Novel : Pewaris Bab2


Credit : Google

Jom kita layan Bab ke 2 Haha  Maaf lambat sikit tak de idea nak menulis ni haha


“PEWARIS”
-FASHAM -

Bab 2 – Adakah ini takdir?

“Mak cik asal ko termenung lagi”, “ hmm tak ada apa imah Cuma terfikir kalaulah saya dapat buka café macam ni kan best”, “ Ha jangan nak berangan lah duduk kat seoul ni perlukan banyak duit lagi- lagi kita bukan rakyat sini bukan senang nak buka kedai lagipun saya nak balik Malaysia dah 2 minggu lagi” suasana menjadi sunyi sepi selepas azimah menyatakan hasrat dia. Kedai yang ditenung semenjak tadi dialihkan ke Azimah.
“Awak nak balik Malaysia , habis saya macam mana,study awak macam mana, kerja awak macam mana”, kelam kabut Aina saat mendengar kata kata Azimah.
“Relaks lah awak,saya balik seminggu je ada hal kat kampung, lagipun nanti saya datang balik untuk convocation saya lepas itu baru saya balik for good”, “Awak dah habis study ke, kenapa saya tak tahu..hmm walau apa pun saya ucapkan tahniah dan saya terima kasih sangat kat awak kalau tak sebab awak yang tolong saya dulu macam manalah saya sekarang”, Aina bernada kecewa walau apa pun Azimah lah tempat dia mengadu tempat dia berteduh dan sebagainya. Azimah menerangkan kedudukan sebenar yang dia sudah mendapatkan pekerjaan di Malaysia dan lagipun dia telah tamatkan pengajian dia 2 bulan yang lepas Cuma menantikan kerja sahaja baru dia pulang.
----------
2 minggu telah berlalu Azimah sudah kembali ke Malaysia selepas Majlis konvokesyen dia. Kini tinggal Aina Fathiyyah beseorangan di rumah sewa itu dan dia telah diberhentikan kerja kerana selalu terlewat. “Ya Allah masih ada 4 bulan lagi macam mana nak survive ni”, bentak hati Aina, lalu dia membuat keputusan untuk mencari pekerjaan yang lain, Semasa berjalan di Hongdae Aina ternampak risalah untuk jawatan kosong di GuestHouse yang bernama Rainbow GuestHouse “hmm boleh lah cuba nasib”, gumam Aina. “Annyeonghaseyo , is that the position still available”, penat Aina memikirkan ayat dalam bahasa korea yang sesuai kerana bahasa korea ada banyak terma yang perlu diperhatikan semasa bercakap jadi dia mengambil keputusan untuk berbahasa Inggeris sahaja. “Ye, wait I will call my manager”, “ Ye, Kamsahamida”.
Selepas seketika Aina dipanggil masuk ke bilik Pengurus GuestHouse tersebut . “Annyeonghaseyo, nae ileum-eun aina Fathiyyah ibnida”, Aina Fathiyyah mengenalkan diri dalam bahasa Korea. “ Yes , you may sit down”, Alangkah terkejutnya Aina yang lelaki dihadapannya adalah lelaki yang sama dia pernah terjumpa beberapa minggu yang lalu , dia memperkenalkan dirinya Waiz Akmal, Ye.. dialah lelaki yang berjaya membuat hati Aina cair dengan tenungan sahaja.
“Eh…awak, apa yang awak buat disini” , terpinga pinga dia dibuatnya. “ Saya kerja disinilah” setelah sesi kejut mengejut dilakukan dia memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus di GuestHouse tersebut  “ Hai , nama saya waiz”.
Aina menjadi cemerkap secara tiba tiba disebabkan apa yang baru berlaku, semasa sesi temuduga dilakukan pun Aina agak gementar untuk menjawab, manakala waiz hanya menanyakan soalan sambil sekali sekala mencuri pandang kearah Aina kerana dia rasakan gadis dihadapannya ini seorang yang mempunyai personaliti menarik.
Dah kenapalah mamat ni dari tadi asyik tanya soalan pelik pelik je ni bila nak habis ni okey fine kau memang kacak Okay fine,
Oh my I’m so melting.
Waiz membuat keputusan untuk menerima Aina, dia bangun dan hulurkan tangan    
“ Welcome Aboard”, Aina terpinga pinga dan dia mula faham yang dia dah dapat job tu dan menyambut salam Waiz dengan meloncat loncat 
“ Are you really…thank you so much..Kamsahamidaa..”
Aina gembira sangat sampai hampir nak peluk waiz .
hai kalau kau perempuan lama dah aku peluk , desis hati Aina
Waiz nampak Aina terlalu gembira dan bertanya"Are you really that happy" 
Aina mengangguk sambil tersenyum
"By the way Aina..saya panggil awak aina ye ". teragak agak dia bertanya .
--------
“Puan Mariam, bukan kami tak nak teruskan Cuma kami mahukan cucu puan yang uruskan kami dah deal dengan dia”. Pengurus dari syarikat Perdana Enterprise bersuara, kebimbangan Puan Mariam telah terjawab, setelah hampir 2 jam mereka berbahas akhirnya mereka telah capai kata sepakat . Puan Mariam akan ikut apa sahaja yang telah cucu dia setuju sewaktu perbincangan mereka melalui kontrak yang telah disediakan.
“Zall uruskan semua..”, “Baik Nenek”. Berat kaki Azalea melangkah pergi dari bilik Puan Mariam dia sedar ini semua kesilapan yang dia buat.
“Nek perlu ke kita setuju..entah ye entahkan tidak je Tia yang setuju semua tu sebabnya Tia never signed the agreement and Tia never mention about it to us, something fishy going on here Nek.” Puan Mariam hanya senyap dan terus berfikir.
--------
“ Aina kenalkan ini Ji soo dan dia akan jadi roommate awak and do not to worry she can speak English” , mereka bersalaman dan  “ Hai my name Aina fathiyyah you can call me ..” ,  “ Aina shii..can I call u Aina shii”, mereka berdua tergelak saat Ji soo memeluk Aina tanda persahabatan mereka mula terjalin dan Waiz hanya terpinga – pinga melihat tindak tanduk mereka berdua.

“ Aina this is our room and if you want to pray we had a room special for muslim to pray at our top roof and also laundry” , Aina hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh Ji Soo. Mungkin sebab pengurus dia melayu kut sampai Guesthouse ni ada Bilik Solat, Fikir aina sambil tersengih bila memikirkan Waiz yang baru dikenalinya. 

Hakmilik : Blog Lollista - Fasham
Previous
Next Post »
2 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^