Novel :Kirana Aqila- Chapter 2 : Persiapan dimulai

Chapter 2 : Persiapan dimulai

Setelah sambutan majlis yang dibuat oleh Mila, adila dan ani malam itu , kira telah memulakan aktiviti persiapan untuk ke London.Perkara pertama yang harus kira buat adalah pergi ke pejabat Mara di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan segala yang diperlu .Kira dan Maknya tidak mahu menempuh kesesakan lalulintas yang teruk di Kuala Lumpur jadi mereka mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di LRT putra gombak dan menaiki LRT sahaja untuk ke pejabat Mara. Untuk Ke pejabat Mara mereka perlu mengambil dua train iaitu menaiki LRT putra dari Gombak dan membuat penukaran ke Tren STAR dan turun di stesyen Bandaraya. Mereka akan melalui SOGO.Akhirnya setelah sampai mereka telah meninggalkan MyCard sebagai jaminan sebelum menaiki lif ke pejabat Mara. Mereka perlu pergi ke tingkat 8 untuk bahagian penawaran biasiswa.Disini mereka harus bertemu dengan Puan Haleena yang bertanggungjawab menguruskan student yang akan belajar ke luar Negara.Setelah Kira telah menanda tangan segala perjanjian yang disediakan ,Puan Haleena seorang yang begitu mesra dan baik melayan Kami berdua telah menyediakan senarai barang dan perkara yang harus ada sebelum fly 2 minggu lagi. Barang – barang yang harus kami beli ialah Baju Sejuk , membuka akaun Maybank untuk menerima elaun bulanan dari pihak MARA dan barang – barang asas kerana puan Haleena memberitahu barang disana sangat mahal jadi kami harus sediakan apa yang patut.
Situasi di rumah begitu kelam kabut dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat untuk mengucapkan tahniah .Setelah saudara mara mulai bersurai setiap hadiah satu persatu dibuka .Begitu banyak barang keperluan yang harus kubeli telah diberi sebagai Hadiah.Secara tiba-tiba aku mendapat sergahan yang memang membuat aku sakit jantung. “Arhh…weh khai pe hal ni ko ni kan sama je ngan adik aku suka buat ak lemah jantung”,khai ni ialah sahabat karibku dari kecil dia bersahabat baik dengan ku semenjak kami masih lagi di Sekolah menengah.Perangai dia memang gila-gila tapi sebab perangai dia yang gila-gila tu yang membuatkan kami bersahabat karib sampai sekarang.Khai ni nama penuhnya Khairul Shaari tapi panggil lebih mesra dipanggil khai .Dia ni memang selalu membuat hati aku berdebar-debar walaupun kami bersahabat baik tapi permulaan kami bersahabat ialah kerana waktu dia masuk sekolah aku dahulu dia ni memang diminati ramai pelajar perempuan kerana mukanya yang handsome dan perangai dia yang cool, tapi disebalik perangai dia yang cool tersembunyi sifat yang buat aku sakit hati sangat ye dia memang cool tapi cool yang menyakitkan hati. Aku ingat lagi first dia masuk kelas aku iaitu Tingkatan 1 Cempaka dia memperkenalkan diri seperti dialah yang terhebat sekali bila teringatkan balik ia memang lawak.Tapi ada satu kejadian yang menjadikan kami sahabat yang karib sampai sekarang.Masa  kejadian tersebut berlaku aku dalam perjalanan pulang dari sekolah,tiba-tiba aku terdengar suara lelaki yang sedang bergaduh, aku mengikuti suara tersebut sehinggalah sampai ke tempat suara tersebut dan aku lihat Khai teruk dibelasah oleh budak-budak nakal.
Teruk juga aku melihat dia kena belasah jadi aku pun memanggil cikgu untuk mengelakkan kejadian yang lebih teruk, sampai je cikgu kesemuanya budak – budak yang pukul khai terus kenakan tindakan disiplin. Khai pula dibawa ke Hospital untuk rawatan . Keesokan harinya aku dapat tahu yang khai telah dimasukkan ke wad akibat kecederaan yang teruk. Oleh sebab risaukan keadaan khai aku pun pergi melawat dia tapi rupanya dia sihat sahaja. Ibu dia yang terlalu risaukan dia yang menyampaikan keadaan tersebut . Aku cuma mahu melihat dari jauh tak sangka kehadiran aku telah diketahui. Dia mengejutkan aku 
“Woit apa kau buat kat sini”.Terkejut aku dibuatnya ,
“Weh apa kes kau ni main sergah belakang pula,” 
“Apa kau buat kat sini mesti kau risaukan aku kan”, “Eh tak kuasalah nak risau kau sapa.”
“Weh ..terima kasih pasal semalam kalau kau tak..”.”Kalau aku apa..”
“Kalau ko tak panggil cikgu mesti teruk aku kena”.”Mana kau tahu aku panggil cikgu”
“Cikgu yang cerita semalam..terima kasih yer..Can I’ll be your friends”.
“Sure... friends..but firstly boleh tak buang perangai ko yang annoying tu..Annoy gila tau”
“Okey kawan.”.. “Friends..” 
Kejadian itulah yang merapatkan kami sampai semua orang mengatakan kami ni pasangan bercinta tapi disebabkan kami dah berjanji untuk bersahabat dan tidak akan memasukkan maksud lain dalam persahabatan kami jadi aku pendamkan perasaan itu. Sampai sekarang aku masih tidak tahu apa sebabnya khai kena pukul bila ditanya dia kata budak jangan sibuk. “Along jauh mengelamun”lamunanku terhenti setelah ditegur oleh mak.”Eh mak taklah ..khai mana mak.”. “Dah lama dia balik dia tengok along busy jadi dia malas nak kacau katanya”. 
Sedar tidak sedar 2 minggu telah berlalu hari untuk bertolak ke London telah tiba. Sebelum bertolak ke lapangan terbang kira amat berharap teman baiknya Khai akan datang untuk menghantarnya.
“Mak  ...khai datang tak”,
“hmm katanya tak ikut dia kata takut dia nangis tengok kamu pergi nanti…
  hilang macho katanya..”.

“hmm ok”. Kira kecewa mendengar jawapan dari ibunya

*di lapangan terbang Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLIA- Kuala Lumpur International Airport

“Along dah check ye passport tak de barang yang tinggalkan”. Puan Alina hendak memastikan tiada yang tertinggal ,jika ada susah lah nanti . “dah mak passport, ic  semua pun ada”. Kira masih ternantikan kehadiran teman baiknya itu, waktu untuk bertolak telah tiba panggilan penumpang untuk pesawat MAS kuala lumpur to London telah pun dipanggil . “Along ada apa telefon mak terus…sampai sana terus cari Puan Syakila ye tunggu sampai dia datang dan pastikan barang semua ada duduk tempat ramai orang”, begitulah kerisauan seorang ibu untuk menghantar satu – satunya anak gadisnye ke perantauan kegusaran hati masih terasa. “ ye mak along tahu jangan risau..mak..along sayang mak”, “jaga diri ye along”.Sebelum kira melepasi pintu masuk rupanya khai sudah menanti disitu dengan sejambak bunga mawar merah yang segar. 

“Khai ,ko ada sini aku ingat ko tak nak hantar aku”,

 “Ehmm ak dah lama kat sini Cuma tunggu ko jer lambat sangat masuk maaf 
   bukan ak tak nak jumpa kat sana Cuma ak rasa sini lebih privasi”

“Ada apa , kenapa muka ko Nampak serius ni”, sebelum sempat khai mengungkapkan
Kata – katanya seorang Pramugari telah meminta kira untuk cepat kerana sudah sampai
Masa untuk bertolak “Khai maaf nanti kita chat kat fb bila ak dah ada talian internet ok”

“Kira sebelum ko pergi ni untuk ko”. Sejambak bunga mawar merah diserahkan kepada kira. Begitulah nasib khai sampai sekarang dia masih belum berani mengungkapkan kata cintanya kepada Kirana Aqila yang sudah hampir Sembilan tahun disimpanya didalam hati kerana janji bodoh yang dibuatnya semasa saat perkenalan dia dengan kira. Mereka telah membesar bersama dia telah melihat perubahan kira yang positif dari gadis selekeh dengan perangainya yang selamba dan sentiasa positif kepada gadis yang masih lagi berbadan gempal Cuma dia sudah pandai untuk berhias dan berpenampilan menarik dia sentiasa tertarik dengan kira walaupun dengan berbadan gempal dia sentiasa positif dalam hidupnya dan ceria, sikap itu yang menarik perhatiannya untuk mula menyukai kira.




Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^