Autumn to the Heart : Day 4(Seoul Part 2) ~ Petite France


Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 4 Part2

Petite France, Makbeorim Halmeoni Ddeokbukki

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu



Kita kembali dengan Part 2 Iaitu Petite France Kami nak kejarkan Bus Shuttle 3.15 jadi kami tak lama disana sebabnya almaklum nanti terlepas bas jadi terlepas pula bas shuttle terakhir untuk balik ke Gapyeong station. 

http://lollista.blogspot.com/
Refer Balik Timetable Shuttle Bus
Bernasib baik betul kami antara orang terawal dapat naik bila perasan sahaja dah panjang barisan nak naik bas, rezeki dapat duduk lagi hehehe. Sesampai sahaja di Petite France dalam pukul 3.40 - perjalanan dalam tempoh 25minit. Kami terus bergambar dan ke kaunter, nasiblah sempat rembat buku coupon kat Guesthouse tadi dalam tu ada kupon untuk Petite France dari 8000Won dapat 6000Won Alhamdulillah Jimat disitu.

http://lollista.blogspot.com/
Welcome to Petite France 
#Petite France

Copy Paste dari ENTRY NAMI ISLAND saja letak incase ada yang tak baca entry Nami Island
http://lollista.blogspot.com/
Seoul Metro Map

Duration: 1 hour 35 minutes, 69.4km
Stop: 27 stations
T Money: 1,800 won
Cash: 1,950 won
Transfer: Wangshimni Station, Line 2 and Sangbong Station (Jungang Line)
Route: Hongdae Station, Line 2--> Wangshimni Station, Line 2 -->
Sangbong Station (Jungang Line) -->Gapyeong Station (Gyeongchun Line)
Untuk lebih Info macam mana nak ke Nami Island by train dan bas boleh layari Web ini
Budgettravel2korea

Sesampai sahaja di Gapyeong Station anda ada 2 pilihan
1. By Shuttle Bus - 5000Won (Boleh naik banyak kali jimat sebab dia lalu banyak tempat)
2. By Taxi - 8000Won (Untung kalau ramai-ramai dan kalau nak cepat)

Dan kami pilih tentunya by Shuttle Bus sebab kami sampai dah pukul 10 dan bas seterusnya 10.10 dan apasalahnya menunggu sebab mereka sangat tepat waktunya sampai.

http://lollista.blogspot.com/
Shuttle Bus - Sangat berbaloi, bagi sesiapa yang tidak kisah untuk keluarkan duit lebih boleh naik teksi murah share dengan kawan - kawan

http://lollista.blogspot.com/
Laluan Shuttle Bus
Motif utama ke sini adalah sebab Running Man, Hahahahaha Running Man punya pasal sanggup redah

http://lollista.blogspot.com/
Penjara Running Man Episode Taecyon dan Nickhun 2PM datang Siapa kalah duduk sini Hahaha teringat lagi babak tu
http://lollista.blogspot.com/
Ini masa episod Running Man Back to the future Episode yang mereka ke masa hadapan tu ^_^

banyak juga pengambaran dilakukan disini macam You Who came from the star, Beethoven Virus, Secret Garden dan banyak lagi.

http://lollista.blogspot.com/
Inilah yang pernah buat pengambaran. Mereka siap pamer lagi siapa yang datang.

http://lollista.blogspot.com/
Signature Pelakon Beethoven Virus di Set Pengambaran di Petite France
http://lollista.blogspot.com/
Bilik yang penuh dengan Puppet dah lama masa ni baru lepas tonton Anabelle tak ko terfikir-fikir dibuatnya..
http://lollista.blogspot.com/


http://lollista.blogspot.com/

http://lollista.blogspot.com/

http://lollista.blogspot.com/

http://lollista.blogspot.com/

http://lollista.blogspot.com/

Hahahaha bila tengok balik gambar ni masa pilih- pilih tadi alamak rindunya masa kat korea otak tenang sahaja tak fikir pun masalah kat mesia ni . Haha dah ngarut benda lain pulak, dah puas jalan - jalan jom kita pegi makan pulak lapar. Tapi nak makan kat mana setelah melihat train yang terdekat jadi kami buat keputusan nak makan tempat first meet YongSeo Couple(We Got Married- Reality Show) Haha masing- masing nak pegi situ apalagi jom.

#Mabokrim Halmeoni Maknae Adeulne (YongSeo Couple)
(Grandmother Ma Bok Rim's Youngest Son)
http://lollista.blogspot.com/


Duration: 1 hour 16 minutes, 60.5km
Stop: 20 stations
T Money: 1,700 won
Cash: 1,850 won
Transfer: Wangshimni Station, Line 2 and Sangbong Station (Jungang Line)
Route: Gapyeong Station (Gyeongchun Line)-->Sangbong Station (Jungang Line)--> Wangshimni Station, Line 2 --> Sindang Station,Line 2(Exit 7)

Map Credit : Google
Direction :

  1. Dari Exit 7 Jalan lurus sehingga melepasi Family Mart, Jalan terus sehingga melepasi 2 lorong bangunan macam dalam Map
  2. Dah jumpa lorong kedua belok ke kanan , akan jumpa kedai aneka yang YongSeo Couple beli cincin lepas makan 
  3. dah nampak kedai tengok kiri kedai ke 2 sebelah Makbeorim Halmeoni Ddeokbukki sebelah dia sahaja
http://lollista.blogspot.com/
Dah sampai jom order dan makan. yippie

http://lollista.blogspot.com/
Tengok ada gambar Yongseo Couple Kan
Hahaha teringat pulak masa nak order masalah communication dimana Ahjumma yang take order langsung tak boleh cakap English.. Oh MY whats going to happend.. dan dan suddenly satu family cina datang duduk depan kami dan Thanks to God diorang ni macam helper diorang tengok kami susah nak order anak dia tolong kami orderkan Ahjumma tu boleh cakap cina sikit-sikit. Selesai nak order nak tanya pulak pasal Mandu tu ada daging ke tak kalau ada kami tak nak nasiblah dia masih tolong kami terangkan pada Ahjumma beriya kami ucapkan terima kasih problem solved thanks to her. Actually since kami kat South Korea 4 hari tadi baru pertama kali kami mengalami masalah komunikasi tapi Allah swt turunkan bantuan . Terima Kasih. 

Sebenarnya kami ada masalah untuk cari tempat ni disebabkan kami salah paham kedai yang YeongSeo couple tu kedai Makbeorim Halmeoni tu tapi rupanya kedai anak bongsu dia yang sebelah siap diorg tampal lagi gambar YongSeo Couple tengah makan kat kedai tu Haha. Nasib sangat ..terima kasih kat kawan saya kecik yang memaksa saya untuk teruskan mengenal pasti kedai yang ramai orang melayu masuk. See that's the miracle came to happend suddenly 2 perempuan melayu laju sahaja masuk kedai tu. Apalagi kami dah pastilah itu lah kedai yang dicari Ahaa...Jom makan.

Budget : 28300 Won @ RM89.14
Nami Island : 18700Won
Petite France: 6000Won
Makan Dutbeokki Ramen : 11000Won/3 = 3600Won

Day 1 + Day 2 + Day 3 + Day 4 = 395,570 @  RM1246.04

Okay See you Next Entry ^_^

Autumn to the Heart : Day 4(Seoul Part 1) ~ Nami Island


Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 4 Part1

Nami Island

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Busan Tower, Biff and...  & Gamcheon
Hello Seoul,Hello Kitty Cafe 
Ikan Bakar Dongdaemun & Cheongyeochon Stream


Yeay is already Day 4, mula - mula nak bagi amaran Entry ini amat banyak gambar Hahaha... macam tak percaya masa ni alahai kejap sangat dah Hari ke 4, Hari ni kami target nak keluar awal nak sampai Nami cepat sebab nak pergi Petite France dan The Garden of the Morning Calm. Kami ingat pukul 7 Keluar dah cukup awal tapi alangkah terkejut ramainya, lupa itu adalah hari Isnin, hari bekerja. Sepatutnya waktu Breakfast adalah bermula pukul 8, kami cuba bertanya Alhamdulillah mereka kata ,boleh benarkan kami makan waktu yang awal, dapat alas perut sebelum makan nasi goncang hehe ^_^. Kamsahamida Seoha Eonni ^_^.

#Nami Island
http://lollista.blogspot.com/
Seoul Metro Map

Duration: 1 hour 35 minutes, 69.4km
Stop: 27 stations
T Money: 1,800 won
Cash: 1,950 won
Transfer: Wangshimni Station, Line 2 and Sangbong Station (Jungang Line)
Route: Hongdae Station, Line 2--> Wangshimni Station, Line 2 -->
Sangbong Station (Jungang Line) -->Gapyeong Station (Gyeongchun Line)
Untuk lebih Info macam mana nak ke Nami Island by train dan bas boleh layari Web ini
Budgettravel2korea

Sesampai sahaja di Gapyeong Station anda ada 2 pilihan
1. By Shuttle Bus - 5000Won (Boleh naik banyak kali jimat sebab dia lalu banyak tempat)
2. By Taxi - 8000Won (Untung kalau ramai-ramai dan kalau nak cepat)

Dan kami pilih tentunya by Shuttle Bus sebab kami sampai dah pukul 10 dan bas seterusnya 10.10 dan apasalahnya menunggu sebab mereka sangat tepat waktunya sampai.

http://lollista.blogspot.com/
Shuttle Bus - Sangat berbaloi, bagi sesiapa yang tidak kisah untuk keluarkan duit lebih boleh naik teksi murah share dengan kawan - kawan.

http://lollista.blogspot.com/
Laluan Shuttle Bus
Laluannya sangat berbaloi dan jimat janji kita pandai arrange masa jadi memang berjimat, alasannya kami nak ke Petite France juga jadi jimatkan tak payah nak naik teksi ke sana(Jimat sikit) - 5000Won ni one day ticket yang cover Gapyeong station - Nami Counter(ZipWire) - Petite France - Gapyeong station. Shuttle ni juga lalu ke Garden of the Morning Calm tapi kat tak sempat nak ke sana.

http://lollista.blogspot.com/
Timetable Shuttle Bus - Banyakkan waktu dia pandai susun waktu senang sahaja jadinya.

http://lollista.blogspot.com/
Gapyeong Station & Nami Zip Wire

Settle sahaja beli tiket kami dpt naik bas pukul 10.10 pagi. Alhamdulillah memang rasa syukur dapat tempat duduk. Selepas sahaja kami naik, terus penuh bas tu hehe ^_^. Sesampai sahaja di kaunter Nami Island nasib tak beratur dengan rombongan budak sekolah budak korea. Mereka ni pakai baju biasa sahaja ingatkan beratur untuk beli tiket rupanya mereka beratur untuk naik feri nasib Foreigner counter macam kami ni tak ramai cepat sahaja dapat beli tiket dan terus beratur tunggu naik feri, tak lama pun tunggu sebab Feri mereka cepat sahaja.

http://lollista.blogspot.com/
Ramai sangat orang - yang peliknya isnin kut, diorang ni tak pergi sekolah or kerja ke??

http://lollista.blogspot.com/
Info of Nami Island Feri 


http://lollista.blogspot.com/
Welcome to Naminara Republic - Nami Island

Tak sampai beberapa minit sahaja dalam feri kami dah sampai ke Nami Island Yeay, apa lagi jom bergambar. Niat kami terbantut untuk bergambar tatkala perut saya dah mula keluar lagu Keroncong untuk Ana hahaha. Pertama sekali cari Drama Cafe yang digembar gemburkan Nasi Goncangnya yang sedap Alahai laparnya.

Direction :Bangunan ni terletak ditengah-tengah Nami Island, Jalan dalam 10 - 15 minit Sahaja



  • Drama Restaurant - Jalan Ke bahagian kanan Bangunan Nami Library, mesti akan jumpa tersusun beberapa meja dan kerusi dah nampak dah pintu masuk ke Restaurant tu.
  • Tempat Sembahyang ada di tingkat 1 bangunan Nami Library.
http://lollista.blogspot.com/
Okay jalan lurus sampai nampak Nami Library ni, Sebelah tepi bangunan ni Drama Cafe dekat pintu pun ada tulis Musolla

google
Drama Restaurant Halal Sign - Credit Google
http://lollista.blogspot.com/
Senang sangat nak jumpa tempat ni kalau jumpa Musolla mesti jumpa kedai ni
http://lollista.blogspot.com/
Pemandangan dalam Nami Library dan Musolla
Selesai sahaja memenuhkan perut dengan makanan seperti nasi putih, kimchi dan telur , apalagi bermulalah pengembaraan kami mencari port-port cantik untuk bergambar. Niat kami nak naik basikal tapi malangnya basikal dah habis disewa, patutnya cari basikal dulu tadi, uhukk jalan sahajalah kemana kaki ni larat nak jalan. Jom lihat gambar disana

http://lollista.blogspot.com/
Untuk yang nak terokai Nami ni saya cadangkan Basikal ni penat kalau jalan kaki ^_^

http://lollista.blogspot.com/
Jom jalan - jalan sekitar Nami

http://lollista.blogspot.com/
Jom Jalan - Jalan Sekitar Nami Part 2 

Budget : 18,700 @ RM58.90

Shuttle Bus : 5000Won
Nami Ferry & Entrance : 8000Won
Nasi Goncang : 5000Won
Coffee : 700Won

Nantikan Entry seterusnya...See you at Part 2 pulak ^_^
Petite France 

Autumn to the Heart : Day 3(Seoul Part 2) ~ Trick Eye Museum, Hope Market


Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 3 Part2

 Trick Eye Museum & Ice Museum, Hongdae Hope Market
Ikan Bakar Dongdaemun & Cheongyeochon Stream

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Busan Tower, Biff and...  & Gamcheon


Yeay dah puas kita mengisi perut yang kelaparan di Hello Kitty Cafe..

Jom Kita bergambar Pula Trick Eye Museum dan Ice Museum.

#Trick Eye Museum dan Ice Museum

http://lollista.blogspot.com/
Map ke Trick eye dan Ice museum
Subway Station: Hongik University Station (Line 2, AREX)
Distance from Subway Station: 346 meters (Exit 9)

Credit : Google
Kalau Ikut Map mesti nampak Sign ni ^_^
http://lollista.blogspot.com/
Disebabkan kami guna kupon diskaun kami dapat murah untuk kedua2x muzium
http://lollista.blogspot.com/
Kim So Hyun pun pernah Mai sini terpegun lak tu ^_^
http://lollista.blogspot.com/
Overall bertahan dalam tu 10minit sahaja tak tahan nak beku rasanya

@Review/Ulasan
Overall Trick Eye Museum is Daebak.. puas hati sangat sebab terlampau banyak trick eye yang ada sampai kami bergambar dengan setiap keping, Total puas hati dengan Trick eye Museum. Actually di busan pun ada tapi kami decide untuk di Hongdae. Yang terbaik sekali dan ada Love Museum di muzium yang sama, bila kita nak ke trick eye kita akan jumpa dulu Love Museum.Senang sangat jumpanya, jumpa hello kitty mesti Jumpa trick eye ni , Trick eye museum dan Ice museum place in the same building so jangan risau mesti jumpa punya dan my advised pergi KTO @ check laman web untuk dapatkan kupon diskaun dan jimat belanja.

Tiket : 15000Won ---> Discount 12000Won + Ice museum (Kalau tiada kupon diskaun harga Ice dan trick adalah asing kalau tidak 8000Won untuk trick Eye museum sahaja dan 8000Won more for Ice museum.

#Hongdae Hope Market(Sunday)/ Hongdae Free Market (Saturday)

-Hongdae Free Market
Opens on Saturdays: 1:00pm - 6:00pm (March to November)

-Hongdae Hope Market - Kami pergi yang ni
Opens on Sundays : 1:00pm - 6:00pm (March to November)

Nearest Subway Station: Hongik University Station (Line 2, AREX)
Distance from Subway Station: 546 meters (Exit 9)
Located at the ground Hongik Children Park across Hongik University


@Review/Ulasan
Okey sesiapa yang datang sini memang boleh jadi tak tentu arah, macam orang sasau pun ada rasanya. Jangan sesekali fikir yang ni adalah Market untuk jualan barang terpakai sebab semuanya adalah hasil kerja student - student disini. Barang- barang jualan dia most likely handmade kita akan jumpa ramai student from Art yang menjual hasil kerja mereka disini dan yang terbaiknya Harga dia agak murah untuk barang handmade dan yang bestnya disini ialah tempat banyak drama menjalankan pengambaran, sebagai contoh Jang Geun Suk dalam Love Rain dan Marry me Mary, begitu juga dalam A Gentleman Dignity babak Jong Hyun menyanyi tu sumpah like a dream came true bila ke sini haha Sasau bukan sebab tengok barang hahaha malah siap ada free performance lagi tu. Lagi satu jangan lupa untuk melalui alley yang ada disitu lagi banyak kedai yang menjual pelbagai barangan seperti Baju, Cap, Kasut dan banyak lagi pada harga yang korang tak kan dapat fikir murahnya dan juga barang yang dijual menjadi trend masa kini even my cousin rembat kasut berharga pada 9900W @ RM31 sahaja(Gambar kasut diatas). Actually nak pergi yang hari sabtu tapi nak buat macam mana kami dah salah susun jadual haha tapi Hope Market pun best juga.

http://lollista.blogspot.com/
Wah Daebak kan ^_^
#Ikan Bakar Dongdaemun/ Cheongyeochon Stream Dongdaemun

Credit : Blog Skampung
Map yang difollow ni mesti jumpa punya
Nearest Subway Station: Dongdaemun Station (Line 4)
Distance from Subway Station: 300 meters (Exit 2). Nak cari exit ni bila keluar follow exit 8 sampai depan pintu masuk Dongdaemun underground shopping masuk pintu tu straight je sampai nampak pintu itulah exit 2

@Review/Ulasan
Tak dapat nak review sedap ke tidak sebabnya kami tak dapat makan tak tahu pulak kedai tu malam minggu tutup, aje yang tak ade nasib tapi yang pasti jalan tersebut memang betul just follow the map mesti jumpa terima kasih tak terhingga pada Blog Skampung yang Sharekan Map di blognye sekurangnya dapat juga ke Cheongyeochon Stream ^_^ masa kami pergi tu ada macam ada pentas kami tak berani nak turun sebab ramai sangat orang mabuk disitu dan ada dengar macam orang menyanyi overall walaupun tak dapat makan kami dah tebus dah sebab Guesthouse kami ada delivery Ikan bakar set tu malah lagi murah dari dongdaemun, so kami pun order untuk lepaskan kempunan . Nanti saya review Ikan bakar tu ^_^.




Total Habis : 21,500W @ RM67.72 (In one day)
(Kadar tukaran 1000W = RM 3.15)
Makan di Hello Kitty Cafe - 8200 Won
Tiket Trick eye dan Ice Museum - 12000W
Banana uyu - 1300W 

Day 1 + Day 2 + Day 3 = 278,270 @ RM876.55

Nantikan Entry seterusnya... Day 4 pulak ^_^...
Nami Island &  Petite France & Makbeorim Halmeoni Dutbokki

Autumn to the Heart : Day 3(Seoul Part 1) ~ Hello Seoul,Hello Kitty Cafe

Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 3 Part1

Hello Kitty Cafe


Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Busan Tower, Biff and...  & Gamcheon

Akhirnya sampai jua hari yang dinantikan Yeayyyy SEOUL memang inilah tujuan sebenar kesini, sebabnya overall tempat nak lawati berada disini hehe. Kami sahaja amik tiket awal untuk ke Seoul sebabnya nak sampai awal Tiket 6.30 pagi. Tak sempat nak say goodbye dekat Amy huhu nak buat camna panggilan Seoul lagi kuat. Sebelum itu kami dah jumpa Amy untuk bertanyakan Cara mudah untuk ke Busan Station Sebab Beg tarik kami yang besar gedabak tu. Haha belum apa-apa dah mula penuhkan luggage. Sebabnya bila turun busan station kami kena cari Exit yang terakhir Exit 10 dimana ia amat jauh dan kami risau kekangan masa hendak berjalan. Amy bagi Solution iaitu naik Taxi dan dia siap tulis dalam Korean Words (as usual very helpful) dan Pagi tu kami keluar Guesthouse around 5.50am dan kami naik taxi untuk ke Busan Station. 3000Won sahaja dan Wallah sampai depan Busan station jimat kan dan tak penat. Kami bernasib baik sebeb mereka ini sangat punctual. Tepat 6.30 am kami bertolak nasib kami sampai awal hehe 6.10am kami dah board the train.
http://lollista.blogspot.com/
Tiket KTX ke Seoul.
Yeay Haha disebabkan kami bangun awal kami tertidur di separuh perjalanan dan nasib dapat juga tengok pemandangan selebihnya dan yang bestnya kami sampai pada waktu yang hampir tepat iaitu 9.12am okey kami sangat teruja first time naik Bullet train.

http://lollista.blogspot.com/
Alas perut dengan Banana Uyu

Haha first sekali yang harus dibuat adalah mencari Train Arex Line (that's the fastest and short route to Hongdae(Exit 4) Haha ok senang sangat cari Arex ada Signboard everywhere just kena Alert sahaja. Haha okey the reason we choose Boa Guesthouse as our Accomodation place to stay at seoul will be on next Post.

Haha Okey is so easy nak jumpa Boa Guesthouse hanya ikut arahan dalam Peta yang diberi. Tapi kami tak boleh Daftar masuk lagi disebabkan daftar masuk pukul 2 petang tapi mereka benarkan kami tinggalkan beg didalam Bilik Beg, lalu kami teruskan perjalanan kami untuk mencari Hello Kitty Cafe. Yeayy Jom...

#Hello Kitty Cafe


http://lollista.blogspot.com/
Map ke Hello Kitty Pinjam Map TrickEye Museum
Subway Station: Hongik University Station (Line 2, AREX)
Distance from Subway Station: 366 meters (Exit 9)

http://lollista.blogspot.com/
Nampak watson belakang dia Hello Kitty Cafe

http://lollista.blogspot.com/
View Outside & Inside Hello Kitty Cafe
@Review/Ulasan - Coffee, Pancake & View Hello Kitty Cafe
Overall Hello kitty Cafe ni senang sangat nak jumpa kalau keluar exit yang betul dan follow sahaja map yang diberi(Copy sahaja kalau nak), View dia memang awesome sebab kat malaysia pun tak pernah pergi tapi boleh pergi yang seoul punya haha. Cantik sangat toilet, tempat duduk dan makanan pun awesome. Okey actually bab coffee dan Pancake tu kami beli lain-lain supaya boleh rasa makanan yang lain. Caramel latte dia memang sedap, Coffee yang kawan punya tak ingat pulak namanya tapi sedap juga dan Pancake semua sama sahaja cuma yang ni tebal tapi still rangup. Kami siap Leave our mark at the wall nasib kawan ada bawak pen leh tinggalkan tanda hehe. Penuh tu sahaja boleh cakap sebab ramai dah tinggalkan bukti mereka ada disitu.

http://lollista.blogspot.com/
Pancake HK - 4200Won , Caramel Latte Coffee - 4000Won = 8200 Won

Makan - 8200 Won

Nantikan Entry seterusnya...Part 2 pulak ^_^