Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 4

Assalamualaikum..anneyeonghaseyo.


entry kali ni nak cerita pengalaman  hari ke tiga kami  di Jeju Island. Pagi ni hujan dengan lebatnya. Selepas sarapan pagi di Lyndon Hostel, kami pun bercadang ke Seongsan Illchubong seperi yang kami rancang dalam ittinerary. Walaupun kami 'lost' sebenarnya, tak tahu macam mana nak pergi ke Seongsan Illchubong dengan tak de kereta sewanya, tak de guide nya.  Ini memang trip redah betullah. Selepas puas bertanya kat receptionist hostel ni. Kami pun bergerak la ke bus stop terdekat.

Cara ke Seongsan Illchubong : 

Naik bus No.700 dan turun di Illchubong bus stop.
Perjalanan mengambil masa 90 minit by bus.

Entrance ke Seongsan Illchubong
Waktu kami sampai ni hujan turun dengan lebatnya. So better bawa baju hujan spare.Manalah tahu hujan turun tetiba. Kalau tak bawa pun tak pe sebab dekat sini ada kedai cendera hati yang jual baju hujan.

Bayaran untuk masuk ke Seongsan Illchubong ni 2 000 won per head. Tahukah anda nama lain Seongsan Illchubong ini adalah sunrise peak. Seongsan Illchubong diiktiraf UNESCO world Heritage sejak tahun 2007. Kalau nak tengok matahari terbit sila datang awal-awal pagi.
Pemandangan Seongsan Illchubong dari pintu masuk.

Dekat sini memang ramai pelancong dari dalam atau luar Korea walaupun kami pergi hari biasa. Waktu kami pergi ni angin bertiup kuat. Memang sejuk.

Rajin?? Sila naik atas lagi.

Boleh nampak laut dari sini.
Descending trail
Muka gembira kami.
Untuk pengetahuan semua, kami tak naik sampai ke puncak pun.Sebab macam dah tak larat dengan hujan lebatnya.Tak pe lah dekat bawah pun dah bersyukur sebab jejakkan kaki kami dekat sini - One of the UNESCO World Heritage.

Dan kepada yang suka beli cendera hati kat sini ada kedai menjual cendera hati dan juga coklat.Sempatlah  kami membeli t-shirt jeju untuk kenangan.

Selepas dah puas melawat Seongsan Illchubong, perut pun dah berbunyi. Apa lagi cari makan lah. Kat sini di celah-celah lorong ke Seongsan Illchubong ni terdapat banyak restoran seafood. Sesungguhnya Jeju juga terkenal dengan seafood. Sehari sebelum kami ke sini , kami bersembang dengan tour guide yang kami jumpa di guesthouse. Rupa-rupanya tour guide ni adik kepada Kina Omar. Adik ni cakap boleh makan di mana-mana restoran seafood asalkan restoran tu tak jual daging b*bi.
Grilled fish di salah satu restoran di Jeju.





Kedai yang kami pergi ni terletak berhadapan dengan lorong ke seongsan Illchubong. Tak ingat nama kedai ni. Kedai ni macam ada banyak la jugak gambar orang terkenal pernah makan kat sini. Tengah hujan makan grilled fish dengan nasi panas memang sedap. Tapi tak boleh move on la dengan kimchi sotong dia. Perghh sedap siap mintak refill banyak kali. Dekat sini jugak ada free minuman panas macam coffee, koko. So berbaloi la pergi kedai ni. Unnie kat kedai ni pun baik je layan kami semua.


Sebenarnya kami keluar agak lewat dari Seongsan ni. Jadi kami cuba jugak untuk pergi ke tempat terakhir ni iaitu Manjanggul Cave.

Cara ke Manjanggul cave:

Tunggu di bus stop di Seongsan Illchubong dan naik bas No.700. Bas yang sama. Sebab bas ni memang akan lalu di Manjanggul cave dulu sebelum sampai di Seongsan Illchubong. So macam kita patah balik la.

Manjanggul cave entrance

Yang tak bestnya pergi manjanggul cave ni naik bas ialah sebab bas ni akan turunkan penumpang dekat luar je.Bas takkan masuk ke dalam. Berita buruk nya ialah nak jalan ke dalam sampai manjanggul cave ni punyalah jauh bagi kami la lebih kurang dalam setengah jam jugak la berjalan kaki.Sepanjang perjalanan ini banyak juga kami jumpa tourist spot antaranya Kimnyong Maze Park.

Dah penat berjalan, akhirnya sampai juga. Tapi disebabkan dah penat sangat kami hanya jalan-jalan di luar sahaja memandangkan cave hampir tutup. Entrance fee dalam 2000 won per head.

Tak dapat masuk pun boleh baca info-info dekat bahagian luar.

Manjanggul cave juga diiktiraf sebagai salah satu UNESCO World Heritage. Operating hour adalah dari 9am hingga 6pm. Masalah muncul bila kami nak keluar dari kawasan tu. Hari dah hampir gelap. Nak jalan jauh tapi nasib baik kami ternampak ada teksi ni jadi kami pun minta budi bicara pak cik ni untuk hantar kami ke bus stop di seberang jalan. Nasib kami baik sebaik sampai di bus stop , bas dah ada tunggu. Fuh selamat tak perlu tunggu lama.


Itinerary hari kelima di Jeju:
Seongsan Illchubong
Grilled fish restaurant
Manjanggul Cave



Budget hari kelima di Jeju (per head) :
Grilled mackarel : 15 000 won
Seongsan Illchubong : 2 000 won
T-shirt Jeju : 10 000 won
* naik bas dan subway guna cashbee
Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^