Showing posts with label Autumn2Dheart. Show all posts
Showing posts with label Autumn2Dheart. Show all posts

Autumn to the Heart : Day 2(Busan Part 2) ~ Taejongdae Beach..


Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 2 Part2
Taejongdae Beach, Busan Al-Fatah Masjid busan & Cappodacia Restaurant


Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Busan Tower, Biff and...  & Gamcheon



Okey jom sambung bagi sesiapa yang nak straight pergi Taejongdae selepas Kampung Gamcheon jom ikut cara kami jimat dan memudahkan. Di Bangunan Community center tu ada Signboard Bus station follow sahaja dia ada tulis berapa meter so jangan risau Lost okay. tangga tu betul-betul sebelah pintu masuk bangunan tapi tanggan luar bangunan lah . Bayangkan betapa tingginya tangga tu kami boleh main Batu, Gunting dan kertas sebab nak elakkan penat. Okay Game ni boleh try waktu kat sana nak pergi tangga yang tu memang taklah jauh tu hehe so tangga ni pun jadilah. So selepas penat naik tangga, main game, pelancong lain tengok kami pelik haha(Yelah main game pulak kat tangga) sampailah kami kat atas, boleh masing masing blur tak nampak mana dah signboard  tu okay jangan runsing pusing Kiri jalan sampai nampak kawasan lapang yang agak kecik anda boleh naik Mini Bas dia 400Won(Guna Cashbee) turun di toseong station (okay disini anda tidak akan dapat bantuan sebab setiap station kena alert dia cakap dalam bahasa korea. Memang kena alert sebabnya setiap station ada 1 tiang petak yang tulis nama hentian tu dalam bahasa rumi ^_^V okey sampai sahaja tengok map anda cari bahagian mana yang turun nak ke Nampo-Dong(1 station sahaja dari Toseong) 


lollista.blogspot.com
Minum sebentar sementara tunggu train sampai ^^,
#Taejongdae Beach 

Nak ke Taejongdae boleh naik bas nombor 88 dari Busan
Station. Sila keluar dari Exit no 7 Busan Station (Line 1- Orange Line) untuk ke bus stop yang berkenaan lah

Danubi Train (다누비열차)
- Operating Hours
March-October 09:20-20:00 / November-February 09:20-19:00
※ Ticketing: March-October 09:00-19:00 / November-February 09:00-18:30

- Admission
Individuals: Adults 2,000 won / Youths 1,500 won / Children 1,000 won
Groups: Adults 1,600 won / Youths 1,200 won / Children 800 won
※ Groups: 30 people or more

- Family fare
Adults 1,600 won / Youths 1,200 won / Children 800 won
※ 20% off for people holding a city tour pass

http://lollista.blogspot.com/
Danubi Train Ticket - 2000Won
di nampodong cari exit 3 dan jalan ke station bas (sebabnya dalam map yang saya dapat - From Busan station bus ke taejongdae tu lalu Lotte Gwangbok. Naik bas berhadapan dengan Lotte Gwangbok(Bukan di Lotte Gwangbok seberang jalan Lotte Gwangbok) Naik Bas no 88 dan jangan risau Taejongdae beach is Last station relaks sahaja dan turun di station terakhir dan maka berjalanlah kamu ke arah pintu masuk taejongdae park.dekat sahaja. Haha ingat dah habis takat situ rupanya kena mendaki lagi keatas untuk ke kaunter Danubi train. Sampai-sampai sahaja kalau pergi ramai-ramai suruh seorang beratur jaga kalau tak sampai kesudah kena menunggu.sebab waktu kami pergi sabtu memang waktu Family beriadah. Di sini juga berlaku sesuatu yang tak dijangka haha akan diceritakan disini.

http://lollista.blogspot.com/
Yeay setelah 20minit menanti akhirnya sampai giliran Yeay Danubi train dah sampai

http://lollista.blogspot.com/
Haha nak naik ni pun kena berlari macam nak cop tempat
Panjang lebar lak membebel wah tapi memang berbaloi datang ke sini mungkin disebabkan cuaca yang sejuk jadi badan tidak berpeluh dan kurang rasa penat. Disini sesiapa yang gunakan service Danubi Train ni dia ada beberapa pit stop seperti Observation deck, Sinseon Rock, Yeongdo Lighthouse, Cruise Ship dan Taejongsa Temple tapi mostly Tourist akan berhenti di dua tempat sahaja Observatary deck dan Yeongdo Light house(dua tempat ni dekat je jalan kaki dah sampai haha jangan jadi macam kami tunggu train bagai nak rak rupanya dekat sahaja dan terlepas Lighthouse sebab tour guide dia tak umumkan langsung) Turun di Yeongdo Lighthouse ada Sinseon Rock, Yeongdo Lighthouse, Cruise Ship,  hehe jom enjoy view picture.


http://lollista.blogspot.com/
Pemandangan dari Observatory deck

http://lollista.blogspot.com/
Lagi view di deck indah kan ciptaan Allah swt jom tengok video dibawah

A video posted by @fasham87 on

Kami pun beratur selepas selesai di observatory deck sebab kami risau jauh dan bila naik dapat duduk dengan korean family, anak dia sangat comel hehe sempat bergambar dan kami bertanya pada mereka adakah kami patut turun sebab tour guide dia tak sebut apa-apa dan tanpa kami ketahui kami dah terlepas Yeongdo Lighthouse dan kami semakin pelik Danubi tidak berhenti selepas itu. Barulah kami ketahui kami dah terlepas bila kami telah sampai di tempat permulaan kami naik Danubi. Mereka sangat rasa bersalah sampai berkali-kali memohon maaf , tapi kami pun salah tak nampak signboard haha. Kami bertekad nak naik semula walaupun berjalan kaki, alang-alang dah sampai redah sahaja. Kami telah melawan arus supposed to be that road untuk turun haha kami tak kisah. Sepanjang jalan kami jumpa ramai korean ahjumma yang berpakaian hiking berhenti rehat untuk minum dan makan.

http://lollista.blogspot.com/
Kami jumpa mata air ni semasa nak naik semula..  ^_^

http://lollista.blogspot.com/
Belakang ni ada taman permainan ramai sahaja kanak-kanak bermain

http://lollista.blogspot.com/
Nampak Autumn semakin menghampiri ^_^

http://lollista.blogspot.com/
Yeay sampai akhirnya.. Nampak tak tulah Yeongdo Lighhouse
http://lollista.blogspot.com/
Laluan nak ke lighthouse dan Sinseon rock

Sinseon Rock tak larat nak turun dah kaki dah pancit.
Yeay selepas sahaja berpenat lelah di Taejongdae kami telah ke Busan Mosque dan Cappodacia untuk makan melepaskan lelah seharian sebelum kembali ke Guesthouse berehat dan bersedia untuk ke S.E.O.U.L yeayyyy

Credit : Google
Busan Al-Fatah Masjid busan

#Busan Mosque/ Cappodacia Restaurant(Makanan Halal)
~By Train
- Turun di Dusil Station (Line 1(orange)) Keluar Exit 8
- Keluar sahaja dari Exit 8 Jalan terus sampai nampak Kedai Tyre (Kanan)
- Nampak Signboard Islam Centre (Kiri)
- Nampak Gas Station (Seberang jalan)
- Nampak kedai tyre pusing kanan sampai kedai Cappodacia(Turkish Restaurant)(Kanan)
- Jalan terus sampai T- Junction Belok kanan
- Nampak Signboad Masjid 


~By Taxi
Address: Busan Al-Fatah Masjid busan
30-1 Namsan-dong Keumjeong-ku, Pusan, Korea,
Pusan, South Korea 613-104, SOUTH KOREA
Phone: 0082-051-518-9991
Fax: 0082-051-518-9992


http://lollista.blogspot.com/
Cappodacia Restaurant Sedap Makan selepas solat nikmat rasanya Perut penuh balik lah untuk berehat hehe

Total Habis : 17,070W @ RM53.77 (In one day)
(Kadar tukaran 1000W = RM 3.15)
Taxi to Gamcheon - 3000W / 3 = 1000W
Map Gamcheon - 2000W / 3 - 670W
Coffee Vending - 400W 
Danubi - 2000W
Makan di Cappodacia - 13000W
Day 1 + Day 2 = 256,770 @ RM808.82

Nantikan Entry seterusnya... Day 3 pulak ^_^...
Hongdae visit & disappointed.

Autumn to the Heart : Day 2(Busan Part 1) ~ Gamcheon Cultural village.


Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 2 Part1
Gamcheon Cultural Village - Santorini of the East


Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu

#Gamcheon Cultural Village - Santorini of the East

Busan Station, Line 1 - Toseong Station, Exit 6.aliran sinpyeong.Jalan terus
sampai simpang dan ke kanan. Sampai Busan cancer centre . depan
hospital ada bus stop.Take mini bus no. 2 or 2-2 .

http://lollista.blogspot.com/
Information di Map . Info just for all of you 

Keesokan hari kami memang berniat nak follow jalan yang dijumpai di blog sebagai rujukan tapi Amy (receptionist girl) yang sangat baik hati, cakap better naik teksi jimat dan sampai straight depan Counter Information. Siap tuliskan dalam Hangul dan suruh kami tunjukkan sahaja pada Ahjusshi teksi tu. Dia nampak muka kami yang agak was-was disebabkan kami risau tertipu dia siap cakap don't worry dan kasi tips #tips1 kalau Ahjusshi tu tipu tangkap gambar ID dia nanti dia akan reportkan Ahjusshi tu bila kami dengar sangat- sangat lega.

http://lollista.blogspot.com/
Naik teksi dari Guesthouse dekat je rupanya ^_^ 

Kami menaiki teksi dari Mr Egg Original Hostel menghala ke arah Gamcheon Cultural village dalam pukul 7.30pagi. dan harga teksi kami cuma 3000Won (Kami bertiga jadi 1000Won seorang dan yang penting kami tak penat nak tukar train kepada bas). Perama sekali beli Map di kaunter jangan risau masuk dari mana pun ada kaunter jualan Map 2000Won(beli 1 je kongsi 3orang). Kami ingat kami dah awal tapi bila sampai ada yang lagi awal rupanya, dan yang terbaiknya kami jumpa tourist malaysia yang datang tanya dah jumpa tak stamp ni stamp itu haha patutlah dia tanya rupanya kami dah masuk dari jalan keluar tapi kalau ikut map memang situ no1 ..hmm musykil juga masa tu tapi layan jelah ramai je yang follow jalan tu dengan kami.

http://lollista.blogspot.com/
Pasu bunga seluar yang dah kering kontang(Autumn katakan Luruhlah jadinya) menyambut kami ^_^

Bila ada Ahjusshi tu nampak kami terpinga -pinga ( Haha bukan sebab tak tahu jalan tapi dah pancit) bersungguh sekali Ahjushi tu terangkan tapi dalam bahasa korea terpinga dibuatnya sekali ada tourist explain Ahjusshi tu cakap kami dah terlepas satu Stamp. Actually tak terlepas pun cuma tak tahu kena amik stamp kat situ, Haha tak apalah malas dah nak patah balik tapi walaupun macam tu dia semangat bersungguh tolong kami terharu sangat.

http://lollista.blogspot.com/


http://lollista.blogspot.com/
Ni lah tempat yang terlepas tu Little Museum ^_^

























































Haha dan bila dia tengok muka kami yang macam "Blur:" dia tunjukkan tempat stamp yang lain dan terdekat dengan kami hehe, Kamsahamida Ahjussi ^_^. Bayangkan sepanjang kami melalui Gamcheon Cultural village ni sangat kagum dengan tahap kebersihan dia Almaklum tarikan pelancong kan dan yang terbaiknya tukang bersih @ lebih spesifiknya Volunteer yang bersih kan Kampung ni yelah Ahjumma yang boleh kata sebaya Ibu dan Ayah kita yang hampir 60 tahun tak silap. Mereka ni waktu kami sampai tengah Row call (Haha perjumpaan pagi) kami dah jalan jauh dah alih-alih mereka dah depan kami. Kami dah termengah - mengah mereka relaks je jalan laju kutip sampah masuk plastik. Haha mereka lalu sebelah kami pandang pelik je tengok kami lelah lepas nafas Haha( okey stedi2x jangan buat malu orang kampung)

http://lollista.blogspot.com/
Tengoklah arah Ikan kayu ni betullah arahnya kan3x ^_^

http://lollista.blogspot.com/
Siap pakai Snow cap tu 

http://lollista.blogspot.com/
Pemandangan ni Tak ingat bumbung yang mana tapi di bumbung tu ada peti pos ..

http://lollista.blogspot.com/
View dari bumbung Community Center cantikkan macam lego 

http://lollista.blogspot.com/
Tangga penguin ni buat rasa orang nak naik atas ^_^
lollista.blogspot.com
Wah Akhirnya kami bertiga dapat bergambar dengan Little Prince di Gamcheon Village

oh by the way tujuan utama ke sini ofcourse nak lawat kampung ni tapi yang penting nak lawat tempat runnning man punya episod yang ada Choi Ji Woo tu Almaklum Busan ni kampung halaman dia of course dia duta Busan kan kiki. Actually dah tahu bangunan tu yang mereka jadikan tempat rakaman pernah baca di blog blogger lain. tapi tak sangkat tempat tu kecik je sebenarnya dalam tv nampak luas. Haha settle dah puas dapat bergambar dan Selfie then kita turun nak pergi Bas station nak naik bas pergi Taejongdae pulak ^_^, by the way dapat juga jejak kaki kat sini lepas kempunan selepas tonton Myo dan Wak Doyok datang dalam #kekoreakekita

http://lollista.blogspot.com/
Yeay jumpa tingkat atas sekali di Bangunan Community Centre 























http://lollista.blogspot.com/
Stamp yang dapat hasil tangkapan disana walaupun tak penuh Ahjumma tu kasik juga Postcard ^_^

Nantikan Entry seterusnya...Part 2 pulak ^_^

Autumn to the Heart : Day 1(Busan Part 2) ~ Busan Tower, Biff and...



Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..

Yeayy Jom sambung cerita kekoreakekita Day 1 Part2
Busan Tower, Yongdungsan Park, Biff Square, Gukje Market,Jagalchi Market

boleh percaya tak yang kami ni jalan sahaja dah jumpa
semua tempat tu sangat menjimatkan duit cashbee yihaa ^_^

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
PREPARATION & ITINERARY & ARRIVAL & CASHBEE


Tapi apa pun kami harus ke Busan station untuk beli tiket KTX station untuk ke Seoul. Pada mulanya nak ke Seoul dengan KTX sebab nak sampai cepat kan dan balik dengan mugunghwa malam so sampai pagi tapi disebabkan kami tidak berani amik risiko ketinggalan flight jadi kami amik keputusan untuk balik dengan KTX juga dan bermalam semalaman lagi untuk tidak berisiko dan amik teksi pagi - pagi untuk ke Gimhae Airport yang tu nanti cerita. Sekarang kami pun ke Busan Station

http://lollista.blogspot.com/
Cari Exit 10 naik ke atas then mesti nampak Busan station untuk KTX dekat sangat.

Harga KTX return - 110,600 won (ni yang paling mahal antara semua)
Sebab kami beli On the Spot kalau sesiapa yang ada Credit Card 
boleh beli online saya dengar lagi murah ^_^

Busan station ni tak jauh pun cuma satu station sahaja dari tempat yang kami stay di Busan jadi memang tidak menjadi masalah. Selesai Sahaja beli tiket dan hati dah senang duit pengangkutan dan selesai dan boleh guna duit yg selebih untuk entrance, shopping, makan dan lain- lain.

Jadi Jom mulakan perjalanan kita yeayy. Kami naik Subway semula dan turun di Nampo dong station sebab kami nak ke Yongdusan Park dan Busan tower. Sesuatu yang tak disangka berlaku, kami memang tidak tahu langsung yang tempat- tempat ni berdekatan sahaja.

1. Yongdusan Park & Busan Tower & Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street


Directions
Yongdusan park : Busan Tower : 9:00 am - 10:00 pm (Oct-Mar) 
1. Subway 
Busan station(On Busan Subway Line no. 1), get off at Nampo-dong Station. (5 min ride) Go out Exit 1 of Nampo-dong Station, walk 10 minutes.
Nampo Station (Busan Subway Line 1) Exit 7. Go 350m
on Gwangbok-ro street towards the Yongdusan Park escalator on the right.
2. Bus 
Express Bus Terminal : Take a bus at Nopo-dong Station and get off at Nampo-dong Station. (50 min ride) Go out No. 1 of Nampo-dong Station, walk 10 minutes.
Gimhae international Airport : Take bus #310 and get off at Gumi Cultural Center in Daecheong-dong, walk 10 minutes. (1-hour ride).

Kami melalui Exit 1, bila keluar sahaja seberang jalan ada Lotte Mall Gwangbok kami jalan melintasi
Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street (광복로문화패션거리) Sepanjang jalan memang tak payah ceritalah banyak sangat baju yang dijual, kedai Nature Republic, faceshop dan pelbagai lagi. Kami masing-masing menahan diri sahaja dari beli sebab fikir yang kami akan ke myeondong alih- alih kami tewas juga di nature republic rembat face mask yang superb murah hanya 5000Won untuk 6 keping facemask. Haha okey teruskan penceritaan, semasa nak sampai ke Escalator untuk naik ke Busan Tower/Yongdusan Park sempatlah tengok live performance mungki mereka ni bakal jadi artis yang terkenal haha dah lah suara penyanyi wanita tu memang best.

http://lollista.blogspot.com/
Nampak tak yang bulat tu..itulah escalator nak naik ker Yongdusan Park, nak naik dah tapi hati tertarik nak tengok persembahan dari mereka berdua. Jom tengok persembahan mereka di video bawah ni ^_^
A video posted by @fasham87 on
Sampai sahaja atas tu memang cantik sangat, dengan environment yang tenang, angin menghembus udara sejuk dan mata yang sejuk memandang permandangan yang cantik. Niat dihati memang nak naik observation tapi tak jadi bila mengenangkan kami nak naik di Namsan nanti tapi kat bawah sahaja dah cukup cantik untuk kami bergambar.

http://lollista.blogspot.com/
Mengikut apa yang dibaca kat internet gong tu hanya dibunyikan bila ada event tertentu
Admiral Lee , Busan Tower entrance dan Love Padlock

http://lollista.blogspot.com/
Sebelum kami turun ada beberapa Ahjushi yang sedang menyanyikan Folk song

2. Biff Square, Gukje Market,Jagalchi Market

https://lollista.blogspot.com
Is not far from Gwangbok-ro street from Escalator turn right walk along until you find information center turn left and walk along until you find Samsung shop then you arrive Biff Square ^_^
Directions Biff Square
Jagalchi Station, Line 1, Exit 7, 
5min walk from the station (Walk straight and turn left)

Directions Gukje Market
450m from Exit #7 of Jagalchi Station, Subway Line 1 (7-minute walk)

Directions Jagalchi Market
Jagalchi Station (Busan subway line 1), Exit 10.
Turn right onto Jagalchi 3(sam)-gil Street.
Walk for 5min, then turn left to arrive at Jagalchi Market.

disebabkan kami turun dari yongdusan park ke Gwangbok-ro street dari situ kami hanya pusing ke kanan jalan sahaja melalui kedai - kedai baju yang ditengah jalan sampai di information center pusing ke kiri dan teruskan sahaja berjalan ke arah Kedai samsung dan toleh ke kiri anda dah sampai di Biff Square. kan dekat sahaja jimat duit Cashbee hehe.

https://lollista.blogspot.com
Just walk along this road then you will find samsung shop.
A video posted by @fasham87 on

disebabkan semasa kami melalui jalan ini, sedang ada orang yang membuat persembahan dihadapan pintu masuk Gukje market dan Biff Square jadi kami membuat keputusan untuk melihat-lihat sahaja, almaklum yang buat persembahan tu nyanyi lagu Touch my body by Sistar siap menari lagi so Abam-abam tentera apa lagi mereka sahaja dah penuh dataran tu. Kami pun meneruskan perjalanan ke Jagalchi Market sebab Biff Square sangat penuh masa persembahan rasanya siap masuk television, kalau tak silap sebab nampak kamera KBS sedang merakam dari atas.

https://lollista.blogspot.com
Jalan straight je dari Biff Square. Lintas jalan dan nampak dah bangunan ni itu lah Bangunan Jagalchi Market.
https://lollista.blogspot.com
Fresh Crab ni satu longgok kami tanya baru 10000Won@ RM30 murah nya. Ini betul-betul depan jagalchi market.

https://lollista.blogspot.com
View Jagalchi market dari depan.
https://lollista.blogspot.com
melihat matahari terbenam dari Jagalchi memang terbaik. Subhanallah cantik sangat. Maaf gambar matahari terbenam lupa ambil sebab terlampau asyik melihat.^_^
Dibahagian belakang bangunan Jagalchi market ni ada satu view yang Ya Allah sangat cantik memang terpegun seketika kami melihat matahari terbenam. Hari Pertama di Busan berakhir dengan gembira kami semua berpuas hati dengan hari ini hehe. Selepas selesai melihat matahari terbenam kami berpusing sekita Jagalchi Market kerana waktu tersebut ada Jagalchi Festival banyaklah khemah-khemah yang menjual ikan bakar yang dibakar waktu itu juga niat dihati nak beli tapi kesuntukan masa sebab kami nak balik ke hostel untuk berehat. Masing- masing sudah kepenatan, penat turun flight tak hilang kami dah redah Nampo-dong haha

A video posted by @fasham87 on

Total Habis : 239,700W @ RM755.05 (In one day)
(Kadar tukaran 1000W = RM 3.15)
Banana Uyu - 2 x 1300W = 2600W
Cashbee - 2500W 
Reload - 50000W
Face Mask - 5000W
KTX - 110,600W - return
Guesthouse - 69000W - 3 malam

Nantikan Entry seterusnya... Day 2 pulak ^_^...
Gamcheon Cultural Village, Taejongdae & Busan Mosque.













Autumn to the Heart : Day 1(Busan Part 1) ~ Cashbee


Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..

Yeayy Jom sambung cerita kekoreakekita

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
PREPARATION & ITINERARY & ARRIVAL



Alhamdulillah kami selamat sampai ke Gimhae International Airport. Kami tiba dengan landing yang sangat smooth oleh pilot. Syukur sangat. Sesampai sahaja kami sepatutnye kena cari Cashbee@ T-Money tapi tidak kami cari Susu Pisang dulu haha boleh tak macam tu Banana Uyu is the recommended drink if you came to South Korea. Haha tak tahu kenapa mula-mula nak rasa asal Banana Uyu dia ni rasa gula je lebih haha alih-alih dah 2 kali minum tekak dah boleh terima


https://lollista.blogspot.com

Banana Uyu @ Susu Pisang - 1300W

okey selepas itu baru kami terfikirkan pasal Cashbee@Tmoney ni haha nampak tak betapa excitednya kami haha. Mula-mula nak dapatkan kami hanya fikirkan T-Money sahaja tak terfikirkan pasal Cashbee so pening jugalah kami dah tu nak tak nak layan kami, nasib ada tourist dari malaysia yang sama macam kami ni yang dah beberapa kali datang tolong terangkan. Rupanya dia tak ada jual T-Money, Cashbee sahaja. kakak tu cakap guna sahaja bahasa tubuh lagi senang, bila nak isi duit pun hampir nak bersilat jugalah Ahjumma yang jaga kaunter dengan kami rupanya kat sana tak panggil topup, so memang sampai bila-bila dia tak faham rupanya kena cakap Reload haha gitu pulak. Haha tapi cashbee ni memang berbaloi sebab boleh jadi Debit card katalah kita nak beli barang di 7Eleven boleh tolak sahaja duit yg ada dalam tu dan kalau dalam tu still ada balance boleh tebus semula duit tu di 7Eleven juga.

https://lollista.blogspot.com

Cashbee - 2500W 
Reload - 50000W

https://lollista.blogspot.com
View dari laluan train ke Airport ^_^
Selesai sahaja bermulalah perjalanan kami nak menaiki Train untuk ke Guesthouse kami di Busan iaitu MR Egg Original Hostel. nak kesana sampai beberapa perhentian kena tukar train sudahlah hampir kesemua naik tangga dengan beg yang berat nak diusung. Oh tidak penatnya nasib tak jetlag(Hahaha over betul).



https://lollista.blogspot.com
dari Airport harus berhenti di station Sasang dan tukar train lain.
Credit : MrEgg Original Hostel Website
Kami harus turun di station Jungang-dong sangat dekat dengan hostel 1 station dari busan station dan berjalan kaki ke Attraction place.
Okey Kami perlu berhenti di station Jungang-dong sangat dekat dengan Subway. kalau korang keluar sahaja dari Exit 5 tu jalan kedepan dah sampai tapi kami tak tinggal di Nampo 1 kami tinggal di Nampo 2 dekat je jalan sikit sahaja berdepan dengan Neorabang(Karaoke) tapi tak dengar pun sbb mungkin kalis bunyi kut masa kami sampai tu ramai Ahjussi yang tengah sibuk main Dam Haji(Betul ke namanya tu...Hahaha) Sangat peramah hehe ^_^ . Receptionist Girl dia pun sangat peramah dan senang untuk bertanya soalan mereka sangat peramah nanti saya review Guesthouse ni.

https://lollista.blogspot.com
View signboard Guesthouse dari Laluan utama.
Sesampai nya dihostel yang kami rasa sangat selesa dan yang bagusnya di Nampo 2 semuanya hanyalah perempuan no Boys Allowed okey haha dan kami boleh ke dapur dan ke bilik air dengan bebas. Selepas hilangkan penat, mandi , siap alas perut dengan roti gardenier berintikan tuna dan dah solat kami bergerak keluar untuk merasai udara Busan Yihaaa jom ...

Nantikan Entry seterusnya...Part 2 pulak ^_^

Autumn to the Heart : Sampai dah ^_^


Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..

Yeayy setelah entry preparation dan itinerary publish tibalah masanya 
nak cerita pengalaman before landing ni

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
PREPARATION & ITINERARY

Pengalaman naik Air Asia X dan pengalaman untuk ke KLIA 2 
Okey pertamanya nak cerita pasal pengalaman ke KLIA 2

Credit : Google
Menaiki Electric Train Service (ETS) dari Kampar Ke KL Sentral
Almaklum saya tak tinggal di Kuala Lumpur,jadi memang 
perlukan pengangkutan lain untuk ke Kuala Lumpur 
Saya pergi ke South korea ni dengan 2 orang.
Seorang cousin saya Wani dan seorang lagi kawan saya nama wani
(Hahaha ambik engko dua - dua nama wani hahaha)
Okey sambung Saya dan cousin naik ETS dari Kampar
sebaik sahaja sampai di KL sentral kami membuat keputusan
untuk menaiki bas sahaja untuk ke KLIA2
lagipun masa masih panjang dan boleh berjimat
sebenarnya ada 2 pengangkutan awam yang mudah
untuk digunakan ke KLIA2 dari KL Sentral
KLIA Ekspress dan SKYBus

Credit : Google
Credit : Google.com
TIKET SKYBUS - RM10 - 50minit
KLIA Ekspress (Hanya berhenti di KL sentral - KLIA - KLIA2)- RM35 - 33minit
KLIA Transit (TBS - Putrajaya/cyberjaya - salak tinggi - KLIA - KLIA2) - RM35 - 39minit


jadi disitu dah ada jawapan siapa yang hendak cepat dan tidak kisah dengan Harga
bolehlah menaiki KLIA Ekspress @ Transit
(Berhenti betul- betul dalam KLIA 2 dekat dengan departure Hall)
tapi bagi kami yang masih mempunyai masa yang begitu banyak disebabkan flight kami
1.15 pagi jadi kami naik bas dan jimat hanya RM10 sahaja.

Yeay sekarang tibalah masa untuk check-in
Almaklum tak perlu dah nak guna Manual kaunter straight masuk autogate
jadi dah jimat banyak masa disitu.
selepas check-in Baggage mungkin disebabkan
kesemua penumpang sampai awal
Kapal terbang telah berlepas 15minit lebih awal dari yang dijadualkan
dan kami tiba di busan pun 30minit awal juga dari yg dijadualkan
Untuk memudahkan semua kalau membeli dari Air Asia
saya cadangkan lakukan Web Check-in memang memudahkan
tak perlu beratur lama
check in Online dilaman web Air Asia
bila sampai boleh ke kaunter check in bagasi kalau ada
kalau tak boleh straight ke kaunter kastam dan Autogate
kan ia memudahkan kerja kita.

http://lollista.blogspot.com/
Boarding Pass dan Passport after check in Baggage
Tepat 1.00am waktu malaysia kami telah bergerak ke Busan ..Yeayy 
tak sabar nak sampai hehe..sungguh happy ingatkan dapat makan dulu
sekali Oppa Pramugara tu cakap dia akan serve 2 jam sebelum sampai..
O Mak porut den dah lapar ni huhu
apa pun tidur lah dulu jawapnye sebelum tu. -__-

http://lollista.blogspot.com/
Kami dah beli awal semasa beli tiket lebih murah dari beli semasa dalam flight
- Nasi Lemak Pak Nasser 

http://lollista.blogspot.com/
Sebelum landing Pramugari dan Pramugara akan edarkan
Declaration paper ni kena isi sebelum
ke kaunter mereka akan minta kertas ni.

Waktu yang dijangka kami akan tiba ialah 8.30pagi waktu Korea
dan mungkin disebabkan kami bertolak awal kami telah sampai ke bumi
Autumn in my heart tu setengah jam awal dalam pukul 8.00am
waktu disana ada 1 jam lebih awal dari malaysia jadi waktu malaysia
ialah dalam pukul 7.00pagi

sekali keluar je dari Kabin flight O Mak Ko sejuknya
angin dia tak yah ceritalah time tu juga cari sweater tapi bila tengok suhu
di telefon ia hanyalah 15 Celcius kalau 15 sejuk macam ni 
kalau malam tak tahulah nak kata sejuknya.
saya yang memang tak suka mandi dengan hot water tapi bila sampai sana
memang akan cari Hot water untuk mandi.

https://lollista.blogspot.com
Suasana disana ada matahari tapi angin dia buat jadi sejuk langsung tak berpeluh bila jalan banyak
okeylah sampai sini nantikan next entry Day 1 di busan