Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..
Yeayy Jom sambung cerita kekoreakekita
Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
PREPARATION & ITINERARY & ARRIVAL
Yeayy Jom sambung cerita kekoreakekita
Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
PREPARATION & ITINERARY & ARRIVAL
Alhamdulillah kami selamat sampai ke Gimhae International Airport. Kami tiba dengan landing yang sangat smooth oleh pilot. Syukur sangat. Sesampai sahaja kami sepatutnye kena cari Cashbee@ T-Money tapi tidak kami cari Susu Pisang dulu haha boleh tak macam tu Banana Uyu is the recommended drink if you came to South Korea. Haha tak tahu kenapa mula-mula nak rasa asal Banana Uyu dia ni rasa gula je lebih haha alih-alih dah 2 kali minum tekak dah boleh terima
Banana Uyu @ Susu Pisang - 1300W
okey selepas itu baru kami terfikirkan pasal Cashbee@Tmoney ni haha nampak tak betapa excitednya kami haha. Mula-mula nak dapatkan kami hanya fikirkan T-Money sahaja tak terfikirkan pasal Cashbee so pening jugalah kami dah tu nak tak nak layan kami, nasib ada tourist dari malaysia yang sama macam kami ni yang dah beberapa kali datang tolong terangkan. Rupanya dia tak ada jual T-Money, Cashbee sahaja. kakak tu cakap guna sahaja bahasa tubuh lagi senang, bila nak isi duit pun hampir nak bersilat jugalah Ahjumma yang jaga kaunter dengan kami rupanya kat sana tak panggil topup, so memang sampai bila-bila dia tak faham rupanya kena cakap Reload haha gitu pulak. Haha tapi cashbee ni memang berbaloi sebab boleh jadi Debit card katalah kita nak beli barang di 7Eleven boleh tolak sahaja duit yg ada dalam tu dan kalau dalam tu still ada balance boleh tebus semula duit tu di 7Eleven juga.
Cashbee - 2500W
Reload - 50000W
View dari laluan train ke Airport ^_^ |
Selesai sahaja bermulalah perjalanan kami nak menaiki Train untuk ke Guesthouse kami di Busan iaitu MR Egg Original Hostel. nak kesana sampai beberapa perhentian kena tukar train sudahlah hampir kesemua naik tangga dengan beg yang berat nak diusung. Oh tidak penatnya nasib tak jetlag(Hahaha over betul).
dari Airport harus berhenti di station Sasang dan tukar train lain. |
Credit : MrEgg Original Hostel Website Kami harus turun di station Jungang-dong sangat dekat dengan hostel 1 station dari busan station dan berjalan kaki ke Attraction place. |
Okey Kami perlu berhenti di station Jungang-dong sangat dekat dengan Subway. kalau korang keluar sahaja dari Exit 5 tu jalan kedepan dah sampai tapi kami tak tinggal di Nampo 1 kami tinggal di Nampo 2 dekat je jalan sikit sahaja berdepan dengan Neorabang(Karaoke) tapi tak dengar pun sbb mungkin kalis bunyi kut masa kami sampai tu ramai Ahjussi yang tengah sibuk main Dam Haji(Betul ke namanya tu...Hahaha) Sangat peramah hehe ^_^ . Receptionist Girl dia pun sangat peramah dan senang untuk bertanya soalan mereka sangat peramah nanti saya review Guesthouse ni.
View signboard Guesthouse dari Laluan utama. |
Sesampai nya dihostel yang kami rasa sangat selesa dan yang bagusnya di Nampo 2 semuanya hanyalah perempuan no Boys Allowed okey haha dan kami boleh ke dapur dan ke bilik air dengan bebas. Selepas hilangkan penat, mandi , siap alas perut dengan roti gardenier berintikan tuna dan dah solat kami bergerak keluar untuk merasai udara Busan Yihaaa jom ...
Nantikan Entry seterusnya...Part 2 pulak ^_^
4 Komentar
halal ke banana uyu tu? dah lama teringin T_T
BalasInshallah boleh sbb dekat malaysia pun ada jual di Aeon ada jual.. kat Airport pun ada jual
Balaskorang kena beli cashbee je..aku cashbee kena beli...t-money terpaksa beli..nasib badan cashbee rosak pulak bila sampai seoul..saje suruh aku pi beli t money la tu.hahahah
BalasTu lah ..risau lak aku len kali jangan topup banyak sangat tp kan cuba ko fikir ...boleh jadi debit card kut tak habis pun topup tu berbalance lagi
BalasSelamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^