Autumn to the Heart : Sampai dah ^_^


Salam Readers..
AnnyeongHaseyo..

Yeayy setelah entry preparation dan itinerary publish tibalah masanya 
nak cerita pengalaman before landing ni

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
PREPARATION & ITINERARY

Pengalaman naik Air Asia X dan pengalaman untuk ke KLIA 2 
Okey pertamanya nak cerita pasal pengalaman ke KLIA 2

Credit : Google
Menaiki Electric Train Service (ETS) dari Kampar Ke KL Sentral
Almaklum saya tak tinggal di Kuala Lumpur,jadi memang 
perlukan pengangkutan lain untuk ke Kuala Lumpur 
Saya pergi ke South korea ni dengan 2 orang.
Seorang cousin saya Wani dan seorang lagi kawan saya nama wani
(Hahaha ambik engko dua - dua nama wani hahaha)
Okey sambung Saya dan cousin naik ETS dari Kampar
sebaik sahaja sampai di KL sentral kami membuat keputusan
untuk menaiki bas sahaja untuk ke KLIA2
lagipun masa masih panjang dan boleh berjimat
sebenarnya ada 2 pengangkutan awam yang mudah
untuk digunakan ke KLIA2 dari KL Sentral
KLIA Ekspress dan SKYBus

Credit : Google
Credit : Google.com
TIKET SKYBUS - RM10 - 50minit
KLIA Ekspress (Hanya berhenti di KL sentral - KLIA - KLIA2)- RM35 - 33minit
KLIA Transit (TBS - Putrajaya/cyberjaya - salak tinggi - KLIA - KLIA2) - RM35 - 39minit


jadi disitu dah ada jawapan siapa yang hendak cepat dan tidak kisah dengan Harga
bolehlah menaiki KLIA Ekspress @ Transit
(Berhenti betul- betul dalam KLIA 2 dekat dengan departure Hall)
tapi bagi kami yang masih mempunyai masa yang begitu banyak disebabkan flight kami
1.15 pagi jadi kami naik bas dan jimat hanya RM10 sahaja.

Yeay sekarang tibalah masa untuk check-in
Almaklum tak perlu dah nak guna Manual kaunter straight masuk autogate
jadi dah jimat banyak masa disitu.
selepas check-in Baggage mungkin disebabkan
kesemua penumpang sampai awal
Kapal terbang telah berlepas 15minit lebih awal dari yang dijadualkan
dan kami tiba di busan pun 30minit awal juga dari yg dijadualkan
Untuk memudahkan semua kalau membeli dari Air Asia
saya cadangkan lakukan Web Check-in memang memudahkan
tak perlu beratur lama
check in Online dilaman web Air Asia
bila sampai boleh ke kaunter check in bagasi kalau ada
kalau tak boleh straight ke kaunter kastam dan Autogate
kan ia memudahkan kerja kita.

http://lollista.blogspot.com/
Boarding Pass dan Passport after check in Baggage
Tepat 1.00am waktu malaysia kami telah bergerak ke Busan ..Yeayy 
tak sabar nak sampai hehe..sungguh happy ingatkan dapat makan dulu
sekali Oppa Pramugara tu cakap dia akan serve 2 jam sebelum sampai..
O Mak porut den dah lapar ni huhu
apa pun tidur lah dulu jawapnye sebelum tu. -__-

http://lollista.blogspot.com/
Kami dah beli awal semasa beli tiket lebih murah dari beli semasa dalam flight
- Nasi Lemak Pak Nasser 

http://lollista.blogspot.com/
Sebelum landing Pramugari dan Pramugara akan edarkan
Declaration paper ni kena isi sebelum
ke kaunter mereka akan minta kertas ni.

Waktu yang dijangka kami akan tiba ialah 8.30pagi waktu Korea
dan mungkin disebabkan kami bertolak awal kami telah sampai ke bumi
Autumn in my heart tu setengah jam awal dalam pukul 8.00am
waktu disana ada 1 jam lebih awal dari malaysia jadi waktu malaysia
ialah dalam pukul 7.00pagi

sekali keluar je dari Kabin flight O Mak Ko sejuknya
angin dia tak yah ceritalah time tu juga cari sweater tapi bila tengok suhu
di telefon ia hanyalah 15 Celcius kalau 15 sejuk macam ni 
kalau malam tak tahulah nak kata sejuknya.
saya yang memang tak suka mandi dengan hot water tapi bila sampai sana
memang akan cari Hot water untuk mandi.

https://lollista.blogspot.com
Suasana disana ada matahari tapi angin dia buat jadi sejuk langsung tak berpeluh bila jalan banyak
okeylah sampai sini nantikan next entry Day 1 di busan
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Korang je yang guna autogate..aku kena pergi kaunter..nasib baik abg imigresen yang hensem tu tak balik lagi.ahahah

Balas
avatar

Haha itupun ak ajak masuk awal kalo masuk lambat ganelah cite kan kiki

Balas

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^