Chapter 4 : Here I come Korea Part1
ikhsan cik google : Incheon International Airport |
Ikhsan cik google : Namdaemun market |
Setibanya Kirana dan Eka di Incheon international Airport , mereka menantikan sepupu Eka yang telah sampai dahulu dengan sahabatnya. Setelah Sejam menunggu barulah nampak batang hidung mereka berdua, Eka memperkenalkan sepupunya Johan dan kawan baik dia Adam Hafiz. Senyuman yang diukirkan oleh Adam hafiz telah menambat hati kirana.Johan telah survey jalan di korea dan telah menyewa sebuah kereta dan juga menyewa sebuah Guest House, semuanya ditanggung oleh johan.Bermulalah Jurnal Kirana di korea .
Ikhsan cik google : Traditional Guest House |
ikhsan cik google : Train at Seoul |
Semasa kira sedang menulis jurnalnya Eka datang menyergah dari belakang. “Ha tulis apa tu, are you writing a love letter, for who, did for someone I know”,Eka menyergah dan bertanyakan soalan bertubi-tubi seolah telah menembak kira dengan berpelurukan soalan seperti machine gun . “Taklah is not a love letter just my journal, for my record only”. Eka mengajak Kira untuk berjalan menggunakan pengangkutan awam di korea sebab sepupunya johan hilang entah kemana. Mereka berdua telah membuat keputusan untuk ke Namdaemun dimana disitu ialah syurga untuk sesapa yang gemar untuk bershopping.Sebaik sahaja sampai disana mereka terlampau leka bershopping sehingga lah mereka tidak sedar yang mereka telah terpisah jauh. Eka telah panic dan mula mencari Kira bagaikan orang gila segala barang yang dibeli tadi telah ditinggalkan kerana Eka lebih risaukan kehilangan kawannya dari barang tersebut. Kira yang sedar dirinya telah sesat telah berusaha mencari jalan untuk kembali ke rumah tumpangan yang disewa johan tapi kirana tidak ingatkan alamat,kira Cuma ingatkan keadaan sekeliling kawasan tersebut.Eka telah menghubungi johan dan johan telah memarahi kira kerana bertindak tanpa pengetahuan dia. Johan dan Adam Hafiz telah berpecah untuk mencari kirana. Adam Hafiz dari seorang yang sombong dan tidak mengendahkan kirana juga mula gelabah dan risau dan mencari kirana dengan kelam kabut.
Setelah bagai nak gila Adam mencari kirana akhirnya dia terjumpa kirana yang sedang duduk ditepi jalan di subway, setelah adam tenang melihat kirana berada didepan mata, Adam menghampiri kirana dan menegurnya .Apabila kirana melihat adam yang berada didepannya dia mula menangis tak henti –henti sampai adam mula naik risau . Pada mulanya adam nak bawa dia balik , tapi setelah dia melihat kirana macam hilang semangat dia bawa kirana berjalan untuk menenangkan dirinya.Adam mula tertarik dengan kirana setelah menghabiskan masa selama sehari , Adam membawa kirana ke kedai Handphone terpakai, apabila sampai kirana agak terpegun banyak handphone yang dijual dengan nilai yang murah sampai ada yangdiberi percuma semuanya masih lagi elok dipakai.Korea sebuah Negara yang maju setiap masa pasti ada sahaja teknologi yang baru dikeluarkan jadi tidak hairan bila ada kedai sedemikian diwujudkan.Kirana hanya perlu berikan Passport sahaja untuk membeli handphone terpakai sekali dengan talian .Setelah seharian Adam membawa kirana berjalan akhirnya mereka kembali ke rumah tumpangan yang disewa mereka. Sesampai sahaja dirumah tersebut Kirana melihat Eka yang tidur berada dalam keadaan kepenatan setelah penat seharian mencari dia. Eka tersedar dan mula memeluk kirana dan menangis dia berjanji tidak akan meninggalkan kirana dan leka lagi.
0 Komentar
Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^