Showing posts with label Gamcheon Cultural Village. Show all posts
Showing posts with label Gamcheon Cultural Village. Show all posts

Spring di South Korea 2016 -Misi mencari Song Joong Ki, Exo dan Big Bang- Part 2


Hari kedua kami di Busan. Pukul 7am kami breakfast dulu.Macam biasa guesthouse kat Korea ni akan sediakan susu, roti, jam, toaster. dan kuali untuk goreng telur.Pagi ni kami akan ke Gamcheon Culture Village. Ini kali kedua kami ke sini. Cara-cara nak ke Gamcheon Culture Village ni boleh rujuk sini
http://kimchidanramyun.blogspot.my/2014/11/autumn-to-heart-day-2busan-part-1.html. Kami konon nak naik train la, jadi tanya la pak guard dekat station subway tu. Pak guard tu confident cakap Korea dengan kami. Kami pun beria-ia dengar dan mentafsir segala maklumat yang Pak guard tu cuba sampaikan. Nasib kami baik sebab kami berjaya mentafsir maklumat Pak guard tu. Pak Guard tu cakap kalau tiga orang naik teksi la senang dan cepat. Tambah boleh kongsi tiga orang boleh jimat. Lagipun dekat je dari sini.So kami ambil keputusan untuk naik teksi. Tmabang teksi dari hostel kami ke Gamcheon culture village dalam 1300 won seorang.

Sebelum masuk boleh beli map dulu dengan harga 2000 won. Kami beli tiga map seorang satu. Senang tak de berebut nak cop semua. Sebab satu map  boleh dapat satu poskad je.

Little museum.





 Gambar atas ni adalah muzium apasal sejarah kampung ni. Adalah pak cik kat sini memang peramah. Siap suruh kami masuk dalam ni. Walaupun sebenarnya kami nak jalan je terus sebab museum ni belum buka. Last-last tunggu jugaklah museum ni bukak Tapi berbaloi at least kat boleh belajar sejarah pagi-pagi ni segar sikit mata.

Kucing kat sini gemuk-gemuk.


Ni lagi satu kucing gemuk.

Sebenarnya tak banyak sangat nak cerita part ni sebab ni kali kedua kami di sini. Jadi kami belanja gambar je lah.Tapi satu je nak cerita kat sini kalau pagi-pagi semua pak cik dan makcik akan berkumpul sesama mereka untuk mendengar briefing so macam seronok je tengok kehidupan mereka yelah sekurang-kurangnya kenal jiran kan.Sebenarnya perjumpaan tu untuk briefing tugas-tugas menjaga kebersihan kampung dan menjadi volunteer untuk tourist. Jadi sesiapa yang pergi sana tolonglah jangan buang sampah merata-rata.Dan lagi satu pandai-pandailah cari tempat yang ada cop tu. Jangan jadi macam kami setiap kali pergi ada je terlepas cop.

Aku panggil kampung lego sebab colorful macam lego.

Antara bangunan yang menarik.Cantik color dia.
Pamandangan dari atas.

Selain Running man, 2 days 1 night pun pernah shooting kat sini.

Fish in alleys.
Kat sini pun ada love lock.

Banyaknya jam.


Nostalgia

Our village Gamcheon.

 Dalam tengah hari kami bergerak ke Oryukdo skywalk. Kami pun ambil bas untuk ke sana. Sebelum terlupa kamni balik ke hostel kami dengan menaiki bas bukannya teksi. Mana nak amik bas, dari community centre naik tangga yang tinggi ke atas lepas tu akan ada bas-bas tunggu di situ. Lepas tu tanya la nak ke mana.Kalau tak tahu nak cakap turun mana cakap je nak ke Busan train station. Sebab kebanyakkan bas memang akan berhenti di Busan train station.

Cara-cara untuk ke Oryukdo skywalk:

From Busan Station (Busan Subway Line 1), Exit 10
-  Take bus 27 near Exit 10.
- Get off at Oryukdo SK View Humun (Backgate) Bus Stop. (25 stops)
- Walk ahead about 275 m to reach the destination.

Bila dalam bas tu kena sentiasa alert sebab tulisan semuanya dalam hangul. So prepare la korang.hahaha. Nasib baik time kami ada ahjumma ni ternampak kami terpinga-pinga sambil pegang kertas bertulis oryukdo skywalk dalam hangul jadi ahjumma pun tegur dia nak turun tempat yang sama. nasib kami baik. Tak payah nak panjang-panjangkan kepala tengok kat bus stop tu ni stop yang mana.

Oryukdo skywalk ni di buka dari jam 9am hingga 6pm. Tak besar pun oryukdo skywalk ni dalam 5 minit je jalan sekeliling tu.Masuk adalah percuma. Angin kat sini jangan ceritalah kuat sangat. Bukan sepoi-sepoi bahasa dah.
Pamandangan dari Oryukdo skywalk

Pemandangan dari Oryukdo skywalk.

Bawah tu laut. kena pakai sarung kasut ni.Mungkin takut cermin tu calar.
Photo zone. Boleh nampak Haeparang trail dari sini.
Haeparang trail.


Sebelah petangnya kami ke akan ke Heundae Beach. Tak sah kan kalau ke Busan kalau tak ke Heundae Beach. Heundae Beach ni memang popular di kalangan orang korea time summer.

Cara-cara nak ke Heundae Beach :

Haeundae Station (Busan Subway Line 2), Exit 5.
- Walk straight for about 500m.

Senang je nak ke Heundae beach jalan je terus lepas exit 5. Sebab memang laut dah kat hujung tu. Kami sampai dah malam. Tak nampak apa dah sangat . Tapi ramai juga orang lepak-lepak kat situ.

Exit 5
Jalan terus sampai jumpa laut.Dah rasa angin laut dah sampai la tu.
Yang lampu-lampu tu hotel.  Laut memang tak nampak dah malam.
 Lepas kecewa tak nampak laut, kami pun membawa diri ke Gwanggali beach. Salah satu beach yang popular juga dekat Busan ni. Nak tengok bridge yang berlampu malam-malam ni.

Cara-cara nak ke Gwanggali Beach :

 Gwangan Station (Busan Subway Line 2) and exit 3 or 5.
 Walk for about 5-minutes to arrive at the beach.

Kat sini nak sampai beach nya tetiba rasa jauh. Kata 5 minit. Rupanya kami dah sesat. Pusing punya pusing akhirnya sampai jugak Dah lah cuak sebab dah malam. Lapar lagi. Untuk mengelakkan sesat lepas exit tu tanya sesiapa yang ada kat situ.


Gwanggali bridge / Busan Gwangandaegyo bridge
Gwanggali bridge.

Nak pergi laut-laut ni seeloknya pergi waktu siang. Nak lagi best pergi time summer baru meriah tak delah sejuk sangat.


Itinerary hari kedua di Busan:
Gamcheon Culture Village
Oryukdo skywalk
Heundae Beach
Gwanggali Beach


Budget hari kedua di Busan (per head) :
Map Gamcheon : 2 000won
Taxi ke Gamcheon :1 300 won
Instant rice (lunch) :1 550won
Instant rice (dinner) :1 300won
* naik bas dan subway guna cashbee

Total : 6 150 won

Autumn to the Heart : Day 2(Busan Part 1) ~ Gamcheon Cultural village.


Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 2 Part1
Gamcheon Cultural Village - Santorini of the East


Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu

#Gamcheon Cultural Village - Santorini of the East

Busan Station, Line 1 - Toseong Station, Exit 6.aliran sinpyeong.Jalan terus
sampai simpang dan ke kanan. Sampai Busan cancer centre . depan
hospital ada bus stop.Take mini bus no. 2 or 2-2 .

http://lollista.blogspot.com/
Information di Map . Info just for all of you 

Keesokan hari kami memang berniat nak follow jalan yang dijumpai di blog sebagai rujukan tapi Amy (receptionist girl) yang sangat baik hati, cakap better naik teksi jimat dan sampai straight depan Counter Information. Siap tuliskan dalam Hangul dan suruh kami tunjukkan sahaja pada Ahjusshi teksi tu. Dia nampak muka kami yang agak was-was disebabkan kami risau tertipu dia siap cakap don't worry dan kasi tips #tips1 kalau Ahjusshi tu tipu tangkap gambar ID dia nanti dia akan reportkan Ahjusshi tu bila kami dengar sangat- sangat lega.

http://lollista.blogspot.com/
Naik teksi dari Guesthouse dekat je rupanya ^_^ 

Kami menaiki teksi dari Mr Egg Original Hostel menghala ke arah Gamcheon Cultural village dalam pukul 7.30pagi. dan harga teksi kami cuma 3000Won (Kami bertiga jadi 1000Won seorang dan yang penting kami tak penat nak tukar train kepada bas). Perama sekali beli Map di kaunter jangan risau masuk dari mana pun ada kaunter jualan Map 2000Won(beli 1 je kongsi 3orang). Kami ingat kami dah awal tapi bila sampai ada yang lagi awal rupanya, dan yang terbaiknya kami jumpa tourist malaysia yang datang tanya dah jumpa tak stamp ni stamp itu haha patutlah dia tanya rupanya kami dah masuk dari jalan keluar tapi kalau ikut map memang situ no1 ..hmm musykil juga masa tu tapi layan jelah ramai je yang follow jalan tu dengan kami.

http://lollista.blogspot.com/
Pasu bunga seluar yang dah kering kontang(Autumn katakan Luruhlah jadinya) menyambut kami ^_^

Bila ada Ahjusshi tu nampak kami terpinga -pinga ( Haha bukan sebab tak tahu jalan tapi dah pancit) bersungguh sekali Ahjushi tu terangkan tapi dalam bahasa korea terpinga dibuatnya sekali ada tourist explain Ahjusshi tu cakap kami dah terlepas satu Stamp. Actually tak terlepas pun cuma tak tahu kena amik stamp kat situ, Haha tak apalah malas dah nak patah balik tapi walaupun macam tu dia semangat bersungguh tolong kami terharu sangat.

http://lollista.blogspot.com/


http://lollista.blogspot.com/
Ni lah tempat yang terlepas tu Little Museum ^_^

























































Haha dan bila dia tengok muka kami yang macam "Blur:" dia tunjukkan tempat stamp yang lain dan terdekat dengan kami hehe, Kamsahamida Ahjussi ^_^. Bayangkan sepanjang kami melalui Gamcheon Cultural village ni sangat kagum dengan tahap kebersihan dia Almaklum tarikan pelancong kan dan yang terbaiknya tukang bersih @ lebih spesifiknya Volunteer yang bersih kan Kampung ni yelah Ahjumma yang boleh kata sebaya Ibu dan Ayah kita yang hampir 60 tahun tak silap. Mereka ni waktu kami sampai tengah Row call (Haha perjumpaan pagi) kami dah jalan jauh dah alih-alih mereka dah depan kami. Kami dah termengah - mengah mereka relaks je jalan laju kutip sampah masuk plastik. Haha mereka lalu sebelah kami pandang pelik je tengok kami lelah lepas nafas Haha( okey stedi2x jangan buat malu orang kampung)

http://lollista.blogspot.com/
Tengoklah arah Ikan kayu ni betullah arahnya kan3x ^_^

http://lollista.blogspot.com/
Siap pakai Snow cap tu 

http://lollista.blogspot.com/
Pemandangan ni Tak ingat bumbung yang mana tapi di bumbung tu ada peti pos ..

http://lollista.blogspot.com/
View dari bumbung Community Center cantikkan macam lego 

http://lollista.blogspot.com/
Tangga penguin ni buat rasa orang nak naik atas ^_^
lollista.blogspot.com
Wah Akhirnya kami bertiga dapat bergambar dengan Little Prince di Gamcheon Village

oh by the way tujuan utama ke sini ofcourse nak lawat kampung ni tapi yang penting nak lawat tempat runnning man punya episod yang ada Choi Ji Woo tu Almaklum Busan ni kampung halaman dia of course dia duta Busan kan kiki. Actually dah tahu bangunan tu yang mereka jadikan tempat rakaman pernah baca di blog blogger lain. tapi tak sangkat tempat tu kecik je sebenarnya dalam tv nampak luas. Haha settle dah puas dapat bergambar dan Selfie then kita turun nak pergi Bas station nak naik bas pergi Taejongdae pulak ^_^, by the way dapat juga jejak kaki kat sini lepas kempunan selepas tonton Myo dan Wak Doyok datang dalam #kekoreakekita

http://lollista.blogspot.com/
Yeay jumpa tingkat atas sekali di Bangunan Community Centre 























http://lollista.blogspot.com/
Stamp yang dapat hasil tangkapan disana walaupun tak penuh Ahjumma tu kasik juga Postcard ^_^

Nantikan Entry seterusnya...Part 2 pulak ^_^