami rancang nak naik Bukit Bendera ( apa barang datang penang tak jejak Penang Hill kan so kami buat keputusan nak kesana pagi-pagi baru sejuk dan tak ramai orang ) tapi sebelum tu jom kita makan depan Hotel HP ada kedai warung Mamak Style Makan Nasi Lemak Udang RM1.20 sahaja gilos ko murah haha ada lah sekor udang dalam tu okey what murah tu ^_^. Kami nak senang so kami jalan ke Komtar dan naik dari sana senang nampak Bas tu dalam 20 - 30 minit kami sampai .

Tip : Nak ke Bukit bendera Naik Bas nombor 204 hanya RM2 sahaja untuk ke bukit bendera.

 Pintu masuk ke Bukit Bendera

8.30am : Nasib pilihan Tiha tepat nak pergi awal (Yeay bangga sat ) kosong je tak yah berhimpit beratur, tunjuk IC dapat harga warganegara RM10 sahaja (pergi Balik)

8.45am : Sampai je kami tuju ke deck sebab nak bergambar. Kecik tenang sahaja. Omaigod saya takut sangat sebab gayat Hahaha.

Pemandangan dari atas deck.Deck ni dipanggil Sky Walk.

9.15am : Bergambar di Love Lockpad inilah yang ditarget teringat pengalaman Love lockpad di Namsan Tower (rindunya) ----> tak ingat refer sini Namsan

Tempat Love Lockpad.
Love Lockpad macam di Namsan Tower
Love Lockpad.
10.30am : Sebab dulu selalu naik sini mak mesti bawa makan char kuey tiaw kat food court so rindu nak makan so tiha cari tapi orang tu dah tiada , orang lain yang meniaga so makan lah juga sebab teringin kan - tapi puas hati nyum-nyum

11.30am : Selesai pusing dah tak tahu nak buat apa dah bergambar so kami pun buat keputusan nak turun sebab nak cari street art pulak

12.30pm : Sampai di Komtar baru ada lagi satu recommendation Georgetown White Coffee cari punya cari jumpalah tapi sayang hanya air signature original tak jumpa. tak apa lah yang penting nak p street art . Naik Bas CAT ke pengkalan weld, sebab nak mula dari situ. Kalau malas berjalan kaki nak cari street art boleh sewa basikal.

Contoh kedai basikal yang ada.

Street Art
Street art
 Street art.sebenarnya banyak lagi tapi sekadar tunjukkan beberapa contoh.

1.00pm : Kami berjalan dari pengkalan weld ke Lebuh Armenian sehingga sampailah ke Lebuh Chulia. Selain street art terdapat juga wire art di sekitar jalan ini.

 Wire art
Wire Art
Wire art
4.30pm : Solat di Masjid melayu kg Acheh.

Jalan-jalan juga.Solat jangan lupa.

5.00pm : Set nak ke Camera Museum sebab sebelahnye ada Cat Cafe sebab kucing yelah satu therapist mind untuk diri kita.

 The Camera Museum punya pintu masuk.

Kucing tengah tidur . Ini waktu di cat cafe.
 Kucing tengah tidur lagi.
Dan lagi kucing tengah tidur.Nampaknya semua kucing tidur waktu kami datang.

8.00pm : Berjalan pulang ke HP hotel (Dekat rupanya haha) penat sangat tapi Roomate sayang ajak jumpa before Her big Day yeayy Hasanah nak kawen.

9.30pm : Hasanah dan Asma datang bawa makan di Nasi Kandar Beratur yang superb famous. Sedap berbaloi beratur dari pukul 9.50pm sehingga 10.30pm semata nak makan. patutlah beratur orang datang beli Nasi Kandar dia. lepas makan jalan ke street Art Motor sebab Hasanah cakap malam lagi cantik.

11.30pm : Hasanah hantar balik. Bye Hasanah dan asma. Prepared for next day (last day trip )

Total expense day 1 + day 2 : Nasi Lemak Udang + Teh Tarik + Bas(Return) + Bukit Bendera + White Coffee +Nasi Kandar Beratur + Poskad &Stem + Camera museum + Cat cafe  = RM237.60  + 62.60 = Rm300.20

Hari Ketiga : Jalan - jalan Penang.

7.30am : Selepas di cadangkan oleh Asma dan Hasanah kami pun cubalah makan di Roti Canai Transfer (yang sangat recommendation Ayam kari dia sangat sedap)

Roti canai Transfer road.Sedap!!

8.00am : Shopping Last minute di Chowrasta Market.

9.00am : Naik CAT pergi Padang Kota Lama untuk bergambar .

10.00am : Naik CAT ke Chowrasta Market sebab nak cari Teochew cendol yang sangat famous (sedap wei sekali dengan Teh Bunga)

Cendol dan teh bunga.

11.50am : Check out Bilik

12.15pm : Makan Nasi Kandar Line Clear sebab kecik cakap last time before balik kiki kecik ni suka pulak dia hehe.

1.30pm : Berjalan di sekitar Lebuh Muntri nak cari serpihan street art dan wire art yang kami tak Jumpa

5.00pm : Naik feri ke seberang pulau.

7.00pm : Naik KTM balik ke Ipoh - 9.15pm yeayy dah sampai ^_^

Tunggu train balik ke Ipoh

Total expense day 1 + day 2 + day 3 : Roti canai Road transfer + Teh Tarik + Cendol + Teh bunga + Coklat bar + Souvenir + Nasi Kandar Line Clear  = RM237.60  + 62.60 + RM34.60 = RM 334.80

Yeay trip ini still under budget RM350.00 yeayy Percutian ala bajet ni menjadi RM334.60 untuk 3hari 2malam trip ke Penang okey see you next Entree ^_^