Autumn to the Heart :Day 6 (Seoul ) ~ KBS Station,..

Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 6

KBS Station, Gwangjang market, Nandaemun market.

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Assalamualaikum semua, Kita sambung balik cerita kita hari keenam di Seoul. Macam biasalah rutin kami setiap hari, lepas je breakfast dalam pukul 8.00am terus gerak pergi subway. Ikut ittenirary hari ni kami akan melawat KBS Station, Gwangjang market dan Nandaemun market.

 #KBS Station

 KBS Station

Sebut je KBS station mesti korang semua pernah tengok channel KBS world kan??Channel yang popular dengan rancangan The Superman returns, GAG concert, Immortal Song, 2 days 1 night dan music bank. Poster di depan pintu KBS station. Inilah tangga yang popular selalu dalam cerita 2 days 1 night.

  Pintu hujung sekali tu adalah pintu museum. Belakang patung kuning. 

Subway Station: National Assembly station (Line 9)
PERINGATAN: Ada dua jenis train. Ada yang lalu national ssembly station dan ada yang tak lalu.Pastikan naik yang lalu National Assembly station.Macam mana nak tau?? Kat situ ada tulis sebenarnya train mana yang sampai kat station tu. Kami tersesat sebab naik train yang tak lalu terpaksa patah balik.National Assembly ni ramai orang bekerja je sebab sini semua kawasan ofis. 

Distance from Subway Station : 496 metres. (exit 4) 

Untungnya pergi KBS station ni ialah sebab kat sini ada KBS museum.Boleh masuk, ambil gambar, dan tonton channel 3D. Nak masuk museum ni PERCUMA. Sape-sape yang minat reality show 2 days 1 night boleh datang sini sebab boleh bergambar dengan patung ahli-ahli 2 days 1night. Sebelum balik kami tak lepaskan peluang untuk bergambar dekat tangga yang selalu 2 days 1 night shooting tu.Fefeling rasa macam ahli baru.hahaha. Belanja la sikit gambar-gambar dalam muzium KBS.

 Kat sini ditayangkan rancangan-rancangan KBS. Dekat lantai tu.

 Ingat tak cerita ni?? Dulu popluarkan. 

Cartoon Dubbing Experience corner. 


 News 9 presenter experience. Sesiapa nak merasa jadi pembaca berita bolehlah cuba. 

Boleh bergambar dengan MCs 2 days 1 night. Cha Taehyun, saya minat anda.hahaha.(Tapi aku bergambar sebelah joohyuk) 

Sebenanrnya macam-macam lagi ada.Kalau nak detail bolehlah ambil pamphlet kat abang dan akak cun kat kaunter masuk.

 #Gwangjang Market 

Selepas je pergi KBS Station, kami pergi pula ke Gwangjang market. Kat Gwangjang market ni macam-macam ada dari makanan sampai lah benda-benda lain contohnya pakaian, cadar, selipar dan semualah. Semua murah-murah kat sini. Banyak juga foreigner yang melawat kat sini ambil-ambil gambar semua.

 Subway Station : Jongno 5(Ga) Station (Line 1) Exit 8. 
Jalan sikit lepas tu sampai la nampak signboard Gwangjang Market.  

Gwangjang Market


Dekat Gwangjang market ni ada jual macam-macam benda macam kain-kain, makanan seperti sundae , bibimbap, kimbap dan teoppoki. Yang jual semua mak cik-mak cik. Mak cik-mak cik kat sini memang paramah. Semua dok ajak duduk makan tapi korang janganlah makan benda yang tak boleh di makan pulak.Tolak je pelawaan mak cik tu dengan senyuman yang paling manis korang ada.hahaha. 

Keadaan di dalam Gwangjang Market.

Mak cik jual kuih..Apa nama kuih ni aku tak ingat.

Pak cik ni sporting je bila kami nak ambil gambar. Terbaiklah Pak cik!!

Tapi yang paling best la kan kat sini kami jumpa Kim Heechul dan Jeong Jungha Infinity Challenge.Sape tengok tau la kan siapa Jungha tu.Mula-mula kami tengah jalan tak perasan la kan tetiba ada krew suruh kami ke tepi.kami ingatkan apa rupanya Heechul tengah shooting.Ok heechul senyum kat kami, cair sekejap.hahah.Sempat la ambik gambar kandid lepas tu kami pun meneruskan perjalanan. Jerit nampak Kpop Idol??? Kami tak tahu kenapa kami tak jerit ,yang kami mampu hanyalah mengangakan mulut sampai lalat masuk .hahahah..no reaction just sempat keluar handphone ambik gambar je.

Belanja sikit gambar Kim Heechul . 

Ini Jeong Jungha Infinity Challenge.

 #Nandaemun Market 

Dah habis pusing satu Gwangjang market , kami pun bergeraklah pula ke Nandaemun Market.Nandaemun ni memang terkenallah. Tak sah pergi Korea tak pergi sini. Kat sini jangan terkejut ada sesetengah peniaga boleh cakap bahasa Malaysia.Lalu je sini mesti peniaga-peniaga tu tanya “Dari Malaysia ke”?? diaorang nak pancing korang semua singgah kedai diaorang la tu.hahahah.

Subway Station : Turun Hoehyeon Station ,Subway Line 4 , Exit 5.


Dekat sini ada macam-macam jualan dari baju, topi, barangan kulit macam tali pinggang, beg tangan dan dompet/purse, stoking, barangan kpop, brooch, casing handphone (Samsung dan iphone terutamanya)dan lain-lain lagi.

Kalau nak beli souvenier nak bagi kawan-kawan sebab boleh beli banyak dengan harga murah. Kami kat sini adalah beli baju korea, scarf, beg, stoking gambar kpop dan topi Leesang(terpengaruh dengan Gary).Sesiapa yang  minat topi macam Song Ji Hyo kat sini pun ada jual. 

Kalau nak beli baju korea aku suggestkan korang beli kat bahagian luar.Kat dalam bangunan ada jugak jual Cuma mahal sedikit. Waktu jalan-jalan sini ramai juga kami jumpa rakyat Malaysia.senang cerita ini memang tempat utama la rakyat Malaysia membeli belah.

Kawasan Nandaemun Market.

Market ni memang sentiasa penuh.


Antara Souvenier yang dibeli nak bawak balik Malaysia:

Cawan ni koleksi yang paling aku sayang. Mula-mula teragak juga nak beli tapi lukisan tu cantik sebab menggambarkan masyarakat Korea.


Yang ini wajib la beli kan untuk bagi sanak saudara, sahabat-handai. Murah je kalau beli banyak .Ini bukan key holder. Ini yang untuk gantung dekat handphone tu.

Penanda buku Hanbok ni pun comel jugak. Boleh la semangat nak baca buku lepas ni sebab ada penanda buku comel.hahaha.

Sudu garpu ni wajib beli kat sana. Aku beli 2 kotak. 1 kotak sudu 1 kotak garpu.Dalam satu kotak tu ada dalam 5 sudu dan 5 garpu. Kalau siapa pandai guna chopstick boleh beli ada jugak jual kat sini.Aku tak beli sebab tak tau guna.hahahha.


Dah penat dah jalan, perjalanan kami di Nandaemun Market pun berakhir di sini.Esok hari terakhir kami di Seoul ini. 

Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

wahhh... seronok dpt g sana..

Balas

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^