Autumn to the Heart : Day 5(Seoul Part 1) ~ Bukchon Hanok Village

Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 5 Part1

Buckhon Hanok Village, National folk Museum, Gyeonbokgung Palace 
dan Gwanghamun Square.

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu


Yeay travelogue Autumn to the heart kembali hampir 2 bulan stopkan cerita ni akibat busy yg tidak terhingga Huhu okey disebabkan kali ni tidak berkesempatan saya telah panggil Penulis Jemputan.. Nama dia wani panggil je kecik keke dia one of the travel mate yang ke korea sekali jom baca hasil coretan dia pulak berkenaan perjalanan kami disana.

Autumn to the Heart :Day 5 (Seoul Part 1)

Assalamualaikum semua.. 

Dah lama rasanya tak update blog ni. Fuhh...berhabuk.Hah . Sebelum terlupa saya bernama Kecik adalah penulis jemputan untuk blog ni. Hahahaha. Sekarang kita sambung balik cerita travel kekoreakekita hari ke-5. Ok hari ke -5 ni kalau nak ikutkan dalam ittenirary kami pergi ke Buckhon Hanok Village, National Folk Museum, Gyeongbokgung Palace, Gwanghamun Square, Namsan Tower dan Seoul Mosque. Banyakkan?? Jangan risau ada tempat tu dekat-dekat je.Jalan kaki pun sampai. Tak payah ambil subway.

Bermulalah sebuah cerita, 
Pagi-pagi lagi aku dah kejut kawan aku teha(Pemilik blog ni) dan Wani. Excited la katakan tak habih lagi nak explore Bandar Seoul ni. Selepas sarapan semua tepat pukul 8.00am macam tu terus kami pergi ke stesen subway. Mungkin teha lupa nak  cakap atau dia ada cakap aku tak perasan, bila keluar awal-awal pagi ni bersedialah korang semua kena rempuh dengan orang Seoul yang nak pergi kerja, kolej ,sekolah semua. Memang akan kena tolak punyalah. Sabar je. Sebab hati kental boleh sampai korea takkan sebab hal kecil tu nak mengalah kan.hahaha.

Credit : Runningman
Inilah a reality of Seoul morning subway sama sahaja dengan Train kita di KL


#Buckhon Hanok Village
Subway Station : Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2.



Duration: 22 minutes, 8km
Stop: 9 stations
T Money: 1,000 won
Cash: 1,050 won
Transfer: Euljiro 3samga Station, Line 3 
Route: Hongdae Station, Line 2--> Euljiro 3samga, Line 2 (Stop change line 3)-->
Euljiro 3samga (Line 3) --> Anguk Station (Line 3) Exit 2


Distance from subway station : Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village.Bila korang jalan straight tu korang akan jumpa satu Tourist counter.. Kat situ boleh ambil peta Buckhon Hanok Village. Kawasan area Buckhon Hanok Village ni aman je.Kereta tak banyak dan kawasan ni lebih kepada kesenian, kebudayaan dan  tradisional.

Ini alamat Buckhon Hanok Village : 
37, Gyedong-gil, Jongno-gu, Seoul 
서울특별시 종로구 계동길 37 (계동)
Tourist information counter : 9.00 am - 5.00pm

Bukchon Hanok Village Map - Ikut je macam dalam map tu yang ada bulat hitam dan garis tu

Haha lupa nak tangkap gambar ruma Lee Shin & Park Gyu Won so amik kat cite je lah
Salah satu lorong di Bukchon memang sesuai untuk pengambaran cantik sangat

Dekat Buckhon Hanok Village, kita boleh tengok rumah-rumah tradisi masyarakat Korea. Kat sini tak boleh buat bising sebab kawasan ni ada orang tinggal. Nak melawat sini ada waktu-waktu tertentu je. Nak ambil gambar pun kat sini ada spot-spot tertentu yang kita boleh nampak satu Buckhon Hanok Village. Dan serius pemandangan memang cantik. Tak tipu siapa-siapa yang minat K-Drama , kat sinilah tapak pengembaran rumah Yonghwa dan Park Shin hye dalam cerita Heartstrings . Ingat tak rumah mereka yang sebelah-sebelah je tu. Dan Sape minat Lee Min Ho , kat sini jugak lah tapak pengambaran rumah dalam drama Personal Taste.Kira kalau dalam drama nampak macam rumah-rumah tradisional je kemungkinan besar diaorang shooting kat sini.
Sepanjang perjalanan macam-macam kami jumpa, kanak-kanak yang nak pergi sekolah, mak cik tengah menjual barang K-pop, pelancong, semualah. Nasib tak jumpa anjing. Kalau tidak lari tak cukup tanah kami. Ada jugak kedai-kedai menarik kat sini –kafe, kedai kecantikan(Nature republic, etude house, etc.) Guess what!! Kat sini kami jumpa kedai aksesori wanita yang jual stoking murah-murah. Orang tu baru nak buka kedai sapu sampah semua kami dah serbu.hahahaha.

# Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung - sedihkan TUTUP  
Gyeongbokgung ni tak jauh dari Buckhon Hanok Village dan letakknya bersebelahan National Folk Museum. Kami tak masuk ke National Folk Museum , kami terus ke Gyeonbokgung Palace. Jalan kaki sambil bersembang dah sampai. Sepanjang dekat Gyeongbokgung ni boleh nampak ramai abang polis Korea yang macho-macho  sedang berjaga di sekitar kawasan istana dan National Folk Museum.Sebelum apa-apa aku nak ingatkan jangan datang ke Gyeongbokgung pada hari Selasa sebab Palace ni TUTUP!!! Frust jugaklah kami.Dapat tengok dari luar je.Nampak bumbung istana je.Tangkap gambar depan pintu masuk istana pun jadilah asal tak kempunan.Hahahaha.
King Sejong Statue at Gwanghamun

General Lee Soon Shim Statue at Gwanghamun

#Gwanghamun Square
Korang pernah dengar tak lagu Kyuhyun tajuk dia Gwanghamun Square.Hah!! inilah Gwanghamun Square tu.  Kat sini ada General Lee Sun Shin dan Kim Sejong Statue. Ini adalah satu tempat tarikan pelancong. Ramai pelancong ambil gambar kat sini sambil berlatar belakangkan statue dan air pancut.
Macam mana nak sampai sini : Dari Gyeongbokgung  Palace tu , korang terus je.Nampak traffic light tunggu hijau lepas tu menyeberang la kat zebra crossing tu dan dah sampai. Dari jauh memang dah boleh nampak Statue Lee Sun Shin dan Kim Sejong. Bagi peminat Running Man , Running Man pernah shooting kat sini episod Yonghwa dan Kim Jedong  dan juga episod dengan  Ha ji won dan Gaeko waktu game main boling.
Kepada yang teringin nak pakai hanbok ala-ala wanita Korea boleh try kat sini.Kat sini ada tempat dia kecil je betul-betul di depan pintu exit subway.Kena beratur ye adik-adik kalau ramai orang. Ikut giliran. Nasib kami baik sebab waktu tu tak ramai orang cuma ada sekumpulan student Korea je waktu tu. Nak try pakai hanbok ni kena bagi passport kat diaorg sementara korang bergambar dengan hanbok tu yelah takut-takut nanti korang terlupa nak pulangkan hanbok tu . Dah habis pulangkan hanbok baru dapat balik passport korang tu. Try Hanbok ni PERCUMA tau.

Yang dalam kotak hijau tulah tempat free pakai Hanbok lepas King Sejong statue
Ni tempat pengambaran Runningman Ep7 yang ada Yong Hwa, Jo Kwon tu hehe
Draft writer - Wani Kecik
Editing + Adding info - Lollista
Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^