Novel : Pewaris Bab8


Credit : Google


“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 8 – Ku rela lepaskan kamu pergi walau hati ku terluka!

“Hari ini kita akan Scuba diving. Jadi semua pastikan peralatan menyelam cukup” Chief kumpulan bersuara lantang.
Bab-bab keselamatan jangan dibuat main.

“Saya nak follow sekali” Sarah bersuara dari belakang Hakim.
“Boleh saya tahu awak ada sijil menyelam tak?” Chief bertanya. Sarah hanya menggelengkan kepala.
“Sarah kalau tak ada lessen menyelam sebaiknya awak jangan ikut. bahaya”.Hakim memujuk.

“Ala boleh lah !... kalau bahaya abangkan ada”. Sarah mula merengek macam budak kecil. Eishh rimas sungguh desis hati Azalea.

“Maaf ye cik kami tak boleh benarkan, kami tak nak tanggung apa jadi nanti”.Apa pun chief tetap menghalang. “Yes..yes” Azalea berbisik gembira.
Tingkah laku Azalea diperhatikan oleh Hakim.

“Okey saya bahagi satu group 2 orang ye nanti makesure take care you own team mate”, dalam pembahagian kumpulan Hakim dan Azalea berada di kumpulan berbeza. Hakim rasa lega.

“Sebelum kita mulakan menyelam sila periksa kelengkapan masing masing” ketua untuk menyelam bersuara.
Semasa Azalea memeriksa kelengkapannya tanpa disedari partner Azalea  bergerak telah tertolak gas oksigen dan  Azalea telah jatuh ke dalam laut dan diikuti tong gas tersebut telah jatuh ke arah Azalea. Jatuh dan darah mengalir keatas permukaan laut.

“Tolong…tolong Lea jatuh …ada darah!” Partner Azalea menjerit bila azalea jatuh dan bila ada darah dia terus pengsan. Lembik sungguh dia ni.

Hakim yang terdengar telah terjun dengan bergaya Ala Juara renang dan menyelamatkan Azalea.
Azalea dikejarkan ke Hospital.

***

Aina cuba perlahan – lahan keluar dari guesthouse. Hatinya tekad apa yang berlakupun dia harus ke Airport untuk menghantar Fayyadh Iman.

Sebelum sempat Aina berlari jauh.Kereta Sport berwarna merah berhenti disebelahnya. Setelah puas diperhatikan bila tingkap dibuka baru dia perasan yang Waiz yang memandu.
“Eh awak..kereta baru nampak!!” Aina cuba mengubah topik sebelum sempat Waiz bercakap.
“Awak nak kemana??” Waiz Akmal mengabaikan soalan Aina.
“Eh betul lah kereta baru saya tak pernah nampak” Aina masih mengelak. “Wah cantiknya dah lama berangan nak naik”.

“Dah jangan nak ubah topik naik cepat” Waiz bernada tegas.
Aina teragak-agak untuk naik kereta tersebut. Hatinya kerisauan sebab takut terlepas Flight Fayyadh Iman. Aina dengan berat hati naik juga selepas mendapat jelingan maut dari Waiz.
“Awak nak bawa saya kemana” Aina berdebar-debar sebab Waiz bawa dalam kadar kelajuan perlumbaan, celah sana celah sini dan akhirnya bila berhenti. Aina keluar dari kereta dan muntah.
Bila diperhatikan rupanya tempat dia berhenti ialah Airport. Aina memandang Waiz dengan muka yang penuh persoalan.

“Apa motif awak bawa saya ke sini?”, tiada jawapan dari Waiz.
“Awak jangan pergi, please I’m begging. I love you So much. Since the first day we met you know. I start to love you, tak ada satu perkara tentang awak yang buat saya membenci awak” Waiz meluahkan perasaan yang selama ini dipendam.

“Jangan pusing. Please .jika awak pusing saya tak ada kekuatan untuk meluahkan apa yang saya rasa selama ini“, Aina terpaku hatinya berdebar saat Waiz mulai mendekatinya dari belakang.
Semakin Waiz mendekati, semakin Aina bergerak ke hadapan.Waiz kecewa saat Aina menolak tangannya.“Awak saya tak boleh paksa awak untuk sukakan saya.” Waiz cuba mengawal emosi saat dia berbicara Aina memulakan langkah untuk masuk ke dalam.
“Pergi je lah jumpa lelaki kesayangan awak”. Waiz berkata perlahan sambil memerhatikan Aina pergi.  Langkah Aina terhenti.
Aina keliru, hatinya berbelah bagi.
“Awak tolonglah saya nak masuk sekejap je…awak tunggu saya ye”,Aina berkata tanpa menyedari Waiz sudah masuk kedalam kereta.
Aina berlari memasuki balai berlepas dan mencari cari Fayyadh Iman. Tapi sayang Flight ke Malaysia dah berlepas 5 minit yang lalu. Aina senyum, hatinya tenang
Aina keluar dari Incheon Airport dengan tersenyum. Aina mencari Waiz.

Dia cuba hubungi Waiz tetapi talian telefon dimatikan. Aina mula mengeluarkan air mata tanpa disedari. Aina menaiki teksi untuk kembali ke Guesthouse.

“Ji Soo Shii awak tahu mana Oppa?” Aina bertanya dalam keadaan mengah kerana dia berlari.
“No, I’m not, Mike did you see Waiz Shii?” Ji Soo bertanyakan Mike yang melalui kaunter pertanyaan.
“Oh hyung said that he want to go back hometown, he miss home”,
“Mike tell me . kampong Oppa kat mana”. Aina seakan terdesak untuk mencari Waiz.

“I do not know, Maafkan saya tapi dia minta saya serahkan surat ini pada awak.”, Aina mengambil surat tersebut dia membaca.

To Aina -


“ Aina jika awak baca surat ni, ini bermakna saya tidak dapat meluahkan perasaan saya pada awak. Awak tahu tak kali pertama kita berjumpa, bukan di kedai kopi tu. Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Kali pertama saya jumpa awak semasa awak tolong seorang nenek yang jatuh selepas berebut Susu Pisang di Pasaraya.. Tentu awak tak ingatkan. Hati saya dah jatuh cinta saat itu. Hati saya tertawan dengan awak. Saya mengekori awak ke kedai awak bekerja saya jadi pelanggan awak banyak kali. Saya terdengar awak bercerita tentang lelaki idaman awak. Saya berubah saya cuba jadi seperti lelaki yang awak suka.. Tapi sayang awak masih lagi tidak perasankan saya. Saya dah kecewa tetapi ia terubat saat awak memohon bekerja di guesthouse saya. Saya buat keputusan untuk mengambil langkah dahulu bila Ji Soo kata yang awak sukakan saya. Hati saya gembira sangat saat awak menerima saya. Maafkan saya atas semua yang berlaku. Semenjak kita berjanji untuk menjadi sahabat yang baik saya dah tekad untuk menawan hati awak tapi semuanya gagal. Saya menyerah , saya tahu cinta tidak boleh dipaksa. Saya doakan awak bahagia dengan lelaki pilihan hati awak.



Selamat Tinggal Aina


Aina terduduk pasrah, hatinya memberontak menyalahkan diri. Aina menyesal mengejar Fayyadh Iman. Segala memori yang dicipta bersama Waiz muncul kembali, dia sudah tidak dapat menahan air mata. Ji Soo cuba menenangkan Aina tetapi semakin kuat dia menangis bila dipeluk Ji Soo.

Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^