Autumn to the Heart :Day 5 (Seoul Part 2) ~Namsan Tower...

Kita sambung balik cerita kita hari kelima di Seoul. Selepas dah penat berjalan di sekitar Bukchon Hanok Village, National Folk Museum, Gyeongbukgong Palace, dan Gwanghamun Square, sebelah petangnya kami pun pergilah ke Namsan Tower. Pergi Seoul kalau tak pergi Namsan Tower ni rugilah orang cakap sebab Namsan Tower ini merupakan salah satu tarikan utama di sini. Ibarat korang pergi Kuala Lumpur tapi tak pergi KLCC atau KL tower.

#Namsan Tower


Subway Station: Subway Line 4 (Blue Line), Myeongdong Station, Exit 3


Distance from subway station: Take road to the right of Pacific Hotel and walk for 10 min. Kena jalan sikit naik tangga sikit lepas tu korang akan sampai ke pintu masuk Namsan Cable Car. Kena bayar tiket individu dewasa  lebih kurang 8,500 won round trip. Beli round trip senang. Tapi kalau  rasa nak balik turun bukit boleh beli one way je. Harga tiket dalam 6,000 won seorang. 

Tiket Namsan Cable car (return).


Harga tiket Namsan Cable Car : 8 500 won return

Ini alamat Namsan Cable Car:
83, Sopa-ro, Jung-gu, Seoul 
서울특별시 중구 소파로 83 (회현동1)



Namsan Cable Car

Cable car dekat Namsan Tower ni tak macam cable car dekat Genting Highland atau Langkawi .Cable car ni boleh naik ramai dan tak de tempat duduk. Sementara nak naik ke atas, dalam cable car ni kita boleh tengok seluruh pemandangan Seoul. Ya Allah , cantik bumi ciptaan Tuhan ini. 


 Pemandangan seluruh Seoul.

Sampai je kat atas, kami semua kena menaiki tangga yang tinggi. Aduhai, tak pe itu semua exercise , kata nak dapat kaki cantik macam orang Korea.hahahaha. 

Here we are! Namsan Tower.Sorry gambar hodoh.

Namsan Tower.Bahagian bawah.


Cantikkan musim luruh di sini.

Dekat pertengahan  sementara nak sampai Namsan Tower adalah gerai menjual pelbagai jenis makanan. Naik lagi sampailah ke bottom Namsan Tower. Kat sini lah tempatnya orang meletak mangga-mangga kunci. Bukan mangga kunci je.Ada aku nampak casing handphone pun ada.

Mangga Kunci

Tak cukup kat tengah.kat tepi pagar pun ada.

Kat sini juga da kafe-kafe , kaunter tiket untuk ke Namsan Tower dan juga kedai cenderahati . Nak beli mangga boleh beli kat sini juga.Kami nak naik atas Namsan Tower untuk melawat Museum Teddy Bear tapi bila kami tanya kat kaunter, adik kat kaunter tu cakap Museum Teddy bear dah tutup. Jadi kami batalkan je lah hasrat kami untuk naik ke atas.  Just jalan-jalan di bahagian bawah letak mangga kunci, ambil gambar dan kebetulan ada persembahan tradisional  Korea. So layan je lah.

Mangga Kunci : 2 000 won 
(beli kat kedai bawah sebelum naik ke Namsan Tower.)

Ini dia persembahan yang aku cakap tu.Menarik.


#Seoul mosque dan Muree Restaurant

Selesai menjelajah ke Namsan Tower , waktu pun dah petang dan lapar, kami terus memulakan langkah ke Seoul Mosque di Itaewon. Kat Itaewon ni banyak foreigner dan kalau nak cari restoran halal atau supermarket halal , datang je ke sini.

Subway Station:  Itaewon Station (Seoul Subway Line 6), Exit 3.

Distance from Subway Station: Go straight 100m and turn right onto Usadan-ro Road. Lepas tu jalan straight 150m and turn left onto Usadan-ro 10-gil Road. Continue walking 200m to arrive at Seoul Mosque on the left.

Sepanjang perjalanan ke Seoul Mosque kita boleh lihat pelbagai restoran-restoran Kebab, Indonesia, dan juga supermarket halal.Kalau lalu sini kadang-kadang rasa macam bukan kat Korea sebab tepi-tepi jalan ramai foreigner je yang melepak. Sambil lalu ke laluan ke masjid tu kat sebelah kanan akan ternampak la Muree Restaurant tapi nanti dulu, kami nak ke masjid dulu untuk menunaikan yang wajib dahulu. Selain Muslim yang datang ke masjid ni, kami nampak ada jugak warga asing yang bukan Muslim dan juga rakyat korea yang melawat ke masjid ini. Sesungguhnya Seoul Mosque ini tersergam indah di atas bukit.

Seoul Mosque.

Selepas menunaikan kewajipan, apa lagi perut dah berkeroncong kami pun bergegas la menuju ke Muree Restaurant.

Pintu masuk Muree Restaurant.

Muree Restaurant.

Baca kat blog-blog lain kebanyakan mesti makan kat sini. Jadi kami pun try la. Waktu nak masuk restoran adalah satu keluarga dari Malaysia ni tegur kami.Seronok tau kalau jumpa rakyat Malaysia kat Korea ni. Tak kenal pun bila tegur rasa macam keluarga dah. Tengok-tengok menu dah tau tau nak makan apa pulak. Banyak sangat pilihan. Kalau diikutkan nafsu nak makan semua.hahaha.Kami tiga orang jadi kami pun pilihlah menu yang berlainan supaya boleh kongsi-kongsi rasa nanti. Makan kat restoran ni boleh refill ye side dish dia. PERCUMA je.
Inilah yang kami makan.

Nasi lerrr.Orang Malaysia tak boleh lepas dengan nasi (Akulah tu).

Inilah side dish.boleh tambah secara percuma.

Harga makanan : 15 000 won satu set  (ikut set yang kita makan)

Hari pun dah nak hampir malam.,jadi moh la kome kite balik weh.Berakhirlah sudah penjelajahan kami untuk hari ini. Badan pun dah letih. Esok kami akan gerak ke tempat lain pulak.


Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^