Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 1

Assalamualaikum semua.

Hari itu dah post pasal teaser travel kami. So hari ini nak story la sikit pasal perjalanan kami ke Busan, Jeju dan Seoul selama 2 minggu.

Kalau sebut bab pengangkutan macam biasalah kami mesti la pilih Air Asia X. Kami beli tiket ni bulan 12 tak silap. Kami fly ke Korea dalam penghujung bulan 4. Kali ni kami pergi bertiga (Ana, Wani, dan Tiha. Perjalanan kami bermula pukul 1am Ahad dari KLIA2. Kami ambil flight malam sebab nak jimat tak nak order makanan. Tapi bila penumpang depan, kiri, kanan makan mulalah rasa lapar semacam je. Tak tahan bau makanan tidur je la. Paginya kami pun sampai Gimhae International Airport, Busan.


 Macam inilah keadaan Gimhae International airport waktu pagi. Tak ramai orang pun.


 Setelah urusan dengan imigresen semua selesai, kami pun terjah 7 eleven yang ada dekat situ untuk topup cashbee kami dan tak lupa juga beli susu pisang. Sekarang susu pisang dah upgrade ada flavour baru coffee. Dah selesai isi perut kami pun terus ke kaunter sim kad untuk beli sim kad Korea. Dekat sini lah masalah bermula bila handphone Tiha tidak dapat menerima sim kad itu. Nak activekan tak boleh. Hampir setengah jam kami tersadai di situ sampai kena call centre sim kad tersebut. Akhirnya kami pun ambil keputusan untuk menggunakan handphone aku. Dalam sekelip mata boleh. Laa penat je bazir masa. Rupanya handphone Cik Tiha rosak. Setelah semuanya settle kami pun bergegeas ke Apple Guesthouse. Guesthouse ni kami dah tempah 2 bulan sebelum kami ke sini. Kedudukan Apple Guesthouse ni sangat-sangat strategik.Betul-betul dekat tengah bandar dan Jagalchi market. Apple Guesthouse ni terletak di tingkat 5. So nak cari kat mana kena pandang atas bangunan je.Untuk membuat tempahan atau maklumat lanjut boleh ke www.appleguest.com. Kat bawah ni merupakan map untuk ke Apple Guesthouse :

Credit : Apple guesthouse website.


Receptionist counter. Cantik kan.

Apple guesthouse ni memang cantik dan strategik.Kami pilih duduk di dorm 4 orang. Tapi ada satu yang kurang bagi kami ialah bilik air dia dekat luar. Dekat dengan receptionist counter. So nak pergi toilet silalah berpakaian lengkap.

 Pemandangan dari Apple Guesthouse.

 Pemandangan dari Apple Guesthouse. Boleh nampak Busan Tower.

 Seberang jalan ni je guesthouse kami. Lepas tu belok kiri.


Dah letak semua luggage kami di guesthouse kami pun ke bandar untuk pusing-pusing melawat kawasan dan cari makanan tengah hari. Hari minggu memang ramai orang.Kami pun macam biasa lah sampai korea ni kalau tak tengok-tengok barang skincare memang tak sah. Tapi kami survey harga je dulu hari first ni. Hari first di Busan memang kami berlegar-legar kat area bandar je melawat Gukje market dan Biff Square.


 Tak de kerja duduk-duduk tengok orang ramai.


Malamnya kami melawat Jagalchi market dan makan stew seafood di area Jagalchi market. Stew seafood ni memang best makan dengan nasi panas. Banyak restoran seafood di Jagalchi market ni. Boleh pilih nak pergi yang mana.

Dalam Jagalchi market.

Stew seafood. Tengok je macam ni. Dalam tu macam-macam seafood ada.

Itinerary hari pertama di Busan:
Depart from KLIA 2
Arrival at Gimhae International airport
Check in Apple Guesthouse
Biff Square
Gukje Market
Jagalchi Market
Makan Stew Seafood


Budget hari pertama di Busan (per head) :

 Topup cashbee : 20 000won 
Susu pisang : 1 300 won 
Apple guesthouse dorm for 4 : 48 000 won (2 nights)
Lunch: 5 000 won  
Dinner: 11 000 won
Sim Card : 10 000 won
Total : 47 300 won



Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^