Autumn to the heart :Day 7(Seoul-Busan) Check out Guesthouse, ..

Kita sambung balik cerita kita hari terakhir kitadi Seoul. Macam biasalah rutin kami setiap hari, lepas je breakfast dalam pukul 8.00am terus gerak pergi subway (Macam dah berapa kali aku repeat kan) Ikut ittenirary hari ni kami akan kembali ke Busan. KTX ke Busan bertolak pukul 6 petang dari Seoul.
Jadi kami mengambil keputusan untuk check out pagi dari guesthouse. Selepas check out kami pun menuju ke Seoul Station dan meletak kesemua luggage kami dekat locker di Lotte Mall secara PERCUMA.
Disebabkan semalam tak habis shooping lagi , jadi hari terakhir dekat Seoul ni kami pun buat checklist la barang apa yang tak beli lagi.

#Myeongdong

Subway Station:  Exit 6, Myeongdong Station, Subway Line 4


Myeongdong

First kami menuju ke Myeongdong. Kat sini macam-macam produk penjagaan kulit ada dari Nature Republic, The Body Shop, Etude House dan macam-macam lagi la. Rugi pergi sini kalau tak borong Mask muka banyak –banyak. Setiap kali masuk kedai selalunya kita akan dapat free gift. Aku ada dapat tisu muka gambar  L infinite tu dan mask muka yang snail tu (takut aku nak pakai).


From Nature republic.


Kalau perasan semua yang aku beli dari Nature republic sebab nature republic punya spoke person kan EXO..ahhaha..Aku ada cakap tak yang aku ni peminat EXO??Lepas ni korang akan percaya yang aku ni peminat EXO.


 Aku dan Luhan punya patung.

Tadaaaa!!! Sekarang percaya tak aku peminat EXO. Aku minat kat Luhan .Tapi waktu ni ada berita tak best sebab Luhan keluar dari EXO. Malu jugak nak amik gambar sebab ramai orang lalu lalang tapi aku je yang beria nak bergambar dengan Luhan. Tak dapat bergambar dengan Luhan sebenar,patung pun jadi lah.

Sebelum kami bergerak ke Nandaemun Market untuk kali kedua , kami sempat la singgah membeli album kpop.Kata Negara Kpop mesti la beli album artis diaorang. Kalau aku korang mesti dah tahu kan aku beli album apa. Fatiha beli album Infinite , Wani pulak beli album T-ara dan B1a4.

Sebenarnya ada je album yang latest Overdose tapi aku prefer beli yang Growl sebab lagu lagi banyak.ahahhaa.


Harga album : 16 500 won

Sudah pukul 6 petang, sampailah masanya kami berangkat ke Busan. Kenapa kami berpatah balik ke Busan?? Sebab tiket flight kami balik ke Malaysia dari Busan.

Kami sampai ke Busan dalam pukul 9 malam. Kami pun teruslah menuju ke Mr.Egg Guesthouse. Kali ni dapat dorm yang lagi cantik.Toilet ada kat dalam dorm. Sebelum tidur kemas-kemas luggage dulu sebab kami datang sini dengan satu je luggage tapi tetiba nak balik banyak pulak jadinya.Nasib ada beg spare yang boleh lipat tu.

Esok paginya kami ke Gimhae International Airport. Kat airport ni pun ada kisahnya jugak. Kisah nya bermula apabila Fatiha dan Wani nak refund balik cashbee maksudnya nak ambil balik la duit dalam cashbee tu sebab dah tak guna tapi berlaku la sedikit salah faham dengan Akak 7E tu. Nasib superwoman ada datang membantu (Aku lah tu)..ahhaahha…Nasib baik time aku mintak dapat balik duit tu. Kat airport borong la susu pisang tu banyak-banyak untuk bagi family.

Masa untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.Selamat tinggal Korea. Kami pasti akan kembali lagi….Anneyong..

Now everyone can fly.Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki ke Korea dan aku selamat pulang ke Malaysia.


Previous
Next Post »
1 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^