Autumn to the Heart : Day 4(Seoul Part 1) ~ Nami Island


Salam Readers..


AnnyeongHaseyo..

 Mari kita sambung cerita kekoreakekita Day 4 Part1

Nami Island

Anda terlepas cerita sebelumnya mari baca dulu
Busan Tower, Biff and...  & Gamcheon
Hello Seoul,Hello Kitty Cafe 
Ikan Bakar Dongdaemun & Cheongyeochon Stream


Yeay is already Day 4, mula - mula nak bagi amaran Entry ini amat banyak gambar Hahaha... macam tak percaya masa ni alahai kejap sangat dah Hari ke 4, Hari ni kami target nak keluar awal nak sampai Nami cepat sebab nak pergi Petite France dan The Garden of the Morning Calm. Kami ingat pukul 7 Keluar dah cukup awal tapi alangkah terkejut ramainya, lupa itu adalah hari Isnin, hari bekerja. Sepatutnya waktu Breakfast adalah bermula pukul 8, kami cuba bertanya Alhamdulillah mereka kata ,boleh benarkan kami makan waktu yang awal, dapat alas perut sebelum makan nasi goncang hehe ^_^. Kamsahamida Seoha Eonni ^_^.

#Nami Island
http://lollista.blogspot.com/
Seoul Metro Map

Duration: 1 hour 35 minutes, 69.4km
Stop: 27 stations
T Money: 1,800 won
Cash: 1,950 won
Transfer: Wangshimni Station, Line 2 and Sangbong Station (Jungang Line)
Route: Hongdae Station, Line 2--> Wangshimni Station, Line 2 -->
Sangbong Station (Jungang Line) -->Gapyeong Station (Gyeongchun Line)
Untuk lebih Info macam mana nak ke Nami Island by train dan bas boleh layari Web ini
Budgettravel2korea

Sesampai sahaja di Gapyeong Station anda ada 2 pilihan
1. By Shuttle Bus - 5000Won (Boleh naik banyak kali jimat sebab dia lalu banyak tempat)
2. By Taxi - 8000Won (Untung kalau ramai-ramai dan kalau nak cepat)

Dan kami pilih tentunya by Shuttle Bus sebab kami sampai dah pukul 10 dan bas seterusnya 10.10 dan apasalahnya menunggu sebab mereka sangat tepat waktunya sampai.

http://lollista.blogspot.com/
Shuttle Bus - Sangat berbaloi, bagi sesiapa yang tidak kisah untuk keluarkan duit lebih boleh naik teksi murah share dengan kawan - kawan.

http://lollista.blogspot.com/
Laluan Shuttle Bus
Laluannya sangat berbaloi dan jimat janji kita pandai arrange masa jadi memang berjimat, alasannya kami nak ke Petite France juga jadi jimatkan tak payah nak naik teksi ke sana(Jimat sikit) - 5000Won ni one day ticket yang cover Gapyeong station - Nami Counter(ZipWire) - Petite France - Gapyeong station. Shuttle ni juga lalu ke Garden of the Morning Calm tapi kat tak sempat nak ke sana.

http://lollista.blogspot.com/
Timetable Shuttle Bus - Banyakkan waktu dia pandai susun waktu senang sahaja jadinya.

http://lollista.blogspot.com/
Gapyeong Station & Nami Zip Wire

Settle sahaja beli tiket kami dpt naik bas pukul 10.10 pagi. Alhamdulillah memang rasa syukur dapat tempat duduk. Selepas sahaja kami naik, terus penuh bas tu hehe ^_^. Sesampai sahaja di kaunter Nami Island nasib tak beratur dengan rombongan budak sekolah budak korea. Mereka ni pakai baju biasa sahaja ingatkan beratur untuk beli tiket rupanya mereka beratur untuk naik feri nasib Foreigner counter macam kami ni tak ramai cepat sahaja dapat beli tiket dan terus beratur tunggu naik feri, tak lama pun tunggu sebab Feri mereka cepat sahaja.

http://lollista.blogspot.com/
Ramai sangat orang - yang peliknya isnin kut, diorang ni tak pergi sekolah or kerja ke??

http://lollista.blogspot.com/
Info of Nami Island Feri 


http://lollista.blogspot.com/
Welcome to Naminara Republic - Nami Island

Tak sampai beberapa minit sahaja dalam feri kami dah sampai ke Nami Island Yeay, apa lagi jom bergambar. Niat kami terbantut untuk bergambar tatkala perut saya dah mula keluar lagu Keroncong untuk Ana hahaha. Pertama sekali cari Drama Cafe yang digembar gemburkan Nasi Goncangnya yang sedap Alahai laparnya.

Direction :Bangunan ni terletak ditengah-tengah Nami Island, Jalan dalam 10 - 15 minit Sahaja



  • Drama Restaurant - Jalan Ke bahagian kanan Bangunan Nami Library, mesti akan jumpa tersusun beberapa meja dan kerusi dah nampak dah pintu masuk ke Restaurant tu.
  • Tempat Sembahyang ada di tingkat 1 bangunan Nami Library.
http://lollista.blogspot.com/
Okay jalan lurus sampai nampak Nami Library ni, Sebelah tepi bangunan ni Drama Cafe dekat pintu pun ada tulis Musolla

google
Drama Restaurant Halal Sign - Credit Google
http://lollista.blogspot.com/
Senang sangat nak jumpa tempat ni kalau jumpa Musolla mesti jumpa kedai ni
http://lollista.blogspot.com/
Pemandangan dalam Nami Library dan Musolla
Selesai sahaja memenuhkan perut dengan makanan seperti nasi putih, kimchi dan telur , apalagi bermulalah pengembaraan kami mencari port-port cantik untuk bergambar. Niat kami nak naik basikal tapi malangnya basikal dah habis disewa, patutnya cari basikal dulu tadi, uhukk jalan sahajalah kemana kaki ni larat nak jalan. Jom lihat gambar disana

http://lollista.blogspot.com/
Untuk yang nak terokai Nami ni saya cadangkan Basikal ni penat kalau jalan kaki ^_^

http://lollista.blogspot.com/
Jom jalan - jalan sekitar Nami

http://lollista.blogspot.com/
Jom Jalan - Jalan Sekitar Nami Part 2 

Budget : 18,700 @ RM58.90

Shuttle Bus : 5000Won
Nami Ferry & Entrance : 8000Won
Nasi Goncang : 5000Won
Coffee : 700Won

Nantikan Entry seterusnya...See you at Part 2 pulak ^_^
Petite France 

Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^