Showing posts with label Pewaris. Show all posts
Showing posts with label Pewaris. Show all posts

Novel : Pewaris Bab10

Novel : Pewaris Bab10

Credit : Google.com
“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 10 – Suka dalam Duka

“Thank you so much Madam Lee, I am appreciate so much”.
“Its ok Waiz, I am the one supposed to be greatful that you are here to save my precious motel. Lagipun kamu kan asyik ganggu saya hari-hari untuk paksa saya jual motel ini pada kamu bukan” Madam Lee menanda tangani surat pertukaran Hak milik Motelnya kepada Waiz Akmal.
“Aiz, tahniah dan sila ambil saya bekerja disini okay.”.Kamilia Akmal atau lebih mesra dengan panggilan Alia menuntut janji yang dijanjikan oleh Waiz didalam usahanya memujuk Madam Lee untuk membeli Motel tersebut.
“Hai tak kan lah Kakak Aiz yang ada Master ni nak kerja dengan Aiz”, Waiz cuba mendapatkan kepastian dari Kakaknya. 
“ Aiz. Kakak ni ikut Aiz dari Seoul bukanya percuma okeyh haruslah berbayar. So bayarannya kerja ni lah” Alia cuba meyakinkan Adiknya yang dia memang perlukan kerja tersebut. Ialah apa guna ada Master dalam bidang perniagaan tapi tidak digunakan untuk membantu perniagaan keluarga sendiri.
“Okey. Tapi jawatannya ialah”. “ Ha jawatannya?” Alia membuat muka comel ala-ala Gwiyomi untuk mendengar jawapan dari Adiknya.
“ Jawatannya. Ialah Kuli” Kelam kelibut Waiz lari dari situ. Alia yang kebingungan mula menyedari dipermainkan oleh adiknya.
“ Kuang Hasam punya adik” habis seluruh taman permainan tersebut dikejarnya Waiz.
“Relaxlah sayang Aiz gurau je” Waiz berhenti berlari dan memeluk kakaknya. Alia tersenyum melihat Adiknya gembira dah lama dia tidak bergurau senda semenjak hatinya kecewa dengan Aina.

****
“ Terima kasih Encik saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh”.
 Aina mengucap terima kasih dengan menunduk hormat 90 Darjah sampai Pengurus Syarikat tersebut kehairanan. Itulah tabiat yang susah untuk Aina tinggalkan semenjak hampir 5 bulan dia tinggal di Korea. Sebab dia merasakan itu adalah cara yang bagus untuk mengucapkan terima kasih selain dari bersalaman.
Akhirnya dia dapat kerja di Wishlist Design and Corporation, sebuah Syarikat hiasan dalaman yang sedang meningkat nama dalam bidang hiasan. Sudah lama dia meminati bidang tersebut hanya sekarang dia dapat menunaikan Impiannya atas hasil dorongan Waiz sebelum ini.
“Macam mana. Awak dapat tak Job tu?” Iman kelihatan begitu setia menanti jawapan dari Aina. Iman menanti Aina di kedai makan berdekatan dari mula temuduga sehingga selesai, setia menunggu.
“ Haruslah. Tengoklah sapa. Ni Aina Fathiyyah lah” Aina agak memuji dirinya hari ini. Iman tersenyum lebar melihat Aina gembira dan sudah boleh bergurau senda.
Azimah yang datang dari belakang terpinga-pinga melihat Aina ketawa dengan gembira. “Wah gembiranya apa yang dah berlaku tadi awak dapat tak job tu”. Aina hanya bersilang kaki sambil tersenyum dengan tidak perlukan penjelasan lagi Azimah sudah memahami maksud Aina.
“Jom saya belanja awak makan bagi meraikan awak dapat kerja” Azimah mencadangkan tempat makan yang sedap.
****
“Aiz setiap bilik dah siap dah cat dan for sure you don’t want to use wallpaper sebab akak rasa dinding ni akan kosong”, “ tak apa sayang . nanti Aiz settlekan Aiz ada idea untuk setiap bilik.” Waiz hendak menggunakan Idea yang dia ingat semasa bersembang dengan Aina di tepi pantai semasa mereka ke Masan dulu.
“Aiz nak ke KL ye kak esok nak pergi settlekan hal perabot.” Alia hanya mengangguk tanda memahami. Kerana Waiz memang berniat untuk menghias sendiri setiap bilik, supaya setiap bilik mempunyai kelainan dan ciri tersendiri
Satu Alunan lagu yang agak jarang atau tak mungkin didengari dari Malaysia berbunyi lagu Arirang mengalunkan lagunya. Masing masing terpinga.
“Akak handphone akak ke?”, “ Eh tak lah walaupun akak membesar di Korea tapi taklah sampai begitu”. Waiz terkejut apabila melihat handphonenya yang mengeluarkan lagu tersebut, Alia tersenyum sinis tanda puas dapat mengenakan adiknya. Waiz yang masih lagi macam tidak mempercayai yang handphonenye mendendangkan lagu Arirang agak terkejut melihat pemanggilnya adalah Ibu Saudaranya.
Setelah menjawab panggilan tersebut, Waiz kelihatan agak terganggu. Hatinya berbelah bagi samada haruskah dia pulang ke Korea.Akhirnya dia telah membuat keputusan untuk kembali ke Korea.

**** 
Hujan diluar membuatkan Kopi yang dihirup oleh Azalea terasa segar.Azalea kelihatan lebih sihat berbanding dari hari pertama dia keluar hospital.
“Sayang..”, “Eh abang. bila sampai hujan kan luar” Azalea terpinga-pinga melihat Hakim yang basah dek hujan diluar membuat kekasih hatinya itu kelihatan agak tampan waktu tersebut walaupun dengan rambut yang agak basah.
“Demi kekasih hati Abang, haruslah ditempuhkan walau ribut badai melanda” Azalea mengukir senyuman disaat mendengar alasan Hakim yang kembali menjadi romantik semula selepas kejadian hari itu.
“Abang dapat apa-apa berita tak pasal Tia” Azalea membuka cerita tentang Aina. 
---
“Hakim. Nenek berharap sangat kamu rahsiakan yang kita dah jumpa Tia. Nenek beritahu ni supaya kamu dapat haling Lea dari mencari Aina”. Datuk Mariam bernada sayu seakan sedang merayu terhadap Hakim. 
“Tapi nenek. Lea pasti akan marah kalau dia tahu kita rahsiakan”, Hakim seakan kerisauan dia sudah merasa cukup terseksa dengan kes Azalea cedera disebabkan dia dan tidak mahu menipu pula menjadi penyebab mereka bergaduh.
“It’s ok . Itu biar nenek yang tanggung nanti”.
---
“Abang. Abang. Kan sayang Tanya pasal Tia” Azalea semakin pelik melihat Hakim yang jauh termenung sejak beberapa hari ini.
“Hmm sayang. Abang lapar lah. Sayang dah order tak untuk abang”, Hakim cuba mengalihkan perhatian. “Oh, sudah sayang suruh mereka tunggu abang sampai baru hidangkan”, “Waiter” Hakim memanggil dan meminta makanan mereka dihidangkan. Azalea memandang muka Hakim dengan penuh persoalan, hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang Hakim cuba sembunyikan tapi kepercayaan mengatasi lalu di positifkan akal fikirannya.

Novel : Pewaris Bab9

Novel : Pewaris Bab9


Credit : Google

“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 9 – Ia sentiasa gelap sebelum subuh

Azalea tersedar. Ternampak Hakim yang tertidur dengan meletakkan kepalanya dikatil, hatinya sayu. Tangannya cuba digerak untuk menyentuh kepala Hakim.

“Lea..awak dah sedar!!doktor..doktor” Hakim tersedar dan kelam kabut memanggil doktor. Azalea menggapai tangan Hakim. Suasana menjadi sunyi mata mereka bertatapan.

Selepas Doktor pergi, Azalea gagahkan diri untuk bersuara tapi dia masih lemah. 
“Awak. dah sebulan awak koma. Awak tahu tak awak dah buat saya risau” Hakim bernada kerisauan.
Azalea membisu, hanya air mata yang mampu mengalir untuk menyatakan betapa bersyukurnya dia terselamat dari kemalangan tersebut.

“Ne..nenek??” , Azalea cuba menanyakan Datuk Mariam.

“Nenek dalam perjalanan ke sini …nenek kepenatan saya suruh nenek balik semalam” Hakim bernada lembut cuba menenangkan Azalea yang mencari neneknya.
“ Zall..cucu nenek kamu dah sedar” Datuk Mariam yang baru tiba telah memeluk cucunya dan menitiskan air mata kegembiraan.

“ Tia..nenek Tia tu” Azalea ternampak kelibat Aina di sebalik pintu bilik hospital.

“Tia..??” masing- masing kebingungan dengan Azalea.

“Sayang Tia kan masih di Korea. Masih tak cukup 6 bulan lagi” Hakim cuba menenangkan Azalea
“ Ye Zall.. kalau Tia dah balik awal tentu nenek dah kahwinkan dia dengan pilihan nenek” Datuk Mariam pula menambah.

“tak nek.Zall memang pasti Zall nampak Tia tadi”. Azalea masih menegaskan pendiriannya. Setelah puas dipujuk Hakim dan Datuk Mariam akhirnya Azalea kembali tenang dan tidur.
***
“Awak dah.dah lah tu termenungnya” Fayyadh Iman menegur Aina yang termenung menjauh. “ dah sebulan awak balik Malaysia awak tak nak ke balik jumpa family awak. Tak kan nak tengok dari jauh je”. Fayyadh menambahkan.
“ Bukan saya tak nak balik Iman. Saya masih tak jumpa Waiz selagi saya tak jumpa dia tak mungkin saya akan balik saya nak bawa dia balik bersama saya” Aina menegaskan pendiriannya.
“Awak betul sayangkan dia kan tu sebabnya awak tak hantar saya kat Airport haritukan” Iman cuba mendapatkan penjelasan, “ by the way jom makan laparlah..awak saya L.A.P.A.R lapar” Iman cuba mengubah topik perbualan dengan melawak bila mendapati Aina diam seribu bahasa terhadap semua persoalan darinya.

***

“Aina..ko dah fikir habis-habis ke keputusan kau ni” , Azimah cuba mendapatkan kepastian.
“dah and I made up my mind”, Aina cuba meyakinkan dirinya. “ Aku bukan apa ko tahu kan aku tak kisah ko nak duduk rumah aku berapa lama pun tapi tulah sampai bila ko nak sembunyi kat sini tak nak jumpa nenek ko”.

“Imah bukan aku tak nak balik lagipun ko tahukan nenek aku macam mana ko dah keje dengan nenek aku dah hampir 4 bulan”, Aina masih mencari ruang untuk membuat alasan.

“Ye aku tahu, tapi ko tak kesiankan Datuk ke. Ko tahu kan yang Cik Azalea koma sebulan. Datuk kena ambil alih pengurusan semula kesian dia” Azimah masih mempertahankan Datuk Mariam. Suasana menjadi sunyi sepi, Aina hanya membatukan diri untuk mengelakkan dari perbincangan dengan Azimah menjadi panjang berjela. 

“Ikut ko lah Aina” Azimah akhirnye menyerah dengan kebisuan Aina.

****

“Perlu ke semua ni nenek”, terliur Azalea melihat meja yang penuh dengan makanan.
“ Zall, kamu dah seminggu keluar Hospital tapi baru sekarang nenek dapat buat Doa selamat”, Datuk Mariam bernada kesal. “It’s ok nek”.

“Maaf Setiausaha Datuk ada diluar nak jumpa”, “ Mak Nah tolong suruh dia tunggu sekejap”, riak wajah Datuk Mariam berubah bila mendapat perkhabaran dari Mak Nah.

“Azimah macam mana”, Datuk Mariam muncul dengan berwajah kerisauan. “Datuk saya dah cuba pujuk Cik Aina supaya kembali ke rumah tetapi dia masih berkeras untuk mencari Encik Waiz baru dia balik” Azimah berwajah kerisauan, risau berita yang dibawa tidak disukai Datuk Mariam.

“Hmm. Macam mana. dah dapat cari orang yang bernama Waiz tu”, Datuk Mariam beriak wajah kesal tetapi cuba mengawal nada suara supaya tidak didengari oleh orang lain.

“Tak. Datuk. Orang saya dah puas cari saya tak rasa Encik Waiz ada di Malaysia tetapi Cik Aina masih bertegas yang dia berada di Malaysia”, Azimah menerangkan dalam keadaan lega sebab Datuk Mariam menerima berita tersebut dalam keadaan tenang.

“Tak apa. Kamu teruskan usaha. saya nak dia kembali sebelum raya” Sebelum sempat Datuk Mariam dan Azimah menghabiskan perbualan mereka Azalea datang memanggil.

Novel : Pewaris Bab8


Credit : Google


“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 8 – Ku rela lepaskan kamu pergi walau hati ku terluka!

“Hari ini kita akan Scuba diving. Jadi semua pastikan peralatan menyelam cukup” Chief kumpulan bersuara lantang.
Bab-bab keselamatan jangan dibuat main.

“Saya nak follow sekali” Sarah bersuara dari belakang Hakim.
“Boleh saya tahu awak ada sijil menyelam tak?” Chief bertanya. Sarah hanya menggelengkan kepala.
“Sarah kalau tak ada lessen menyelam sebaiknya awak jangan ikut. bahaya”.Hakim memujuk.

“Ala boleh lah !... kalau bahaya abangkan ada”. Sarah mula merengek macam budak kecil. Eishh rimas sungguh desis hati Azalea.

“Maaf ye cik kami tak boleh benarkan, kami tak nak tanggung apa jadi nanti”.Apa pun chief tetap menghalang. “Yes..yes” Azalea berbisik gembira.
Tingkah laku Azalea diperhatikan oleh Hakim.

“Okey saya bahagi satu group 2 orang ye nanti makesure take care you own team mate”, dalam pembahagian kumpulan Hakim dan Azalea berada di kumpulan berbeza. Hakim rasa lega.

“Sebelum kita mulakan menyelam sila periksa kelengkapan masing masing” ketua untuk menyelam bersuara.
Semasa Azalea memeriksa kelengkapannya tanpa disedari partner Azalea  bergerak telah tertolak gas oksigen dan  Azalea telah jatuh ke dalam laut dan diikuti tong gas tersebut telah jatuh ke arah Azalea. Jatuh dan darah mengalir keatas permukaan laut.

“Tolong…tolong Lea jatuh …ada darah!” Partner Azalea menjerit bila azalea jatuh dan bila ada darah dia terus pengsan. Lembik sungguh dia ni.

Hakim yang terdengar telah terjun dengan bergaya Ala Juara renang dan menyelamatkan Azalea.
Azalea dikejarkan ke Hospital.

***

Aina cuba perlahan – lahan keluar dari guesthouse. Hatinya tekad apa yang berlakupun dia harus ke Airport untuk menghantar Fayyadh Iman.

Sebelum sempat Aina berlari jauh.Kereta Sport berwarna merah berhenti disebelahnya. Setelah puas diperhatikan bila tingkap dibuka baru dia perasan yang Waiz yang memandu.
“Eh awak..kereta baru nampak!!” Aina cuba mengubah topik sebelum sempat Waiz bercakap.
“Awak nak kemana??” Waiz Akmal mengabaikan soalan Aina.
“Eh betul lah kereta baru saya tak pernah nampak” Aina masih mengelak. “Wah cantiknya dah lama berangan nak naik”.

“Dah jangan nak ubah topik naik cepat” Waiz bernada tegas.
Aina teragak-agak untuk naik kereta tersebut. Hatinya kerisauan sebab takut terlepas Flight Fayyadh Iman. Aina dengan berat hati naik juga selepas mendapat jelingan maut dari Waiz.
“Awak nak bawa saya kemana” Aina berdebar-debar sebab Waiz bawa dalam kadar kelajuan perlumbaan, celah sana celah sini dan akhirnya bila berhenti. Aina keluar dari kereta dan muntah.
Bila diperhatikan rupanya tempat dia berhenti ialah Airport. Aina memandang Waiz dengan muka yang penuh persoalan.

“Apa motif awak bawa saya ke sini?”, tiada jawapan dari Waiz.
“Awak jangan pergi, please I’m begging. I love you So much. Since the first day we met you know. I start to love you, tak ada satu perkara tentang awak yang buat saya membenci awak” Waiz meluahkan perasaan yang selama ini dipendam.

“Jangan pusing. Please .jika awak pusing saya tak ada kekuatan untuk meluahkan apa yang saya rasa selama ini“, Aina terpaku hatinya berdebar saat Waiz mulai mendekatinya dari belakang.
Semakin Waiz mendekati, semakin Aina bergerak ke hadapan.Waiz kecewa saat Aina menolak tangannya.“Awak saya tak boleh paksa awak untuk sukakan saya.” Waiz cuba mengawal emosi saat dia berbicara Aina memulakan langkah untuk masuk ke dalam.
“Pergi je lah jumpa lelaki kesayangan awak”. Waiz berkata perlahan sambil memerhatikan Aina pergi.  Langkah Aina terhenti.
Aina keliru, hatinya berbelah bagi.
“Awak tolonglah saya nak masuk sekejap je…awak tunggu saya ye”,Aina berkata tanpa menyedari Waiz sudah masuk kedalam kereta.
Aina berlari memasuki balai berlepas dan mencari cari Fayyadh Iman. Tapi sayang Flight ke Malaysia dah berlepas 5 minit yang lalu. Aina senyum, hatinya tenang
Aina keluar dari Incheon Airport dengan tersenyum. Aina mencari Waiz.

Dia cuba hubungi Waiz tetapi talian telefon dimatikan. Aina mula mengeluarkan air mata tanpa disedari. Aina menaiki teksi untuk kembali ke Guesthouse.

“Ji Soo Shii awak tahu mana Oppa?” Aina bertanya dalam keadaan mengah kerana dia berlari.
“No, I’m not, Mike did you see Waiz Shii?” Ji Soo bertanyakan Mike yang melalui kaunter pertanyaan.
“Oh hyung said that he want to go back hometown, he miss home”,
“Mike tell me . kampong Oppa kat mana”. Aina seakan terdesak untuk mencari Waiz.

“I do not know, Maafkan saya tapi dia minta saya serahkan surat ini pada awak.”, Aina mengambil surat tersebut dia membaca.

To Aina -


“ Aina jika awak baca surat ni, ini bermakna saya tidak dapat meluahkan perasaan saya pada awak. Awak tahu tak kali pertama kita berjumpa, bukan di kedai kopi tu. Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Kali pertama saya jumpa awak semasa awak tolong seorang nenek yang jatuh selepas berebut Susu Pisang di Pasaraya.. Tentu awak tak ingatkan. Hati saya dah jatuh cinta saat itu. Hati saya tertawan dengan awak. Saya mengekori awak ke kedai awak bekerja saya jadi pelanggan awak banyak kali. Saya terdengar awak bercerita tentang lelaki idaman awak. Saya berubah saya cuba jadi seperti lelaki yang awak suka.. Tapi sayang awak masih lagi tidak perasankan saya. Saya dah kecewa tetapi ia terubat saat awak memohon bekerja di guesthouse saya. Saya buat keputusan untuk mengambil langkah dahulu bila Ji Soo kata yang awak sukakan saya. Hati saya gembira sangat saat awak menerima saya. Maafkan saya atas semua yang berlaku. Semenjak kita berjanji untuk menjadi sahabat yang baik saya dah tekad untuk menawan hati awak tapi semuanya gagal. Saya menyerah , saya tahu cinta tidak boleh dipaksa. Saya doakan awak bahagia dengan lelaki pilihan hati awak.



Selamat Tinggal Aina


Aina terduduk pasrah, hatinya memberontak menyalahkan diri. Aina menyesal mengejar Fayyadh Iman. Segala memori yang dicipta bersama Waiz muncul kembali, dia sudah tidak dapat menahan air mata. Ji Soo cuba menenangkan Aina tetapi semakin kuat dia menangis bila dipeluk Ji Soo.

Novel : Pewaris Bab7



Credit : Google.com



“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 7 – kenapa dia begini ?

Dah dua hari Azalea berada di Camp tersebut tetapi tidak pernah dapat peluang hendak berbicara empat mata dengan Hakim.

Azalea membuat keputusan untuk mecari Hakim dan berbincang supaya dapat menyelesaikan masalah yang melanda.

Tetapi,
tetapi Azalea terserempak Hakim sedang duduk berduan dengan Sarah.
“Wah hebatnye, Mabul ke abang. Saya pun teringin nak diving kat Mabul, it was a beautiful place to diving.” Sarah menunjukkan kekaguman dia kepada Hakim.

Hakim dapat merasakan ada mata yang sedang memandang dia dari jauh.
“Haar, memang cantik. Mabul tempat idaman abang dan kekasih hati abang!”,
“Abang dah ada kekasih?”. Kekecewaan mula ternampak di muka Sarah
“Dulu, itu dulu sekarang tak dah!” Hakim bernada perlahan,Sarah senyum.
Azalea yang mendengar dari jauh mula merasa sebak dan kecewa. 

Sarah ternampak Azalea.
“Kakak, marilah sini kita boleh berkenalan”, Sarah ternampak Azalea dan memanggilnya tetapi Azalea cuba melarikan diri tetapi gagal selepas ditarik Sarah ke unggun api tersebut.

Azalea cuba menggagahkan diri untuk bersua muka dengan Hakim. Hakim merasa kurang selesa dan bangun.
“Sarah, abang ada kerja dekat based camp, abang pergi dulu”.
“oh… okay bye” Sarah mengucapkan selamat tinggal.
 Azalea memandang Hakim pergi.Hati dia rasa sayu.
 Azalea dah tetapkan pendirian dia. 
Apapun terjadi sebelum seminggu berakhir dia akan cuba menawan hati Hakim semula.

***

“Aina kamu nak kemana?”,
 Ji Soo menangkap Aina yang sedang perlahan – lahan keluar dari Guesthouse.

“Ehmm.Sa.. ya. Saya nak keluar kejap”. Aina gagap bila menjawab pertanyaan Ji Soo.
“ Kamu nak kemana, kenapa semenjak dari hari tu lagi saya perasan kamu kerap hilang” Ji Soo mula mempersoalkan kehilangan Aina.

Ye semenjak perkenalan dengan Fayyadh Iman, Aina menjadi kerap ke Dongdaemun. 
Dia menjadi selesa bersembang dengan Fayyadh Iman mengikut  dia berjalan sekitar Seoul, malah Namsan tower tempat Mangga Cinta yang dia elakkan semasa diajak Waiz pun dia pergi. Semuanya sebab Fayyadh Iman yang ajak.

“Sebenarnya saya berkenalan dengan student Malaysia dan saya mengikut mereka berjalan”, Aina cuba menerangkan keadaan sebenar tetapi masih berselindung perkara sebenar.

“ Daebak.. jeongmallo.. baguslah begitu”. Ji Soo gembira mendengar yang Aina berkenalan dengan orang senegaranya. Di fikirannya mungkin Aina rindukan kampung halaman jadi dia gembira mereka dapat berjumpa.

“tak apalah kamu pergi saya cover untuk kamu, tapi pastikan kamu balik sebelum pukul 6 sebab mereka akan balik” Ji Soo memberi kebenaran tetapi menegaskan waktu yang harus Aina tepati untuk pulang. 

Aina tersenyum
“Jeongmallo Kamsahamida, Saranghae Ji Soo Shi” Aina kegembiraan telah memeluk dan mencium pipi Ji Soo sebelum pergi.

***

“Kenapa awak lambat sangat.”, Fayyadh Iman mula bertanya.
“Ala sorry Iman saya terlambat sebab saya kena lepas Polis trafik tadi. Jom”. Aina bercakap dalam nada bergurau dan mengajak Iman naik Cable Car untuk ke Namsan tower.

Mereka berdua kagum dengan keindahan pemandangan dari Cable Car tersebut.
“Wah, awak nampak tak tu Love padlock tu jom buat” Aina menjadi teruja. Perkara yang dielak semasa dengan Waiz dilakukan bersama Iman. 

Agaknya Waiz akan terasa hati tak? Ah lantaklah, desis hati Aina,
Mereka berdua berseronok, bergambar bermesraan di I-phone Iman, Almaklum kameranya cantik. 
Memasang Mangga cinta, minum kopi sambil berbual sampai Aina tidak sedar masa berlalu. Begitulah Aina seringkali lupa akan waktu setiap kali berbual dengan Iman. 

Apa yang disembangkan dia sendiri tidak pasti ada sahaja topik untuk mereka meneruskan perbualan.
Mereka berbual sehingga sampai didepan Guesthouse. Iman mengucapkan selamat tinggal. Dia nak balik Malaysia esok. Aina sedih, tetapi dia gembira dan membuat keputusan untuk menghantar Iman di Airport esoknya.

Aina masuk ke Guesthouse dengan perasaan berbunga, tanpa menyedari Api kemarahan sedang menyala di dalam Guesthouse.

“Aina kemana kamu pergi saya kan dah suruh kamu pulang sebelum mereka balik”, Ji Soo bercakap dalam nada keresahan.Semua memandang Aina.

“Aina Fathiyyah please come to my office”, Waiz bersuara.
“Aina awak kemana, mana tanggungjawab yang saya serahkan pada awak sebelum saya pergi” Waiz mula menyoalkan kewibawaan Aina.

 Dia mula geram lebih lagi bila dia perhatikan CCTV Cuma Ji Soo yang melakukan kerja dan dia sering hilang.

“Saya. Saya. Saya ke..” Aina ketakutan kali pertama dia nampak Waiz dalam kemarahan macam tu
“ kemana?”, Sebelum sempat Aina menghabiskan Ayat,  Waiz menjadi marah dan menghempaskan tangan ke meja dan menjerit.

Aina tidak salahkan Waiz dirinya sendiri yang melanggar janjinya sendiri.

Novel : Pewaris Bab6



“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 6 – Cinta atau tarikan ?

Sarah memandang kehairanan.

“Hai. Saya Sarah. Awak Cik Pipi Merah ye?”, Sarah memulakan bicara.
Pandangan Azalea dan Hakim Faiz terhenti disebabkan Sarah.

 “ Ye Saya..!”, “ Jom Jalan..”. 

Hakim Faiz hanya keras membatu sedangkan dalam hati dia sangat ingin pergi ke Azalea dan memeluk dia untuk melepaskan rindu.

“Jom Cik Pipi Merah..hehe”, Sarah senyum dan menarik tangan Azalea ke arah Jeep.

Sepanjang perjalanan ke Camp hanya Sarah yang bercakap manakala mereka berdua hanya senyap tanpa bicara.

*** 

“Ji Soo saya nak ke Dongdaemun.”, “ ne, al-ass-eoyo..”
Aina serik menggunakan kereta di Seoul, lalu dia membuat keputusan untuk menaiki kenderaan awam.

Jaket berwarna kuning kehijauan disarungkan. Earphone di letakkan ditelinga.Playlist MP4 dilihat satu persatu. Lagu Jaclyn Victor, Ikut rentakku dipasang.

Aina berjalan menuju ke arah Subway Hongik University. Sesampai di Dongdaemun Aina ternampak orang ramai berkumpul dan terlihat orang sedang demo alat pencuci lantai. Di sebalik orang ramai Aina ternampak lelaki yang dilanggarnya semalam. Aina mengekori lelaki tersebut.
Sesampai di hadapan kedai pakaian terlihat lelaki tersebut mengalihkan sekarung guni pakaian dari troli ke kedai tersebut.

 Aina mengekori lelaki tersebut sampai kehilangan jejak lelaki tersebut. Aina mencari cari kelibat lelaki tersebut tetapi kecewa lelaki tersebut hilang. Aina mengalah dan masuk ke lif . Tiba-tiba lelaki tersebut muncul dan Aina terkejut dan lelaki tersebut merapati Aina sehingga tersandar ke dinding lif. 

Mereka terlampau dekat sehingga boleh mendengar nafas masing – masing.

“Why are you following me?”, Aina terkejut dan nafasnya menjadi kencang hatinya berdebar-debar, adakah ini perasaan jatuh cinta pandang pertama?

“I’m asking again why are you following me”, Aina tersedar dan menolak lelaki tersebut.

“No I’m not”,
“ Oh …okay”. 

“Don’t you remember me …I mean yesterday I almost hit you”, Aina cuba mendapatkan perhatian lelaki tersebut.

“Oh that girl, yeah I remember so why are you following me”,
“Is just that.ehmm can you follow me”, lelaki tersebut kehairanan dengan perangai Aina. Pintu lif terbuka dia mengekori Aina.

***  

“Actually I just want to say sorry for yesterday” ,

 “ Agasshi nan gwaenchanh-ayo”.

Lelaki tersebut tersenyum dan pandangan mereka saling bertaut.

“by the way , nae ileum-eun Aina Ibnida”, Aina menghulurkan tangan tanda perkenalan. 

“ Nama saya Fayyadh Iman” Aina terkejut dia memperkenalkan diri dalam bahasa Melayu.

“Awak melayu ke..” , “ Ye lah tak kan lah awak tak boleh bezakan saya dengan lelaki korea yang lain saya kan kulit sawo matang” Fayyadh tergelak.

“haha sumpah saya mati-mati ingat awak orang korea dan awak memang duduk sini ke”.” Haha awak ni lawak lah. taklah sebelum ni saya belajar di jepun now saya travel di korea before balik Malaysia cari kerja”.

“Ha. traveller ?habis napa saya nampak macam awak kerja dekat dongdaemun tu”.
“ saja nak feeling jadi orang seoul. Awak pulak apa cerita”, Fayyadh cuba mengalihkan cerita.

“Hmm saya ni panjang ceritanya , sehari semalam tak cukup nak cerita”.

Mereka terus bersembang sehingga tidak sedar masa berlalu.

***

Ji Soo nampak agak cemas.
Panggilan bertalu-talu dari Waiz menambahkan lagi rasa takut Ji Soo.

Akhirnya Ji Soo membuat keputusan untuk menjawab panggilan dari Waiz.

“ Ji Soo shii, Naya!”, Waiz membalas dengan nada yang agak tinggi almaklum telefon banyak kali ini baru diangkatnya.Sebelum sempat menjawab pertanyaan Waiz, Aina tiba dan mengambil telefon dari Ji Soo.

“Oppa, Naya Aina!, kenapa ye call ?”. 
“ tak ada apa oppa saje nak beritahu kami dah sampai tapi seorang pun tak jawab panggilan kami. Risaulah kami kat sini”. Aina telah diberi ceramah percuma dari dalam telefon iaitu kepentingan menjawab panggilan dengan cepat dan efisien.

“Fuh we’re save thank god”, Aina melepaskan rasa lega.

“ Wait..Where are you going?, you’re gone about 6 hour you know!”. Ji Soo mula menukar nada dari risau kepada marah.

“Mian haeyo!chingu ya”, Aina memohon maaf dengan nada manja dan comel. Ji Soo terlalu mudah cair dan terus memaafkan Aina dan sekaligus Aina berhasil memintas soalan yang bakal ditanya Ji Soo.

Aina sendiri rasa bersalah atas kealpaan dia leka bersembang dengan kawan yang baru dikenalinya Fayyadh Iman. 
Ye Fayyadh Iman, Aina sendiri tertanya kenapa dia boleh jadi semesra ini dengan Fayyadh Iman, lelaki yang baru dikenali.


Novel : Pewaris Bab5


Kredit : Google


“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 5 – Kehilangan kamu satu keperitan!

~ ~ You’re the Only one…only one ~ ~
Aina kelihatan tenang sambil menghirup Latte yang di belinya sambil menikmati keindahan alam dan melayan Lagu Boa, You’re the only one yang didengarinya sayup sayup di Coffe shop tersebut sementara menantikan minuman yang dipesan disiapkan.
“ Agassi, i keopi ibnida”, Coffee yang ditempah dah siap dan Aina bergegas ke kereta yang dipinjam dari Ji Soo, sewaktu melalui kawasan Dongdaemoon Aina telah melanggar seorang lelaki. Aina bergegas keluar dari kereta kearah lelaki tersebut
“ Awak tak apa-apa..maafkan saya”, Aina berbahasa melayu tanpa disedariya dan lelaki tersebut nampak seperti kebingungan dan Aina yang dah boleh berbahasa korea sikit telah mula meminta maaf.
“Gwaenchanh-a…jeongmal nan gwaenchanh-a” lelaki tersebut cuba meyakinkan aina yang seakan dalam ketakutan dan secara tiba-tiba lelaki tersebut telah memeluk Aina dan dia terdiam. Lelaki tersebut cuba untuk menenangkan Aina.
“Are you okay … I mean did you hurt, bleeding or anything” Aina yang tadinya terdiam mula gementar semula.Dia didakapan lelaki asing yang tidak dikenalinya.
“Oh you are not Korean I’m sorry ..I’m okay it’s fine”, lelaki tersebut berbisik ditelinga Aina dan berlalu pergi dan Aina berdiri di tengah jalan kebingungan memerhati lelaki tersebut pergi dengan membawa troli.

***
Ji Soo yang berjalan ke ruang meletak kenderaan ternampak Aina yang masih lagi didalam kereta dan nampak kebingungan . 
“Aina” tiada reaksi dari Aina dan Ji Soo mulai risau. “Aina are you okay ..awak tidak apa-apa kah”, Ji Soo mengetuk cermin kereta .Ji Soo cuba menyedarkan Aina yang masih lagi mengelamun.
“ Ji Soo shii dangsin-uii keopi” Aina yang baru tersedar dari lamunan secara tiba-tiba menawarkan kopi yang baru dibelinya.
 Ji Soo kehairanan dan Aina senyum mereka berdua tertawa .
***
Waiz berjalan kearah staff Guesthouse yang sedang berkumpul.
“Yeoleobun-ui haengbog?” waiz bertanya kehairanan mereka nampak begitu gembira
“Hyung ..Our Agassi pay for all of this” Mike menyatakan dengan gembira sambil tangannya berada di bahu Aina. Reaksi wajah waiz terus berubah dan cuba duduk diantara Aina dan Mike . “ Yaaa.. Hyung wae?” Mike terus meninggi kan nada kerana Waiz duduk diatas tangannya”.
 “Mian hae..” Waiz meminta maaf tanpa ada rasa bersalah dia berasa puas, “padan muka sesuka hati ko sahaja peluk perempuan aku kan” Waiz berkata-kata dengan gembiranya di dalam hati sambil tersenyum. Mike memandang pelik Waiz yang tersengih.
Aina terus bangun sebab merasa rimas “ Aina nak pergi mana” , “ tak ke mana Cuma nak ke kaunter ada orang datang” Aina cuba mengelak sebab dia merasakan Waiz seperti kebudak budakan.
Waiz dapat perasan perubahan air muka Aina dan dapat idea untuk merapatkan semula hubungan mereka “ I have an announcement to make. all of us will go holiday!”
 “Holiday?” semua bertanya secara serentak. “ Yah Holiday!.. all of us will go to Busan”, “ tapi siapa nak jaga guesthouse” semua tertanyakan soalan yang sama.
“Mike and Ji Soo will stay for this time.. because they just got back from their holiday at Masan. Right!”, “ saya pun baru balik dengan mereka. So saya boleh tinggal dengan mereka!”
***
“ No you will come with us ..”, Waiz agak meninggikan suara kerana Aina tidak mahu pergi bersama. Tujuan percutian ini adalah peluang dia untuk merapatkan dirinya bersama Aina semula.
“ but it’s unfair to others kalau saya pergi”, Aina cuba untuk tidak meninggikan suara tetapi semakin lama berbicara mereka mula meninggikan suara sesama mereka. Perbalahan mereka didengari oleh staff yang lain kerana mereka mencuri dengar dari luar bilik.
Aina keluar dari bilik Waiz. Suasana Senyap. Suasana Rainbow Guesthouse agak suram selepas kejadian tersebut. Walau apa pun mereka cuba memberi layanan yang terbaik kepada semua penumpang di guesthouse tersebut.
Tiba masa hari yang dijanjikan.
“ Hyung. eotteohge?. Aina shii still don’t want to go”, “ Fine. It’s okay Mike you came with us too” Waiz cuba mengelakkan dari Mike tinggal bersama aina. apa pun yang dilakukan Aina tetap tidak akan berganjak dari keputusannya.
 “Keras kepala” itu yang difikirkan oleh Waiz dan tinggallah Aina dan Ji Soo menjaga guesthouse tersebut berdua.
***
Hari semakin senja. Hakim Faiz termenung memerhatikan matahari terbenam, salah satu keindahan alam yang tidak mampu dipertikaikan.
“lepaskan…lepaskanlah bodoh. sakitlah..” Hakim terdengar suara perempuan menjerit. Hakim mencari dari mana suara tersebut datang dan ternampak seorang perempuan dipaksa masuk ke sebuah van putih.
“nak masuk campur ke tak?” Hatinya berbelah bahagi untuk membantu tapi akhir membuat keputusan untuk membantu.Setelah bersusah payah sampai dia tercedera di kepala semasa membantu perempuan yang tidak dikenali tersebut akhirnya mereka berjaya melarikan diri.
Mereka berlari bersama walaupun tidak saling mengenali perempuan tersebut mengikuti dia juga.
“awak okey tak?”. “okay terima kasih… eh awak cedera”.
Perempuan tersebut risau dan cuba untuk membantu Hakim faiz. Hakim faiz cuba menolak pertolongan tersebut, tetapi perempua tersebut berkeras dan mereka duduk di gerai makan berdekatan.
“awak tunggu sini kejap?”, Hakim  pelik kemana perempuan tersebut hendak pergi. Tidak sampai 5min dia kembali dengan bungkusan ditangannya.
“awak okay tak”, selesai membuat first aid dikepala Hakim dia mula memperkenalkan diri. “ By the way …my name Sarah and yours?”.
“Hakim Faiz. And actually what’s going on dengan awak tadi?” , “ Oh tak ada apa orang gila je tu. By the way sekali lagi terima kasih ye!”. Sarah mula bangun dia hulurkan tangan untuk bersalam dan pergi. “ Perempuan ni pelik!” itu yang terdetik di hati Hakim ketika itu. 
***
“Cik Azalea rundingan tersebut mungkin akan gagal kalau cik masih berdegil”,
“Saya dah tegaskan saya tidak akan benarkan apa sahaja jenis alkohol dihidangkan. Tak kan awak tak tahu itu polisi hotel kita. Kekal sebagai hotel terkemuka berteraskan hukum islam”. Azalea menegaskan pendirian dia, Aina bersusah payah untuk mengekalkan polisi hotel tak akan dia senang – senang nak ubah semata demi keuntungan hotel.
“So macam mana sekarang Cik”,
“Tak apa saya sendiri akan fly ke Sabah untuk terangkan keadaan sebenar”. Azalea kelihatan sugul selepas Pengurus hotel cawangan sabah itu keluar
Terimbas semula kejadian seminggu lalu.

“Ibu, Abang ada kenapa Lea call banyak kali tapi tiada jawapan”.Azalea ke rumah Hakim Faiz untuk berjumpa.
“Lea maafkan ibu, Hakim dah pergi dari sini”, Azalea kelihatan terkejut. Dia merasakan pemergian Hakim adalah kesalahan dia yang telah abaikan hubungan mereka yang dibina selama 8 tahun itu.
“Lea. Nangis lah , ibu tahu Lea sedih…. Nangis sepuasnya” Azalea menangis di dakapan Datin Hanum tanpa dapat dibendung perasaannya yang selama ini dirahsiakan.
“Zall. Boleh nenek masuk sekejap”,  lamunan Azalea terhenti.
“Ye nek boleh, silakan”. Semenjak kehilangan Hakim Faiz seminggu lalu Azalea sudah kurang bercakap. “Zall betul ke tak mahu cari Hakim”.
“Nek kita dah cakapkan perkara ni, biarkan dia cari ketenangan yang dia cari, Zall tak boleh paksa dia”. Azalea seolah telah pasrah, yang membuat hati Puan Mariam jadi marah sebab Azalea tidak memberi sebarang reaksi, malahan usaha mencari pun tiada.
“Baiklah nenek tak boleh cakap apa-apa,semua terserah pada Zall, nenek tak pernah halang hubungan Zall dan Hakim, nenek Cuma nak beri pengajaran pada Aina” Azalea tidak memberi sebarang respond dan meneruskan kerjanya seperti biasa.Puan Mariam bangun dan keluar dari bilik pejabat Azalea dengan perasan hampa.
“Nek … Zall nak ke Hotel kita di Sabah esok ye”. Sebelum sempat Puan Mariam melangkah pergi Azalea bersuara.
“Berapa lama, ambiklah cuti sekali, pergi tenangkan minda dan perasaan Zall kat sana” Puan Mariam mengeluarkan cadangan.
“tapi macam mana dengan hotel”, 
“tak apa amik cuti seminggu hal hotel biar nenek uruskan ”,  Puan Mariam kasihankan cucunya yang telah banyak berkorban untuk selamatkan legasi hotel yang selama ini dipertahankannya.

***
“Awak…awak masih berhutang dengan saya”. Sarah bertindak mengejar Hakim Faiz yang tidak melayani dia dan tidak bercakap sepatah pun sepanjang mereka berjumpa hari ini.
“Awak.Awak tak penat ke bercakap sepanjang hari”, Akhirnya Cold Prince bersuara kata Sarah didalam hatinya.Hakim sibuk membantu mengedarkan barang bantuan makanan kepada yang memerlukan.
“Awak akhirnya bercakap juga kan .kenapa awak sombong sangat hari ni”.
“bukan sombong kan awak tengok saya kan sibuk dari pagi lagi tapi awak tak berhenti bercakap, dari saya layan awak baik saya buat kerja dan saya biarkan awak bercakap”, Hakim Faiz tergelak manja melihat reaksi sarah yang tidak puas hati dengan jawapannya.

 “Hakim..boleh awak tolong saya jemput sukarelawan kita di Airport ?”,
“ Oh boleh chief..tapi macam mana saya nak kenal dia.” .
“Oh awak just bawa signboard ni ada nama dia”, Hakim membaca nama di signboard. Dia rasa pelik macam pernah dengar.
“Cik Pipi Merah, peliknya nama dia” Sarah menyampuk sewaktu Hakim cuba memikirkan makna disebalik nama tersebut tetapi mengambil keputusan mengabaikan selapas asyik diganggu oleh sarah.
“Nak ikut..”,sarah bersuara manja
“Nak ikut boleh tapi please STOP TALKING” Hakim memberi kata dua dan Sarah menunjukkan bahasa isyarat mengunci mulut dan mengekori Hakim.

Selepas menyelesaikan segala hal hotel di Kota Kinabalu Azalea membuat keputusan untuk mengikuti badan kebajikan yang didaftarnya sebelum ini. Setelah menghubungi dia mendapat jawapan yang dia harus ke keningau.

Setibanya Azalea di Lapangan terbang keningau, Azalea mencari orang yang seharusnya menjemput dia ke tempat sukarelawan berada. Suasana di Lapangan terbang Keningau yang hanya kawasan lapang memudahkan dia melihat orang berkumpul dan dia nampak signboard namanya.
Dalam sekilas pandangan mata Azalea dan Hakim Faiz bertaut.
Suasana sunyi sepi.